Sunday, August 21, 2011

Ramadhan Semakin Berakhir..

Sayu dan sebak apabila Ramadhan semakin berakhir...Semoga Ramadhan kali ni memberi hidayah dan petunjuk yang baik untukku. Alhamdulillah ada lagi 7 hari je nak sambut Syawal kan..huhuhuhu, sungguh pantas masa berlalu sekarang kan, sangat takut..


Alhamdulillah bulan depan ulang tahun perkahwinan aku yang ke-2..8 september...;)



Insyallah, apa yang kita lakukan dan fikirkan hanya kita saja yang tahu..;)







Sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi...aku utuskan kata2 buat semua sahabat yang amat aku sayang...


Berlalu sinar Ramadhan
daku infaki tamu ujian
berlalu cahaya Syawal
daku jejaki desa kenangan

Dalam gema takbir
daku memuji kebesaran Tuhan
dalam alunan tahmid
daku sujud penuh kesyukuran

Bersama huluran salam
daku pohon kemaafan insan
bersama ukiran senyuman
daku harmonikan sebuah persaudaraan

Kasih ditabur seharum kasturi
pusara nenda daku ziarahi
kasih disiram tumbuh mewangi
tua dan muda hibah diberi

Moga berbahagia di lebaran ini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
...Maaf Zahir & Batin...

0 comments:

Post a Comment