Friday, June 29, 2012

Kelantan Jun 2012-6 - Oren


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Saya ternampak minuman orange ni di Pengkalan Kubur. Ia mengingatkan kembali memori zaman meningkat remaja tahun 70an.

Selalu minum free 1 botol berkongsi dua orang bersama beregu badminton, semasa berada di kampung dahulu. Untuk menjadikan permainan lebih serius, oren ini menjadi pertaruhan. Siapa yang kalah kena belanja kepada pasukan yang menang. Pada masa itu harga sebotol cuma RM0.20. 

1 dozen RM10.00



TAKRIF SIFAT AIR

Keras,  Air semualajadi yang terdapat di kaki gunug, sungai, tasik bersifat berat kerana mengandungi garam dan unsur logam nano (trace elements), ia amat diperlukan oleh tubuh. Air Zam-Zam juga termasuk dalam golongan air keras

Lembut, bermaksud air jenis ini tidak mengadungi garam atau unsur logam nano di dalamnya, seperti air RO dan Air Suling. bersifat neutral.

Sejuk, bermaksud air tersebut bersifat ALKALI. Ini amat penting untuk meneutralkan sisa asid yang banyak terdampat di dalam tubuh anda. Contoh air Alkali ialah semua jenis Air Keras.

Panas, bermaksud air ini bersifat ASID. Air jenis ini tidak dapat membantu mengenyahkan sisa asid dari tubuh anda. Justeru keasidan tubuh akan berkekalan malah akan bertambah lagi. Contoh, minuman Cola, minuman Gas. 

Ringan, bermaksud  molekul air yang dibina dari HIDROGEN. Kebanyakan air di permukaan bumi adalah dari jenis H2O.

Berat, bermaksud molekul air yang dibina dengan DIEUTRIUM, iaitu  jenis Hidrogen yang mempunyai 1 proton dan 2 elektron, berat molekulnya ialah 3.

keterangan lanjut disini


WASSALAM


Thursday, June 28, 2012

Kelantan Jun 2012-5 - Buah Tangan - Budu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Budu atau Pati Ikan Bilis sebagai buah tangan daripada kawan yang pernah berkhidmat dengan saya di Ibu Pejabat dahulu.

Maaf dipinta kerana tidak dapat memenuhi undangan tempuh hari, Insyaallah, dilain kali dalam suasana yang lebih meriah.

Terima kasih banyak-banyak atas layanan dan buah tangan



Rahsia Khasiat Budu Terbongkar


Budu merupakan makanan traditional negeri Pantai Timur yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Mengatasi masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

Vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.




Definisi Makanan Makruh

Makanan yang makruh ialah makanan yang mengeluarkan bau yang tidak
menyenangkan kepada pemakan dan orang lain disekitarnya seperti petai,
jering, kerdas, bawang jeruk, budu, belacan, cencaluk dan sebagainya.
Tujuan tidak digalakkan oleh syarak memakan makanan yang makruh supaya
tidak mengganggu keselesaan diri dan orang lain seperti ketika solat
berjamaah, bermusyawarah atau berada dalam kumpulan.


Bagi seorang pelajar makanan yang baik diamalkan ialah memakan makanan
yang seimbang, baik, halal, berzat, berkhasiat, bertenaga dan
seumpamanya. Antaranya kismis, kurma, madu, buah-buahan, susu segar dan
lain-lain di samping berdoa sebelum dan selepas makan.




WASSALAM

Wednesday, June 27, 2012

Kelantan Jun 2012-4 - Jalan Pantai


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selepas makan roti titab di kedai Kopitiam Kita, bersalam salaman dengan kawan sama pergi umrah tahun lepas. Mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayan kami semasa berada di Kota Bharu.

Perjalan pulang ke KL, kami merancang untuk mengikut Jalan Pantai. Pukul 11.00 pagi meninggalkan Kota Bharu, melalui Negeri Terengganu, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan...he he banyak negeri tu.

Singgah di setiap pantai, rehat-rehat, melihat laut luas terbentang, ambil gambar dan saya sambil utuk membetulkan urat-urat, kerana memandu seorang sahaja.



Tak lepas peluang singgah di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu


Pandang-padang dan jeling-jeling ajer
Sebab bonet dah berat (sebenarnya poket yang dah ringan)

Yang ini biloh, sebab ringan bonet dan ringan pitehnya

Lima enam tahun yang lepas saya pernah datang ke Kuala Terengganu, bas unik ini telah ada, sesuatu usaha yang saya puji.

Beli jagung bakar RM2.50 setongkol
Saya beli air nira RM3.00 sebotol, sedap juga, lain kali boleh beli lagi



Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: 


Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: 


Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’. Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran


Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.



WASSALAM


Monday, June 25, 2012

Kelantan Jun 2012-3 - Kopitiam Kita


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi Isnin, hari ketiga di Kota Bharu dan hendak bertolak semula ke KL. Kawan semasa umrah tahun lepas mempelawa kami ke kedai Kopitiam Kita untuk sarapan pagi.

Kopitiam Kita ini teletak di 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu.
Nombor untuk dihubunggi 019-981 0888. 

Lorong untuk masuk ke kedai Kopitiam Kita

Kedai ini mengumpulkan semua masakan Kelantan yang popular daripada warung-warung sekitar Kota Bharu. Disediakan dengan bentuk bungkusan.


Pengusahanya Encik N. H. Wong yang fasih bertutur denga lorat Kelantan, seorang yang peramah dan berbudi bahasa.

Ruang kedai yang bersih dan luas

Dipamirkan gambar-gambar artis popular dan orang kenamaan serta pengunjung yang pernah datang ke kedai ini

Pertama kali saya makan Nasi Tumpang


Makanan yang paling spacial di sini, Roti Titab
Roti putih bakar, diletak kaya di setiap penjuru dan di tengahnya telor separuh masak .......memang tip top

Senarai harga makanan dan minuman



Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: 
"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab.

Jawab Rasulullah SAW:
"Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"

(Hadith Riwayat Ibnu Abbas)



WASSALAM

Sunday, June 24, 2012

Kak Yang Beli Kamus Besta


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dah lama Kak Yang melihat dan mencuba sesekali dengan kawannya, kamus elektronik ni. Dan telah lama juga Kak Yang berkehendakan kamus ini.


Untuk memberi semangat dan galakan kepada Kak Yang, sementara itu duit biasiswapun ada lebih sedikit. Maka Kak Yang pun memiliki kamus elektronik, besta.

Harga yang ditawarkan RM398.00

Moga Kak Yang terus maju jaya dan cemerlang di dunia dan di Akhirat





WASSALAM

Saturday, June 23, 2012

Kelantan Jun 2012-2 - Mesyuarat Agung Perwakilan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kali ini adalah kali ke 83 Mesyuarat Agung Koperasi Jabatan kami
Alhamdulillah, seperti biasa, berjalan lancar
Syukur, masih mengekalkan ALK
Terima kasih, meningkatnya undian







Ketua Pengarah, dalam ucapan perasmian



Setelah memegang jawatan Pengerusi selama 12 tahun
beliau menarik diri kerana ingin memberi tumpuan pada NGO lain



Sahabat karib saya daripada Bendahari, dipertangungjawabkan sebagai Pengerusi




Sebelah petangnya merayau-rayau di Pasar Siti Khadijah









Kering poket lagi......



Anak dan emak di loby hotel


Sebelah malamnya diadakan pertandingan bowling antara perwakilan. 20 hadiah disediakan, tapi satu pun tak dapat....he he




Dari Ibni Umar r.a sabda Rasulullah SAW


"Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya. Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya, seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan terhadap anak – anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Ingatlah Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya." 


(Diriwayatkan oleh :Al-Bukhari dan Muslim).




WASSALAM

Friday, June 22, 2012

Kelantan Jun 2012-1 - Silaturrahim Bersama Kawan Umrah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Cerita ini seminggu yang lepas. Saya menghadiri Mesyuarat Tahunan Koperasi Jabatan kami. Tahun ini diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Saya ditemani oleh isteri dan dua orang anak. Berkomvoi 3 buah kereta daripada Tol Gombak pukul 12 tengah malam sabtu, berhenti dua tiga kali dan sampai di Wakaf Che Yeh untuk sarapan pagi pukul 8.30 pagi.

Selepas sarapan pagi, kami menuju ke Pengkalan Kubur

Masih lenggang lagi, sebab kedai baru buka

Pasar buah-buahan Pengkalan Kubur

Selepas itu kami terus pergi ke Pasar Besar Rantau Panjang
Di sini tak beli apa-apa, rasa-rasa barang-barangnya lebih mahal daripada Pengkalan Kubur

Tepat pukul 2.00 petang, check in hotel

Tahun ni agak mewah sikit, hotel tersohor di Kota Bharu

Pukul 3.00 petang, kawan (orang KB) semasa bersama Umrah tahun lepas menjemput kami dan pergi sekali lagi ke Pengkalan Kubur
Singgah sekejap, tenguk patung besar sedang baring

Isteri gembira, sebab dapat sambar set ini...he he

8.30 malam Pra Mesyuarat diadakan

Isteri dan anak-anak makan malam di rumah kawan semasa Umrah tahun lepas. Serta mereka dibawa pergi ke Wakaf Che Yeh.

Pukul 1 malam baru dapat melelapkan mata, selepas 24 jam berjaga



Sabda Nabi saw.

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim"

(Hadis riwayat Bukhari)


WASSALAM

Friday, June 15, 2012

Ho Chi Minh 2012-17 - Terowong Cu Ci 3



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Sambungan daripada cerita Ho Chi Minh 2012-16 - Terowong Cu Ci 2

Dari jauh terdengar bunyi tembakan senapang, macam suasana perang. Ingatkan mereka memasang pembesar suara bunyi tembakan, supaya suasana di sini betul betul suana perang. Rupa rupanya ada satu bahagian padang sasar (National Defence Sports Shooting Range). Kita boleh membeli peluru dan mengalami sendiri mengunakan senjata api dengan tunjuk ajar oleh pertugas di situ

1 bullet = 35,000VND lebih kurang RM5.32
20,000VND lebih kurang RM3.04



Bersebelahan padang sasar kita dapat melihat cara membuat rice paper secara tradisional. Rice paper ni mereka makan buat spring roll. 

Memproses padi menjadi beras

proses mengisar beras

membuat rice peper

Dijemur sampai kering, baru boleh makan. Ni pun makanan dorang masa musim perang dulu.

Setelah penat berjalan dan keluar masuk terowong kami diminta membasuh tangan di paip air yg dibuat daripada buluh. Kerana kami akan dihidangkan dengan makanan gurila Viet Cong zaman perang dahulu.

Pelawat dijamu dengan makanan istimewa ia itu ubi rebus dicicah dengan kacang tumbuk yang digaul dengan gula. Sedap juga 

Minumannya tea o yang dibuat daripada daun pandan
yammmmmm senggggg


Akhir sekali sebelum keluar. Melalui Souvenir Shop



bergambar bersama patong Ho Chi Minh


Kunjungan ke Cu Ci ini boleh memperlihatkan bagaimana orang Vietnam membangunkan semula negeri mereka daripada kemusnahan perang. Kesungguhan rakyatnya membangunkan kawasan perang menjadi ladang, petani berusaha gigih, pihak tentera mengawal keselamatan, sama ada suka atau paksa.

Terowong diubahsuai menjadikan tarikan pelancong disamping mengekalkan keadaan asal. Peninggalan tentera Amareka atau rampasan perang dipamerkan untuk tuntunan pelawat.

Suasana seksa, perit, menderita masa perang didramakan semula melalui video untuk tuntunan pengunjung, lebih lebih lagi untuk tatapan anak bangsa mereka akan datang.

Kesannya dapat dilihat dari pertumbuhan ekonomi Vietnam yang merekodkan peratusan yang lebih baik.




Rasulullah saw. bersabda

Apabila Allah telah mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang kemudian pada hari Kiamat, maka akan diangkatlah sebuah panji untuk setiap pengkhianat lalu dikatakan: Inilah pengkhianatan si fulan bin fulan 

Hadis riwayat Ibnu Umar ra



WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...