بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Saya sempat menyaksikan acara menyarung cincin (membantalkan air sembahyang) di rumah pengantin perempuan. Selepas itu kami dijamu sedikit kuih, sementara menunggu jamuan makan tengah hari.
ibu dan beberapa orang adik dan keluarga masing masin telah tidur di sini daripada semalam
moga bahagia sehingga ke Syurga
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya).”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5177
DEFINISI…
Menurut Imam Ash-Shan’ani,
Kata walimah (وَلِيْمَة) diambil dari kata asal (ولم) yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagai mana yang dikatakan oleh imam az-Zuhri dan yang lainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menterjemahkan kegembiraan. Dan walimatul urus adalah walimah untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan.
Wassalam