PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts

Monday, January 20, 2014

MENCURAH AIR KE DAUN …..

 

Lokasi:  Kolam ikan depan bilik kita kat sekolah kita je….

My school Photograper … test skill ….

 

DSC_0181

Wednesday, March 20, 2013

BOLA BOLA ..

 

Bola merah … bola biru ..

You marah … I luv u … keh keh keh ..

 

DSC_0730

mana cikgu … mana anak murid …keh keh keh

DSC_0740

Sian cikgu ……

Tepi kolam pun …ajar mengira ..

 

.

.

Cerita  Paip semalam …

Pic di Bukit Merah Lake Town..

Paip tu replika jaa…. sebab tak ada sorang maknesia pun sanggup nak redah

rumput rumpai yang … dah macam hutan tu …. membasuh tangan kat situ …

Kat tepi …. jetty nak ke Pulau orang utan …

Sunday, May 27, 2012

NOR ADLINA ATHIRAH ….. MOHON DOA

 

Selamat bercuti pada rakan2 guru ..

juga pada rakan2 bukan guru yang turut bercuti bersama anak2 yang cuti sekolah ..

Bila cuti …… jemputan kenduri pun menderu deram …

Kejab lagi akan ke Alor Setar … kenduri sepupu ..

Ada lagi 2 jemputan …InsyaAllah dalam perjalanan balik …

akan singgah ..

.

.

.

3 hari  lepas …

Pelajar CA …. murid tahun 5  ..

Seorang pelajar cerdik … tertib dan harapan

.

.

Kejayaan terbarunya …. Johan Pidato peringkat Daerah …dan akan ke Peringkat Negeri P.Pinang

.

.

Anak kecil ini

Kemalangan ….. dan masih kritikal di GH Penang ..

Boleh review …. di FB kat sini

Adlina Athirah …… dilanggar oleh van Pos Malaysia ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ..

Mengalami keretakan di kedua tulang pipi  , bahu … pendarahan dalam kepala , juga dikatakan mengalami keretakan kepala ….

Akibat dari hentakan yang kuat …. (dari cerita ) … beliau terlambung dalam 12 meter …

Ca petik kenyataan FB rakan ibu Adlina ..

 

Noradlina Athirah (anak PiK Nor Azniza - JKDM Penang) telah terlibat dalam kemalangan dengan van poslaju ketika berbasikal balik dari sekolah pada 24 MEI 2012. sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Beliau sekarang berada di wad ICU Kanak-kanak Hosp. Pulau Pinang. Beliau disyaki mengalami keretakan dan pendarahan di dalam kepala. semoga ibu dan bapa Adlina tabah dengan dugaan ini..insyaAllah..

.

.

.

Mohon doa dari semua rakan blog CA …. yang membaca coretan ini ….

Doakanlah anak kecil ini …. diberikan satu keajaiban …kembali sembuh ..

Dapat menjalani kehidupan biasa seperti anak2 yang lain ..

.

.

Mohon doa diberi kekuatan kepada ibu dan ayahnya  serta ahli keluarga

Dalam menghadapi dugaan ini ..

.

.

Ameennn …

Tuesday, May 22, 2012

HARI GURU …

 

 

P1050472

My Big Boss …… (blue shirt)

Agak2  korang 

apa laaa …. cerita diaorang ni … …..

.

.

.

.

Friday, April 6, 2012

BELAJAR MEMBACA SUKU KATA TERBUKA

 

Khas buat ibu ibu bapa bapa yang punya anak2 kecil…

Sesuai untuk latihan membaca ..

Jadi …. ibu2  nak time masak ka..

Nak berfb ka…

Nak berwhatsapp kaa..

Bagilah si kecil anda …ditemani si sotong ni ..

Selamat berhari jumaat ..

Tuesday, February 14, 2012

MENEMUDUGA OLEH PENEMUDUGA …

 

DSC00156

Menemuduga 12 orang calon ..

bukan calon pilihanraya …

Calon ketua murid …

Kita dulu2 …. mana ada semua ni ..

Sekarang ni dah tak boleh …

cikgu suka-suka buat keputusan pilih sesapa yang layak jadi Ketua Murid ..

Ada ibu bapa akan pertikai …. jika anak mereka tak terpilih …

Jadi sebagai evidiannya …. Temuduga perlu dijalankan ..

Siapa yang layak ….

Mereka yang dapat melepasi temuduga ini …

Penin pala cikgu tauu ……

Thursday, January 5, 2012

BATUK … BATUK … BATUK ….

 

Ubat farmasi dah ….

1 Malaysia pun dah …

Klinik pulak …

Dah 3 minggu …. batuk ni bermaharajalela …

.

.

.

Aduh …. MA .. kat klinik 1 Malaysia ..

kata ..

“Kak ni takut kini tibi …saja”

Mak aiiiii … chekkk oiiiiii ….

.

.

Sampai ati kooo kata aku suspek tibi …

sedih tau …. hati  mak ni …

.

.

 

DSC00084

Cerita tarah pensil semalam ….

Itulah pensil yang dah ditarah ..

Tapi tarah pi lah macam mana pun ..

Nama pun budak …

Hilang tetap hilang …

.

.

.

CA pun tak tau nak buat cam na ..

Mak ayah ni …. (mcm CA lah keh keh keh  ) dengan gigih dan dedikasinya .

menarah kepala kepala pensil ..

Dengan tekunnya …. menulis nama

.

.

Bila loceng bunyi …

Terjerit2lah cikgu cikgi …ustaz uztazah ..

“ sapa punya … rubber “

“sapa punya … pensil “

Segala mak nenek harta benda depa…

haram…. sapa pun tak mengaku ..

hatta yang tertulis nama pun ..

Tak mengaku ….

Dah tu nak wat cam no …

Anak aku pun spesies yang sama ….

.

.

Istighfar Istghfar ……

urut dada….

Wednesday, January 4, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH …

 

 

Esok sekolah akan kembali dibuka ..

Bagi setengah negeri hari ni dah jalan dah ..

Jadi zaman berjimba2 bersukaria suka hati mak nenek mak tiri tokwan sepupu kau dah habis … keh keh keh

Sebenaq-benaqnya …. dah 2 minggu kami bekerja ..

Tapi tak secara resmi ….

Esok … rasmi yee…

Jangan ada yang lupa bangun pagi ..

Buat-buat rasa mcm cuti ada sebulan lagi ..

.

.

.

Ini first entry CA … dalam tahun 2012 ..

Tahun ni ada azam tak korang ..

CA….. azam …. entahlah ada ka dak … kena pikiaq ….

.

.

.

Rasa-rasanya …. kena kurangkan sikit mengadap tenet ni ..

Nak tumpu ke budak2 ni ….

Rasa-rasa mcm semangat nak ngajo sendiri kat umah …

.

.

moga kuat lah hati dan azam  tu kan ..

Bukan boleh harap sangat … keh keh keh ..

DSC00063

Cik Mamat sorang ni pun dah masuk Tahun 1..

Semalam orentasi Tahun 1…. semangat jangan dikatalah ..

Harap2… esok pagi semangat tak luntur ..

Dan suara dinasour taklah kedengaran pagi2 esok …kejut bangun pagi ..

.

.

.

Tinggallah cik minah ni sorang2 ngan bibik

DSC00130

.

.

K… pada ibu ibu bapa bapa …

Perit skit no… bila buka sekolah ..

Walaupun yuran sekolah tak kena dah …

Tapi … mak aih keperluan sekolah …

Boleh pengsan pat ploh lima kali …. poket bocoooorrrrr …

.

.

Cuma sedikit pesanan pada ibu ibu bapak bapak … yang punya anak darjah 1..

PASTIKAN…

Semua alat tulis ….. dituliskan nama..

Buku latihan dituliskan nama

Baju pun … kalau boleh tulis nama atau tanda .. karang tertukar masa PJ

Kasut sekolah … tulis nama …. nanti keluar dari surau …. kasut hilang …

Gunting … beli yang depannya bulat (Pah Hashim … kalau hang baca blog ni…aku kopipes)

Pensil ….. jangan beli mechanical pensil …. bahaya …. memang tak dibenarkan di sekolah..

Semua pensil ….. tarah kat hujung tuliskan nama ..

Beg sekolah ….tuliskan nama …kalau boleh tuliskan no phone untuk dihubungi..

Di awal2 ni…memanjang mereka tertinggalkan beg… terutama yang balik dgn bas dan van sekolah …

.

.

CA…. nak pi tarah hujung pensil… nak tulis nama …

Jumpa lagi …

Friday, November 18, 2011

UPSR–Tahniah pada yang dapat 5A

 

Alhamdulillah keputusan UPSR tahun ni amat memberangsangkan ….

Pencapaian 5A sekolah kami meningkat 100%  …

Dan juga pencapaian GPS juga agak memberangsangkan  iaitu  2.09 …

Walaupun di target bawah dari 2.0

Kira ok lah tu ……

Tahniah pada guru2 Tahun 6 ..

dan juga guru2 akar umbi …

pengorbanan semua hanya Allah yang dapat membalasnya ..

DSC00050

Wajah2 gembira …. guru2 menatap keputusan UPSR

Semasa pembentangan kepada guru2 ..

Hari ini ~ kita raikan bersama-sama rakan guru

esok …

InsyaAllah ~ akan ada satu lagi jamuan kesyukuran bersama pelajar pada jam 11 pagi .

TAHNIAH … TAHNIAH DAN TAHNIAH LAGI

(Terlupa nak ucap dalam ucapan tadi )