PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, February 25, 2015

HOW TO CLEAN BURNT ON FOOD IN THE OVEN

 

CA dapat dari Pinterest.  menarik dan mudah … terutama bagi kaki baking . Tak kurang juga untuk kita yang sering sibuk … sibuk memanjang. Kadang-kadang benda kecik-kecik terpaksa diabaikan kerana dulukan benda lain yang lebih besar.

boleh rujuk di link ini ..  http://www.areal-lifehousewife.com/2014/07/how-to-clean-burnt-on-food-in-the-oven.html/

Thursday, February 12, 2015

Cherry strawberry crunchy cheese cake

Kejadian semalam . Belasah aja apa yg ada dlm peti sejuk . Version malas itu... sebab main tekan dalam tupperware and tipuware je.  Base guna biskut merry go round campur  biskut kelapa .
Dibuat sempena potluck ... ada guru bertukar .
.
.
.
nape jadi cheery strawberry   hahahahaa ... sebab cherry tu ada 1 tin ja. Dah malam .... jumpa filling strawberry   .... hahhh ... kita kasi kawin sama dia ....



Wednesday, February 11, 2015

NGAKU .... AKU NGAKU BUAT SENDIRI

Orang sibuk kopok ngaku ...
Rabu lepas pegi Groceria . Jumpalah ngaku yg tengah cantik-cantik landing dalam tu .  Sambar sekilo dlm 4 hinggit lebih.
.
.
.
Maka ... balik rumah ... kopeklah dengan istiqamah ... sebab saiz dia comey2 berbanding dengan jari-jariku yang trlebih comel ni kan ...
.
.
.
Digoreng ..... ada yang tergaring . Ada yang cantik lawa kejadiannya ...
Memang sedap ... rangup dan enak sekali.
.
.
.
Nak membuatnya pun mudah jerr.
Dah dikupas ... disagat nipis .... rendam dalam air garam 1 jam . Digoreng dalam minyak banyak ... balik2kan ... sampai garing . Angkat dah boleh dikunyah ...

Tuesday, February 10, 2015

SAMBAL BELACAN TOMATO

Lama tak buat ....
Cer try sedap ....
.
.
.
.
Cili merah
Cili api kampung
Belacan
Garam (jika belacan tak masin )

Tumbuk dalam lesung batu sampai lumat.
Masukkan tomato hijau yang dipotong nipis. Tumbuk lagi setakat mana mahu .
Perah limau nipis.
Siap.
.
.
.
Makan dengan nasi panas ....ada ikan kering atau ikan bakar. Ikan keli bakar perrrgghhh .... tak tau nak cerita. Keli pula keli kg ... keli sawah ...
Telan air liur ...gluuuppp ... gluuuppp....

Monday, February 9, 2015

PERKONGSIAN ....

Menarik tulisan ni...
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.
Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis trus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.
Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.
Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.
Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai
★ BESI ITU KUAT,
TAPI API MAMPU MELEBURKAN'NYA

☆♨ API ITU KUAT,
TAPI AIR MAMPU
MEMADAMKANNYA
★ AIR ITU KUAT,
TAPI AWAN MAMPU  MENYERAP'NYA
☆ ⛅AWAN ITU KUAT,
TAPI ANGIN MAMPU MENOLAK'NYA
★ ANGIN ITU KUAT,
TAPI BUKIT MAMPU MENGHALANGI'NYA
☆ BUKIT ITU KUAT,
TAPI MANUSIA MAMPU
MENGHANCURKANNYA
★ MANUSIA ITU KUAT, TAPI NAFSU MAMPU
MENUNDUKAN'NYA
☆ NAFSU ITU KUAT,
TAPI IMAN MAMPU
MENGALAHKAN'NYA
〃TAPI BILA IMAN KUAT TIADA APA YANG MAMPU MENGALAHKAN'NYA
YA ALLAH.. KUATKAN IMAN KAMI DIMANA SAJA KAMI BERADA..
.آمــين.آمِيـن آمِيـن يا رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِن
TAPI YANG MENGALAHKAN IMAN PULAA.......
UJUB
UJUB IALAH PERASAAN KAGUM ATAS DIRI SENDIRI. MERASA DIRI HEBAT.
BANGGA DIRI. TERPESONA DENGAN KEHEBATAN DIRI.
ORANG YANG RAJIN IBADAH MERASA KAGUM DENGAN IBADAHNYA.
ORANG YANG BERILMU, KAGUM DENGAN ILMUNYA..
ORANG BERJAWATAN TINGGI,
KAGUM DGN JAWATANNYA.
ORANG YG PETAH BERBICARA,
KAGUM DGN KEPETAHANNYA
ORANG YANG BERDAKWAH, KAGUM DENGAN DAKWAHNYA.
WALHAL SEMUA KELEBIHAN ATAU KEISTIMEWAAN ITU ADALAH MILIK ALLAH DAN DIBERIKAN KEPADA MANUSIA.
.
SESIAPA UJUB DENGAN AMALNYA SENDIRI MAKA AKAN TERHAPUS AMALNYA".
WALLAHUALAM..
ALLAHU RABBI


Saturday, February 7, 2015

Friday, February 6, 2015

MOGA BERMANFAAT DI HARI JUMAAT

Juga CA dapat dari whasaap ... moga ia bermanfaat utk kita .... sebab ilmu itu ada di mana-mana ... cuma cara dan bagaimana kita mendapatkan , menghayati dan memanfaatkannya. Wallahuaklam ....
TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN :
A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :
Sabda Rasulullah S.A.W : 'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan dil
etakkan dihujung dua kakinya.'
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
ㅤ  ㅤ  ❤ㅤ  ❤    ❤
ㅤ♥    Subhanallah  ♥
♥    Alhamdulillah    ♥
♥     Lailahaillallah   ♥
ㅤ♥    Allahuakbar   ♥
ㅤ ㅤ  ❤ ㅤ  ❤     ❤
 

Thursday, February 5, 2015

Cikgu dia menangis

Masuk kelas Tahun 1 ... gantikan guru yang tak hadir .
A        : cikgu dia ni dengan dia tu 
             menangis
Cikgu : kenapa pulakkk...
B        : dia ni menangis sebab rindu kat
             mak dia ... dia tu nangis sebab
             takut kat guru besar ...
Cikgu : Guru Besar mana (sebab guru
             besar memang tak ada di sek)
A , B,C : tu guru besar yang bilik kat
              bawah tu ( merujuk kat bilik BI)
Cikgu   : haaaaaa tak tau la ... cikgu tu dia
               boleh makan org tau ....
              ( hahahahah ....cikgu badan besar
               rupanya)

Wednesday, February 4, 2015

KEEGOAAN SEORANG IBU DAN BAPA ...


CA dapat ni dari group whasapp ... satu yg bermanafaat untuk kita renungkan bersama.
Saya sendiri ... walaupun seorang guru . Anak2 bersama satu sekolah ... kadang2 alpa dan terlepas pandang ...
Moga kita jadi ibubapa yang terbaik di dunia jua di akhirat . Dan kita tidak dituntut oleh anak2 ketika di akhirat kerana pengabaian secara tidak sengaja ke atas mereka . Wallahuaklam ..

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap

Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.

Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk saya dan anda

Terima kasih pada yang telah syerkan peringatan yang berguna ini ...

Tuesday, February 3, 2015

Ayat majmuk ..

Untuk tahun 3 ... murid rendah . CA tak round up ayat majmuk itu keseluruhan . Kita berikan skit2. Berpandukan petikan yang dipelajari hari itu .
Sebenarnya teknik dan tektik yg digunakan guru dalam  pdp bergantung kepada tahap dan kebolehan murid . Itu setiap guru perlu prihatin . Jangan main sogok ja.... di akhir pdp objektif tak tercapai dan murid tak faham .
.
.
.
Hari ini tahun 3 belajar ayat majmuk ... berpandukan BLA Kpm .
.
.
Ayat majmuk .....
Ayat yang mempunyai 2 subjek atau pun 2 pradekat.
.
.
Perkataan hari ini utk ayat majmu adalah "dan" "kerana" "tetapi"
Apabila ada saja perkataan tersebut automatik kita kelaskan dia sebagai ayat majmuk.
.
.
Apa itu subjek . Subjek adalah pelaku atau benda yg menjadi bahan cerita . Contohnya orang iaitu Ali .. Safuan ... Doktor ... Guru ... Si Comel ... kucing dan sewaktu dgnnya.
.
Contohnya : Ali dan Ahmad bermain bola.
Ada 2subjek di situ. Ali dan Ahmad .... jadi dia dikategorikan Ayat Majmuk . Bila dilihat secara lalu ada " dan" .. dah tahu iti AM.
.
.
Apa itu pradekat . Pradekat adalah cerita . Cerita apa yang nak disampaikan . Dlm AM ada 2 cerita
Contohnya :
Amin makan nasi dan gulai ayam .
Asalnya ....
Amin makan nasi.
Amin makan gulai ayam .
Ada 2 cerita di situ . Digabungkan menjadi
Amin makan nasi dan gulai ayam .

Monday, February 2, 2015

BEG & KERUSI

Ingatkan pada anak2 kita .
Kerusi untuk duduk ... bukan untuk beg .
Jadi .... anak2 duduk atas kerusi ...
Beg duduk atas lantai tepi meja ...
.
.
.
Perkara remeh yang selalu terlepas pandang.
Anak2 duduk skit ja ... hujung2 punggung 80% kerusi diduduki oleh beg sekolah yang ..... ampunnn besar ....