PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Monday, March 25, 2013

JEJAK YG BAKAL DITINGGALKAN ...

Selamat tinggal...
Pokok petola...yang sedang berbuah lebat ...
Peria...yang ...memercik mengeluarkan putik.
Cabai cabai yang bergayutan...
Kacang panjang yang dah sejengkal sejengkal ...keluarkan sulurnya ...
Pucuk ubi kayu....yng boleh menghasilkan seperiuk ...masak lemak cili api ....
.
.
Terpaksa ditinggalkan....
.
.
Mood sedih ....ni....

Saturday, March 23, 2013

AKTIVITI CUTI

Ingatkan barang skit ...
Rupanya dia beranak pinak ...
Baru ...bahagian dapur ....

Friday, March 22, 2013

TEORI DARWIN …

 

DSC_0627

Thursday, March 21, 2013

KOOOO ADAA…

 

Ingat ko je adaaa Daddy ZZ ….

DSC_0864

kita pun ada tauuuuu …..

DSC_0873

tengok tengokkkkk …..

Korangggg ???????

BERPESAN-PESAN…..

 

Wednesday, March 20, 2013

BOLA BOLA ..

 

Bola merah … bola biru ..

You marah … I luv u … keh keh keh ..

 

DSC_0730

mana cikgu … mana anak murid …keh keh keh

DSC_0740

Sian cikgu ……

Tepi kolam pun …ajar mengira ..

 

.

.

Cerita  Paip semalam …

Pic di Bukit Merah Lake Town..

Paip tu replika jaa…. sebab tak ada sorang maknesia pun sanggup nak redah

rumput rumpai yang … dah macam hutan tu …. membasuh tangan kat situ …

Kat tepi …. jetty nak ke Pulau orang utan …

Tuesday, March 19, 2013

PILI TEPI TASIK …

 

Kosong …

Hari ni banyak keja sangkut ….

.

.

.

Pic …. tanpa niat ..

DSC_0568

Monday, March 18, 2013

GENERASI MASA HADAPAN ..

DSC_0400

Wajah-wajah cilik … menadah tangan memohon restu ilahi ..

Mulus …. seindah suria pagi …

Semoga didikan kami … menjadikan mereka insan salafusoleh …

Pemangkin generasi hadapan … InsyaAllah ..Amin …

Saturday, March 16, 2013

SABTU...

Hari ni kita keja....sedih..
Tadi order koew tew goreng ..
.
.
Yang datang tauge goreng campur koew tew....
.
.
Pic ...adalah peristiwa selepas...

Friday, March 15, 2013

HARI JUMAAT YANG AMAT MENGUJI …

 

Assalamualaikum …

salam jumaat …

Sampaikan yang baik …walaupun sepatah perkataan …(saja tulis ) heheheh

Hari ni … memang menguji tahap kesabaran ..

Nak marah kat siapa …

.

.

sepagi ni ….. kami cikgu2 di sini ni ..

Terpaksa tarik pitching lebih  ….

Sesubuh sapeeiiiiii … tadi  … grummmm grammmm …. bruuummmmm braaaaammmmm …

.

.

tengah mengajar … terpaksa berenti bertafakur  … keh keh keh …

Kalau sanggup … minum ayaq asam ….. cubalah jerit2 juga …

Ngajar BM …. tak dan habih satu ayart … kene berenti

.

.

Jet jet … kapai terobang … turun naik …. kat Pangkalan TUDM

Ada yang kaler2 … siap buat kuak lentang bagai …

Pusing-pusing keluar asap ….. semua ada ..

.

.

Kami tak yah … pegi Langkawi  …

Di sini pun dah macam LIMA …..

.

.

.

Tok sah tension … meh meh jemput makan mee goreng mak Leha …

Mak Jan Kola sepetang pun tak leh lawan .. hahahhaha

Udang … Saiz XL …. Sekilo RM40 semalam  di Penambang … (tapi CA pilih yang kecik skit )

DSC_1410

Jemput jemput …

Selamat berhari jumaat …

Jangan lupa solat jumaat yeee….. buat lelaki mukalaf saja..

Thursday, March 14, 2013

APAM NASI

 

DSC_1396

Ada yang tergoda tak …

Itu projek CA semalam..

CA ni kalau yang resepi jenis … kelepuk .. kelepek …

Yang mudah mudah … tapi sedap …sukalah buat.

Kalau yang macam2 kaedah … nak kena buat .

Terpaksalah pospone ….. buat semayang hayat … mohon doa dulu

Bagi ada semangat nak buat … heheheheh

.

.

Resepi ni Ca ambik kat Che  Mat Gebu

Terima kasih ye CM ..

Resepi mudah …senang dan sedap..

CM … dia ghajin boh kaler bagai …..

CA suka yang kaler asli … heheheh (dasar pemalas ….)

.

.

CA copy paste je lah resepinya kat sini.

Kalau nak yang betul2 .. gi ke link CM tu …

 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir (cm kurangkan 1 camca besar)
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
  2. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata (macam cm, guna 2 kaler). Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
  3. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama)..

 

CA derhaka skit ……yang nombor satu tu. Lepas kisar nasi , air dan gula tu … CA terus masukkan tepung gandum , tepung beras  dan yis tu dalam blender. Pas tu putarrrrrrrrrrr ….tuang dalam bekas . Peram …

memang sedapppp …

Thank Che Mat …..

DSC_1399

Wednesday, March 13, 2013

WEDNESDAY .....

Panaskan sekarang ni ...
Kena abc memang heaven ...

Monday, March 11, 2013

APAM BALIK

 

Resepi ni … amat berguna buat ibu-ibu yang tahap kecergasan memasaknya di bawah tahap kritikal  hahahaha

Tapi berimpian … nak menjamu selera keluarga dengan resepi vokesssss …. okesssss …

.

.

Bayang kan anak ngan laki … terjojol bijik mata …..

“ buat sendiri ni …” sambil garu garu pala … nak percaya ka tidak … hahahahahah

kk..

sebelum tu …. cerita dulu mana dapat resepi ni …

CA dapat kat FB …. terima kasihlah pada rakan yang kongsi resepi ni. Tapi dah lupa kat mana ..

Bila tgk kat myresepi pun ada … Jadi thankkkk

.

.

gambar dulu …

DSC_1346

 

 

Langkah 1

1 biji telur

1/2 cawan gula

blender …. sampai gula hancur …..

 

Langkah 2

11/2 cawan air

1 sdt soda bicarbonate

1 sdt baking powder

sedikit pewarna kuning ( tak letak pun tak apa)

Masukkan dalam blender telur tadi …… blend bagi sebati .

 

Langkah 3.

2 cawan tepung gandum

Masukkan dalam blender .. blend hingga sebati dan tidak berketul

 

Langkah 4

Panas kan pan …

sapukan marjerin skit …

Ambil satu senduk (agak-agak) …. ratakan (nak nipis atau tebal ikut rasa hati)

DSC_1296

Bila …. adunan nampak berbuih ..

Taburkan gula

taburkan kacang

taburkan jagung kerim

titikkan sedikit margerin (kalau mahu )

untuk tambahan lain-lain tu… ikut kehendak sendiri lah …

.

.

Siap …. lipat dan sapukan margerin

DSC_1339

dah tentu ….

DSC_1298

Sedap …

Selamat mencubaa…..

 

Menjawab … utk entry TOM TOM BAK

Telur tu hancus… sebab terjatuh kat pasar ….

Dan pada kawan2 … CA still bw blog korang … cuma … tiada jejak kutinggalkan …

cikbukkk sangat …

Pada yang follow… nanti kita follow balik k…..

Sayang semuaaaa ….

TOM TOM BAK ......

Tom tom bak ...
Mak yong dedek
Pecah sebiji
Tinggal serkap ...
.
.
.
Ehhhhh ..salah ...
.
.
.
Beli 10 tinggal 6 .....

Friday, March 8, 2013

SALAM JUMAAT …..

 

Dok tak dok … riuh riuh kat Sabah …

Kelam kabut kat Sabah ……

.

.

tup tup …..

Ron 97 naik 20 sen …

hurmmmmmmm …..

.

.

.

.

Selamat berjumaat … sama-sama kita bersolat hajat untuk anggota keselamatan kita dan Sabah …

Thursday, March 7, 2013

ISU LAHAD DATU ……TERUSKAN BERDOA …

 

Sejak akhir ini … saya kembali menonton news di tv ….

Runtunan hati … apabila  beberapa jiran saya dah seminggu berada di bumi Sabah

dan dapat rasakan apa yang anak dan isteri mereka rasakan..

.

.

Sebagai isteri tentera … kami akur ..

Itulah pengorbanan atas ikrar sumpah setia mereka kepada agama dan tanahair…

.

.

Maklumat …. zerooooo ….

Mulut mereka telah dikunci rapat …..

.

.

.

.

Saya jumpa tentang KESULTANAN SULU di sini

Dalam banyak2 info dan kenyataan tentang sejarah  yang saya cari..

saya rasa ….. ini agak menarik untuk bacaan kita ….

.

.

.

Semalam ada satu muzakarah akan diadakan untuk menentu SYAHID atau tidak …

saya bukan nak memperlekehkan atau pun mempertikaikan apa…

Siapalah saya ….. dengan ilmu yang sejengkal ini …

.

.

Bg saya … SYAHID atau tidak ….. penentunya ialah ALLAH ..

kita hanya hambaNYA …..

Hanya mampu berdoa…. dan sama-sama kita berdoa … agar ALLAH mengiktirafkkan mereka SYAHID di dunia dan akhirat …..

Pengiktirafan oleh dunia …. bukan pengiktirafan Allah …

Jadi angkatlah tanganmu wahai sahabat2 sekalian …

.

.

Ya Allah Ya Rabbi … Tuhan empunya alam …

Kau masukkan lah sahabat2 kami yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia dalam krisis pencerobohan di Lahad Datu ini ke syurgaMu dan berikanlah pada mereka pahala dan imbalan SYAHID atas pengorbanan ini . Berikanlah kekuatan kepada isteri , anak-anak dan keluarga mereka dalam menghadapi kehilangan orang yang tersayang. Kehilangan tali pergantungan . Kau anugerahkan rezeki yang barkah dan anak-anak yang soleh yang akan meneruskan perjuangan bapa-bapa mereka.

Kau selamatkanlah …anggota pasukan keselamatan kami yang masih berjuang di sana. Berikanlah mereka kekuatan dan keihhlasan berjuang hanya keranaMU … ya Allah ….

Amin amin ya Rabbaralamin …..

.

.

Teruskan berdoa …..

Wednesday, March 6, 2013

KERJA SEKOLAH …

 

tak perlu kata apa-apa..

senyuuummmm ……

www…….

Tuesday, March 5, 2013

JADUAL WAKTU

Dialog antara ibu dan anak ..
.
.
.

Anak : mama   , mamakan yang buat jadual waktu sekolah ...

Ibu: kenapa?

Anak : kelas abang tu , mama ... Tambah masa PJ jadi 2 masa.
.
.
.
.
Kejab kejab ..... Jantungan aku .....




Sunday, March 3, 2013

AYAM GORENG SEDAP DAN MUDAH

Hari ahad ....
Di penuhi dgn acara ...masak ...makan
Makan ....masak....makan lagi..
.
.
.
Kongsi menu simple ...dan sedap..
CA dapat dari rakan fb ...tapi tak ingat ...kat mana. Pada yang berkongsi ilmu....ganjaran dari Allah buatmu sahabat maya ....

Bawang putih + halia + kunyit hidup + garam ( ikut anggaran sendiri ) ...tumbuk sampai lumat.
Gaul dengan ayam dan masukkan serbuk kari baba. CA guna serbuk kari ikan. Korang ....suka hati ....
Perap 1 jam ....
Goreng ....dekat dekat nak masak ....masukkan daun kari ....
Siap ....

Friday, March 1, 2013

KAWAD CAM …

BACA BANYAK2 … BIAR TENANG ..

.

.

.

Nak pegi kawad cam sat ….

modes operandi …. curi vitagen 5 pek dalam keta cikgu …

Jadi .. ibu ibu singa perlu berada di sana … bagi memastikan keadaan terkawal …. hahahhaah

Selamat berhari jumaat ….