PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, October 9, 2013

PORTABLE WIFI ROUTER

Emmmm ...apa nak cerita yeee ....
Inilah portable wifi router ...brand tp link.
CA beli kat lelong.com
.
.
Apa gunanya ...PWR ni ....
Bg yang guna broadband dan ambik package internet ...kat provider .... contohnya ...celcom ... maxis and etc ..
Kalau guna broadband  ....satu device saja yang boleh connect ...
Guna PWR ni .... 5 hingga 10 device boleh connect internet. Just ...masukkan simcard saja .
.
.
Ia portable ...boleh dibawa ke mana sj . Dgn jangka hayat bateri 4 ke 5 jam ...
.
.
.
Ini bukan promosi ...sekadar berkongsi ilmu .

Monday, October 7, 2013

LAKSA PENANG .... GUNA NOXXA

Bila ada periuk serbaguna...
Maka gunalah semaksimum mungkin ...hehehehhe ...
.
.
Sabtu lepas  ... balik dari ...ambik Ariff dari tuition . Lalu kat penambang ikan. Bot tengah naikkan ikan ....
Jengok2 ada kembung baru naik ...
Sambaq sekilo ....
.
.
.
Balik rumah ...lepas siang ... aahhh buat laksalah kita hari ni ... tak susah pun .
.
.
Guna pressure cooker noxxa amway ....mudahhh ...
.
.
.
7 ekor ikan  dipresure selama 70 minit .
Lepas tu ... blender ..... isi ikan dengan air rebusannya
Tak perlu tapis ....semuanya dan tulang2  hancur....

Blender cabai kering ... bawang merah ... belacan ... masukkan asam keping dan didihkan  hingga agak kering .

Masukkan isi ikan yang diblender ... masukkan daun kesum , bunga kantan ...dan garam .
Didihkan.... hingga mendidih dan rasa.
Siapppp...
.
.
.
Utk laksa ... masukkan dalam pressure cooker ....masukkan air hingga tenggelam. Presure kan dlm 15 minit .
.
.
Siap utk dihidangkan dgn ulam... ulaman ..
.
.
Laksa CA ... semua ulam ulaman hasil tanaman sendiri kecuali bawang ....

Monday, September 30, 2013

MAKAN BESAR


Pagi ni ...
Jamu anak2 makan besar ...
Alhamdulillah ...

Thursday, September 26, 2013

SOALAN PEPERIKSAAN

Meh meh .... sapa nak tolong CA buat soalan periksa....
Pening den ni ....dok leh copy paste ...
Nak original ...dari cikgu ....
Jalannya ...tangkap gambo
...then ...lukis balikkk .... pala dah ting tong ni ....
.
.
.
KSSR  - kerja sungguh sampai rebah hehehhehe ....
.
.
Jom ...nak sambung balik ....

Wednesday, September 25, 2013

BENDI GORENG

Entry sapu sawang ..
Bendi goreng hasil kebun saya ....

Friday, September 13, 2013

TAKDIR .....

Thursday, September 12, 2013

KEMATIAN DI USIA MUDA

 

Berkongsi sedikit ilmu dari tazkirah Ustazah Noor Azma di Universiti MKI … blog milik Proffesor Mohd Kamil Ibrahim

.

.

Bismillahi walhamdulillah.

Menemui siswa siswi UMKI  yang dekat di hati, Kuliah kali ini dimulakan dengan soalan. Apakah sesuatu yang memutuskan atau mencantas segala kelazatan?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan.

(Hadith riwayat Tirmizi.)                      

Di dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang berangan-angan kepada Allah s.w.t (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan daripada-Nya tanpa beramal soleh).

(Hadith Riwayat Tirmizi.)

Itulah kematian. Kematian ialah perkara yang paling hampir dengan kita tetapi seringkali dilupakan. Mungkin topik ini hampir sama dengan Pensyarah Tamu Tuan Hj. Sabtu tetapi saya kira beliau membincangkan tentang persediaan kematian bagi mereka yang menjelang senja. Tetapi kuliah ini menyentuh tentang kematian yang datang pada usia muda.

Sudut Pandang Mukmin dan Kafir

Sudut pandang manusia sentiasa berbeza. Perbezaan dan pertelingkahan sering terjadi kerana cara pandang yang berbeza ini. Mukmin memandang dengan cahaya dan petunjuk Allah. Lalu perkara yang menjadi pemandangannya berbeza daripada orang kafir yang tidak memandang dengan cara yang sama.

Mukmin memandang jauh ke hadapan melampaui kehidupan dunia. Pandangannya menerobos sempadan kematian dengan mengharap kematian yang baik. Fokusnya  menjangkau kehidupan di barzakh kemudian di padang mahsyar iaitu di hari perhitungan, kemudian menerima buku amalan sama ada diambil dengan tangan kanan atau kiri ataupun dari belakang.

Kerisauan seorang Mukmin adakah dia mampu melintasi titian sirat sepantas kilat. Visinya pula mahu  mendapat keampunan dan keredhaan Allah serta menatap keindahan wajah Allah. Cita-citanya mendapat kebahagiaan yang kekal tanpa berpenghujung, menghitung pelbagai nikmat Allah di dalam syurga tertinggi Firdaus.

Ia sama sekali berbeza dengan manusia yang kufur. Masanya seharian memikirkan dan sibuk memuaskan nafsu dan keinginan sendiri. Selepas suatu perkara tercapai, mahunya yang lain pula.  Sehingga apabila tiba-tiba datang kematian yang mencantas segala kesedapan dan angan-angan, dia akan terkejut dan terpana. Rupanya aku sudah mati.

Benarlah sabda Baginda SAW manusia yang cerdik itu ialah yang sering mengingati kematian. Apabila tiba kematian dengan apa keadaan sekalipun, dirinya sudah bersedia kerana kematian dan kebahagiaan abadi telah sering berada di dalam fikiran dan hatinya. Beruntung menjadi orang Mukmin. Amin, Insya Allah.

Apabila dipanggil Pulang

Iktibar daripada kematian amat besar. Allah mendidik hamba-hambanya dengan pelbagai cara. Mereka yang pergi menemui Allah itu hakikatnya telah tamat tugas mereka di dunia. Khidmat mereka ada yang sekejap dan ada yang lama. Ramai orang yang perlu berkhidmat sehingga usia tua. Namun tidak sedikit mereka yang dipanggil balik ketika asyik melaksanakan tugas di usia muda.

Kita ini juga sedang berkhidmat dan tidak lama lagi akan dipanggil pulang. Ada soalan-soalan yang memerlukan jawapan - ia tentang iman, usia, ilmu dan harta yang diamanahkan ke mana telah digunakan- apabila mengadap Yang  Maha Berkuasa nanti.

Kalau Profesor Kamil menyebut usia adindanya menemui Allah ialah 35 tahun, begitu juga adinda Puan Roza pada usia yang sama. Ingin saya menambah lagi beberapa sahabat saya yang pergi juga pada usia yang sama iaitu 35 tahun.

Kelmarin, seorang sahabat saya Rohaya Mat Rabi telah kembali menemui Pencipta, bersama-sama tiga orang cahaya matanya. Beliau meninggalkan dunia hanya setelah empat hari genap berusia 35 tahun. Terasa baru sahaja sahabat-sahabat mendoakannya pada 5 September 2013, tetapi pada 9 September 2013 beliau menamatkan khidmatnya di dunia ini.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Asbabnya kemalangan jalanraya di Teras Jernang.

Alhamdulillah. Kesempatan yang Allah berikan kepada saya untuk memandikan jenazah almarhumah Rohaya di Hospital Serdang bersama seorang sahabat lagi - Sazaliza - amat besar maknanya sekurang-kurangnya kepada diri saya.

Sebagai seorang perempuan, ketika membantu urusan memandi dan mengkafankan jenazah, hati saya berkata-kata, alangkah bertuahnya menjadi isteri solehah. Masya Allah.. Masya Allah. Saya sebenarnya tidak mampu mengungkap kata-kata dan menyusun ayat tentang indahnya suatu kematian seorang perempuan yang suaminya telah redha.

Allahu Akbar!

Perempuan yang dijanjikan syurga itu melakukan perkara fardhu dan kewajipan di dalam agama, menjaga dirinya kemudian mentaati suami.

Semalam pula saya dan sahabat pergi ke hospital Kajang untuk menziarahi anak almarhumah Rohaya berusia tiga tahun yang masih kritikal di Unit Rawatan Rapi. Sekali lagi hati kami pecah melihat tangisan seorang suami, Ustaz Taufik sambil mengulang-ulang “saya redha kepada Rohaya, saya redha kepada Rohaya.”

Allah Allah…

Saya terkedu berfikir tentang khidmat dan jihad seorang perempuan yang keletihan sehingga ke akhir hayat. Sahabat saya ini telah melahirkan, menyusu dan membesarkan tujuh orang anak. Lebih indah lagi beliau pergi menemui Allah ketika dalam perjalanan ingin menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya. Beliau mendidik akhlak, mengajar Quran dan ilmu agama.

Subhanallah.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik sedekah itu ialah seorang Muslim mempelajari sesuatu ilmu dan kemudian dia mengajarkan kepada saudaranya yang Muslim”.

(Riwayat Ibnu Majah)

Rohaya pergi menemui Allah Rabbul Jalil bersama tiga anak kecilnya. Di dalam gambar kemalangan kelihatan buku-buku latihan sekolah bersepah bertompokan darah. Subhanallah… anak-anak kecil yang baru mengenali perjuangan menuntut ilmu telah dipanggil Allah. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Bukankah Rasulullah s.a.w  pernah bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu bererti dia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Manakala seluruh makhluk yang ada di seluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun untuknya, sehingga ikan yang ada di laut (turut sama mendoakannya).”

(Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Anak-anak ini sudah pasti tempat mereka syurga dan akan menanti ibu bapa mereka di sana. Allahu Akbar!

Saya melihat Ustaz Taufik kelihatan lemah bersandar di tiang, entah sudah makan atau belum. Beliau menyebut, ketika beliau pulang ke rumah untuk menyerahkan kunci kepada jiran, beliau melihat susunan baju yang baru dilipat isterinya belum sempat dimasukkan ke dalam almari pakaian.

Hatinya sebak.

Nyawa sudah terputus dari badan, tetapi kenangan dan kebaikan seorang isteri tentunya kekal diingatan suami dan kekal di dalam catatan amalan yang akan dibentangkan di hadapan Allah nanti. Mudah-mudahan jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga.

Saya berfikir lagi, sesungguhnya kematian juga mencantas segala cita-cita. Namun pahalanya kekal jika cita-cita itu benar dan baik. Dalam tangisan yang ditahan, Ustaz Taufiq menyebut, saya baru memotong RM 600 setiap bulan harapannya untuk membawa isteri menunaikan umrah, namun tidak kesampaian. Ketika itu saya dan sahabat yang berziarah terdiam sedih kami mengundur diri untuk pulang.

Cukuplah kematian itu menjadi pengajaran. Al-Fatihah.

Moga bermanfaat.

 

Jazakallah hu khairan pada Prof Kamil dan Ustazah Nor Azma …

Wednesday, September 11, 2013

RINDU ….

Tetiba rasa rindu itu datang mendadak ..

tak pernah dijemput

hadirnya dalam senyap dan sebak .

Tiada air mata

cuma ..

rasa cengkamnya amat hebat ..

DSC_0281

kami semua rindukan rumah usang ini ..

hampir 6 bulan…. tak menjenguknya ..

Bilakah ada ruang waktu untuk kami pulang untuk menziarahinya …..

Tuesday, September 3, 2013

POKOK TOMATO SAYA

 

Pokok tomato saya berbuah lebat. Harga pasaran tomato  sekg RM3.50.

Saya dah dapat berjimat . Boleh simpan …untuk bubuh minyak keta….

Anda bila lagi … hehehehehehe

Semalam… 2 biji tu … dah buat cicah ngan budu ..

Monday, September 2, 2013

PERKONGSIAN .....

Tazkirah Dhuha......
Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi

لايلزم أن ت كون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

Thursday, August 29, 2013

SOLAT DHUHA

 

Perkongsian pagi ini .

 

Shalat Dhuha adalah solat sunnat yang dilakukan seorang muslim ketika waktu dhuha. Waktu dhuha adalah waktu ketika matahari mulai naik lebih kurang 7 hasta sejak terbitnya (kira-kira pukul tujuh pagi) hingga waktu zuhur. Jumlah raka’at shalat dhuha bisa dengan 2,4,8 atau 12 raka’at. Dilakukan dalam satuan 2 rakaat setiap salam.

 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya,”

(Riwayat At-Thabarani )

 

 

Cara melakukan solat Dhuha


1. Rakaat pertama
>Membaca al-Fatihah
>Membaca Ayatul Kursi
>Membaca Surah Al-Syams @ surah
2. Rakaat kedua
>Membaca al-Fatihah >Membaca Surah ad-Dhuha
3. Membaca doa seperti di bawah ini.

 

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan, keindahan itu keindahan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, dipermudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika masih  jauh, dekatkanlah, berkat waktu dhuha-Mu, keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”

 

CA copypaste dari sini MENGENALI ISLAM

Wednesday, August 28, 2013

KACANG HIJAU & MINYAK

 

Kalau buat bubur kacang … kita tak taruk minyak tauuuu

 

IMG_3045

 

kurang berfikir , kurang siasat

tentu dirimu kelak sesat .

 

fikir dahulu sebelum berkata

supaya terelak silang sengketa.

 

perkataan tajam jika dilepas

ibarat beringin racun dan upas

 

kalau mulut tajam dan kasar

boleh ditimpa bahaya besar.

 

siapa menggemari silang sengketa

kelaknya pasti berdukacita

 

silang selisih jangan dicari

jika bersua janganlah lari .

 

membuat perkara amatlah mudah

jika terjadi timbullah gundah .

 

          ( Gurindam Dua Belas ; Alisjahbana 1971 , 86)

Tuesday, August 27, 2013

APAM BERAS

 

Resepi cari sendiri …

Picture hasil tembakan kat meja sarapan di kantin sekolah  ….

DSC_0260

Thursday, August 22, 2013

GULAI AYAM

Orang utara panggil gulai

orang blah lain … panggil kari …

Apa-apa pun janji bleh ngappp…

DSC_0075

shoot terus dalam periuk …

DSC_0076

Tuesday, August 13, 2013

RAYA KE 6 ...

Dah masuk 6 hari ...
Aktiviti mengepam badan pun berjalan begitu lancar sekali ...
.
.
.
1 bulan ...Turun 3 kilo ....
6 hari ......Naik 5 kilo
.
.
.
Ishhhhh tak patut .....tulll ..kan kan kan....
.
.
.
Cempedakkkk ....ada lagi ...hujung2 ni ...dappppp oooo....

Saturday, August 10, 2013

SELAMAT HARI RAYA

Selamat hari raya , maaf zahir batin CA ...ucapkan pada semua sahabat sahabat....
.
.
.
.
Raya ke3 baru nak bg ucapan heheheh....
Nak wat cam no ..... mood update jatuh merudum la ni ...
Teruk lagi dari bskl ....hahaha


Thursday, August 1, 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BUAT ANAK-ANAK YATIM & PELAJAR MISKIN DAN KELUARGA YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Sedang berlangsung majlis ISR - Institutional Social Responsiblity
Di mana di agihkan sumbangan makanan dan bahan mentah , sumbangan baju raya buat anak2 yatim dan tkdak berkemampuan serta sumbangan duit raya. Sumbangan juga turut diagihkan kepada masyarakat setempat ...yang kurang berkemampuan ...sebagai mengambil tanggungjawab bantu membantu sesama islam . Sumbangan ini turut diagihkan kepada pelajar dan keluarga yang kurang berkemampuan dari kaum india dan cina.
.
.
.
Air mata tak terbendung .....
Sedih memandang wajah2  anak2 yatim dan pelajar2 ini...
Semoga di hari mulia ini kita dapat berkongsi kegembiraan ....
.
.
.
Makin meleleh bila...juru acara siap menyatakan sejarah  kehilangan ibu dan ayah.. buat anak2 kecil ini ..
.
..
.
Nak pi lap ayaq mata ...


Monday, July 29, 2013

BUAH JENTIK

Jarang dapat .....selalunya muncul di tengah-tengah musim buah ...
Tak komersial....sebab tak ramai yang tanam...
.
.
.
Rasanya manis ..kadang2 ada sikit2 masam.
Cara nak bukanya ...
Buah ...tu kena jentik bg pecah kulit... dan dapatkan isinya ...


Wednesday, July 24, 2013

JUADAH WHATSAPP ...

Whatsapp jadi medium ..penyambung silaturahim..
Whatsapp juga jadi medium layoq ...juadah berbuka memasing ..
Sebahagian ...juadah yang dilayoq oleh kengkawan ...
Otak biul kat whatsapp ....hahahahhahaha...











Monday, July 22, 2013

QASIDAH ..UTARA

Kuih tradisional orang utara...
Akan timbul time ramadan ..
Lepas tu ...tunggu ramadan akan datang pula ...baru dia buat come back...
Mudah ja...

Bahannya

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur

Campur semua bahan ....kacau rata. Tapis . Masak atas api sederhana sambil kacau ...sehingga kental likat dan berkilat.
Tuang dalam bekas

Hiris bawang merah dalam 7 ulas..
Goreng dengan minyak sapi / minyak masak sehingga garing.
Taburkan bawang atas adunan tepung yang dah masak tadi. Minyak gorengan bawang tadi ..tuang skit2 di atasnya.

Sedia untuk di makan . Kasi sujuk dulu ok ....jangan dibaham masa panas2 tu. Melecur lidah ....
Tak dapat lah den nak nolong..

Selamat mencuba.....


Wednesday, July 17, 2013

MENU MENU BERBUKA … NASI ARAB AYAM PANGGANG MABELES…

 

DSC_0874

Bulan posa ni …semua teringin ….

Hari ni kalau pekena nasib arab best gakkkan …

Sapa ada resepi …

.

.

Blog CA ni dah lama tak update …

Rupanya ramai yang …masukkk …dek kerana menu ayam percik mabeles ni

DSC_0847

guna pemanggang ajaib ni ……

tak lah ajaib mana pun … cuma memudahkan cara …..

yang ajaib tu … kalo … tetiba buka terus ada ayam dalam tu …

hahahahahah tu ajaib lah kiranya …..

Apa pun …selamat berbuka petang ni …

CA tak tau nak masak apa lagi …

Time la ni …. goreng tolo mata kobau pun sedap … taruk kicap hehheeheh

keh keh keh ..

Tahniah pada DDZ … yang menrima cahaya mata baru ….

Untung kan …. Mommy siap buat frozen kuih lagi untuk suami tersayang ….

Friday, July 5, 2013

MISTERI ZAMAN PERSEKOLAHAN ….

 

Koleksi pilihan zaman sekolah rendah …

DSC_1536

Perasan macam nak jadi PI masa tu ….

Best kan…..

Thursday, June 27, 2013

CERITA DI SUATU PAGI AHAD….

 

  DSC_2023

Bibik melayan perasaan … mauuu pulangggg ….

DSC_2025

Menghayati keindahan pagi dan tiupan bayu laut  ….

DSC_2024

Aisyah sudah memulakah langkah …

DSC_2026

ombak datang ….masuk skit

DSC_2027

Ombak pergi … dah separuh basah …

DSC_2028

Mama…… tuuuuuu

DSC_2029

Huhh!!!!!!

DSC_2030

Balik kaki ayam …..

Poket mak … rabak lagi ….

Wednesday, June 26, 2013

CANDY CRUSH SAGA

 

Huhhhh demam ..

semua demam ngan  CCS..

tak pepasal aku terjebak  sama….

rasa nak hempuk2 tab ni … bila last2 tinggai satu ja tak leh clear ..

images (1)

Sapa lagi yang men benda alah bongok ni ..hahahahah

Friday, June 21, 2013

POKOK GETAH

 

P1060797

 

P1060799

 

P1060805

P1060803

CA hanya mampu letak gambar.. nak menulis mood dah ilang ke mana

BP … mencanak naik minggu ni ….. entah apa sebab

jadi pada sesapa yang tak kenal pokok getah …..

Inilah pokok getah ….

.

.

.

Selamat Berhari Jumaat ….

Friday, June 14, 2013

JAGUNG TAIWAN

Dah keluar dah ...
Tunggu bulu dia tukar warna coklat ....
Kita petik k.....

Thursday, June 13, 2013

TUAI HASIL

Hasil perkebunan ...
Alhamdulillah ....
.
.
Pada yang jeles tahap gaban tu ...
Mai ...mai ...
Kita lawan tanam sayur ...
Hehehehe...

Tuesday, June 11, 2013

KEBUN BARU

Kebun lama dah ditinggalkan..

Sekarang …..kebun baru..

Seminggu pindah sini …. kami siap bercucuk tanam …

Dah hampir 2 bulan lebih …

Alhamdulillah …..

Rezeki Allah ….

DSC_1988

Jagung  …

Yang tertonggek seksi itu … bukan CA …

DSC_1990

Itu turungggg ….. cukup banyak buahnya …

 

DSC_1991

Timun kecik ni pun tak larat nak makan …. 

DSC_1989

Peria ….

DSC_1992

Bendi ….

Benihmya … CA beli dari Encik Iskandar blog tanamsendiri

Cuma jagung tu ….. CA beli kat sini …

Sapa2 yang teringin nak bercucuk tanam secara kecil-kecilan boleh  ke blog beliau.