PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Tuesday, January 31, 2012

LEPAS TENGGELAM …. TIMBUL …

 

Idea mati ….

Meh layan gambaq ..

P1040856

Trend pengantin sekarang …

Ada out door shooting … ( dulu Cina jaa dok buat)

Kalau ambik gambaq celah2 lalang ni pun nampak cantik ..

P1040866

Sawah …. 2 bulan lepas …

P1040865

Pengantin lama ….. bawa keta ..

Penuh tawaduk ..

Kalau tak … terjun batas ban ..

Pakat2 berenang kita ….

Friday, January 27, 2012

ROBERT KUOK

 

Banyak sangat yang share  linkkan kat fb

Sapa2 … tolong cerita sat ..

Betoi ka …

Wednesday, January 25, 2012

HATI-HATI …. DAKYAH MEREKA DI MANA-MANA SAHAJA ..

 

CA dapat ni kat share link ke FB ..

Banyak juga link2 yg kawan2 kita sharekan kat FB

Kadang2 masuk akal ..

Kadang2 masuk tong sampah ..

.

.

.

Yang ini .. CA terpanggil untuk paparkan sama …

.

.

Dunia IT hari ini …memungkinkan macam2 …

Sama2lah kita muhasabah … dan telitikan ..

Jarum-jarum mereka ada di mana-mana ..

.

.

Nauzubillah …

Friday, January 20, 2012

Hai hai… hai …..

 

Saya hilang dari radar ….

hari ni final…..

Merdekaaaaaa ……. (nanti kita citerrrr )

.

.

.

Malam tadi …….

Aku order  makan… lapar gila ..

10 minit pertama ~ teh o ..sampai …

45 minit ~ bihun tom yam laki sampai …

60 minit ~ nasi paprik saya sampai  …. emmm mabeles…

80 minit ~ lepas nasi paprik saya habis … tomyam campur sampai ….

.

.

.

Hebatkan saya  …..

.

.

.

.

Kalau tak …..

aku dah hangin nak bakar kedai mamat Patani tu ….

selamat berhari Jumaat ..

Yang lelaki baligh dan mukmin … ~ hari ni solat di masjid  tau ….

Monday, January 16, 2012

Kembali ke hadrat-Nya , Jalan kehidupan berakhir …

 

Beberapa hari lepas CA . . .

Dalam entry “Tua menanti kita di hadapan”

.

.

.

Semalam … Ahad CA menerima berita

bahawa ….. Siibu ini  telah kembali ke sisi PENCIPTANYA .

.

.

.

Dan kami berkemas bertolak pulang ke kampung …

Kerana beliau ….. adalah saudara terdekat  MIL

dan jiran yang paling dekat sekali dengan Teratak Nenek Kebayan  ..

DSC00119

Saudara mara beransur pulang … selepas jenazah di bawa ke kubur ..

Pic …. diambil dari Teratak Nenek Kebayan …

CA … keluar pulang … ketika jenazah sedang di kapankan..

Rasa sakit di hati …

Rasa …. bermcm2 rasa ..

Melihat air mata anak2nya ….

kerana kutahu keadaan siibu ketika masih bernyawa ..

Untuk apa air mata ….

tika dihujung usia tua siibu …. jiwa dan jasadnya disia2kan..

Siibu  ….. sentiasa menitiskan air mata … hinggakan kadang2 …

meluahkan …. dgn ayat “tidak mengaku anak “

yang paling rasa sakit di hati … tika waktu mengapani jenazah ..

Seorang anak menantu  boleh meluahkan ayat ..

“bungkus elok2 mak kami tu “ …

.

.

.

Apa rasa sahabat2 …. jika yang berkata tu ada disebelah kita …

.

.

.

Nauzubillah ……

Itulah … pentingnya ilmu dalam hidup ..

Jika tiada ilmu ….. beginilah keadaannya ..

.

Sama2 kita sedekahkan AL-FATIHAH kepda aruah …

Semoga Allah mengampun dosanya … dan meringankan siksa kuburnya.

Dan menempatkannya bersama orang2 yang beriman ..

 

AL FATIHAH …

 

Moga ia menjadi ikhtibar untuk kita semua ….

Saturday, January 14, 2012

Tangkap ikan … tangkap gambaq ….

 

Di sebelah utara

Sekarang ni … orang kaya kg macam CA ni

Pakat gila mengail ..

Maka … keh keh keh tentunya saya pun tak melepaskan peluang

Walaupun … peluang untuk ikan menangkap umpan tu ..

huhuhuu …… payah sekali..

Ikan pun bleh bau tau ..

sapa yang mengail ..

Saya tunggu bagai nak rak …… dapat pun tak ..

Yang lain …. asal letak menangkap

Asal menangkap jee…letak ..

Tensionnnnn wehhhhh …

DSC00363

Akhirnya …. CA tangkap gambar ja leh..

dah tentu dapat  hahahahah ..

DSC00370

My mak menakan  …. jampi apa tak tau yang dia pakai ..

Letak jee…. ikan  timbul …

jeleeesssss aiiiiii

DSC00366

Joran aiiii …….

DSC00365

Pembantu … yang selalu membantutkan ikan nak makan umpan ..

Thursday, January 12, 2012

Sperma …

 

DSC00311

Kalau salah minta maaf yee …

Apa benda tu ….

.

.

.

.

.

.

DSC00312

Ni yang negara Ecuador punya ..

.

.

Benih padi …

Wednesday, January 11, 2012

TUA MENANTI KITA DI HADAPAN …

 

DSC00141

Rumah tua ini dihuni sepasang suami isteri yang punya 8 orang anak (kalau tak silap CA)

Berhampiran dengan teratak nenek kebayan …

Apa yang menyedihkan …

Si isteri ..diserang angin ahmar ..

lumpuh separuh badan …

Diabetis yang tinggi

juga ada darah tinggi ..

.

.

.

Paling menyedihkan …

Si suami yang dah berusia 80 tahun lebih ..

yang menguruskan semua keperluan isterinya ..

memandikan ..

mengangkat ..

membasuh  dsb..

.

.

Sesama anak2 bertelagah … entah kenapa ?

Siibu seolah2 ..menjadi satu bebanan.

.

.

Tiap kali pulang ..

CA akan menjenguk …

Pada ketika itu … lahir satu keinsafan ..

.

.

Moga Allah … memberikan kesihatan yang baik buatku dan semua di sampingku ..

Berdoa … agar anak2ku menjadi orang yang soleh dan solehah ..

dan tidak mengabaikan kami … pabila usia tua tiba ..

.

.

YA ALLAH PADAMU AKU MEMOHON DAN PADAMU KAMI MEMINTA

BERILAH RAHMAH DAN KEBERKATANMU ..DALAM PERJALANAN HIDUP KAMI …

 

 

~ Sebenarnya …. banyak yang nak diceritakan tentang pasangan tua ini…. tapi rasanya tak sanggup. Biarlah CA simpan dulu buat seketika…..

Tuesday, January 10, 2012

HALALAN TOYIBA …

 

P1040708

Brandy haram ..

Bendi halal …

keh .. keh … keh …

.

.

.

.

.

Batuk masih berkumandang.. wehhhhh

Monday, January 9, 2012

Emas murah …

 

 

DSC00262

Kalaulah kedai emas ka ..

pajak gadai ka  ..

Arrahnu bank ka ..

Mau terima

Dah lama ..

Mak cik kayoooo …

.

.

.

Entry sengal … keh keh keh …

Sunday, January 8, 2012

SEKADAR NAK BAGI TAU ….

 

Jadi juga laksaku …

DSC00100

Ikan kembung mahal ehhhh ..

Kat penambang tadi sekilo  10 hinggit …

Sekadar nak bagi tau …

.

.

.

.

Selamat berhari minggu ….

Saturday, January 7, 2012

Cepatnya masa Berlalu ….

 

DSC00151

Banyak hari teringin nak makan laksa ..

Kalau jadi kenyataan …

Akan tersedialah esok ..

Selamat berhari sabtu ..

Dah seminggu kita di tahun 2012 ..

Cepatkan masa berlalu ..

Friday, January 6, 2012

BIAR GAMBAR BICARA …

 

Bukan lagu biar bulan bicara yaa..

Otak pun dah jemm ni …

Batuk dah kurang skit …

Boleh bertahan ..

Aku dah rupa orang mabuk todi ..

doktor kasi ubat batuk biji dgn air … makan sekali …

Mata pun stimmm jaaaa…. hehheheh

Tadi petang balik sekolah … aku karam di lautan sampai maghrib..

Huhhhh … hebat betul ubat batuk tu ..

Patut mamat-mamat lalok …. minum ubat batuk lepas gian no …

K… Sila gambar yang diberi ..

Buat Ayat majmuk ya murid murid ….

DSC00053

Itu bukan aku ya…..

DSC00051

Tuaian pertama …

DSC00064

Tuai ke dua …

DSC00065

Amacam …… aku dah lama tak beli cabai kat market …

.

.

Ini semua adalah hasil air liurku …

.

.

Dan titik peluh ..

Bibik …. keh keh keh .. (bukan penderaan yaa….)

Thursday, January 5, 2012

BATUK … BATUK … BATUK ….

 

Ubat farmasi dah ….

1 Malaysia pun dah …

Klinik pulak …

Dah 3 minggu …. batuk ni bermaharajalela …

.

.

.

Aduh …. MA .. kat klinik 1 Malaysia ..

kata ..

“Kak ni takut kini tibi …saja”

Mak aiiiii … chekkk oiiiiii ….

.

.

Sampai ati kooo kata aku suspek tibi …

sedih tau …. hati  mak ni …

.

.

 

DSC00084

Cerita tarah pensil semalam ….

Itulah pensil yang dah ditarah ..

Tapi tarah pi lah macam mana pun ..

Nama pun budak …

Hilang tetap hilang …

.

.

.

CA pun tak tau nak buat cam na ..

Mak ayah ni …. (mcm CA lah keh keh keh  ) dengan gigih dan dedikasinya .

menarah kepala kepala pensil ..

Dengan tekunnya …. menulis nama

.

.

Bila loceng bunyi …

Terjerit2lah cikgu cikgi …ustaz uztazah ..

“ sapa punya … rubber “

“sapa punya … pensil “

Segala mak nenek harta benda depa…

haram…. sapa pun tak mengaku ..

hatta yang tertulis nama pun ..

Tak mengaku ….

Dah tu nak wat cam no …

Anak aku pun spesies yang sama ….

.

.

Istighfar Istghfar ……

urut dada….

Wednesday, January 4, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH …

 

 

Esok sekolah akan kembali dibuka ..

Bagi setengah negeri hari ni dah jalan dah ..

Jadi zaman berjimba2 bersukaria suka hati mak nenek mak tiri tokwan sepupu kau dah habis … keh keh keh

Sebenaq-benaqnya …. dah 2 minggu kami bekerja ..

Tapi tak secara resmi ….

Esok … rasmi yee…

Jangan ada yang lupa bangun pagi ..

Buat-buat rasa mcm cuti ada sebulan lagi ..

.

.

.

Ini first entry CA … dalam tahun 2012 ..

Tahun ni ada azam tak korang ..

CA….. azam …. entahlah ada ka dak … kena pikiaq ….

.

.

.

Rasa-rasanya …. kena kurangkan sikit mengadap tenet ni ..

Nak tumpu ke budak2 ni ….

Rasa-rasa mcm semangat nak ngajo sendiri kat umah …

.

.

moga kuat lah hati dan azam  tu kan ..

Bukan boleh harap sangat … keh keh keh ..

DSC00063

Cik Mamat sorang ni pun dah masuk Tahun 1..

Semalam orentasi Tahun 1…. semangat jangan dikatalah ..

Harap2… esok pagi semangat tak luntur ..

Dan suara dinasour taklah kedengaran pagi2 esok …kejut bangun pagi ..

.

.

.

Tinggallah cik minah ni sorang2 ngan bibik

DSC00130

.

.

K… pada ibu ibu bapa bapa …

Perit skit no… bila buka sekolah ..

Walaupun yuran sekolah tak kena dah …

Tapi … mak aih keperluan sekolah …

Boleh pengsan pat ploh lima kali …. poket bocoooorrrrr …

.

.

Cuma sedikit pesanan pada ibu ibu bapak bapak … yang punya anak darjah 1..

PASTIKAN…

Semua alat tulis ….. dituliskan nama..

Buku latihan dituliskan nama

Baju pun … kalau boleh tulis nama atau tanda .. karang tertukar masa PJ

Kasut sekolah … tulis nama …. nanti keluar dari surau …. kasut hilang …

Gunting … beli yang depannya bulat (Pah Hashim … kalau hang baca blog ni…aku kopipes)

Pensil ….. jangan beli mechanical pensil …. bahaya …. memang tak dibenarkan di sekolah..

Semua pensil ….. tarah kat hujung tuliskan nama ..

Beg sekolah ….tuliskan nama …kalau boleh tuliskan no phone untuk dihubungi..

Di awal2 ni…memanjang mereka tertinggalkan beg… terutama yang balik dgn bas dan van sekolah …

.

.

CA…. nak pi tarah hujung pensil… nak tulis nama …

Jumpa lagi …

Sunday, January 1, 2012

AISYAH 3rd BIRTHDAY & SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

 

 

DSC00051

Nur Aisyah Alya bt Ahzar

DSC00053

Aisyah ~ adalah mengambil sempena nama Saidatina Aisyah r.a

.

.

.

CA menunaikan umrah ketika mengandungkannya 5 bulan ..

.

Kami suami isteri tak putus2 berdoa di depan multazam

agar dikurniakan seorang puteri

Alhamdulillah …doa kami disambut …..

dan lahirlah  … puteri yang dinanti .

tanggal 31.12.2008

Jam 3.00 petang

melalui c-section prosuder  …

DSC00054

HAPPY 3rd BIRTHDAY AISYAH

.

.

.

Dan malam ini …. jam 12 malam

Kita semua akan sama-sama

menyambut kedatangan tahun 2012

.

.

.

SELAMAT TAHUN BARU 2012

dari CA … semoga kehadiran tahun 2012

ALLAH akan memberi lebih kerahmatan dan kerberkatan

dalam perjalanan hidup kita .

Tingkatkan amal ..

Tambahkan ilmu …

Baiki yang buruk ..

Teruskan yang baik ..

.

.

.

SALAM TAHUN BARU 2012