PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Monday, September 26, 2011

Tunggu sekejab …..

 

Macam lagu lama … tunggguuuu sekejabbb …

Beberapa hari mendiamkan diri ….

terlalu sibuk dengan pelbagai perkara ..

hinggakan …. untuk mengadap blog pun tak sempat ..

Berikan ruang untuk CA …sedikit …

Tinggal 2 perkara lagi yang perlu selesai ..

yang perlukan komitmen 200% ….

Lepas 30 septembar …. CA akan kembali bersiaran seperti biasa …

Nanti CA citer tau …

banyak nak citerrr niiii

Tunggggu ……..

 

 

… pic from google

Wednesday, September 21, 2011

MUSUH JANGAN DICARI … REZEKI JANGAN DITOLAK ………

 

 

DSC00160

Rezeki semalam ….

pemberian kawan dari sabak Bernam …

masih dalam bentuk asal… belum jadi apa2 juadah lagi …

Tuesday, September 20, 2011

Kesihatan. . . Jaga sebelum kena. . .



  Saya dah . . .

Kamu dah . . .

Kalau belum . . . Percuma di Semua Pusat Kesihatan dan hospital kerajaan . .


Sekarang ni ramai ... yang menyahut seruan Ilahi di usia muda ...


Jadi marilah kita sambut seruan kerajaan ....



Thursday, September 15, 2011

Senaman Muka …….

 

Semalam pegi dentist …

tampal gigi …

masuk pukul 2.30 pm

keluar pukul 3.40 pm …

Rahang saya ….. mcm dah tak leh tutup …

hari ni … kena banyak buat senaman muka ….

DSC00119

ok …ssediaa….

DSC00120

lebarkan pipi ……

DSC00121

uuweeeee…kkk…

heheheheh…..

Wednesday, September 14, 2011

INI KELUARGA BESAR KAMI …. walaupun tak berapa cukup korum …

 

 

P1040582

 

Inilah keluarga besar kami ….

4 anak perempuan …semua ada ..

cuma 2 anak lelaki yang ada ..

Yang lagi 3 bersama isteri dan anak beranak memasing beraya di rumah mertua …

Susana tetap meriah ….

Ayahanda saya …berbaju putih ..

diapit oleh kedua2 isteri tercinta ….

Sayang kami tidak berbelah bagi buat mereka bertiga …..

Semoga dipanjangkan usia ayahanda dan kedua2 bonda ..

diberi rahmat kebahagian dan ketenangan …

Diberi rahmat dan keindahan beribadat …

Kami anak2 ….. sentiasa mendoakannya …. buat ketiga-tiga insan yang paling kami cintai di dunia dan akhirat ….

Wasallam …..

Tuesday, September 13, 2011

Jom Kita Bakooo Jaa …..

 

Sebuah cerita yang berlaku pada satu tengah hari yang hening ….

di Aidil Fitri ke 6

DSC00035

DSC00037

DSC00039

 

DSC00046

Mangsa  … menanti kedatangan unit forensik  ….

untuk upacara bedah siasat …

diikuti ….. upacara qulhu …..

Bismillah …..

 

SELAMAT MENGHADAPI UPSR KEPADA ANAK2 DIDIK , MOGA DIBERI RAHMAT KEJAYAAN UNTUK KITA SEMUA .

Monday, September 12, 2011

Kami Belajar Sejarah Dulu ….. Guna Buku sejarah

 

Masa saya sekolah rendah … tahun 80an ..

kami masih belajar sejarah …

ada pelajaran geografi juga ..

Sebab tu kami   kenal siapa Hang Tuah ..

Kami belajar …. macam mana  Portugis menawan Melaka ..

Apakah punca2 melaka jatuh ke tangan Portugis …

Kemana larinya Sultan Mahmud … selepas Portugis menawan Melaka …

Sebab apa Portugis , Belanda ,British dan Syarikat Hindia Timur  pulun sangat untuk memerintah Tanah Melayu

bagimana Melaka bangun sebagai Pusat Perdagangan terunggul di Asia pada ketika itu ….

sebab kejatuhan dan rentetan2 yang dah termaktub dalam buku sejarah ….

kami juga .. belajar ..

mcam mana Jepun mendarat di Kelantan ….

Sebab kenapa .. Hiroshima di bom …

 

kami juga belajar … mengenal 

Tok Bahaman , Mat Kilau , Dato Maharajalela  , Tok Gajah … dan lain2 pejuang

 

kami juga tahu …

kenapa JWW Birch dibunuh di Pasir Salak pada 2 Nov 1875 ..

Siapakah  Si Puntum …

dan … apa yang Si Puntum buat

 

Dalam buku Sejarah tu jugalah …

diceritakan …

sebab apa Kedah menghantar wang ufti atau bunga Emas kepada Siam …

 

Dari Buku Sejarah juga kami belajar ..

apa maksudnya ..

Negara dibawah / diberi  perlindungan …

apa maksudnya  ….

Negara yang dijajah ….

Kenapa kita sebut PENJAJAH …. ..

 

Dari buku-buku sejarah yang kami belajar dulu jugalah …

kami tahu …

yang mana  lawan …

yang mana kawan ….

 

Dan hari ini ..

Saya termenung … terkenang ..

Apakah buku2 Sejarah kami dulu … akan menjadi abu …

dan …

ditukar dengan cerita baru ….

 

DSC02018

hasil tangan saya pada hari Kemerdekaan 2008 …

yang telah mengondol tempat Pertama Pertandingan Fotografi Hari Kemerdekaan Pulau Pinang 2008….

Wasallam …

Friday, September 9, 2011

TIRAMISU

Ya murid-murid hari ni mood rajin datang ..
lama tak cerita bab masak ni  …
meh … kita  buat TIRAMISU …
DSC00083
korang gheti ke…
tah gheti ….
senang jaa….
main belasah … tapi rasa hohohoho …. hooo liau laa….
jom jom … tak yah citer panjang2 …
Disebabkan kerajinan yang meningkat naik … maka hari ni…
pembelajaran berasaskan step by step …. kkkk murid 2…
Bahan utamanya …

biskut tiramisu ….. atau lady fingers ….. kat kedai kek ada … supermarket pun ada ..
kalau tak ada benda alah di atas ..
kita guna ….
DSC00064
kek span biasa … coklat boleh … vanila boleh …..
semalam  tak sempat nak gi Kedai
CA .. guna kek ni aja….
DSC00065
Sirap kopi – bancuhan 1 cawan air suam dan 1 sudu nescafe  …. ( kalau tak cukup tambah lagi nanti)
DSC00062
Krim1 -
250gm cream cheese
80 gm gula aising
150 gm butter 
- pukul hingga sebati
-  Masukkan 100ml – whipping cream (CA guna jenama Vivo)  - pukul lagi … sampai sebati cantik ….mcm aising
DSC00063
Krim2
250gm –whipping cream  .. Pukul sehingga kental dengan kelajuan tinggi .
(CA guna vivo gak)  … whipping cream mesti sejuk yaaa …. \
Ramai yang kawan2 tanya … macam mana nak simpan baki whipping cream yang telah dibuka .
Whipping cream jika masih dalam kotak belum dibuka – boleh letakkan kat peti sejuk bawah .
Jika sudah dibuka . Masukkan dalam bekas bertutup. Dan letakkan di tempat beku .
Apabila nak guna keluarkan 15 minit  ke 20 minit  lebih awal , biarkan dia cair sebentar.
Jangan sampai cair sehingga suhu bilik. Nanti jika dipukul … dia tidak akan kental dan naik.

DSC00068
Potong kek / biskut …. aturlah dalam bekas seperti mana kehendak sendiri .
Jika biskut … celup dulu dalam bancuhan nescafe tadi  , baru atur.
Jika kek atur dulu … gunakan berus sapukan bancuhan nescafe di atasnya …
DSC00066
Then … sapukan atau ratakan Krim1 … sehingga rata .
Kemudian …. ratakan krim2 pula diatasnya … sehingga rata .
DSC00067
Kemudian ayak serbuk koko  ….. seperti di atas ..
Kemudian ulangi langkah di atas … ikut kehendak hati ..
kalau nak 2 layer  ….ulangi sekali lagi .. (CA biasa buat 2 layer jaa)
kalau nak 3 layer ulangi lagi 2kali step di atas …
DSC00079
Dah siap … warpping dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman .
DSC00081
tadaaa….. siap …
Menu yang sesuai bagi proses penternakan lemak … hahahahaha …
Selamat mencuba ….

Thursday, September 8, 2011

MAI SECAWAN …

 

Duduk duduk ..

ambl angin petang petang …

pe kena ..

DSC00634

lawan nya …… secawan …..

fuhhhhhh …

mak tak kelih kiri kanan dah …

Wednesday, September 7, 2011

Menyantai diri dengan Hui Jia De You Huo

 

Apa nak jadi ….

Media kita ….. dah semakin hari semakin  tipis dan nipis ..

memainkan peranan dalam membangunkan agama dan bangsa untuk negara  …

Media …semakin diperkotak-katik kan …

memperbesar-besarkan isu … meruntuh moral bangsa sendiri ..

menyelak kain …. menunjukkan anu sendiri …

melagukankan tarian domba … melaga-lagakan bangsa sendiri …

bangunlah kita pada tapak sendiri ..

membantu diri dan bangsa agar kenal diri dan kenal Tuhan …

CA … tidak memihak mana2 …

cuma semakin hari …

rasa loya …

dan ..

taik semakin mengeras di lohong telinga ..

mata semakin kelabu ….. berselaput …

membaca berita  …

mendengar berita ..

dan menonton berita …

Bingkiskan kami dengan berita dan perkhabaran yang bermanfaat dan berilmu …

Dariku …. makin meloya ….

jadi meh kita nonton ….

Drama  d TV2 … jam 6 petang  ..

Hui Jia De You Huo  …

korang kena tengok …best …..

meh CA citer sikit … Laki Pin ru (gambaq tengah)ni main kayu tiga ngan adik angkat dia … sampai dapat anak ..

Pas tu … Pin ru ni jatuh laut … masa laki dia bawa pi tepi laut suruh gugurkan anak kandungannya lepas diaorang bercerai … takut bapa dia serahkan semua harta kat anak Pin Ru . Adik angkat Pin ru ni Ai Li … dialah yang jahat …dok menycuk … pas tu kawin ngan laki tu …. Pin ru di di katakan mati ..bunuh diri .. tapi mayat tak jumpa ..

Wen Yan ni cari adik dia yang terjun laut bunuh diri .. jumpa ngan Pin Ru…selamatkan dia ..

Si Pinru .. dah sihat … menyamar jadi Shah Shan jadi anak angkat pada mak Wen Yan … jadi pengurus salun .

La ni dalam misi dia nak balas dendam kat bekas suami dia ngan Ai li ….

Best best ……. sekali sekala ….. layan citer Korea …

dari layan news …. yang berbinau …meloya tu …

Tuesday, September 6, 2011

KU MASIH KAKU …

 

Masih kaku dan beku  …

P1040613

merah merah …..

P1040616

masih banyak  ….

Rugi …. pulang ke sini dengan tangan kosong …

sebab …. kemalasan yang berganda2 …

untuk mengeluarkan peluh …mengait …

Monday, September 5, 2011

LOMPAT-LOMPAT …….BAGI PANAS ..

 

Datang keja tanpa perasaan …

bukan mood raya ..

tapi mood malas ..

nak pasang tanduk …..

idea ….zeroooo ..

 

DSC00029

kopiah putih ……. suka pedajal orang ……..

kah kah kah ……..