PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, August 26, 2011

Khatam Al Quran .

Lintas langsung . . .

Majlis tadarus dan khatam Al quran .

Alhamdulillah . . . Selepas ini akan diikuti dgn penyampaian sumbangan hari raya buat anak2 yatim dan pelajar miskin.

Semoga dgn sumbangan itu dapat membantu dan memberi titis-titis kegembiraan tika kita di ambang Aidilfitri.

Terima kasih kepada yg menyumbang , pada guru2 dan hamba2 Allah yg terpanggil utk sama2 berbuat kebajikan di bulan penuh rahmat dan keberkatan ini.

Terakhir nanti , salam raya dan pemberian duit raya kepada semua murid yg disumbangkan oleh guru2 dan kelab kebajikan guru dan staff sekolah ini.

Jazakallah hu khairan khasira . . .

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR BATIN buat semua yg sudi bertandang ke blog CA.

Thursday, August 25, 2011

Muka-muka tulus … dan telus ….

 

Saya dah janji ngan budak2..

janji mesti ditepatikan …

esok dah tak sempat …

esok ada majlis khatam Al Quran … dan majlis bermaaf-maafan peringkat sekolah …

esok saya kena siap sedia sarung tangan ..

taruk minyak wangi bebanyak …

Esok ramai yang akan cium tangan …

hahahhaa ….

saya sebenarnya lemas …..

walaupun saya ajar  anak2 ..

cium tangan tiap kali salam  …

saya akan rasa lemas dan rimas kalau ada yang cium tangan saya…

saya hanya rasa suka …. jika anak2 saya saja yang cium tangan saya ..

entah kenapa ?????

.

.

.

tapi esok …

mana mungkin saya tolak ciuman dan salaman mereka …..

dan ..

tadi jam 9.45 pg saya tunaikan janji pada mereka ..

 

DSC00004

 

DSC00003

sukanya merekakan … walaupun  isinya ciput …..

mereka tetap berbesar hati menerimanya …

saya panggil ..

pelajar ni ke hadapan saya ..

DSC00002

saya kenalkan … inilah Visen ….

Hansem tak??????

Wednesday, August 24, 2011

Semua orang Sibuk ucap “selamat hari raya” ….

 

 

Saya … masuk kelas ..

budak2 semua seronok …

“sapa nak raya” … huhuhu semua pakat angkat tangan ..

“sapa tinggal puasa :.. sepi.. semua senyum2 tengok muka memasing …

“tipula … cikgu tak tahu .. Allah tahu… berdosa tau ….. “ perlahan lahan ..

seorang demi seorang angkat tangan … lebih dari separuh  kelas

“ awak berapa hari “

“saya 2”

“saya tiga” pelbagai jawapan saya terima  …

tiba-tiba … satu suara … dari belakang ..

.

.

.

“saya 1 hari pun tak  puasa “

hah…. saya beralih pandang ke belakang ..

“ mak saya pun tak puasa “ …

saya hanya tersenyum … memandangnya tanpa kata  …

.

.

.

.

.

.

Visen pun tersenyum memandang saya …

 

DSC00759 

Putih ada ..

kuning ada …

hitam ada…

kitakan 1MALAYSIA …

Semua ada rasa ……

 

Selamat HARI MERDEKA ……!!!!!!

Tuesday, August 23, 2011

Kepiting Masak Lemak Cili Api Dengan Nenas

 

Minggu lepas …

binatang yang mengajar anaknya berjalan  betul  ni … banyak ..

mungkin dah pertengahan bulan kot…

Kalau pegi kat penambang ….. banyak

harga pun boleh tahan ..

Kalau yang warna merah saiz sedang2 besar tapak tangan tu dalam rm15 sekilo

Kalau yang biru … mahal sikit …mencecah rm18 ke 20 hinggit gak …

bagi saya ….. benda alah ni jarang jadi pilihan  …

susah bebenor nak makannya..

minggu lepas …. terbeli gak 4 ekor ….

hidup lagi …. balik lempar masuk singki …

bagi dia mengong2 sikit ….. baru buat upacara penyembelihan …

lepas tu …. 

gedebuk gedebak ..menumbuk … siaplah

 

DSC00908

 

jemput

jemput ..

jemput tengok jeeee …..

Sapa yang teringin petang ni cari …

Harganya bleh tahan gak ni …. kalau kat pasar ramadan kan …

tentu mencekik … habis bulu bulu idung ..

betul tak ?????

Monday, August 22, 2011

Bila puasa … semua teringin …

 

Saya …. menung  sendiri …..

terfikir … nak masak apa ya …

buka balik gambar2 lama …

jumpa ni ..

DSC00632

 

air liur ni … dah berdecit2 … rasanya  ..

rasa macam melimpah ruah jee…. hahahahahah

huh tak tahan …….

 

DSC00636

 

brurrr …….

Thursday, August 18, 2011

SIAKAP …

 

 

Siakap senohong ikan duri ..

.

.

.

DSC00892 

siakap tiga rasa …. bukan buat ,  tapi beli

.

.

.

hahahaaha…… pala ada mengong sikit ..

sebab … semalam cuti satu hari …

korang mcm mana ….

DSC00874

ada bagusssssss …….

Tuesday, August 16, 2011

Kad raya




Baru dapat kad raya  ....

Bangganya .....

Bujal X ...... dah beberapa hari hilang dari radar

TTM ... di Ostolia

KOG .... si kucennnn

Uncle Gedek 

NMO ...

DDZ ...

&

Kengkawan  len .... ( dah tak larat nak copy paste ..link )

Korang ada keeeeee...... hehehehe ...


Monday, August 15, 2011

Asam pedas




Juadah kami semalam  ...

Resepinya ... saya jumpa kat Fb kongsi resepi ...

Alhamdulillah ... sedap ... Thank pada Suhaila ...

Saya turunkan resepinya ...


ASAM PEDAS JOHOR ( SUHAILA FACEBOOK)

Bahan A

Kunyit hidup 1 "
Halia 1 "
Sedikit belacan (dibakar)
cili kering (1/2 bekas blender) - dipotong kecil utk keluarkan bijinya. 
(Rebus smp mendidih, cuci & toskan.)
2 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih

Ikan Merah - isi ikan 2 keping+ kepala ikan (boleh ganti ikan kembongt/ikut suka)
Air panas
2 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugor (asam keping) - ikut suka
1 pokok daun kesom (50sen) - ikut suka
2 biji tomato (potong 4) - ikut suka
1 batang bunga kantan (xde pun xpe) - hiris - ikut suka

Cara-caranya :

1. Lurutkan daun kesom dari batangnya... Batangnya diramas dalam bekas ikan dan rendam seketika... untuk membuangkan bau hanyir ikan.
2. Jerang air untuk memasak asam pedas,, 
3. Blender Bahan A sampai halus. 
4. Panaskan kuali, letak minyak,,sedang-sedang..jangan sikit sangat,, jangan banyak sangat. agak2 je...
5. Tumiskan Bahan A sampai naik bau, masukkan serai dan asam gelugor. 
6. Masukkan garam dan perisa (ajinomoto)- kalau suka
7. Gaul sehingga sebati dan tuangkan air panas.. Masukkan daun kesom dan biarkan seketika.
8. Masukkan ikan, tomato, dan bunga kantan...tunggu sehingga mendidih..
9. Jangan biarkan terlalu lama mendidih, nanti ikan hancur,,,
10. Siap untuk dihidang... Selamat mencuba..





Selamat mencuba ya... murid-murid ...

Friday, August 12, 2011

Bubur kacang durian .....



semalam ....

saya .... saya berhempas pulas ... bersilat

menyediakan .....

benda ni ...

.
.


















untuk moreh ..... untuk tempat kerja Baba ...

Alhamdulillah ....

Thursday, August 11, 2011

CINCIN BERLIAN

 

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya.

Tetapi Si suami telah membelikannya cicncin berlian yang luarbiasa indahnya .

Kawan-kawan suaminya  merasa hairan dengan pilihan tersebut …

 

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya  “Mengapa kamu membelikan isterimu cincin berlian , bukannya kereta ?”

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Dengan tersenyum lelaki itu menjawab ….

.

.

.

.

.

.

.

“ Puas aku cari … tak jumpa yang palsu “…..

.

.

.

.

.

.

 

DSC00475

Senyum ikhlas tidak palsu … dari Aisyah …

 

… pic ring from google

Wednesday, August 10, 2011

Tidur. . .


Tidur . . .

Kurang pun tak elok . .

Lebih pun tak baik. .

Bulan puasa ni . . .

Tidur pun dapat pahala .


Tuesday, August 9, 2011

Selamat menjawab . . . Time utk cikgu relax. .


Budak2 exam . .

Cikgu legaaa. . .

Budak2 pun lega. . .

Tak dgr suara cikgu membebel 3 hari. . .

Kakitangan awam . . . Dpt bonus . . .

Berbelanjalah berhemat . . .

Setengah bulan gaji byak manalah sangat. . .

Beringat. . . .

Anyway . . Selamat menjawab peperiksaan anak2 didikku. . .

Janji cikgu tetap sama. . .

Sapa dpt 90% ke atas . . . Ada hadiah menanti. . .

Selamat menjalani ibadah puasa hari ke-9 . .

Monday, August 8, 2011

Lembu di darat , ikan di laut . . .


Dalam pinggan bertemu jua. . .

Berganding bersama . . Masuk ke perut. . .

Sambal tumis daging dgn petai dan pekasam. . .

Arghh. . . Pengsan. . . .

Buat cinta hatiku . . . Tahniah baba. . . .

Friday, August 5, 2011

DAH SUNAT KEE…. Bila …

 

pagi ni …..ditag di fb …

heheheh …. korang tengoklah ….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

yang CA tau … sunat orang …

Puasa sunat ..

Sembahyang sunat …

amalan sunat …

len len …. wa talak tau ooooo  ….

Thursday, August 4, 2011

Latihan 1


Susun perkataan di atas menjadi perkataan bermakna . . .

Asyik2 crita makan saja ni . . .

Meh buat latihan asah minda skit. . .

Cikgu nak tgk. . . Bulan2 posa ni otak produktif ka tak. .

Ops. . . Masa menjawab 15 saat saja. . . Org tua . . . Apa kelas jawab soalan budak darjah dua . . . Sampai 15 minit. .

Selamat menjawab dgn jujur masa ye murid-murid. . .

Wednesday, August 3, 2011

Panas. . .


sekarang ni panas tul ... kan  ...

bil letrik kat umah pun melambung-lambung  ....

masak kat dapur macam masuk gim  ...

time solat .... mcam dok dalam kotak sauna  ...

time-time posa ni ...

terbayang jee...

benda yang nyaman nyaman ...

.
.

.

.
.
.

.

.

.

.















...... paling nyaman ........


Tuesday, August 2, 2011

Makanan seimbang




Dah masuk hari ke-2 - Puasa ...

Banyak membeli belah di pasar ramadan semalam  ...

berapa karung .... hehehehehehe

CA ..... masak sendiri jaa..... simple2 ..... janji mengenyangkan ...

Alhamdulillah Ariff berjaya menyempurnakan puasanya semalam ..

Sebelum ni susah hati juga CA ... takut dia tak tahan  ..

Macam tahun lepas ... pukul 5 dah tak tahan sangat2 dah ...

Cuma Ashraff balik dari TADIS  dah tak tahn terus buka ....

lepas tu  sambung puasa balik ..  hheheheh jadilah ... belajar2 ....

harap2 hari ni ..... meningkatkan sikit jam dia berpuasa ....

sooo apa pun ...... pastikan ... menu kita seimbang yang murid-murid  ....

Jangan membazir ....

Selamat berpuasa ....... berdoalah sebanyak mungkin ....

kerana doa orang yang berpuasa tiada hijab dengan Allah  ......


Monday, August 1, 2011

MARHABAN YA RAMADAN ….

 

Moga ramandan kali ini … akan lebih baik dari ramadan kita yang lepas …

 

Yang ingin dikongsi bersama  ….

KESILAPAN KERAP DI BULAN RAMADAN

1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam )

2. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .

3. Bersahur dengan hanya makan dan minum  tanpa melakukan ibadah lain.

4. Tidak menunaikan solat  ketika berpuasa . Walaupun solat bukan syarat sah puasa tetapi solat adalah rukun 

      islam yang menjadi tonggak keislaman seseorang .

5. Tidak mengutamakan solat waktu berjemaah seperti mana terawih.

6. Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .

7. Bermalas-malasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari kerana  alasan berpuasa.

8. Tidak berbanyakkan doa tak kala berpuasa dan berbuka.

9. Wanita berterawih beramai2 di masjid tanpa menjaga aurat .

 

Wallahuaklam ……….