PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, October 29, 2010

Crazy about Cheese

EC6-TAMI(front)-PEN-OL.ai

 

CA dah try ….minggu lepas ….

apa macam…. ada serupa dengan iklan diatas..

Sebab tu ….. ada pepatah kata …”indah khabar dari rupa”

 P1000748

CA makan yang ni jaaaa …… hahahahahah

P1000747

Dikongsi dengan jayanya bersama model jemputan …

P1000746

Thank Fazi …….. semoga murah rezeki …

Bagi CA ….. boleh laaaaa ….. 3 ***

rasanya ….

Makan peknga Nyoq lagi sedap…… cicah gulai semalam ….

Paradise Sandy Beach Resort

balik kemas-kemas…

tenang fikiran …

jom…..

huge.15.78618

santai-santai ………

3D2N ……… semangat …semangat ….

Thursday, October 28, 2010

10 LALUAN BAGI INSAN

LALUAN MENUJU KE KUBUR


Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang air kecil)


LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Bagaimana memudahkannya?
a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
Bagaimana memudahkannya?
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati


LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH


LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk


LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
Bagaimana memudahkannya?
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram


LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
Bagaimana memudahkannya?
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH


LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.W
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W


LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
Bagaimana memudahkannya?
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya


terapi-alfatah.blogspot.com

Friday, October 22, 2010

TERIMA KASIH , ALLAH …

Tiada ucapan yang dapat CA luahkan. Tadi Baba telefon dari kampung. pendek saja katanya “ mak dah setuju nak duduk dengan kita “. Tika tu air mata sacara tak sengaja meluncur laju dari kantung mata ini.

Terima kasih Ya Allah …… memberi kesempatan dan memilih  kami untuk  berbakti buat ibu yang disayangi …

DSC06711

Tok Ah …… ibu mertua aku ini dah mencapai umur 80 tahun. Seorang wanita yang amat gigih membesarkan 9 orang anak selepas pemergiaan suami tercinta. Baba adalah anak yang ke 8 . Bulan 3 tahun 2009 , kami mendapat berita beliau terjatuh dan diserang angin ahmar. pada tika itu … CA terpaksa merelakan Baba menumpukan masanya untuk mengubati ibunya ini. Selepas usaha yang tak putus-putus dan semnagt kuat dari mak , Dalam masa 2 bulan mak dapat bergerak dan mengurskan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia berkeras untuk tetap tinggal di rumahnya. Akhinya kami akur … dan mengubah suai tempat tidur dan tempat untuk beliau mandi dan bersuci berdekatan dan agar mudah. Abang Baba yang duduk berdekatan mengambil tanggungjawab untuk menjaganya.

Bulan lepas …… tiba-tiba CA dapat panggilan menyatakan Mak masuk ke hospital kerana keluar darah tidak berhenti-henti dari hidungnya. Alhamdulillah , tika itu Baba sedang berada di kg. Mak dimasukkan ke hospital Yan , dari doktor kami mendapat tahu pembuluh darahnya pecah akibat tekanan darah tinggi . Selepas 3 hari , mak dibenarkan keluar dari wad. Tapi kondisi kesihatannya masih membimbangkan. Telah dipujuk oleh anak-anak untuk berpindah duduk bersama. Dia tetap berkeras .

CA selama ini hanya mendiamkan diri . Bukan apa … CA ni duduk rumah kerajaan , macam mana nak ubahsuaikan tempat bersuci mak .Tapi bila mak masih berkeras tak mahu duduk dengan anak-anak yang lain. CA rasa satu cara saja…. ajak duduk dengan CA .Sebab mak memang rapat dengan baba. Bila CA utarakan pada Baba minggu lepas untuk ajak mak tinggal dengan kami , Baba sendiri confius….. “macam mana mak nak mandi dan qada hajat …” jawapan CA pendek “ Allah bagi kita otak untuk berfikir “ . CA… pun ceritalah …. bala bla blaa…. kita pindah dari master bedroom , duduk bilik no 2 , mak duduk di situ … bilik air buat gini gini ….. “ …

Baba masih tak confident mak mau duduk dengan kami. CA kata ….. kita ni manusia …. ada akal … cara ….. ayat mengayat …., macam mana nak pujuk mak ……

Cuma CA pesan… setiap kali solat kita sama-sama berdoa , semoga hati mak lembut terima ajakan kita …

 

Dan..

keputusannya …… Mak akan tinggal dengan kami ….

 

MARHABAN Mak …….. Semoga Allah beri kekuatan pada kami untuk membela mak ……. Doakan untuk CA…..

Thursday, October 21, 2010

Oren Mini Cupcakes

Resepi ni ringkas …. senang dan sedap…
senang yang amat2…
CA dapat dari pesbuk myresepi ….. link dia lupa dah…
Yang empunya resepi thank…jutaaannnn ……

Bahan-bahannya ..
3 cawan tepung naik sendiri
6 biji telur
2 cawan gula
2 cawan minyak masak (CA guna minyak bunga matahari)
3 camca sunquick
sedikit parutan kulit oren ..

Cara-cara ..
telur+gula+minyak – blender hingga kembang ..
Tuang dalam bekas dan masukkan tepung sedikit sedikit ….. gaul hingga rata
Masukkan sunquick dan parutan oren .
Masukkan dalam mangkuk cupcakes …… bakar 15 minit , suhu 160c

Selamat mencuba ….

Wednesday, October 20, 2010

Pancake Nona

P1000787
Menu petang tadi … untuk anak2…
Tekak CA ….. tak jalan benda-benda ni semua ….
Tekak orang melayu …… peknga ka (lempeng ) , cokodok ka……
kenalah pada tekak melayu tegar ni …
Resepinya amat mudah ……
Sila tengok di bawah …..
P1000784
Tu dia …… siap dengan harga sekali ……
Beli sekotak ….. dan ikuti direction kat belakangnya …
10 minit siap ….. boleh dimakan …..

JAMUAN RAYA 1 MALAYSIA

Sebahagian Menu …. jamuan raya baru ni ………

102_6916

Rendang 1Malaysia cacamarba …….

102_6915

Bihun 1Malaysia  cacarasa ……

1Malaysia……..!!!!!!!!

Exam…. exammmmm

Tetapkan pendirian …

kuatkan semangat …

tumpukan perhatian …..

fokus……

moodyfoody

Fokus…

fokuss……

yess

Sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh…

sesungguh jiwa dan perasaaannnn ….

exam paper

bukan ambik exammm….

Buat soalan exam akhir tahunnnnnnn …….

Tumpu…tumpu …….fokus …. fokussss….

Tuesday, October 19, 2010

Masak Asam Ikan Tenggiri ……. Step by step…

Okkkk murid –murid …. hari ni CA nak ajaq macam mana nak masak ,


Masak Asam Ikan  Tenggiri .
Ikut koranglah …. nak bedal ikan apa…… janji ikan ……. kalau nak wat ngan kepala kambing pun bleh gak …
P1000598
Ikan Tenggiri ditaruk garam kunyit …dan digoreng…. agak sedang sedang masaknya …
P1000611
Jangan terlalu garing …. yang sedang sedang sajaaaa….
P1000601
Bahan tumisan …… seperti di atas ……..
ikut putaran jam  …. bawang merah , bawang besar , bawang putih , cili padi , halia
P1000606
Air asam jawa……..
P1000610
Tumis bahan tadi dalam sedikit minyak ….. agak keluar bau …. jangan layu ..
P1000614
Masukkan air asam jawa dan sedikit kunyit serbuk …, gula dalam 2 sudu (agak2) , sedikit garam

P1000618
Masukkan ikan …. biarkan mendidih sekejab …
Siap untuk dihidangkan …
Jangka masa memasak 15 minit …..

Tudung Biara ???

Stail bertudung banyak sangat sekarang …..  macam-macam fesyen …

nama pun macam2 …..

cara pakai pun macam-macam…..

Dalam keghairahan tu ….. kadang-kadang kita selalu terlupa….dan leka….

Sekadar share sedikit info yang CA dapat . CA dapat ilustrasi ni pun dari sini ..http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs766.snc4/66609_157063884328504_100000746817646_301499_7547344_n.jpg

Banyak kali juga CA mendengar peringatan ustaz uztazah ketika mengikuti pengajian mereka tentang etika dan cara bertudung ni .Baru kali ni , jumpa ilustrasi ini.

Terima kasih pada hamba Allah yang buat ilustration ni. Sama-samalah kita panjangkan seruan untuk kebaikan semasa saudara Islam…

Sunday, October 17, 2010

Dokong oh dokong ….

Masa akhir 1990an , buah dokong mendapat permintaan  tinggi . Tika tu , sekilo dalam RM8.00 . Kami kat Kedah atau utara ni kalau nak murah … pegi sempadan Siam , Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar …….. dapatlah murah sikit …… sedapnya rasa .

Ayah CA pun , dengan berkobar-kobarnya … tanam pokok dokong ni … keliling umah saja … adalah dalam 10 pokok …

Dah 5 tahun , pokok ni berbuah …..lebat ….

100_6051

Pokok kecil depan rumah ……

100_6105

100_6103

Baba ,.,,,,, atas pokok ….. nak ambil buahnya jangan bagi luka kulit pokok … nanti terencat pokok

100_6056 

Menarikkan ….

Tapi sekarang ni … bila dah ada…

tak ada pulak orang yang nak makan …

semuanya banyak alasan ….. paling popular ….sejuk … sakit urat ….

Harga dokong di pasaran pun… merudum jatuh ……

sekarang ni 3 kilo dan rm5 ……..

Dulu getah murah …. dokong mahal ….

sekarang dokong murah , getah pula mahal ……

Macam tu juga manusia …

hari ini engkau di atas …

esok belum tentu …….

Yang tentu ……….

perjalanan terakhir kita akan tamat di satu tempat … yang dalam 7 kaki lebar 3 kaki …..

Saturday, October 16, 2010

DOKONG ……

Kenapa namanya dokong ….

100_6114

pada kulitnya kah ??

pada isinya kah ??

pada batangnya kah ??

pada apa kah ……??

BAJET 2010

najib
Semua orang sibuk dgn perbentangan bajet 2010 semalam. Aku pun semalam ikuti sepenuhnya pembentangan tu.
Rasa diri ni dah tua , dulu zaman muda2 dulu ……. mana nak kisah bajet bajet ni … janji bajet poket tak kosong …
Sekrang ni …… nak tahu gak ….. apa kerajaan peruntukan untuk yang itu , yang ini …. yang sana … yang situ ……
Aku no komen …. tentang bajet tu ….
Walaupun imbuhan RM500 itu sudah dijangka …… itu sajalah yang layak dirasai oleh kakitangan awam , gamaknya ,,,,,
Mungkin …. kakitangan awam ni masih berada di zaman 70an , di zon masa yang tidak bergerak…. bersorak ria dapat RM500 …
hands_giving_money_hg_clr
kerana sekarang ni , pegi ke pasar bawa RM50 pun , belum tentu penuh bakul dengan barang2.
Belum tentu cukup untuk makan seminggu ….
RM500 tu untuk belanja membeli keperluan persekolahan anak ……
eeemmmmm cukup keeee??????
Apa pun …….. Walaupun Tok Ketua menyatakan PTK dimansuhkan menjelang Jun 2011 …
Hari ni aku tetap ….. bersiap sedia dengan peluru kosong …
untuk menembak sasaran … di peperiksaan PTK ……
Peluru kosong ….. hehehehehe …. mana taknya …. apa ke haram pun aku tak baca ……
Aku nak menembak saja …… kena … kenalah …. tersasar …. nasib lah …
Tok Ketua kan dah kata … PTK nak dimansuhkan….


CA:-  angkat doa….. moga-moga air pistol pukul 2.00 nanti … kena sasaran ….

Friday, October 15, 2010

Harga Getah RM11.90 …. rezeki …

Dulu …. ayah CA … buka kedai getah ….

Tapi bila zaman kemelesetan ekonomi harga jatuh …..kalau tak silap akhir 70an…. awal 80-an gitu ..

impaknya… harga getah jatuh merudum …

Kedai getah ayah kena tutup …

Kedai runcit pun mengikut jejak…selepas itu ….

Hidup memang susah  tika tu ……

Masa tu ……. sapa anak penoreh getah ….dikira golongan miskin …

selalunya dapat makan free ……. bawah Rancangan Makanan Tambahan (rmt)..

Sekolah CA …… belakangnya ada kebun getah …

Sebab getah …. tak ada harga …… tak ada orang yang menoreh …

Celah2 pokok getah itulah kami main kejar 2…

Tak pun di celahan banir pokok getah tu … kami korek lubang congkak …

biji getah … dikutip  jadi …. anaknya…

kalau yang lelaki … main laga buah getah …. buah getah sapa yang paling perkasa….

Meghelit buah getah tu diasah ……

nostalgia…… kenangan ..

Semalam ……. berita mewar warkan …. harga getah melonjak hingga rm11.90 sekg ….

Alhamdulillah,  rezeki buat penoreh  …….

Penoreh getah dah naik taraf dah ….

Kadang2 rezeki Allah yang melimpah limpah ni …. adalah dugaan untuk umatnya ……..

Ayah CA pun… sahut seruan ….. tanam semula pokok getah …

DSC07301

Anak getah ayah ……… dicelahnya ……. buat projek tanam nenas

DSC07294

DSC06690

Ni pulak … pokok getah Pak Lang Hussin …abang Baba ….

Dah teruna…… tak lama lagi boleh toreh lah……

waaa….. Pak Lang …. bila mau open  table….

CA: dok kira duit syiling …………

Thursday, October 14, 2010

Steam Boat ….

Dibelanja oleh anakanda Sha ….. dapat gaji pertama ….. Terima kasih cikgu ….

102_6874

Tuan tanah …  dgn Ashraff ,  Moga dimurahkan rezeki yang melimpah limpah …. …..

102_6864

tinggal saki baki saja…… yang lain dah dibedal……

102_6875

Ini saja yang tinggal …..  masuk poket …

Wednesday, October 13, 2010

Ambulan Udara

Harian Metro , 13 Oktober 2010

ambulan udara

Saya sokong ……….100 percent …..

SAMBAL TUMIS UDANG BERPETAI

Masakan yang dimasak baru-baru ini . Berkunjung di pasar sehari Pekan Yan . Ikan2 dan seafood yang fresh dan amat murah.

P1000549

Bahan-bahannya

500 gram udang sederhana

Petai dipotong nipis (CA suka belah dua ngan kulit-kulit sekali)

segenggam cabai kering + 2 labu bawang besar – diblender

1 keping asa gelugor

garam

gula

1 labu bawang besar dihirs sederhana besar

minyak secukup rasa …

 

CARA

1. Tumis cabai sehingga pecah minyak

2. Masukkan asam keping

3. Masukkan Petai

4. Masukkan udang

5. Masukkan gula .. seikut hati

6. Masukkan garam secukup rasa

7. Masukkan bawang hiris  ….

8. Angkat dan hidangkan ……. lawan dengan gelama masam goreng

fuhhhhh …. terangkat ….

Tuesday, October 12, 2010

HUTAN LIPUR SERI PERIGI , YAN

Minggu ni Ca sibuk gila2 …… camping budak2 tak selesai..

tiba-tiba dapat panggilan telefon , mertua masuk hospital ….

Disebabkan tekanan darah yang tinggi … menyebabkan mungkin pembuluh darah pecah …

berlaku pendarahan dari rongga hidung , tidak  berhenti2… Baba cakap hampir sebesen juga darah tu ….

Mak dimasukkan ke hospital Yan , CA …. bergegas pagi-pagi tu bertolak balik dengan anak2.

Alhamdulillah , ada rumah abang di Guar Cempedak di situlah tempat kami transit .

Kalau tak teruk juga nak berulang alik dari Pendang .

Hari ini dah kembali kerja , Baba pun cakap mak dah keluar hospital.. Alhamdulillah …

Mengisi masa senggang semasa di Yan , Hospital mana boleh masuk 24 jam …

kami sempat menjengah ke sini  …. selalu nampak dari jauh ja…..

P1000479

Dari Jalan Besar Yan …..

P1000483

Jalan Masuk Ke Kg Seri Perigi ….

P1000500

Hutan Lipur Seri Perigi , Yan …..

P1000529

Keadaan air kurang memberangsangkan untuk mandi manda ……

Untuk layan blues …. kira ok lah …….

sambil-sambil merenung air yang turun memercik ke batu tu ….

P1000509

Boleh lah …… cipta syair ke ..

gurindam ke …..

Memang tenang dan aman damai (orang pun tak ada ……..)

Friday, October 8, 2010

Camping …

Jab lagi …..

balik umah ….

siap-siap …

packing

Nak pi Camping …

camp

 

suka kan……

Thursday, October 7, 2010

Panasonic Lumix.

Dia …batu selesema cikgu …
waaaaa… aku lah tu …
jadi poin nak apdet tak dak ……
Balik dari langkawi …. terus tertiarap …….
tapi aku  berjaya juga dapatkan benda alah ni …..
P1000029
Dan hari ini aku dah …. belasah dia ……cukup2 …..

102_7379

Berbaloi baloikan ……
Tapi Cik Kodak masih setia di sisi …….
P1000223
Hasil Miss Lumix …… yang pertama …..
Gantengggg kan….