PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, June 25, 2010

BENGKANG PANDAN

Dah lama dok teringin nak makan benda ni. Nak buat bukan susah pun. Tunggu ghajin  ja….. jadilah juga….. sedap….Resepi cilok kengkawan dalam FP. Thank bebanyak …..
102_5207
Gambar dalam oven……. Keluar oven dah kena bedal. Makan panas-panas … memang sedap ….

RESEPI
Bahan-bahan
* 1 cup gula
* 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
* 2 cups tepung gandum
* 2 1/4 cups santan (atau 1 can santan-450ml )
* 2 tbs butter
* 3 biji telur
* 1/2 tsp garam
* colour hijau
* bijan
Cara-cara
1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3. Tuang dalam loyang …. bakar  180c selama 45 minit . Tabur bijan dan bakar lagi 30 minit . Kalau nak garing sikit lagi tambah lagi 15 minit.

Thursday, June 24, 2010

TOBIAR GOLD – MEMPELAM CHOKANAN

Satu produk tempatan kampungku ….  Dulu sebut saja Tobiar  , orang pelik semacam ja.  Nama pelik.  Orang tua-tua panggil Tubir . Orang Kedah sebut Tobiaq. Apa pun aku tetap bangga dengan nama dia , walaupun ladang mangga ni bukan aku punya. Kalau aku yang punya lagi … bangga tahap gaban laaa…. mau canang satu Malaysia hahahahah …..

 DSC_0065

Ladang …..

DSC_0068 

Sekotak RM25.00

 DSC_0074

Meleleh kan…….

Makan ngan pulut pun sedap ni …….

IMG_1646

Pulut Pelam …….. masa di Hatyai  tak lama dulu ….

Wednesday, June 23, 2010

PUDING ROTI

102_5192
Sebelum Masuk ke oven …
102_5203
Tadaaaaa …. siap …. sikit itam sebab cheff sibuk layan CAHAYA …. hahahaha
RESEPI
8 keping roti yang sapu dengan margerine / butter
450 ml fresh milk
4 sudu gula
3 sudu butter
4 biji telur
3 sudu tepung jagung
sedikit esen vanila
secubit garam
badam , kismis atau apa saja yang ingin ditabur untuk mencantikkannya .

CARA
1. Roti dicerai2kan dan diatur dalam loyang .
2. susu , gula , telur , butter , garam , esen vanila dan tepung jagung  diblender
3. Tuang atas roti dan biarkan selama 15 minit .
4. Taburlah apa yang berkaitan dan bakar suhu 180 c , dalam 45 minit (ikut keadaan )

Tuesday, June 22, 2010

LADANG ANGGUR

Dah lama aku teringin nak datang tempat ni. Kalau balik kg … tak jauh pun. Bertagak-tagak nak pergi. Cuti sekolah baru ni… isi masa lapang ziarah ke sini. Ladang Anggur Tasik Beris.  Tempatnya cantik dan kemas. Cuma kedatangan kami agak mengecewakan kerana anggur yang dah dipetik habis. Sambutan cuti sekolah , menyebabkan stok habis. Pokok yang berbuah pun tak banyak. Hanya anggur merah saja yang ada… yang lain ditutup.

102_5372 102_5378102_5397

Friday, June 4, 2010

BRIE CORNER ….

Kedai kampung tepi sawah  ……..

ramai orang …

Menu …. mee udang  , mee goreng …. ABC …… mabeles …

102_4249

ABC……. memang tak tidur malam …… sedap manis lazat berkrim  …..

102_4261

kaloo … tiap hari bedal …. kompom potong kaki taun depan hahahahahahh ….

Apa pun … ABC   ni sentiasa mengamit daku untuk kembali ke sini ……….

Thursday, June 3, 2010

LIMAU KEDANGSA ….

102_4200

 

Limau kedangsa ni sama ja rupanya denga limau bali ….. Cuma rasanya masam-masam manis.

Bagi yang suka makan cicah garam belacan …. memang sedap…. hingga menjilat jari ……

Zaman aku kecik-kecik ada orang kampung jual …. sekarang dah tak ada …….Kalau ada pun kat Ipoh kot … dulu sebijik dua kupang saja…….. kekadang di bagi 2 biji. Pemurahkan orang kampung ……  Nak meniaga tapi tak sampai ati ……… beli 1 dapat percuma 1 ……..