PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, October 28, 2009

PANGGILAN HAJI ……..

Alhamdulillah …….. Ngah selamat bertolak ke Mekah. Walaupun agak terkejut …….. doa kami Ngah dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur………

 102_1419

Selamat Jalan …….. kami semua mendoakan …..

102_1426 102_1427

102_1428 102_1431 102_1430 102_1433

Aku  juga sempat bertemu sahabat lama……… Abang Ramli dan Ustazah Anisah ….

102_1406 102_1408

Wednesday, October 21, 2009

Lagi Lagi Raya

Ini sebahagian lagi gambar raya yang belum dipaparkan :-

102_0604 

102_0605

 

aku….

Copy_of_100_0457[1]

Bila panggilan ILAHI tiba ……


Minggu ini aku dikejutkan dengan kepulangan sedara terapat. Orang yang mempertemukan cinta kami dan juga yang banyak memberi sokongan dan bantuan pada kami sekeluarga. Macam percaya dan tidak percaya hadir dalam kepala . Apa pun …. Doa semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang solihin .




Al FATIHAH …. Buat Mahmud bin Arsyad

Thursday, October 8, 2009

RIBUT TOPAN AND WANITA

La ni suma sibuk ngan bencana alam . Jiran blah kiri kena gempa . Jiran blah kanan kena topan.
Awat haaaa.... ribut topan ni semua nama orang perempuan ...
ketsana ....
melur ...
katrina...
Osama ( ishhhh silap )
apa lagi ........ haaa (aku lupa....... memang pelupa pun ...)
ADAKAH .......
perempuan ni ..... suka buat ribut ...
.....naik angin .... jadi macam ribut topan ....
.....bila mengamuk kat anak-anak macam topan puting beliung ...
.....buat keja macam ribut .....semua nak buat ..... masak lagi , basuh baju lagi , sidai baju , lipat baju , bagi makan anak , bagi makan anak kucin , bagi makan somi , diri sendiri lupa makan ...
...... jalan macam ribut ...... semua nak cepat .... uihhhhh keja banyak ....
ADUHAI ..... ciankan orang perempuan .....
Meh tengok gambar anak aku ..... yang selalu bikin topan dalam umah ......





Monday, October 5, 2009

FESBUK ..... PUNYA PENANGAN...

Semenjak 2 menjak 3 menjak ni...... aku kemaruk pesbuk. Aduhai..... mana taknya jumpa geng sekolah 23 tahun dulu. Macam nak pecah pesbuk ....... tenggelam cerita abg comeeei( ikut tijah) kat bagan pinang ngan kes hero hindustan kena belasah tu........
apa pun ......... Apa cerita kat bagan pinang haaa...... Tak yah ambik tau lah ...... meh layan wajah my little princess aku ...... lagi baik..... tak mau gak.... baik bawa berzikir ka ..... kui kui....

Tuesday, September 29, 2009

AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ... bernafas lagi kita hari ni. Tahun ni Mr Att kena standby.... peluang aku lerr.... boleh raya bawah ketiak mak ayah. Tapi sebelum tu ..... balik gak jenguk mertua .... masakkan untuknya . Tunaikan kewajiban sebagai anak menantu. Tahun ni kami 9 beradik , 5 orang beraya bersama , 1 raya umah tok ,yang lagi 3 beraya di rumah mertua masing-masing.
Alhamdulillah , pagi raya tu Mr Att dapat balik juga jenguk kami . Bolehlah cium tangan suami. minta ampun maaf (memang banyak dosa pun....ampun yeee... suamiku ....)

Inilah sebahagian photo hari raya kami........ Photo untuk whole family spoil betoi ..... photographer tak terlatih ....ambik sekerat-sekerat ...... apa nak buat .... secanggih mana pun camera .Kalau tak ada teknik pun lingkup and hancusssss juga .....

Inilah keluarga besar kami .... itu pun tak cukup korum. Ada korum dalam rumah asyik layan selera pun tak masuk gak ..... Banyak tema hijau , tahun ni..... depa pakat ... tak bagi tau aku.... sadis tul.... tapi yang melaram sakan tu ...sapa lagi family Mr Att lerr...... Kak echah pun pakai baju kurung .... tapi sampai pukul 12 tengahari je...... dah tak tahan daulat ...

Wednesday, September 16, 2009

APABILA DUGAAN ALLAH TIBA..... KUATKAH KITA

Pagi ini menitis air mata aku....laju ... lebat . Membaca kisah seorang ibu yang kehilangan anak kecil berusia 8 bulan kerana denggi. paparan cerita ini boleh dibaca di http://www.usm.my/kelabppkt/papar.asp?id=86 . Tika itu terbayang wajah Aisyah di mata. Itulah dugaan dan cabaran Allah pada seorang ibu. Pada rakan-rakan layari dan bacalah kisah ini. Semoga hati-hati kita akan ditaburi bunga-bunga kesyukuran kerana tidak diduga seperti ibu ini. Kadang-kadang dugaan Allah itu diturunkan untuk melihat sejauh mana kesabaran dan tahap iman kita.
Pada Ibu Anis Sabrina (walaupun aku tidak mengenalinya) moga kekuatan itu menjadi pedoman kepada kita semua . AL FATIHAH pada arwah ANIS SABRINA (walaupun peristiwa ini telah lama berlaku)

Monday, September 14, 2009

SALAM AIDIL FITRI



AIDIL FITRI akan menjelang tidak lama lagi. Ramadan akan berlalu pergi. Berkesempatankah lagi kita bertemu dengan Ramadan akan datang. Mungkinkah ini Ramadan terakhir kita. Semoga ALLAH memanjangkan usia kita untuk menyambut dan mengimarah Ramadan 2010 akan datang. Pada rakan-rakan yang sudi menjenguk blog Mrs Att yang tak seberapa ni ....jemputlah ambik kad Raya ini , bawa balik dan gantung kat rumah masing-masing yeee...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , MAAF ZAHIR BATIN.

Sunday, September 6, 2009

KENANGAN ......





Ashraff bersama bibik Yem. Kenangan yang telah berlalu. Sekarang bibik sudah kembali ke Medan. Rindu benar aku kat dia. Dia tinggal bersama kami lebih kurang 4 tahun. Seorang pembantu yang amat baik dan kemas. Kerjanya kemas dan rapi. Masak pun sedap. Ashraff sejak berusia sehari diasuhnya .......hubungan antara mereka berdua sangat rapat. Apabila Bik yem membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya dengan kami ........ orang yang paling aku risau adalah Ashraff. Alhamdulillah ..... Ashraff ok jee.....

Semalam aku sempat berborak dengannya. Menangis dia di kejauhan ... rindukan Ashraff katanya. Tapi selat melaka memisahkan kita......

Wednesday, September 2, 2009

MY LITTLE PRINCESS


AISYAH....dah 8 bulan...... tu dia tengok mata dia yang bulat. Inilah yang sering mengamit pulang ..... tak kala tugas telah tamat setiap hari. Mata inilah yang menjadi penyejuk hati yang panas ......ubat penenang ketika jiwa gelisah. Anugerah yang tiada nilainya......... (macam manalah ada orang sanggup buang anak..........)

Tuesday, September 1, 2009

Salam Merdeka....


31 Ogos datang lagi. Malaysia sudah mencapai usia 52 tahun ditinggalkan penjajah. Penjajah ... pada fizikalnya sudah lama meninggalkan tanah air kita.Tetapi.... lihatlah...Malaysia hari ini....
budaya penjajah begitu kuat ......... di mana-mana ........... Indahnya jika Islam itu jadi ikutan dan jalan hidup kita......... Maka bagi ibu-ibu seperti aku ini ........ tidaklah rasa gusar dan takut .....mengenangkan anak-anak yang semakin membesar

Saturday, August 22, 2009

Ramadan & H1N1

Salam...... selamat berbuka...

Hari ni hari pertama ramadan. Tak sempat nak pi rewang lagi ke pasar ramadan. Tapi memang tiap-tiap tahun..... kureng skit dengan pasar ramadan ni. Sekadar beli kuih ja.......
Tadi tonton Buletin Awani ..... H1N1 dah mula merebak kepada unggas.....
Aduh...... Bala apa yang Allah turunkan untuk kita ini.....
ujian dan cubaan apakah .......
mampukah ..... kita sebagai hambanya melalui semua ini....
Semuanya bersarang di otak fikiran...
Memandang mata-mata kecil .....anak-anak kita ...
Ya ALLAH jauhilah kami dari semua ini.........
Moga ALLAH menyambut doa-doa kita ..... di bulan mulia ini....


Jom berbuka...... azan dah berkumandang ......KL bukan Penang ..... he he he

Ramadan Pertama


Salam Ramadan.....
Hari ni dah 1 Ramadan..... rasanya baru lagi kita sambut ramadan yang lepas. Masa berputar laju.......Apa pun.... Selamat menyambut ramadan untuk semua yang menjenguk blog ni....





Friday, August 21, 2009

Birthday Ashraff


Birthday yang dah lama diraikan..... apa-apapun happy birthday sayang.....

lamanya.......

lamanya... tak jengok ke sini .... bersawang ... berabuk..... Nak kena ghajin sikit......

Monday, May 25, 2009

Semalam birhday Ariff. Tuntut nak makan KFC.... Tapi tak dapat, baba sibuk. Hari ni dia celebrate dengan kawan-kawan pra sekolah. Ikut baba , tak adanya celebrate birthday ni. Cukup baca doa dah .... katanya. Tapi kalau birthday dia minta lak hadiah.... mana aci.....



Friday, May 22, 2009
















Friday, May 15, 2009

KEMBALI DENGAN WAJAH DAN SEMANGAT BARU



Lamanya tidak menulis. ....... kekangan masa , kesibukan tugas dan kehadiran permata hati baru menjadikan kesibukan bertambah-tambah. Cuba juga mencuri sedikit waktu untuk diri sendiri , tapi sering dirampas oleh rengekan-rengekan halus...... yang meminta perhatian dan dambaan.


Ariff pun dah ke sekolah. Legalah sikit. Alhamdulillah.......


Kehadiran puteri tunggal Nur Aisyah Alya....... puteri yang kami tunggu-tunggu selama ini. Lahir 31 Disember 2008 jam 3.50pm.... emmmmm ikut tingkap juga di Bagan Specialist Hospital. Jua puteri multazam. Doaku dan suami yang tak pernah putus-putus di depan kaabah semasa menunaikan umrah ogos 2008 , tika itu aku mengandung 5 bulan. Terima kasih Allah....... inilah hadiah yang tidak ternilai dalam perkahwinan kami.....