Thursday, May 28, 2009

Kerja oOOHhh kerja...

Pagi-pagi hari setiap Isnin hingga Jumaat..
mesti pandangan pokok yang besar ini yang akan menjemput ku..
sangat besar... terase mahu ku panjat je pokok ni..
tapi perasaan malu amatlah menebal dalam diri...
ahaksss...


walaupun pokok besar ini mungkin tak kenal siapakah aku..
namun aku tahu bahawa pokok besar ni dah tua untuk fikirkan hal sekelilingnya...
minggu depan Isnin aku akan menyapamu lagi wahai pokok....

walaupun aku memang berat dan lemah semacam nak masuk dalam kawasan ini..
namun aku gagahi jua demi sesuap nasi... ^___^
tak mahu hidupku nanti makan pagi kais pagi, makan petang kais petang...
atau meminta sedekah sedikit nasi dari sesiapa..
walaupun kadangkala ada juga insan budiman yang sudi mahu belikan aku nasi lemak yang sedap setiap pagi...hee~

nilah kerja yang aku buat laju-laju dari tadi..
banyak kerja yang perlu disiapkan menjelang cuti panjang ku nanti..
envelope tingkap dah habis stok.. jadi untuk poskan surat pelajar ni..
kenalah aku tulis nama besar-besar kat atas sampul surat ni dengan pen hitam kabur dakwatnya (pen pun dah habis stok)..
lantaklah walau betape buruk sekalipun tulisanku...
surat ni tetap aku hantar!!!


Esok cuti.. tak dapat lah nak guling-guling kat blog kawan-kawan...
kakak atiqah akan merindui kamu semua...
InsyaAllah Isnin nanti kita akan jumpe lagi!!!


TAKE CARE EVERYBODY!!!

Wednesday, May 27, 2009

rumah+tangga

ibu maafkan kak long...
saya harap ibu memahaminya...
saya tidur dan baru bangun...
muka sangat letih.. arghhh!!!
otak dirumah je ni...
badan je kat opis...
nak balik melaka cepat...
minggu depan nak cuti seminggu...
hee~ boleh ye boss...
adik saya nak kawin saya perlu cuti dan uruskan semua,...
lagi pulak minggu ni kakak rafiqy pun akan kawin jadi mungkin dia juga akan sambung cuti...


******************************************************


hari ini tergerak untuk menulis mengenai rumah+tangga atau rumahtangga..
mungkin perkataan tu wujud sebab nak bina rumah tangga juga perlu ada..
so kita saling perlu memerlu lah...
ye kan..? (pendapat sendiri)


tapi rumah sekarang mana ada tangga... ye tak?
hahahh takpelah bahasa melayu pun wujud dari dulu dan kekal sampai sekarang...
Isnin saya menonton filem 'Syurga Cinta' bersama rafiqy...
kelakar sangat awal ashari.. dia betul-betul tak tahu pasal agama.. tengOk lah ibu dan ayahnya pun..senyum bangga tengok anak bujangnya bawa balik perempuan tido kat rumah...
nasib baik ikmal ada.. hee~ berlagak betul budak tu.. pintar lah konon..~~~
heliza pulak alim n banyak bagi tunjuk ajar n nasihat kat awal.. lastly cintanya dikhianati dan dipersendakan... (heliza agak gedikkss sedikit)


okie... nak tanya kenape manusia perlu kahwin...?

sebab tuntutan agama?
sebab nafsu?
sebab keluarga?
sebab masa depan?
atau sebab cinta?


ya mungkin pelbagai sebab yang menjadikan seseorang itu berniat untuk berkahwin..
cuma sekarang banyak sekali perkahwinan dibina gagal tanpa ada apa-apa untuk dibanggakan..
terlalu banyak kes penceraian dan anak terabai...
padahal anak adalah bukti cinta dan kurniaan Allah..
senang sekali dia diabaikan..


bila manusia memandang berat tanggungjawab dipikul bila berkahwin dan memahami secara tepat mengenai perkahwinan, mungkinkah perkahwinan gagal? tidak kan...?
adakah perkahwinan itu susah?
atau berat?
dan atas sebab itulah ramai bujang terlajak dan anak dara tua kat dunia ni..
mereka mungkin belum bersedia untuk menempuh dunia perkahwinan...
semoga Allah membuka hati mereka untuk menikmati cinta.. kerna cinta itu amatlah indah...



saya melihat kehidupan ibu dan ayah saya..
atok dan nenek saya...
mereka kadangkala bahgia dan ketawa bersama...
ayah dan ibu selalu bergurau..
mandi bersama.. maksud saya mandi hujan.. ya kami sekeluarga suka mandi hujan...
mereka juga kadangkala sangat romantik..
ada masa untuk berdua...
dan kadangkala juga saya melihat ayah marah ibu,
dan ibu merajuk.. ayah pula pandai memujuk...
bukankah itu bahagia sebenar?
berdua mengisi masa hidup dengan bahagia, senyum, ketawa, marah, sedih...


nenek dan atok pulak seperti tak boleh dipisahkan..
bila nenek datang kerumah saya..
atok akan call suruh dihantar balik isterinya...
saya tahu walaupun atok saya garang..
tapi dia sayangkan nenek saya..
mungkin atok saya berfikir dengan ketegasan itu membuatkan nenek saya hormat dengan dia..
ya betul.. ada yang beranggapan begitu...


emosi takkan berlarutan kalau perasaan sayang ada...
bukan setakat ada tapi dah sebati dalam darah..
sehinggakan segalanya mampu diubah dengan kasih sayang itu..
hebatkan..?


tetapi sekarang saya lihat terlalu ramai manusia membuat keputusan secara emosi..
tanpa memikirkan kesan dari keputusan yang dibuat tu...
tak sedar akan ada pihak yang akan terseksa..
terlalu pentingkan diri lebih tepat barangkali...


kenapa?
perkahwinan sesuatu perkara dan tujuan hidup yang sangat mustahak untuk dijaga dan difikirkan... bukan sesuatu untuk dipersendakan dan diambil mudah..
manusia banyak buat salah.. sebab itu bala didunia sangat berat sekarang..
Allah mahu tunjuk betapa manusia mula lupa akan Al-Quran dan tujuan hidup sebenar didunia...


Lelaki perlu tahu wanita sangat beremosi...
wanita tak mampu melawan secara keras/kasar tapi hanya mampu beremosi...
dan bila wanita mula tunjuk emosi lelaki tak mahu mengalah...
lelaki menambahkan lagi mood marah dalam jiwa wanita itu...
sehinggakan wanita boleh memikirkan sesuatu yang dasyat.. bila emosi menguasai diri..
akal tak berfungsi...


seharusnya tak salah kalau lelaki mengurangkan ego untuk menjinakkan wanita..
wanita sangat halus jiwanya... ya tuan-tuan...
wanita hanya boleh menangis bila dimarah dan bawa diri bila tidak dipedulikan..
fahamlah wahai kaum lelaki...
memang wanita suka membebel.. kadangkala tujuannya bukan untuk menyakitkan hati..
sesungguhnya hanyalah mahu mengingatkan sahaja...
(kalau rafiqy marah saya akan dengar dia dan senyum sebab bila dia marah saya bermakna dia amat sayangkan saya dan selalu fikirkan saya..)



Wanita juga harus tahu yang lelaki ni walau kasar diluar tapi kadangkala sangat lembut hatinya..
pujuklah hatinya dengan ketawa dan senyum..
sediakan air yang sejuk buat ledakan hati yang panas...
sediakan sesuatu yang manis buat lelaki...
bila lelaki marah.. mereka tidak mahu kita menjawab..
walaupun itu bukan cara yang baik tapi lelaki memang begitu..
mereka panas baran... lelaki takkan bertindak ganas kalau ada sesuatu yang mencabar kelelakiannya.. mereka tak boleh sekali-kali egonya tercabar...
mereka juga mahu wanita merasakan yang lelaki adalah berhak untuk dihormati..
ya betul lelaki sangat tinggi martabatnya dipandang dari sudut agama...
lelakikan mahu menguasai dunia dengan kuasa yang ada ditangannya...
jadi wanita haruslah sentiasa berada dan ada untuk lelaki...
lelaki akan sakit bila tiada wanita disisinya...
bila mereka sedang marah kadangkala kita perlu abaikan emosi yang melanda diri kita untuk mengubati luka dihati pasangan kita...
wanita dan lelaki sangat memerlukan...
bagaimanapun manusia lain-lain.. kita berdoa untuk yang baik untuk kita...



kejujuran...
bila bercakap mengenai kejujuran memang susah...
yelaa.. banyak sebab menyebabkan manusia tidak jujur...
didepan kita dia sayangkan kita dan kitalah segalanya baginya...
tapi diluar dia sedang bahagia menyemai cinta baru..


kenapa ini perlu terjadi kalau kita hanya sayangkan 'SEORANG'?
kenapa cinta perlu dicari lain kalau kita telah berbangga dengan jodoh dari Allah untuk kita..?
pasangan yang telah bersusahpayah bersama, yang telah kita janjikan sesuatu juga berjanji dengan Allah untuk menjaga hubungan suci itu hingga ke mati..?
kenapa mudahnya cinta khianati??


mudah saje pada saya,...
jika dia tidak jujur dan mengkhianati cinta...
juga bahagia bersama yang lain...
biarkan saja... mungkin itu suratan untuk kita...
mungkin juga dia bukan untuk kita...
bagaimana kita sayang pun cinta akan tetap akan pergi...
kalau dia betul sayangkan kita tak mungkin dia akan pergi ke cinta yang lain..
betul..? bagaimanapun cinta takkan layak bahagia bagi manusia yang tidak jujur...


tapi jangan sekali-kali kita salahkan dia..
cinta tak boleh dipaksa...

tapi yakinlah bila kita selalu menyediakan yang terbaik untuk pasangan kita..
kita takkan dikhianati...


nak cerita pasal ni memang lama.. hee~
saya dan kamu akan berkahwin satu hari nanti...
semoga Allah memberi kesempatan pada kita untuk menikmati alam rumahtangga..
selagi ada masa ni ujilah pasangan kamu...
adakah dia adalah untuk kita sebenarnya,,
yang sanggup buat sesuatu untuk kita melebihi kemampuan dirinya..
yang sanggup membahagiakan kita melebihi kebahagiaan dirinya...


yakinlah dengan siapa pun kita akan diijabkabulkan..
LELAKI/WANITA ITULAH SATU-SATUNYA UNTUK KITA...
bukan orang lain...
dialah yang akan berkongsi segalanya dengan kita, perkahwinan adalah matlamat jangka panjang kita
berusahalah untuk kekalkan hubungan itu...

sayangilah dia sehinggakan kita dapat rasa bahawa itulah CINTA TERAGUNG paling istimewa buat kita...
CINTA SAMPAI SYURGA...


sekian~
mari kita warnai dunia ini dengan kasih-sayang ya!!

-terima kasih kerana membaca ye kawan-kawan :D-

yang menulis,
atiqahadnan..

cakap tipu~

ahlan wasahlan..
ya umat muhammad..

hari ni hari yang indah.. cuaca baik dan manusia hidup dengan dunia mereka yang pelbagai... begitu juga dengan saya... tetapi pada hari ini saya rasa sangat bersalah... kerna saya cakap tipu dengan ibu saya... erm... padahal ibu saya takkan marah pun kalau saya cakap benar... saya mungkin budak-budak lagi sebab masih cuba untuk cakap tipu dengan ibu... saya ingat lagi masa budak-budak saya tidak ke sekolah kerna mahu menonton cartoon tom n jerry dirumah kawan... saya dipukul akhirnya sebab ibu saya tahu saya tipu...


saya takut saya berdosa kerna tipu ibu saya... saya bukan buat salah apa pun.. tapi penipuan itu dilakukan kerna saya malu... saya malu~~~ saya mahu sekali bercakap benar dengan ibu tapi entah saya tak tahu saya malu..


Saya harap satu hari nanti ibu akan tahu dan tidak akan menyoal saya kenapa saya cuba untuk tipu dan tidak mengaku benar dengan dia... maafkan saya ibu... saya tidak bermaksud...

saya tahu ibu saya akan cakap begini kalau dia dapat tahu nanti.. "kak long ibu tak marah k tapi kenapa sanggup susahkan diri fikir banyak alasan n helah untuk tutup perkara benar,... kan susah??" betul kata ibu...

pening kepala saya dan hilang mood saya tadi penat memikirkan helah untuk tutup hal tu dari diketahui oleh ibu... tapi kenapa saya mesti tipu sekarang saya rase bersalah....saya tak suka menipu.. saya tak pandai menipu... bila saya menipu saya akan mengelabah semacam dan tergagap-gagap... itu saya... rafiqy tahu saya bukan penipu dan saya jujur... saya takut bila menipu.. dan hidup saya akan mula tak keruan bile menipu sungguh!! tapi kenapa tadi saya boleh benarkan diri bersusahpayah memikirkan idea untuk kelirukan ibu saya...dan mungkin saya berjaya kerana boleh buat ibu saya percaya...tapi benarkah saya sekarang bile perasaan bersalah muka menguasai diri.. saya rasa saya patut beritahu ibu saya.. tapi saya malu...


maafkan saya ibu....saya pening dan mahu tidur sebentar...

Monday, May 25, 2009

mari kita bercerita tentang encik mohd rafiqy abd rahman~~

Tag ni dari Ifa adikku yang cute tu... jauh tapi dekat dihati.. kn sayang? hee~
walaupun dah pernah buat pun tagg ni tapi takpee mari kita lakukan nya sekali lagi... yihahaaaa!!!


Bile bercerita tentang kekasih hati ini memang laah sampai keudahnye tak habis.. dah lame juga tak share pasal dia dengan kawan-kawan ni... sila jangan muakkk ye.. hehehe


Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

:girl_5: ni adalah Encik Mohd Rafiqy Abd Rahman ye... dia sangat suka buat muka begini... sangat mencikkk!!!

baiklah mari kita start jawab tag...
tag ni saya yang akan jawab because i noe him very well bebeh!! tak tahu baru saya tanye dengan rafiqy ok.. hee~


mari!!!!

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
rafiqy sangat suka tengok cartoon dan movie...hee~

2. What’s foods he doesn’t like?
rafiqy tak suke mee kuning.. hee~ masak lah macamner punya sedap pun dia taknak tatau kenape.. saya makan je... ^___^

3. You go out to eat and have a drink. What does he order?
bihun sup dan limau ice.. hee~ bergantung kat mane kami makan laa kan..? tengok mOvie dia suka coke lite.. :D

4. Where did he go to high school/uni?
owhh lupa dah jap nak tanye.. okie.. Sek. Men. Teknik Mohd Zin, Alor Gajah Melaka.. hee dan seterusnye politeknik..

5. What is his career/job/still studying?
sekarang bekerja dengan cimb group huu.. tak seswai!! study mechanical engineering tapi dok keje bank.. hahahah

6. What size shoes does he wear?
tanye dia jap... hee~ size 6 hee same laa kita dear..~

7. If he was to collect anything, what would it be?
owh dia sangat suka mengumpul plastik bag or paper bag dari barangan yang dibeli hee~

8. What would this person eat every day if he could?
garlic bread n mushroom soup... dah cukup.. sup ayam pun bole..

9. What would he never wear?
ape eak.. huuuhh!! dapat daa!! dia tak suka pakai topi/cap.. tak suke... pernah juga minta dia pakai tapi tanak juga..

10. What would he always wear when dating with you?
as simple as he can.. hee jeans tshirt.. rafiqy juga suka sweater.. hee abaikan pic ku yang ngelitisss itu...

11. Who is his best friend?
me!! ya me...!! confident niek...

12. What is something he wishes you wouldn’t do?
huuuu~~saya ni cepat mengelabah... susah lah nak relakss,.. cool macam dia.. sorry sayang.. its me..!

13. What is his favourite colour?
banyak... hee sume dia suka.. hitam kurang sikit... warna adalah mOod dia...

14. What is his habit?
ape eak..? dia suka cam regang-regangkan badan dia yang letih.. hee~ kelakar.. kadang-kadang depan orang pun dia buat..

15. What is he proud of?
setakat ini dia hanya feel enough dengan ape dia ada.. katanye....

16.what is his favourite perfume?
owhhh dunhill, hugo n mont blanc~ sangat wangi... (yang ini saya yang jawab hee~ )

17. do you think he will read this?
tak tahu hee.. hee~

18. How Both of u Fall in Love?
lor.. saya yang jatuh cinta kat rafiqy ni.. dia tak kenal kite pun.. masa try call dia dan banyak kali letak sebab segan sangat... tapi bile datang keberanian n dapat cakap dengan dia.. dia marah saya,,, dia cakap.. "so inilah orangnye yang suke letak fon yerp" mana dapat no.fon ni..?" then saya jawab lah dapat dari majalah graduat.. dia cakap" wohh so dah bape ramai lelaki yang dah cuba call?" erm sedih sangat masa ni.. orang tak suke kita takpelaahhh... terus saya tak kol dia dah,, bencii!!!!


dan selepas itu dia call saya balik hee~ mungkin dia rase bersalah dan kami pun tukar-tukar no handphone.. dia tak pernah cuba mahu untuk jumpa saya... lama juga berkawan tapi tak serius... pernah juga plan nak jumpe tapi last minit dia cancel.. pada mulanya saya nampak dia tak serius berkawan dengan saya... dan saya pun mula malas juga... erm taknak laah syokk sendiri kan... kami mula kenal tahun 2003 tapi on and off~


Finally raya tahun 2007 saya jemput dia kerumah dan dia datang seorang... tapi saya pulak yang sangat malu dengan dia... dia sangat hensem dan sweet ye kawan-kawan... sangat tidak seswai dengan saya... hemmm terharu... dan sejak dari situ kami boleh dikatakan semakin rapat bila banyak berbual,sms dan keluar...

saya mula mengenali rafiqy secara dekat.. yang saya rasa kan dia lain dari lelaki lain yang saya kenal.. dia tak suka cakap merepek dan selalu buat keputusan dengan cepat.. dan selalunye bila nak keluar atau makan dia akan tanye saya.. hee~


bila keluarga dah bertemu dan mungkin rafiqy merasakan saya lah jodoh dia...dia cakap dia sayangkan saya kat depan ibu ayah n ibu ayah dia... dan secara rasminya pada 25 mei 2008 dia melamar saya di rumah dan 'saya milik dia'


kami bertunang pada 7 jun 2008 dan insyaAllah pada Januari 2010 kami akan diijabkabulkan.. sila doakan kami yerp...!!

:girl_4: saya pelik kenapa rafiqy jarang nak ucapkan ' i love you' dekat saya.. dan saya pernah tanye dia.. dia cakap sayang banyak-banyak nanti jemu laa dan dia cakap agak-agaknye kn lelaki yang suka cakap sayang itu betul-betul sayang ke..? mulut dan hati lain.. cukuplah perhatian yang dia bagi pada saya dan saya yakin yang dia begitu sayang pada saya... hee arrghhh gedikksss...!!


macam-macam yang saya dah buat dekat dia tapi dia cukup sabar dan saya yakin jOdoh ini adalah kerana Allah saya tak mungkin akan cuba untuk mengkhianatinya.. sungguh!!!!


okie... saya dah siap tag ini... malam ni kami nak nonton mOvie 'Syurga Cinta' (^__^)

ibu..ibu...

baru lepas call ibu...
korang tahu ibuku kat mane...?

SSF!!!


mentang-mentang lah kat melaka baru buka SSF kemain lagi makcik tuh pi berjalan-jalan.. kesian kat ayah kena meneman.. hahahah...

(ibu memang kalau shopping selalu lupakan aku...
:girl_10: takpe---takpe----

Persiapan menuju ke hari bahagia....

Lagi 2 minggu adik ku Ina akan berkahwin..
persiapan kami masih lagi belum mencukupi...
*(perghh ayat cam cikgu bahasa melayu je)


rumah masih belum siap cantik lagi.. arghh!!!
ibu dan ayah macam relakss jee.. hahahah..
dengan adik-adik yang macam tak kisah...
tu si bong(last) ngan eman (adik 2nd last)
orang suruh lap tingkap dia main lompat-lompat...
orang suruh basuh lantai dia main luncur-luncur...
hai.. sampai 7 kelahiran pun kerja tak siap....
panas je kepala ni, ringan je mulut ni nak menjerittt......
sabar je ni... orang bagi soalan beribu-ribuuu oooooooo jawapannye..
mane tak hangiiinnn...!!!


yang 2 orang lagi (ajim adik no.3 n syahe adik no.4) orang suruh cat siling bagi 10000000 bunyikkk... kejap.. kejap...kejap... dia punye kejap tU berkurun la juga nak menunggunya... berang tak?!! sapa tak berang....


yang si gadis dua orang tuh termasuk lah si pengantin.. orang suruh lap pinggan mangkuk dia pi lap pipi dok main solek-solek kat dalam bilik.. dengar aku menjerit kat dapur bukan main lagi kuat depa gelak kat bilik... mahu ku piungggggg kepale diorang!!!!


ayah n ibu sibuk menjemput.. yang den nihaa je laa yang bagai nak rak memikirkan hal rumah...
ibu cakap biar laaahh kalong orang tahu kiter dok rumah ni tak sampai setahun pun...
so banyak mane laah nak di'transform'kan...sambil tangan sibuk menjahit manik ibu ku ni nak gempak jeee baju dia... lepas tu layan astro... cetttt...!!!


ayah yang tengah sibuk tanda pangkah kat senarai jemputan tu pulak menyampuk... kaklong jangan fikir-fikir sangat biar je ni ape yang ada.. cakap tak siap mmg lah takkan siap.. kita tengok je macamner k...

tulaahh mane laah den kat opis ni nak tenteram jiwa... fikiran n hati dok terbayang hal rumah jee... tak sabar nak balik rumah tu... hai... minggu lepas sibuk pi cat bilik.. n kemas halaman rumah tuh.. bersepah!!! lepas tu ibu beli sejadah nak bagi sedara-mare yang datang tok kenduri kumpul waris untuk bincangkan hal perkahwinan Ina nanti...


sejadah ni untuk sedara mare je tau.. hiii..


dah laahhh nak tipon ibu jap... mesti ngah menjahit manik lagi nie...
adoyai ibuu!!!!

Friday, May 22, 2009

itu kekurangan ke?

Dulu masa sekolah selalu kena ejek

'budak taik lalat'

memang kita akan rasa sedih dan keyakinan nak berjumpa dan komunikasi dengan orang pun kurang dan saya akan rasa malu sangat lah nak berhadapan dengan orang... tahu sangat dorang akan cari point nak sakitkan hati kita... entahlah.. pernah sekali rasa macam nak buang je.. tapi bila jumpa doktor.. doktor tu cakap tak payah buang lah.. sayang manis je terletak... cettt!!! saje je wat aku malu lagi.. then tak jadi... setiap kali jumpa doktor tu jelaah ayatnye... tu yang tak jadi tu... hee~ then bila family supPort bagi keyakinan nak jumpe orang naik sikit.. so tak kisah laa.. ^____^


makin lama makin tak kisah dengan ketumbuhan atas bibir ni.. wat macam besttt je laa... hiihii.
dan totally ianya langsung tak mengugat kedudukan ku.. ahaksss~
maybe masa budak-budak dulu bolehlah layan kena gelak kena ejek... sekarang dah lali dah..
ejek laa... ejek laaa... nak panggil kita ape pUn panggil laaah...

saya bangga dengan pemberian Allah ini.. orang ada? tak de pUn...
lain dari yang lain kan...? (mesej ini bukanlah berbaur riak ataupun gedikks ya...)

:girl_4: kat bawah ni konon muka nak cover laa ni hahahha...
sekarang dah tak malu dah..takde ape yang bisa menganggu gugat diri ini..walaupun otromen yang entreprem kat belakang nuuun hahaha


~~~~kerna diriku begitu berharga~~~~

Wednesday, May 20, 2009

Hadiah untukmu ibu~

Last friday, berjalan-jalan kat sogo tak tahu nak belikan ape untuk ibu.. nak beli mahal-mahal takde duit.. bujet bawah rm200 je.. nak belikan ibu cincin besar dah lame..


ibu dah banyak cincin emas kuning.. ingat kak long nak belikan ibu white gold tapi harganya mahal.. jadi kaklong cari yang salut emas putih je.. harganya kak long mampu..

ok kan cincin nie..? ibu suka.. walaupun besar je kat jari ibu tuh.. huhuhu.. siap ade jaminan seumur hidup lagi.. memang berbaloi pun..

hadiah ni tak seberapa.. rantai emas yang kak long pakai ni pun ibu yang belikan... harganya lagi mahal dari cincin yang kak long belikan ni...(gelang kristal yang ibu belikan untuk kaklong ntah mane tercicir ntah.. sorry buuuu) erm.. nanti kaklong ada rezeki lebih kaklong belikan ibu gelang kaki pulak tau.. gelang kaki ibu putus hari tu sebab kak long juga... erm.. kesian ibu~~ takleh nak gedik-gedik pakai gelang kaki lagi.. hee~ Thanks ibu suka hadiah kak long ni... love you!!!


AFIQ HAKIM BIN AHMAD~ juara AF dihatiku...

hi fellas!!!

siapa minat Akademi Fantasia here!!!?
hands up!!! haa..

Tahniah kepada HAFIZ Juara AF7..
hafiz layak.. kita semua tahu beliau konsisten setiap minggu dalam konsert..
walaubagaimanapun huu~ suare Hafiz dah terlalu biasa didengari dalam malaysia ni..
ada bunyi suare aizat juga sikit kan.. tapi Hafiz tetap hebat..!!! :D


tapi saya bukan peminat Hafiz ye kawan-kawan..
saya minat dengan Akim.. walaupUn ku agak gedikss minat-minat kat artis-artis lelaki ni..
lantak laah tak kesah pUngggg... huu~


Akim memang pada mulanya kurang menonjol dari segi persembahan tapi beliau adalah pelajar yang berjaya ditransformkan.. persembahan semakin gempak dan membara.. suara sangat bessttt.. suka sangat dengan suara dan aura akim.. malam final akim is THE BEST AMONG THE BEST.. dan cabaran lagu adalah untuk akim malam final itu.. bila teringat akim teringat pulak masa farah AF2 dulu... dapat lagu susah tapi kesian tak dapat tempat dalam list juara..tapi sekarang Farah lebih berjaya dari naib juara nye.. mane tahu akim juga begitu yang mana akan lebih berjaya dari Juara Af dan naib juara itu sendiri? siapa tahu kan..? semoga akim berjaya...


saya akan terus menyokong.. itu pUn bila dapat keizinan dari ehem..ehem.. huu~
malam final saya sempat sokong akim dengan vote untuk dia.. topup RM30 untuk akim..
tapi saya sedih kerana bukan akim yang Juara.. padahal satu family dah aim yang Akim adalah juaranya.. tapi rezeki berpihak pada Hafiz.. its ok..


apa-apa pun AKIM is the TRANSFORMER from AKADEMI FANTASIA7!!!

-GOOD LUCK-

Thursday, May 14, 2009

first time menjenguk cineplex damansara~

Sebelum ini pernah lah jalan-jalan kat ikea & one utama..
damansara ni memang besar kan...
banyak kali juga sesat kami..

tapi bila dapat tiket free ni teruja mencari juga... sampai kat sana dalam pukol 7.00 camtu dan jalan-jalan dulu kat ikea.. saya suka ikea!! makan dan snap gambar hee~


rafiqy ada mOod nak bergambar masa ni..so saya pun apa lagi layan kan jer laa..

on the way ke damansara~ ikut highway duke.. dekat dah sampai dah..
Sementara tunggu pukol 8.30 tu banyak lah kitorang berjalan..
sampai kan tatau nak buat ape dah kat dalam cineplex tu..
mulanya kOnon nak karaoke lah then lagu-lagu semua macam haiii!!
semuanya lagu cina.. bengong betol! dah lah satu token rm2.50 dua dah rm5.00..
mulanya saya nak tanye lah ngan budak melayu kerek tu nape semua lagu cina?
then rafiqy cakap tak payah lah... buang masa je.. jOm keluar!!


dah tak tahu nak pi mane layan dia main game kereta pulak..
murah n happening sikt dalam nie.. hee~

psssttt apsal gambar aku amik semua nye tak kualiti eak..? ape kena dengan camera ku ini..?

then terus collect tiket.. kenalah que up takpe.. advertlets siap bagi donut.. tapi sebab was-was nak makan.. tak merase lah.. takpe... hee~
Rupanya wayang start pukul 9.30 seb baek tak lame sangat nak tunggu so mari kita snap a picc!!! hahahah
dah cuba pelbagai angle tapi ntah hilang idea~~
rafiqy suka pakai seluar putih ni,..
saya pelik saya tak pernah nampak mana-mana lelaki suka pakai seluar putih pi keje..
tak hitam biru gelap...
korang pernah nampak ke lelaki pakai seluar putih..??

macam kenal lah.. alamak itu artis ke...?

hi fellas? (kamu semua)
what's up?

tajuk kat atas tu macam best kan...?
Siapa pernah jumpa ke terserempak ke ternampak ke artis kat mana-mana?

hee~ saya pernah jumpa elyana, sheila mambo (betul ke), hazid AF6, yusri, norman KRU dan mawi!!! takde lah bergambar pun ngan yusri dan norman je pernah.. nak tengok sila klik sini..


kadang-kadang kesian juga tengok artis ni.. pi sana ade je yang nak bergambar.. (kalau femes lee, tak femes bohh layan..) diorang pun perlukan privacy juga macam manusia lain.. buat tak tahu dah lah kan..? tapi nanti bila tolak cakap sombong pulak.. ai.. ai kesian..kesian...kadang-kadang diorang ni buat-buat jalan tunduk lah pakai topi lah, rambut palsu lah.. macam-macam!! hee~


NASIB BAIK AKU BUKAN ARTIS!!
(hahahh sila sedar diri okie..)

kalau tak mesti susah nak fikirkan cara bagaimana nak elakkan diri dari diserbu.. hakhakhak.. (berangan sudaaa.. :P) takpelah jadi artis dalam blog ni pun ok apa...? ^___^ femes gakss aku ni... hem..hem..(tersedak lakssss)


pssstt teringin nak berlakon jadi perempuan gedikkkssss ke manje ke cam liyana jasmay huu..dia cute sangat..gedikksss yang best... i loike her~ suka masa dia berlakon drama ponti anak remaja... hahahhah

tagg from rOozu..~

THANKS!!!
ROOZU~ Rajin sungguh kamu create tagg kan dear..
so kakak akan buat demi menghargai hasil kerja kamu ni..
pergh ayat saje wat gempak!

:girl_11: okie ready!!! go!!! go!!

1.Bekas kekasih saya adalah : buku-buku sekolah ku sekalian huu~

2.Saya sedang mendengar :opismate sebelah saya ni asyik membebel dari tadi...~

3.Mungkin saya patut :cuti dan tolong ibu saya kat rumah~

4.Saya suka :senyum bila orang pandang saya dengan muka masam~

5.Sahabat-sahabat baik saya :semuanya sayangkan saya!!~

6.Saya tak paham :opismate saya ni tak penat ke membebel?

7.Saya kehilangan :kasut noche saya warna coklat dan majalah Intrend bertuah saya ermm ~

8.Ramai yang berkata :sekarang sogo banyak sale!!~

9.Makna nama saya :nanti saya tanye ibu saya ok.. :P lupa!~

10.Cinta itu adalah :anugerah~

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :sibuk perhatikan orang lain~

12.Saya akan cuba :menyimpan duit untuk masa depan~

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :adalah di Akhirat sana..~

14.Telefon bimbit saya :skrinnya dah tercalar!!!!

~
15.Bila saya terjaga dari tidur :saya stop alarm clock yang sedang memekak itu!~

16.Saya paling meluat apabila :orang makan dan bercakap~

17.Pesta/Parti adalah :sangat tak best!!!!

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :tupai~ hee

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 23 tahun~

20.Hari ini :saya pakai kebaya purple!! hee~

21. Petang ini saya : nak siapkan kerja dan balik cepat..!!~

22.Malam ini saya akan :makan sambal tumis petai!! hahaha

23.Esok pula saya akan :balik melaka!!~

24.Saya betul2 inginkan :dslr nikon!!~

25.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :tudung saya senget sedikit.. adoyai! dah lambat pulak!!! lantak!~

26.Pusat membeli-belah atau arked permainan :both laa~

27.Makanan Barat atau Jepun :both juga~

28.Bilik yang terang atau gelap :both~

29.Makanan segera adalah :makanan bila nak cepat!~

30.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?cari nama awak dan sign!!~ (cakap ngan student heee~)

okie... 3 hari juga lah simpan tagg ni hee~
finally done juga...
so what else to be done?? huuu~

Wednesday, May 13, 2009

Bidadari & Jin

12 Mei 2009
Cathay Cineplex Damansara


Saya dan rafiqy berpeluang menonton filem angels & demons secara percuma..
pemberian tiket dari seorang kawan...
thanks kapten!

Filem ini pada pendapat saya menarik juga.. walaupun ada sedikit yang membingungkan saya..
filem ini lebih kepada keagamaan, bagaimana sains boleh memusnahkan agama~
memang menarik bagaimana manusia berfikir mengenai kewujuddan agama..
filem ni banyak menceritakan tentang kepercayaan penganut katolik.. so anda perlu professional menonton movie ini..
masing-masing ada kepercayaan masing-masing.


Bidadari dan Jin adalah petanda untuk professor landon (saya dah pun lupa nama) lakonan tom hanks..beliau ni adalah ahli akademik dari uni harvard yang pandai tafsirkan simbol.. dia dipanggil untuk ke vatican dan selesaikan masalah penculikan 4 orang kardinal bagi menghancurkan gereja st.peter.. setelah kematian paus gereja st.peter mencari paus baru.. so ada sesuatu disebalik pertabalan paus baru... sangat tidak disangka-sangka...


Prof. juga secara kebetulannya perlu menyelesaikan masalah Dr verrrr..(lupa nama lagi)lakonan ayelet zurer atas kecurian anti jisim (sejenis letupan) yang boleh memusnahkan dunia.. ada orang yang curi.. rupa-rupanya kedua-dua masalah tersebut ada hubungkaitnya...


Untuk menyelamatkan 4 orang kardinal ni Prof landon kena selesaikan banyak petanda dan dia hanya berjaya menyelamatkan seorang sahaja yang lain-lain tak sempat hee~ dan semua kejadian ini berlaku dalam sehari sahaja.. dari mula-mula prof. landon sampai ke vatican sampailah pertabalan paus baru...


dan dalang atas kedua-dua masalah ini adalah orang yang sama..
korang kena tonton dan tahu siapakah dia..

Banyak yang membingungkan saya tapi filem ini menarik untuk ditonton lah.. ada kelakar ada saspen.. hee~ romantik je takde huhuu..mengujakan dan membingungkan.. menarik kan??