Assalamualaikum *waalaikumsalam*
Hello my
friends, my buddyz, my honey , my dear , my heroes dan segala my my lagi la :D huhu, sebelum
dipanjangkan bual bicara kali ni, ika nak ucapkan terima kasihlah sbb sudi
singgah blog kita , baca pulak cerita . terasa diri ini begitu dihargai
*terbang ke angkasa,wiiiheeuuu
>,<* Udoh udoh
letew meraban tak tentu hala . jomlah kita straight don’t belok belok terus
kepada isu sebenarnya nak diceritakan . DOUBLE WOW ! :O isu ? Omegat omegat
omegat . bukan isu la , tapi cerita -_- tak sensasi mana pun,tapi okay la sbgai
catatan . sbnarnya kome baru balik dari kg . kg kome dkat ...... *tarik nafas
pepanjang* kg kuala sat ulu tembeling jerantut pahang malaysia salah satu
negara di bahagian asia dalam peta dunia . *ewahh,panjang nama kg aku :3 haha*
kg kome bukan la bandar mana pun,dekat area ulu-ulu gituuu *kenyit mata* tiada
kemudahan media massa disitu kecuali tv dgn line maxis je tertepek dkat kg .
mana ada line internet pecbuk pecbuk twitter twitter kejadah ni. Kome balik
lama la jugak , bukan sehari ataupun dua hari , tapi SATU bulan SATU minggu .
perghhh , mulamula berasap gak telinga kemain lama balik -_- tapi bila dah
jejak pasir kat sgai kat rumah wan kat
jeti tu *brapa banyak ‘kat’ daaa* , rasa mcm taknak balik bentong dah . seronok
plak :* mcam2 aku kerjakan kg aku. Haha , eh salah :3 kg kerjakan aku,bukan aku kerjakan kg .
maklumlah,aku hanyalah manusia kerdil yang tak bisa melakukan apa-apa . #puihhh
! *ludah sirih*
Ehermm
ehermm . antara aktiviti-aktiviti yang aku lakukan adalah seperti ... *bunyi
gong* aku tunggu durian gugur dekat pondok durian . perghh , nak kena bangun
awal awal pagi pergi kebun durian , suluh pulak pakai torchlight serata alam .
maklumlah turun rumah gelap gelap buta , wa takut woo,mcm2 haiwan ada gelap2 tu-.-
terutama haiwan yang comel2 diberi nama tupai tu. Jahat tupai,tak pasal kena
berebut durian ngn dia,klau lmbat sikit,tak merasa makan durian. caranya pagi2 kena bgun awal gi kebun dah . stakat
kul 8-9 pagi pergi , dah bertebuk durian dimakan tupai la jawabnya .
melepaaaass kau nyahh ! tupai dah kenyang atas pokok gelakkan kau . *sejak tu
aku anti tupai* ada yang warga2 kg lain
tu sampai sanggup tidur bermalam kat pondok durian . maklumlah tahun ni durian
menjadi sangat2 :D rezeki orang kg
katanya (:
Haa , dah
la tu citer pasal durian . selain tu aku pergi kebun dekat seberang kg . kebun
lama wan dgn aki punya , kat situ ada pokok manggis , pokok rambutan . memang
hobi aku main panjat panjat ni . nasib baik atas pokok takde kerengga ke ,
penyengat ke . fiuhhhh =.= puas hati lah
aku makan manggis dgn rmbutan . nak daye buah langsat , muda muda lagi . belum
cukup umur nak masak . hahahaha *tett,BM aku tunggang langgang* sblum balik tu,
pakngah aku daye buah rambutan dekat seguni dapat . buah manggis tak banyak T.T
tak menjadi sgt dia tahun ni . klau ada pun , musang yang makan dulu,takdapat
lah aku merasa ==’ hesshhh . haa,sebut
pasal musang,aku dah tau mcm mana rupa tahi musang yang betul2 real pnya:D
*muka bangga* HAHAHA ! bunyi lawak , tapi itu satu pengalaman bgi aku. Mklumlah
org bandar kan , dia double jakun sikit ! haha. Lepasni org nak tipu aku dah
takleh :p booo.
Ada satu
hari ni plak , *maaflah weyh. Aku tak
ingat tarikh tu yang susah sikit* aku
ikut pakngah aku gi kg orang . kg mat daling , kg gusai dgn kg bantal . pergi
nak bot ofcoz laaa ;D pergi dlm kul 8 mcm tu balik rumah kul 2 ptg . jarak dari
kg aku ke kg bantal *kg pertama singgah* lebih kurang 30 minit lepastu selekoh
ke kg gusai dlm 10 minit dari kg bantal dan kg mat daling 1jam dari kg aku
iaitu kg kuala sat . *faham tak? -_-*
aku pergi saja jenjalan ikut pakngah . aku tak lepas pergi kg orang
lagi,tu yg teringin nak ikut cari pengalaman kutip kenangan . haha , tak sangka
org kg mat daling baik baik (: tak sombong walaupun kg tu modern sikit dari kg
aku . masa perjalanan balik tu,aku belajar bawak bot . hahaha , sampai langgar beting
pasir aku dibuatnya -_- nyaris nak terlingkup bot. maklumlah tak reti
bawak,baru belajar . nasib bek pakngah aku tak marah .. dia faham agaknya aku
ni ‘new student’ dia,susah sikit nak
diajar. Haha
Dalam
minggu keberapa ntah aku duduk kg , kitorang satu family pergi berkelah dalam sungai sat .
makanan semua sedia dari rumah , just bawak bekal je . pehtu wan aku bawak
jagung mentah . aku cari pengalaman membakar jagung guna kayu api .
perghh,berasap aku duduk tepi api -.- tapi berbaloi la lepas duduk tepi api
dapat makan jagung bakar panas2 . nasib baik pokde bawak pelampung . kitorang
mandi sungai pakai pelampung :D berhanyut dari jeram kecik belah hulu terus
menghala ke hilir . ahhh , syokkkk >,< tapi masa berhanyut ngn pelampung
tu nyaris aku nak lemas sebab aku salah alur . patutnya alur belah tepi je,aku
pergi ikut alur sungai ke lubuk -.- double WHAT?!! Lubuk kot -_- dalam hati
cuak dah sebab tak smpai jejak nak pijak , berpaut pada pelampung je. Nasib
baik ada mak pandai berenang selamatkan aku . tak pasal kena membebel seketika
==’ haha . *maluuu* lepas tragedi hitam tu berlaku,aku serik dah mandi
berhanyut :/ mandi biasa selam2 mcm tu sudah. Takut punya pasal. Haha
Then ,ada
satu petang tu musim banjir sudah tiba . air sungai mula besar . masa petang
tu, bebudak kg bising ‘ikan keluar ikan keluar’ . maksud dia banyak ikan keluar dari tempat
asal . masa yang sesuai la utk menjaring ke menahan ke *aku pun tak reti nak
translatekan . takpelah,biar aku je faham , yang tak faham tu buadbuad faham.
Haha* aku dengan beraninya ikut pakngah
dgn pokde aku gi menjaring :p cewahhh . berani aku dengan air besar dalam2 tak
sampai jejak tu . mencari pengalaman katakan ;)
banyak jugaklah dapat ikannya . ikan apa nama pun wa taktau yang pasti
masak ikan bakar cicah kicap perah limau , sedaaaaapp . hmmm,Ada satu
part ni plak, aku dua kali dapat menziarahi orang meninggal . sorang tu aki
sedara aku meninggal sebab lelah . sorang lagi tu abang yg aku tak rapat sgt ,
dia meninggal sebab .... *susah diterangkan*
sedang elok aki sedara meninggal , 2 minggu mcm tu abang tu plak ..
kubur sebelah sebelah je . duadua kubur belum tambak lagi , maklumlah baru
jee.. dari situ aku dapat satu iktibar . hidup cuma seketika , sampai masa
malaikat maut pasti akan mencabut nyawa kita.
Betul kata mak , perbanyakkan diri menghadiri majlis pengebumian . dari
situ kita akan dpat banyak pengajaran , menginsafkan diri :’) siapa tak sedih
kalau kehilangan orang tersayang . tak smpai hati jugaklah tgok sedara mara
ahli keluarga terdekat kedua-dua arwah ni menangis . aku pun rasa nak tumpang
sekaki menangis T.T
Okay, 2 hari sebelum balik bentong. Aku ikut pokde gi kebun plak mendaya petai . sebelum gi daya petai , aku dgn pokde masuk hutan dulu (: cari buluh nak buat pendaya . perghhh , tau jelaa dalam hutankan . tanah lembab2 tu , kemain banyak pacat . akibat aku geli dengan pacat , aku terpegang miang buluh . panik kan, pokok apa yg dekat itu yg aku capai . tak pasal aku kena ceramah ngn pokde -_- padan dengan muka aku , pegang lagi miang buluh . buad rasa miang-miang je tapak tangan . nasib baik aku tak kesat kat baju ke seluar ke . klau tak satu badan aku miang . dah dapat pendaya , gi kebun tanah pertanian kat belah darat . pokde aku je daya petai , aku tak sanggup lagi -_- dengan menahan miangnya . ya Allah, hanya Dia je tau keadaan aku masa tu. Tak duduk diam aku. Dah daya petai, settle kerja balik rumah .. dapatlah aku dgn pokde dalam 100 keping petai . alang alang dah balik rumah, kejar ke bilik air la . mandi2 , sabun2 tapak tangan hilangkan miang tu .. fiuhh,lega rasanya hilang miang-miang . barulah aku nak senyum2 , borak2 . klau tak,selagi miang tu ade selagi tu aku bermasam muka -_- peduli apa , aku yang rasa .. fed up dibuatnya..
Hari
terakhir aku berada di kg ...aku bawak motor . cewahh , time time ni la baru
nak cerita ekk :p haha . masa awal awal balik kg lagi dah pandai . belajar dari
pokde :’) pandai sikit demi sikit akhirnya aku lepas diri boleh bawak sndiri
motor . masa petang tu,aku bawak la motor konon hari last duduk kg nak round2
tgok keindahan alam .. tiba2 datang sorang laki ni dia mengacau aku . dia guna
motor dia dari belakang langgar2 tayar motor aku . akibat motor bergoyang takde
arah , akhirnya aku eksiden . terbabas langgar pokok jering tepi jalan -_-
pecah lampu depan motor . haihh,sabar jelah dgn mamat tu . nasib baik bukan
crush aku T.T memang meradang la aku time tu. nasib baik tak luka teruk .
disebabkan dia sebaya aku,rakan aku pulak tu. K , aku maafkan dia :’) maybe
niat dia nak sakat aku je kot,bukan nak cederakan aku .. kita sbgai manusia ni
tak elok marah lelama :P tak comel dipandang orang . haha , oleh sebab aku tak
puas hati ronda2 kg lagi , aku pinjam basikal adik plak . takut dah nak bawak
motor lepas eksiden ==’ basikal lebih selamat .. Alhamdulillah petang tu aku
puas hati ronda2 kg aku buat kali terakhir :’) hmmm ..
keesokan
paginya tiba masa balik ke bentong . tralala , kembali ke bandar , jalani
kehidupan bandar pula . rasa janggal mulamula sebab duduk kg banyak nyamuk
banyak agas , memalam bunyi cengkerik , dengar katak menyanyi .pepagi ayam
berkokok. tapi kat bandar semua itu takde -_- elok elok dah biasa dgn cara kg ,
terpaksa pula pulang ke bandar . apa boleh buad,dah bandar tempat aku ==’
hakikatnyaaa... *kesat air mata* okaylahh
. itu je aku nak cerita setakat ni (:bukan kemampuan aku nak cerita satu
persatu apa yg aku buat setiap hari dalam tempoh sbulan . rasanya tak larat nak
baca nanti . bayangkanlah SEBULAN ? mcm2 menda aku buad , takkan nak cerita T.T
yg mana aku rsa aku patut citer je aku citer. Yang selebihnya tu,biarlah aku
sorang sahaja yang tahuuu. Ehh ehh!
Sudah di penghujung cerita rupanya .. masa untuk ucapkan selamat tinggal (:
mogamoga di lain hari aku akan bercerita lagi . sekian..
Assalamualaikum *waalaikumsalam*