30.5.13

:: Cuti Pesta Ka'amatan...

AssaLamualaikum
Rakyat di bumi Sabah tengah bercuti-cuti sakan. Cuti sempena Pesta Menuai@ Pesta Ka'amatan@ Harvest Festival. Long weekend lah kami. 4 hari cuti. Erm! Tak tahu nak buat apa. Nak berjalan pun babah tak dapat cuti. Tak kan nak berjalan berdua dengan budak tumpis tu. Lagi satu tak sampai hati nak tinggalkan babah sorang-sorang kat rumah, walaupun ada juga babah bersuara suruh aku dan Pa'e jalan kemana-mana. Uiks! mana best jalan tanpa suami kan? hehe.
picture: Google
Kesimpulannya kami bercuti-cuti dirumah sahaja jawabnya. Ada juga my sister a.k.a Mak Cu Pa'e datang melawat kami di Lahad Datu ni. Sempena cuti sekolah. Masih memikirkan kemana nak bawa dia jalan-jalan di LD ni. Selamat bekerja buat-buat kawan-kawan di bumi Semenanjung. Kami rehat-rehat dulu ya! :). 
Nak tahu lebih lanjut tentang Pesta Ka'amatan ni boleh baca di SINI dan SINI.
WasSaLam^_^

10 comments:

  1. selamat bercuti..syoknyaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Satu cuti yg panjangggg tu.
    Seronok pa'ie tu brsama maknya full time

    ReplyDelete
  3. Lamanya dapat cuti.. takpe, luangkan masa bersama Pa'e pun best jugak :)

    ReplyDelete
  4. Ada tetamu yg dtg tu, boleh pegi jalan2 bersama2 Atie...
    Selamat bbercuti :D

    ReplyDelete
  5. wah seronok cuti panjang.boleh la luangkan lebih masa dengan si tumpis..selamat bercuti

    ReplyDelete
  6. Cuti eh Atie...seronoklahkan....
    Tapi betul... kalau berjalan tanpa suami tak bestkan... tp mcm OKje ni nak buek camno Atie...kalau tak, budak2 tu tak berjalan le

    ReplyDelete
  7. selamat bercuti panjang atie...selamat melayan situmpis tuh..seronok lah dia ibu ade 24 jam..heheh

    ReplyDelete
  8. syoknye cuti!!!nak cuti gak rase...

    ReplyDelete
  9. macam meriah je kan pesta ni..

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..