28.2.13

:: Pa'e dan KFC ::

Assalamualaikum. 
Kalau sebut KFC mesti teringat ayam goreng. Sama ada Original Recipe atau pun Spicy. Anak bujang ku yang sorang tu pun sudah pandai request nak makan KFC. Dengan nada pelat tu dok sebut " nak matan kepci bah Ibu". Bila kami keluar, babah dia akan tanya " anak babah nak makan apa?" selalu juga dia sebut nak makan kepci. Tapi tak boleh lah nak turut kan selalu. Tak baik plak untuk kesihatan kan? sesekali tu, boleh lah. Teringat entry MAMA JJ yang nak sangat makan KFC kat Jerman nun. Nasib baik dapat jugak kan Nas? :)
Snack plate & Chicken Golden wrap
Keluar baru-baru ni sempat juga singgah KFC. Request by budak tumpis ni. Menu Ibu+Pae snack plate, Babah Chicken golden wrap (1st time cuba), Cheesy Wedges dan Colonel Burger. Makan bertiga tapi order lebih-lebih. Aku kalau masuk KFC ni memang akan order Snack plate. Jarang order menu lain, dah sebati dengan snack plate kot. Haha. Budak tumpis tu plak suka sangat coslow. Babah order Chicken Golden wrap waktu ni. Pa'e dan Babah suka lah juga, aku tak berapa nak masuk tekak. Ntah! dah lah ayam nya kecik, perisa plak macam kurang. Apa pun itu sekadar pandangan tekak orang kampung ni, kot-kot yang lain memang kata sedap! Korang selalu order menu apa bila masuk KFC? :)
WasSaLam^_^

:: VITAMIN Kehidupan ::

AsSaLamualaikum
Pilih vitamin yang mana anda mahu? Kalau aku, semua mahu. Haha! Tamak untuk kebaikan :)
Kredit :FB
Rasa nya semua dari kita mahu kan vitamin di atas. Betul kan? Jadi jangan fikir lagi, sila dapat kan vitamin-vitamin di atas dipasaran sekarang. Haha.. (kalau ada yang jumpa, beritahu ya) sebab  aku pun belum ada jumpa vitamin ni di mana-mana kedai. Semuanya terdapat dalam diri kita sendiri. Kihkih:)
WasSaLam^_^

27.2.13

::Dialog Ibu & Pa'e part 3::

AsSaLamualaikum.
Lagi dialog dari bujang ku yang sorang itu. Kadang-kadang apa yang diucapkan nya membuat aku terkedu dan berfikir sejenak. Anak yang ku didik dengan penuh rasa kasih (tetapi kekadang bertukar juga jadi ibu singa..haha).

Pa'e : Ibu, Pa'e nak kencing (dengan  gaya kelam kabut:)
Ibu   : Cepat-cepat jom ke tandas!
Sambil duduk dan kencing..
Pa'e  : Ibu, kalau kencing duduk di sayang Tuhan...
        Kalau kencing berdiri nanti dimarah Tuhan, tan (kan)?..
Ibu    : Ya.. Pandai anak Ibu...
(Ibu tolong jirus kan kencing Pa'e...)
Pa'e  : Timah kacih Ibu.....
Ibu sangat-sangat terharu. Alhamdulillah! Pa'e ingat apa yang aku selalu ajar kat dia. Mudah-mudahan berkekalan hingga dewasa ya sayang.
C Tumpis Pa'e baru 3 tahun :)
*Tiada niat nak memuji anak sendiri, tapi ia nya membuat aku terharu dengan tindakan dan ucapan nya yang tidak ku jangka.
WasSaLam^_^

26.2.13

:: Kuih Bahulu Sumo's ::

AssaLamualaikum.
Siapa suka makan kuih Bahulu? Sayaaaa!!! tanya dan jawap sendiri. Haha. Sebenar nya I (eh! aku) peminat kuih bahulu. Dari dulu-dulu suka makan. Makan cecah teh O kosong. Cuma masalah nya tak reti buat, hanya tahu beli dan makan. Haha (dasar tak nak belajar). Jalan-jalan sepetang sabtu lepas di Bandar Sri Perdana beli lah Kuih Bahulu ni. Dah lama sebenar nya teringin nak beli, tapi asyik lalu sahaja di depan kiosk yang menjual tu. Beli nya tidak! So, Sabtu tu baru 'terbeli' sebab betul-betul dah berada di depan mata kerana menunggu budak tumpis tu main kuda besi (versi Ultraman).
20 Biji = RM6 
Kiosk yang jual ni betul-betul berada di depan pintu keluar Servay Supermarket. Aku beli yang harga RM6. Siap paket-paket. Ada RM3, RM 6 dan RM 10. Macam mahal juga kan? dah teringin sangat nak makan, beli lah juga. Kalau perasan ada 2 jenis Kuih bahulu ni kan? Satu yang jenis kering, 1 lagi yang jenis lembab (betul kah fakta ni). Aku suka yang jenis lembab tu. Mak mertua di Melaka pandai buat Kuih Bahulu tapi belum sempat lagi nak berguru. Cara mak mertua buat pun betul-betul ikut cara tradisional. InsyaAllah akan belajar juga bila ada kesempatan. Harap masa itu akan tiba juga :)
WasSaLam^_^

:: Adab Bertamu ::


AsSaLamualaikum.
Selagi kita hidup bermasyarakat, kita tidak akan terlepas dari bertamu atau menziarahi di antara satu sama lain. Tak kira lah menziarahi ahli keluarga atau pun sahabat handai. Dalam menziarahi, ada adab yang perlu kita patuhi. Antara nya ialah:
1. Hendaklah segera memberitahu tuan rumah jika tidak mahu makan sebelum makanan disediakan. 
2. Tuan rumah harus mengetahui kemana kita pergi supaya tidak tercari-cari ketika makanan hampir disediakan. 
3. Elakkan sama sekali dari meminta sesuatu kepada tuan rumah,kerana dikhuatiri tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan kita dan ini akan membuatkan mereka berasa bersalah. 
4. Hendaklah menghindarkan diri dari mencampuri urusan tuan rumah kecuali bantuan kita adalah diperlukan.
5. Apabila menginginkan sesuatu daripada tuan rumah hendaklah disampaikan dengan cara yang sopan dan tidak mendesak. 
6. Sewaktu menikmati hidangan tinggalkan sedikit makanan di dalam bekasnya supaya tuan rumah tidak menyangka bahawa makanan yang disediakan tidak mencukupi.
7. Kita ditegah memberi makanan kepada peminta sedekah atau orang luar daripada makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah sebagai tanda menghargainya. 
sumber: unknown
Picture: Google
Semoga bila kita bertamu dan menjadi tetamu di mana-mana pun, kita akan disenangi. Tuan rumah pula menyambut kedatangan kita dengan rasa senang hati dan tidak terbeban. Baru lah akan bertambah kemesraan diantara kita. Betul tak?
WasSaLam^_^

25.2.13

::10 Ways to Reduce Exposure To Cancer causing Agents::

AssaLamualaikum.
Tajuk punya panjang. Dah malas nak menterjemah ke Bahasa Melayu. Kang lain plak jadi nya. Haha. Lagi Tips kesihatan. Moga bermanfaat buat kita semua. Kalau lah semua perkara di bawah boleh kita elak kan alangkah elok nya. Sekurang-kurang nya kita dapat mengurang kan risiko untuk mendapat penyakit ini. Moga Allah S.W.T melindungi kita semua dari penyakit berbahaya seperti Kanser. Amin!
kredit :SINI
Mungkin bermula hari ini kita boleh meminimum kan penggunaan bahan-bahan yang boleh menyumbang kepada penyakit ini. Nak berhenti menggunakan 100% tu mungkin agak susah, tapi kita boleh cuba. Sama-sama kita berubah ke arah hidup yang lebih sihat. Untuk mengetahui tanda-tanda awal kanser boleh baca ENTRY ini. Happy working! Senyum sokmo deh! (tetiba nak kecek Kelate/Ganu). Mood sangat rindu pada sahabat-sahabat zaman kampus ku.
WasSaLam^_^

24.2.13

:: I Love My Home ::

AssaLamualaikum..
Aku sebenar nya suka duduk di rumah sahaja jika tiada apa-apa hal yang harus diselesaikan di luar rumah. Dari zaman kanak-kanak hingga lah sekarang. Aku suka duk dalam rumah. Maksud nya terperap di rumah buat aktiviti-aktiviti yang aku suka. Tengok tv dan membaca adalah suatu kebiasaan yang tak boleh dipisah kan bila ada masa terluang. Bukan lah bermaksud tak keluar rumah langsung untuk bertegur sapa dengan jiran-jiran cuma kadang-kadang lebih suka tidak 'memuncul kan' (adakah ayat macam ni) muka di depan jiran tetangga. Bila ada event sesama jiran tu keluar juga join. Masa ni lah baru lebih beramah mesra. Kalau diikut kan sejak zaman anak dara lagi memang suka duk rumah sahaja. Sampai kan pernah satu ketika masa kami mula-mula pindah rumah (bila arwah ayah beli rumah baru), ada jiran yang bertanya dengan mak, aku ni siapa? haha. Gara-gara jarang keluar rumah dan orang kampung ramai yang tak pernah lihat aku. Lepas sekolah plak belajar jauh, memang adalah segelintir orang kampung yang tak kenal aku. Hanya kenal nama, tapi empunya nya diri tak dikenali. 

Picture : FB
Sekarang ni plak, masih juga perangai macam tu. Selalu nya keluar bila temankan Pa'e bermain di luar rumah. Itu pun bila weekend tak kerja, aku memang akan bagi dia keluar bermain di luar pada waktu pagi kejap dan waktu petang. Itu je lah masa duk luar rumah. Kalau keluar rumah pergi jalan-jalan window shopping tu rajin lah juga bersama Babah dan bujang sorang tu. Takut juga dikata sombong, tapi aku rasa mereka faham kot. Hehe. Cuma yang hairan nya aku ramai juga kawan dari pelbagai lapisan dan peringkat umur. Boleh kata dimana-mana ada kawan atau kenalan (eh! ayat riak kah tuhaha. Korang pula macam mana ya? rajin tak keluar menyembang dengan jiran-jiran?
WasSaLam^_^

23.2.13

::Dialog Ibu & Pa'e part 2::

AssaLamulaikum.
Budak-budak sebaya Pa'e ni kalau dah bercakap susah nak berhenti kan?.. begitu lah yang terjadi pada anak bujang ku yang sorang ni. Sampai dapat gelaran TUMPIS (banyak cakap) oleh orang-orang yang mendengar bila dia bercakap. Haha. Nak buat macam mana, menurun dari Babah atau Ibu dia kot. Terlebih peramah. Haha. Teringat dialog kami petang semalam :
Pa'e : Ibu, Babah tu kan hitam..
Ibu   : Haha.. betul kah Babah hitam?
Pa'e  : Ya lah, Babah hitam, Ibu putih...
Ibu   : Jadi, abg Pa'e hitam kah putih?
Pa'e  : Abg Pa'e putih lah Ibu.
c Budak Tumpis:)
Aku tergelak sorang-sorang dengar Pa'e cakap macam tu. Ada saja bahan dia nak bercakap. Tak dapat dinafikan, semenjak dia pandai bercakap ni memang hidup tak sunyi. Penghibur hati dan selalu buat kami tersenyum dan tertawa. Happy weekend semua :)
WasSaLam^_^

22.2.13

::Tom yam Simple ::

AssaLamualaikum.
Dua tiga hari lepas teringin sangat nak makan tom yam. Rasa dah terliur sangat..hehe. So, minta tolong hubby pergi beli kan bahan-bahan. Buat Tom yam yang simple sahaja. Bukan reti sangat masak pun. Jadi lah resepi campak-campak. Tak lah macam Kak Hainom Okje, Yan's Cottage dan Ummuaidan yang memang rajin dan pakar masak..hehe.. Ops! jangan marah empunya diri. Bila nampak masakan-masakan mereka memang sangat jeles dan selalu buat orang lapar.. Macam aku ni, mau tak mau masak lah ala kadar. Sedap tak sedap telan sahaja..haha.
untuk resepi klik SINI
Segan sebenar nya nak tempek gambar. Gambar plak dari kamera cap Unta. kihkih. Tapi saja-saja buat pembakar semangat untuk aku lebih rajin belajar memasak. Bila sesekali masak macam ni Babah Pa'e semangat nak makan. Bertambah-tambah nasi nya. Dia pun tak pernah komplen kalau tak sedap. Sabar lah ye bang, isteri mu masih dalam proses belajar memasak (walaupun dah nak masuk 5 tahun khawin) haha. MAMA JJ, sorry I tayang gambar Tom yam dengan telur dadar kesukaan I juga :)
WasSaLam^_^

::Antara Sebab KERESAHAN Dlm Hidup::


AssaLamualaikum.
Semua daripada kita pernah merasa resah. Bila rasa resah itu menguasai diri, memang hidup akan rasa tidak tenang. Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam terlalu banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :
Picture: Google
1. Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.
2. Percampuran antara iman dan syirik.
3.  Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)
4. Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam.
5. Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.
6. Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.
7. Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran manusia amat terbatas.
8. Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.
9. Adanya penyakit rohani yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.
10. Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.
11. Sentiasa diselubungi perasaan bersalah atau berdosa kerana telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan. 

Apapun penyebab kepada keresahan itu, semoga kita dapat mengatasi nya dengan bijak. Guna lah akal sebaik mungkin dalam menghadapi keresahan itu. Fikir positif selalu dan elak kan anasir-anasir yang tidak sihat menganggu fikiran. Moga bermanfaat pada semua.
WasSaLam^_^

21.2.13

:: Nasi Lalap ::

AssaLamualaikum..
Makanan yang terdapat di Lahad Datu dan Tawau banyak dipengaruhi oleh makanan-makanan yang berasal dari Indonesia. Jarak yang dekat dengan 2 daerah ini menjadikan makanan di sini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur makanan dari seberang. Memang kalau pergi mana-mana kedai makan di sini pasti ada 1 atau 2 jenis menu nya berasal dari sana. Tak percaya cuba datang ke Sabah. Mesti ada jumpa menu yang korang tak pernah dengar di Semenanjung. Cuma tak pasti sama ada Nasi Lalap ni ada tak di sana? Kalau tak silap makanan ini berasal daripada suku kaum Jawa di seberang. Jangan silap sebut tau, Nasi Lalap bukan Nasi Lalat.. haha:)
Nasi Lalap = 1.Nasi putih 2. Ayam Goreng Tepung 3.Sambal  tomato/belacan 4. Sayuran 5. Sup kosong

sumber Google: Sambal Cemangi
Selalu nya Nasi Lalap ni mesti makan bila balik ke Tawau. Tempat makan selalu nya di Gerai-gerai tepi pantai sepanjan highway Tawau. Harga pun berpatutan. Selalu nya harga bagi sepinggan macam di atas RM4.50. Tak tau lah plak sekarang kalau dah naik sebab harga barang mentah kan semua dah mahal. Nasi Lalap ni selalu yang buat orang berselera sebab sambal nya yang dimakan cecah sayur celur dan ayam goreng tu. Kalau Nasi lalap versi Lahad Datu yang selalu kami makan plak akan disertakan dengan 2 jenis sambal. Sambal tomato+belacan dan 1 lagi sambal tomato+daun cemangi (tak pasti lah daun ni ada kat sana atau tidak). Memang puas hati dan mengenyang kan:)

*Sorry kawan2 yg dtg ke blog ini, aku bercuti. Ntah lah! keadaan di LD ni masih menjadi tanda tanya dan belum ada jln penyelesaian. Belum tenang sepenuh nya. Hanya kami yg berada di sini yg tahu situasi sebenar. Doakan kami warga Lahad Datu ya.
WasSaLam^_^

20.2.13

:: Pa'e, Kuda Besi & RM0.50X2 ::

AssaLamualaikum.
Hero Malaya seorang ni tiap kali pergi Bandar Sri Perdana Lahad Datu mesti minta singgah depan kedai ni sekejap. Pandai lah dia tarik-tarik tangan Ibu atau Babah nak naik kuda besi katanya. Erm, memang dah tiada tempat nak bermain, so layan kan aja lah kehendaknya. Kalau kena dengan Babah dia lagi lah, kalau boleh semua permintaan anak bujang dia ni nak diperkenan kan. Nasib baik baru minta naik benda ni, kalau dibuat nya minta nak naik kuda yang sebenar mau sendiri yang pening..haha.
Benda ni terletak depan kedai baju (apa ntah nama..lupa dah!). Kalau nak naik kena masuk kan 2 keping syiling rm 0.50. Bukan nya selalu ada duit syiling kan. So, selalunya minta belas kasihan dengan cashier kedai baju ni nak tukar syiling (kot-kot benda ni depa punya jg) hehe. Mula-mula naik, Pa'e takut juga bila kuda tu dah bergerak-gerak. Sekarang ni dah berani, tak perlu pegang lagi. Every weekend bila jalan-jalan cari pasal, mesti akan singgah naik kuda besi bersamaan RM0.50 X 2 :)
WasSaLam^_^

:: Kebaikan Cinta & Sayang ::

AssaLamualaikum.
Indah nya hidup jika dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang. Hidup dengan cinta dan kasih sayang memberikan banyak impak positif terhadap kesihatan seperti  gambar di bawah:
sumber :FB
Luangkan masa bersama keluarga dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Boleh sihat secara semulajadi. Tapi jangan lupa cintai lah Allah S.W.T melebihi segala nya:)
WasSaLam^_^

19.2.13

::D' Belanga Stall-Lahad Datu::

AssaLamualaikum.
Bila dah selalu sangat makan di luar masa lunch sampai satu tahap buntu memikir nak makan di mana. Kadang-kadang dah naik kereta dengan office mate pastu sibuk lah bertekak..masing-masing tanya nak makan di mana ni? last-last ikut pendapat tuan driver kereta. Kami mengikut sahaja. Macam semalam, buntu juga fikir nak makan di mana. Akhir nya, decide makan di D'Belanga Stall. Kiranya stall ni terletak di dalam kedai makan QQ Ice. Faham ke tu?? haha. Dalam 1 kedai ada stall yang jual makanan berasingan. Boleh tahan lah juga makanan-makanan situ. 1st time kami ke sana, kawan-kawan kata puas hati. Harga pun berpatutan. Kira nya lepas makan takde lah komplen macam-macam.
 My menu Mee rojak RM 5.50
Menu kawan-kawan. Mee Kari RM 6.00
Mula order Gado-gado tapi habis plak (sebab selalu dengar gado-gado kat sini sedap!). Takde rezeki semalam. Lain kali kot. Nak tanya korang Mee Rojak rupa dia macam kat atas tu ker? Kuah nya kuah kacang? Maklum jarang jumpa makanan-makanan ni di sini. Susah nak jumpa menu Mee rojak atau Mee Kari di mana-mana restoran. Tu yang kalau jumpa menu ni tak akan lepas kan peluang nak merasa:)
WasSaLam^-^

:: Bahasa Sabah - Kandadu ::

AssaLamualaikum.
Pernah dengar tak dengan perkataan Kandadu? Mesti ramai yang tidak tahu terutama kawan-kawan di bumi Semenanjung. Idea nak tulis entry ni timbul bila officemate Amoi bercerita dengan teman serumahnya tentang Kandadu @ Mangga pintu. Kawan-kawan dia semua berasal dari Semenanjung. Semua tak tahu dan tak pernah dengar perkataan ni. hehe. Memang janggal bunyi nya kan? :)
Picture Google : Kandadu  @ Mangga Pintu

:)
Terjumpa sumber :FB/Sabah
Boleh lah belajar menggunakan bahasa ni pada teman-teman lain. Cuba tanya.. Mereka tahu tak perkataan Kandadu? boleh juga buat teka-teki :)
WasSaLam^_^

18.2.13

::Rezeki Babah untuk Kami::

AssaLamualaikum
Alhamdulillah akhir nya apa yang ditunggu oleh Babah Pa'e telah pun sampai ke tangan empunya diri. Sabtu lepas Babah dapat jemputan dari Veteran ATM untuk datang ke majlis penyampain baucer SVTBIM. Biasa dengar BRIM kan? yang ini lain sikit. So, Sabtu lepas Babah keluar sekejap dari office (sebab babah kerja sabtu) untuk ambil baucer ni. Alhamdulillah dipermudah kan. Tak sama macam nak ambil BRIM kat sini kadang-kadang beratur setengah hari pun belum tau dapat ambil. Kesian orang awam terpaksa menunggu lama. 

Nilai nya semua dah tau kot. Tak perlu lah beritahu ya. Hehe. Babah kata rezeki Pa'e. Mula nya Babah nak belanja Ibu dan Pa'e jalan-jalan makan angin tapi tak best plak sebab kena pergi berdua je dengan Pa'e. Babah susah nak cuti. So, cancel lah. Mungkin lain kali kot. Simpan dulu buat kegunaan dimasa perlu nanti. Apa pun syukur!. Terima kasih pada pihak yang memberi. 
**psst! undi adalah rahsia. (ada kena mengena ke?haha).
WasSaLam^_^

::Happy Birthday Sayangku Irshad::

AssaLamualaikum
Entry special. Hari yang ceria. Teringat melahir kan nya 3 tahun yang lalu. Di bilik no 8 Delivery Suite Hospital Lahad Datu. Bayi seberat 2.5kg, panjang 48cm, jam 1.14pm  tengah hari Khamis 2010 (semua aku tak kan lupa sampai bila-bila).Ya Allah! betapa besar anugerah mu ini keatas kami. ENGKAU beri kami satu amanah untuk dijaga, dibelai dan dididik sepenuh kasih sayang. Selamat Hari Lahir sayang Muhammad Irshad Rifae @ Pa'e. Kehadiran mu anugerah terindah dalam hidup Ibu dan Babah.
DOA Ibu dan Babah moga anak Ibu ni membesar dengan sihat dan sempurna, panjang umur, di lindungi Allah S.W.T sentiasa. Jadi anak soleh. Amin! Dear Irshad, Ibu dan Babah sayang awak dunia akhirat. (harap Pa'e baca entry ni bila dia besar nti:). Happy Birthday SAYANG!
WasSaLam^_^

17.2.13

:: Wedding Malikh & Hellen ::

AssaLamualaikum..
Semalam we all menghadiri perkhawinan sahabat yang juga bekerja di Hospital Lahad Datu. Malikh & Hellen. Acara bermula jam 7:30pm yang dilangsung kan di Dewan Tun Mustapa Lahad Datu. Meriah perkhawinan mereka. Dua-dua pun sama cantik = sepadan.
Rakan2 sepejabat
Cenderahati dari mempelai
Sebenar nya kami pergi bertiga dengan Pa'e & Babah. Tapi masa naik pentas nak snap picture ni depa tak ikut. Pemalu lah konon. haha! Tahniah Malikh & Hellen. Moga kekal hingga ke syurga. Amin! You all ada jemputan kenduri tak hari ni? 
WasSaLam^_^

16.2.13

:: TERKINI - PENCEROBOHAN Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu::

AssaLamualaikum..
Sambungan daripada ENTRY ini. Situasi terkini tentang pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu. Berita ini dah tersebar di seluruh negara. Bagi kami yang tinggal di Lahad Datu rasa sedikit gusar. Namun kami percaya dengan kewibawaan pasukan keselamatan kita . Di mana semua pasukan keselamatan negara bergabung untuk cuba menyelesaikan masalah ini tanpa menggunakan kekerasan yang boleh melibat kan orang awam. 

Perkembangan terkini pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu Sabah. Pencerobohan yang berlaku dikatakan mempunyai kaitan dengan pergolakan yang berlaku di selatan Filipina dan PDRM mengesahkan pencerobohan tersebut adalah terdiri daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu bagi mengembalikan semula tuntutan ke atas Sabah. 

PDRM dalam kenyataanya telah menyediakan rancangan lain berhubung insiden pencerobohan dalam rundingan dengan kumpulan bersenjata tersebut yang diketuai oleh waris kesultanan Sulu iaitu Datu Esmail Kiram. Pesuruhjaya Polis Sabah memaklumkan rundingan sedang berjalan dengan para anggota kumpulan itu,. Selain itu, pihak PDRM yakin bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka keluar dari negara ini secepat mungkin.

Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai Lahad Datu menggunakan bot pancung dan bersenjata. PDRM dan ATM kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Kumpulan tersebut memilih Kampung Tanduao, yang terletak di bahagian timur yang paling hampir dengan kepulauan Filipina iaitu Bungay dan Sibutu. Kawasan itu sejauh 22 kilometer dari perairan antarabangsa dan jarak kampung tersebut ke kepulauan Filipina adalah kira-kira sejam dengan menaiki bot.

Kerajaan Filipina kini menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka. Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.

Admin sangat setuju dengan kenyataan PDRM dimana orang ramai dinasihatkan supaya tidak percaya dengan khabar angin mengenai pelbagai andaian akan berlaku ekoran insiden pencerobohan sekumpulan tersebut. Andaian itu tidak menggambarkan situasi sebenar, sebaliknya keadaan di kawasan tersebut setakat ini masih terkawal. Rundingan dengan kumpulan tersebut adalah dalam keadaan tenang dan selamat. Setakat ini tiada kejadian buruk atau sebarang kekecohan yang berlaku.
Kredit : SINI
Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Doa kan semoga situasi ini tidak akan berlanjutan, kerana negara kita Malaysia terkenal dengan keamanan di mata dunia. Amin!
WasSaLam^_^

15.2.13

::Beza Marjerin Dan Mentega::

AssaLamualaikum..
Mungkin ramai dah tahu info ni. Macam aku setelah baca artikel ni baru tahu beza antara Marjerin dan Mentega. Kena ambil tahu, sebab benda ni selalu ada di rumah dan selalu kita gunakan dalam masakan. Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Percaya tak?


TAHUKAH ANDA .. Perbezaan antara Marjerin dan Mentega?
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada Marjerin. Menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru, dengan memakan Marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Marjerin pula, ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 3 kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Apa yang paling membimbangkan ?
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan kita supaya mengelak dari memakan marjerin dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya 
*Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda? erk! seram baca ini!
Kredit : SINI
So, bila dah tau ni boleh lah mengurang kan pengambilan marjerin sebalik nya beli lah mentega (eh! mcm promosi plak). Semuanya untuk menjaga kesihatan seisi keluarga. Betul tak?
WassaLam^_^

:: Renungan Jumaat 14 ::

AssaLamualaikum..
Salam Jumaat kawan-kawan. Renungan buat kita bersama.
All picture kredit to: FB
Terima kasih atas perhatian kawan-kawan tentang ENTRY sebelum ini. Tentang kekacauan yang berlaku di Lahad Datu kini. Doa dari kawan-kawan amat dihargai. Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua. Amin!
WasSaLam^_^

14.2.13

:: C Tumpis dan BadminTon ::

AssaLamualaikum
Dah lama tak main badminton. Selalu nya kami bersama office mate akan main badminton dua kali seminggu. Tapi itu dulu, sekarang dah kurang. Kekangan masa selalu sibuk dan tiada tempat untuk bermain. Dewan-dewan di Lahad Datu ni selalu saja penuh, susah nak dapat tempat untuk main badminton. Last week dapat lah mengeluarkan peluh main badminton bersama kawan-kawan office. Yang best nya aku bawa hero tu sekali ke dewan. Merengek nak ikut, konon dia pun nak main badminton..haha. Biasa lah nak melekat dengan Ibu, tak nak tinggal dengan Babah.
 Gaya pemain badminton professional..haha:p
Sibuk nak main juga. Siap ambil raket Ibu;)
Ini pun dah tiada pilihan, terpaksa sewa dewan yang mahal RM 30/1 jam. Mahal kan?? nasib baik BOS sponsor, kami hanya bawa badan.. haha. Dapat main 1 jam, cukup lah untuk keluarkan peluh. Pa'e suka lah ramai pakcik-pakcik sekerja melayan karenah dia. Siap ajak main sekali. Terkejar-kejar dia kat dewan tu. Sesekali bersukan ni memang best. Dapat juga dedahkan c kecil ni permainan yang boleh menarik minat dia. Nanti lah Ibu belikan raket lain ya untuk Pa'e :)
WasSaLam^_^

::PENCEROBOHAN Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu::

AssaLamualaikum
Gempar!! Situasi di Lahad Datu sekarang.. Doakan keselamatan kami ya kawan-kawan. 
sumber : FB PDRM
Risau juga.
Sehari dua ni inilah isu paling menggemparkan kami di Lahad Datu. Terasa keselamatan sedikit terancam. Diselubungi rasa bimbang dan takut.
Harapan semoga pihak berwajib dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Semoga Allah S.W.T melindungi kami dari sebarang mala petaka dan bencana. Amin!
Boleh baca lanjut di SINI
WasSaLam^_^

::IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013::

AssaLamualaikum
1st GA yang aku join untuk tahun 2013 ini. Nampak menarik sangat. Sesiapa nak join, klik SINI.

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
                                        TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013
                                        KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 

WassaLam^_^

13.2.13

12.2.13

:: Ais Krim Khayalan ::

AssaLamualaikum..
Cuaca kejap hujan kejap berhenti.. sama lah mood empunya blog. Macam dah bosan tahap gaban ni..haha. Ya ampun! dunia ku 4hari cuti ni.. makan, bangun, tidur.. Punya lah melayan kebosanan sambil menemankan hero Malaya ni bermain-main.. bagi sepah mainan dia, pastu susun semula.. sepah lagi, susun lagi.. itu lah je kerja kami..haha:D. Dok melayan kebosanan melampau ni terfikir nak makan ais krim. Siapa nak??
Sedap kan?? haha:)
Terbayang-bayang kalau dapat makan ais krim seperti di atas. Punya lah best! aku favourite nombor 3 tu kot. Walau pun jarang makan ais krim ni sekarang, sesekali layan juga. Berkongsi dengan budak tumpis ni, setiap kali keluar nak "ais tolim" katanya. haha! Cuba korang pilih nak ais krim yang mana?? (nak belanja, tapi jauh sangat, kalau pos pun sempat cair). So, sesiapa terliur sila ke kedai berhampiran ya. kihkihkih.
WasSaLam^_^

11.2.13

::Tanda-Tanda Awal Kanser::


AssaLamualaikum..
Kanser adalah sejenis penyakit yang paling ditakuti oleh kita semua. Orang kata lebih baik mencegah daripada merawat. Terdapat pelbagai jenis kanser yang perlu kita ketahui simptom-simptom agar kita dapat berhati-hati dari awal. 

(1) Kanser Pangkal rahim- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan 
(2) Kanser payudara- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada 
(3) Kanser Usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air 
(4) Kanser Paru-paru- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan 
(5) Kanser Perut- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit 
(6) Kanser Limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak 
(7) Kanser Ovari- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam 
(8) Kanser Otak- sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti 
(9) Kanser Prostat- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan 
(10) Kanser Darah (leukimia)-letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi 
(11) Kanser Tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER 
(1) Makanan 
(2) Tembakau 
(3) Alkohol 
(4) Radiasi 
(5) Sinaran cahaya matahari 
(6) Pekerjaan 
(7) Pengambilan ubat 
(8) Pencemaran air dan udara 
(9) Perokok yang tidak aktif 
(10) Keturunan 

TEH DAN KANSER 
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di nagara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. 
Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke. 

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA 
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng 
(2) Hindari makanan ringan yang masam 
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas 
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin 
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6, dan evening primrose oil
Kredit : SINI
Semoga bermanfaat dan menjadikan kita lebih berhati-hati. Sama-sama kita berusaha mempertingkat kan kualiti hidup kita ke arah hidup yang lebih sihat. Kita mampu berusaha dan berdoa moga dihindari dari penyakit-penyakit berbahaya ini. Amin! 
WasSaLam^_^

10.2.13

:: Cuti-cuti di Rumah ::

AssaLamualaikum...
Bila cuti-cuti ni blog pun macam senyap. Ditambah plak asyik hujan. Mata pun kuyu! haha. Aku melayan karenah my hero ni hah seharian. Tiada aktiviti melainkan bangun pagi breakfeast, kemas rumah, masak untuk lunch dan layan kartun Ultraman dengan my hero ni.. sampai aku pun dah hafal nama-nama Ultraman. 1. Ultraman Max 2. Ultraman Mabius 3. Ultraman tiga.. hahaha.. percaya kan korang??. Layan kan aja lah tengok tv sambil baring-baring dengan Pa'e ni..haha!
Budak Ultraman :D
Bila ada masa lapang, best juga menghabis kan masa dengan anak-anak kan? boleh melayan karenah mereka, melayan minat mereka dan melayan permintaan mereka. Pa'e paling kerap pun minta buat kan susu dengan ayat nya yang mendayu tu " buat lah susu Ibu, Pa'e lapar ni" padahal baru je makan nasi..haha..Tarik perhatian lah tu! Orang kata kualiti time bersama anak-anak adalah amat penting dan akan dikenang oleh mereka sampai bila-bila. 
WasSaLam^_^

9.2.13

:: Live Must be Happy::

AssaLamualaikum..
Hidup mesti gembira. Jangan ada duka! Nikmati hidup seadanya dengan penuh rasa syukur dan kesederhanaan. You all cuti kemana sempena Chinese New Year ini?
kredit picture : Google
Happy Holiday pada semua. Lama jugak cuti kan? Rabu nanti baru jumpa office semula. Budak-budak sekolah plak cuti seminggu. Panjang masa untuk menghabis kan masa bersama. We all di rumah saja, belum fikir nak kemana sebab Babah terpaksa kerja. Huhu. Nak balik Tawau pun tak dapat sebab nenek Pa'e plak bercuti melawat saudara mara dia. Layan karenah anak lah jawap nya 4 hari ni :)
WasSaLam^_^

8.2.13

:: Secret Recipe- TQ BOS! ::

AssaLamualaikum..
Alhamdulillah.. murah rezeki di hari Jumaat yang mulia ini. Makan tengah hari tadi ditaja..hehe.. @ dibelanja makan... TQ bos! tadi ingat kan nak pergi Tabung Haji simpan kan duit Hero Malaya tu. Tumpang bos pergi town. Tutup plak jam 11:30am. Selalu nya tak tutup. Tak kan staff wanita pun nak sholat Jumaat kot! Kecewa. Last-last bos ajak makan, kata nya nak belanja sempena birthday aku 31hb lepas. Wah! tak sangka Puan Ayu ingat lagi (Pegawai IT kat unit kami). Sebenar nya dua tiga hari ni dok terfikir nak makan spaghetti. Hari ni dapat lah makan seperti apa yang diidam kan. 
Spaghetti Bolognese
Chicken Parmigiana
 Picture pinjam dari google. Segan nak snap sendiri:D
Tahu-tahu lah kan pinggan-pinggan di SR ni besar-besar belaka. Memang tak habis nak makan seorang. Kalau ada Babah Pa'e semuanya serah kat dia bila tak habis.haha.. Aku sebenar nya jarang masuk Secret Recipe ni. Kalau masuk pun dengan Pa'e dan Babah. Dengan kawan-kawan memang jarang. Kos nak masuk SR pun bukan alang-alang kan? haha..sesekali boleh lah. Selalu nya beli kek yang slide-slide je. Apa pun makanan di SR ni ada yang boleh masuk tekak orang kampung ni ada juga kena reject oleh my tekak :)
WasSaLam^_^

::Renungan Jumaat 13::

AssaLamualaikum..
Sebagai renungan kita bersama. Kasih Ibu & Ayah hingga ke Syurga.. sayangi mereka selagi mereka ada. Bahagia kan mereka selagi mampu. Mereka tiada galang ganti nya. Jasa & pengorbanan mereka tak terbalas oleh kita. Hanya Allah yang mampu membalas nya.

All picture kredit to : FB
SAYANG IBU ku. Rindu arwah ayah. A-Fatihah buat nya.
WasSaLam^_^