Dear Cik Anis Owner
Contest Sahabat saya Comel,
Sahabat saya telah mengajak untuk menyertai pertandingan ini. Pada mulanya saya tak berminat, terus terang saya katakan. Lepas offline, saya terfikir tentang SAHABAT.
Ye, betul kata Cik Anis, Bukan Hadiah yang menjadi perkara Utama. Tapi PERSAHABATAN.
Bunyi muzik tarian Singa di rumah jiran yang bingit tu pun saya rasa tak dengar. Sebab memikirkan untuk menyertai Contest ni.
Saya suka Blok Cik Anis. Sweet. Pandai Edit Picture .
Saya ada sahabat. dan antaranya adalah mereka. Saya ♥ mereka.
Sedikit Cerita tentang SAHABAT saya.
Shazmin : Dia paling cute diantara kami. Seorang Defender & Natural sider antara kami. Most of the time, dia Childish dan suka buat kami ketawa. Sekarang Dia jauh. Rindu
Anyra : Tiada siapa sangka dia akan menamatkan Status Bujang seawal 22 tahun dengan Seorang Jejaka bertuah kacukan Filipine+Saudi. Dia talkative and active. Stylish among us.
Nur Shahirah : Zaman Kolej dulu, dia la yang selalu bersama saya. Dimana saya disitu lah Dia. Kebanyakan Assignment kami lakukan bersama. Kalau nak dapatkan idea Gila-gila dan Menarik. Kami akan bersatu. Dia agak agresif and Concern.
Sayla : Dia bijak dalam Akedemik dan Cantik. Wajahnya yang lembut tidak menggambarkan tingkahnya.Sukar untuk dihampiri. Siapa yang dapat tawan hatinya. She is all You Got. Kuat semngat.Saya Heart dia.
Nurul Shahirah : Orangnya kecil sahaja. Suka senyum, jika ada masalah sekalipun, dia tetap tersenyum, Baik dan Spontan. Tidak mudah mengaku kalah . Walau Hujan batu sekalipun, Air Batu Campur difikirnya.
K e n a n g a n ... k i t a
Farah & Sis Jannah : Sentiasa bersemangat & Positif dalam apa jua perkara. Keduanya menjadi inspirasi saya untuk bergerak kehadapan. Ukhuwah itu Unik! Dengan mereka saya kenal erti Ukhuwah. Saling menegur dan Berkongsi nasihat. Mereka semngat saya untuk kerja.
Idayu, Nabila & Nik : Mereka Sahabat sekolah saya yang amat akrab. Sehingga kini. Walaupun mereka di Menara Gading, Dan ada yang Sudah berglar Graduan. Bahkan ada yang berjaya melanjutkan pengajian keperingkat Master . Saya rasakan mereka tetap disisi.
Saya hormat mereka, kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan. Salah dan Betul.
Gadis cantik & ceria seperti mereka bersama saya, pasti saya gembira.
Melihat kembali Foto-foto yang diMuat Naik ni, membuatkan saya tersenyum. Bagaimana masa yang ditinggalkan membuatkan .kita merasakan Bahagia.
Selain keluarga, dengan adanya SAHABAT seperti mereka. InsyaAllah Saya Gembira.
Yang Benar Menyatakan,
Saya Sayang SAHABAT
|
Ath =) |
Sahabat,
aku bukanlah insan terbaik
sebagai sahabatmu,
aku juga,
bukan insan teristimewa dalam hidupmu,
hadirku tika sesuatu,
hilangku tika tugas memburu,
aku,
tidak mampu menjadi mereka yang terbaik buatmu,
aku lemah untuk itu,
aku juga tidak akan menjadi si dia yang teristimewa,
aku tidak akan menjadi si dia yang hebat untukmu,
aku hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu ketika engkau lesu,
tetapi,
adakalanya aku juga menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerna aku tidak sehebat sahabatmu yang kau mahu
dan yang pasti
aku tahu tentang satu
SAHABATku ialah kamu.