Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Lamanya tak menulis

Assalamualaikum wbt 

Salam ketemu kembali..hehe..lama pula rasa meninggalkan laman blog ini. Hehe. Hari2 buka, tapi x terasa nak mencatat sesuatu. Banyak perkara ingin dikongsi, tapi kesempatan saja yang tiada untuk menulis.

Hujung minggu yang lepas, bercuti ke Melaka. Alhamdulillah, sangat best dan gembira. Minggu ini pula, setiap hari perlu ke sekolah untuk bermesyuarat.

Orientasi selama dua minggu sudah berakhir. Ada beberapa slot yang belum dilaksanakan. Antaranya slot bersama Guru Cemerlang JUSA C. InsyaALLAH, saya dan rakan-rakan akan request untuk diadakan juga slot itu. Ingin mendapat sedikit sebanyak ilmu dari beliau.

Alhamdulullah, esok diisytiharkaN cuti umum memadangakan kemenangan skuad bola sepak Malaysia dalam Piala Suzuki AFF. TAhniah buat pasukan bimbingan K.Rajagopal. Gembira kerana suami saya juga cuti.

Hujung minggu yang ada perlulah dinikmati sebaiknya memandangkan Isnin ini sudah memulakan tugas sebagai guru.

p/s : Doakan saya untuk mula bertugas sebaiknya..

Friday, December 24, 2010

Jalan-jalan

Assalamualaikum wbt

InsyaALLAH petang ini saya akn bergerak ke Melaka. Pergi berjalan-jalan makan angin hujung minggu. Nak cuti lama-lama x boleh coz kena g sekolah. Isnin ne dh meeting guru. 

Percutian 3 hari dua malam. Akan menginap di Homestay nt..

Apapun, doakan saya dan suami selamat pergi dan selamat kembali, insyaALLAH.

Andai pula bagaimana? Apa destinasi percutian anda?

Kredit gambar : Google.

p/s : Dah nak abes cuti sekolah bru dapat jalan2..huhu

Wednesday, December 22, 2010

Gaji

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...gaji pertama saya akan masuk hujung bulan ini. Terima kasih buat Encik Kerani sekolah yang sangat pantas menguruskan urusan gaji saya dan kawan2 yang lain.

Tidak perlu untuk kami menunggu tiga bulan.hehe

Sukanya, tidak sabar juga. Banyak perkara yang ingin dilangsaikan dengan gaji itu nanti.

Antara yang penting :-
Infak
Simpanan
Bagi kat ummi & Buya
Belanja Suami
Belanja Adik



Dan after langsaikan semua tu, barulah leh fikir untuk pay for myself.. Maksudnya samada nk shopping apa2..hehe

InsyaALLAH..semoga perancangan saya selari dengan pelaksanaannya nt...

p/s : Semoga saya tidak terleka dengan nikmat dunia..

Saturday, December 18, 2010

Hari Sabtu : Selamat berhujung Minggu!!!

Assalamualaikum wbt

Selamat hari Sabtu. Ada apa dengan hari Sabtu? Bagi saya, hari Sabtu untuk saya menyelesaikan urusan rumah tangga yang tertunda. Pagi tadi, saya dan suami ber 'jogging' di taman rekreasi yang terdapat di kawasan perumahan rumah sewa kami ini. Huhu, secara 'paksa rela' mengikut suami sambil mendengar ceramah kesihatan oleh beliau, hehe.

Sejam juga ber'jogging'. Sangat mengagumi beberapa orang golongan veteren bersenam di pagi hari yang majoritinya dari kaum Cina. Ada juga segelintir kaum Melayu tapi boleh dikira dengan jari, huhu.

Terfikir juga, hari Sabtu bagi warga kota bermula jam 12.00 tengah hari. Kenapa? Kerana hari Sabtu adalah waktu untuk mereka meng'qhada' tidur, hehe. 

Ini kali pertama saya keluar bersenam bersama suami. Atas cadangan saya juga sebenarnya tetapi atas kesungguhan suami, ia jadi kenyataan. Dan saya harap rutin aktivti ini berjalan setiap hujung minggu, insyaALLAH. 

Ini salah satu cara kami menghabiskan masa bersama. Ya, suami saya sangat sibuk dengan kerja, tapi saya faham segalanya untuk kesenangan famili saya juga. Tadi pulang sahaja dari ber'jogging' beliau sempat berkebun. Tapi, bila dah mendapat panggilan telefon, beliau harus ke 'site'. Maknanya saya keseorangan sekarang...Wuuu

Memang niat di hati ingin keluar bersiar-siar, tapi tidak mengapa. Terasa malas pula mahu keluar ke mana-mana. Lebih baik saya habiskan masa di rumah, menyelesaikan segala tunggakan kerja yang ada.

Selamat berhujung minggu!!!



p/s : Rindunya nak kembali aktif... InsyaALLAH, Januari bakal memulakan segalanya kembali...Doakan saya sahabat-sahabat semua...

Thursday, December 16, 2010

20 JANGAN


JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Saturday, December 11, 2010

Tukar template

Assalamualaikum wbt

Hari ini muncul kerajinan untuk menukar template blog ini. Alhamdulillah, senang je nak ubah. Cari lah mana-mana template yang berkenan di hati dan download saja. Yang pentingnya, sebelum tu kena download dlu template lama sbg 'back-up' kalau-kalau yang baru itu x berapa nak menjadi.

Sekarang blogger.com semakin baik fungsinya memandangkan blogger tidak perlu save mana2 widgets yang ingin dikekalkan kerana Blogger.com sudah sedia untuk membuatnya kepada kita.

Saya tukar template baru ini sempena tahun baru, hehe. Tapi sebenarnya ingin tukar memandangkan template lama agak sempit kolumnya. Saya masih selesa untuk memilih template yang punya 3 kolum. Memandangkan  saya punya banyak widgets yang ingin saya letak di blog ini.

Itu saja coretan saya. Saya cuba mencari idea untuk menulis tentang perkara-perkara penting yang perlu dikongsi untuk semua. InsyaALLAH.

Di bawah ini saya kongsikan template-template lama saya. Jom saksikan!





p/s : InsyaALLAH petang ni akan ke Tg Malim bersama suami..

Friday, December 10, 2010

Nak tulis apa ye?

Assalamualaikum wbt

Semakin hari laman blog ini dipandang sepi. Tiada idea mahu menulis tentang apa. Tiada modal..hehe...

Makanya, saya mahu tanya pendapat kawan-kawan sekalian, sila bagi pandangan kalian, apa yang kalian berminat untuk dibaca dr blog saya ini.


  • Kisah rumah tangga saya
  • Kisah kerjaya saya
  • Kisah hidup
  • Artikel copy-paste (perkongsian bermanfaat)
  • Atau lain-lain : Sila nyatakan
Harapan saya agar kalian dapat beri sedikit sebanyak pendapat untuk kemandirian blog ini, hehe


Sekian, wassalam

Wednesday, November 24, 2010

~SI BISU~

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan 
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. 
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, 
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. 
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. 
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya 
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi 
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan 
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan 
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

Tuesday, September 28, 2010

Cara-cara meraih cinta ALLAH

assalamualaikum wbt

Sekadar perkongsian bersama..buat semua pembaca..moga bermanfaat. 



Sunday, September 5, 2010

Lawak : Bertengkar

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya. Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "