.. MAK SUPERHERO KU ..

..Time ni larat la nak angkat. Sekarang? Oh, jangan tanya..

Rasa tak lengkapnya sempena Hari Ibu ni aku tak post apa-apa pasal Ibu Mak Umi Mama Bonda ni kan. Sebenarnya aku sendiri tak pasti Hari Ibu ni bila. Tapi bila tengok member-member kat Facebook sibuk wish Hari Ibu and ada yang tukar profile picture diorang dengan ibu masing-masing, secara tak langsung benda ni pun mempengaruhi aku. Tapi korang rasa mak korang tau tak pasal kewujudan Hari Ibu ni. Diorang mungkin tahu tapi tarikh tu yang mungkin diorang tak ingat. Aku rasa aku pun termasuk jugak dalam golongan yang tak ingat tarikh ni. Rasanya jugak baru dua or 3 kali aku wish kat mak aku. Kalau nak cerita pasal pengorbanan ibu ni aku rasa kita masing-masing tau kan.

.. Dah pandai senyum ..

So aku cuma nak share sedikit tentang apa yang aku rasa sebagai anak sepanjang 23 tahun hidup bersama mak aku. Aku jadi anak tunggal untuk tempoh yang agak lama la. Enam tahun beb. Kenapa? tanya mak abah aku la. So perangai ngada-ngada tu memang ada la. Sampai sekarang kot. Tapi ngada-ngada sekarang ni versi matang sikit la. Kalau masa kecik-kecik dulu, asal pegi supermarket je mesti nak beli 'colour'. Sampai abah aku geleng kepala je. Mak aku selambe je belikan. Pakai tak penah sampai habis, mesti nak mintak yang baru. Kalau tak beli? Kompem la merajuk wei. Tarik muka sambil jelingkan mata nak tunjuk perasaan merajuk tu. Mak aku konon-konon nak pujuk bawak la aku pegi makan kat kedai febret. Konon nak pancing. Tapi memang aku tak tergoda langsung time tu. So terpaksa la patah balik ke supermarket.


.. Anak Mak ..


Kalau ikutkan banyak lagi la nak cerita. Tapi sikit-sikit sudah la kan. Mana boleh kongsi banyak-banyak. Apepun aku harap aku dapat terus berbakti and jadi anak yang macam mak aku nak. Semoga mak akan terus diberikan kesihatan and kekuatan untuk mendidik aku sampai bila-bila. Memang itu yang aku nak. Selamat Hari Ibu untuk Mak tersayang, Mustadzilliah Hassan.

.. WARNA WARNI VS HITAM PUTIH ..

VS



Tak banyak benda yang aku nak cerita or kongsi kali ini. Just aku macam tertarik bila tengok gambar-gambar hitam putih dari member-member kat Facebook. Entah kenapa aku rasa macam cool je bila tengok gambar hitam putih ni. Tak pasal-pasal kebanyakan profile picture aku kat Facebook tu hitam putih. Apa yang menariknya gambar hitam putih ni? Beberapa pendapat yang aku terima..

" Aku suka buat gambar jadi hitam putih sebab aku suka benda yang simple. Dah nama pun hitam putih kan? Kalau gambar biasa ni terlalu banyak untuk diceritakan. Warna pun banyak kan. "

" Orang buat gambar hitam putih ni sebab taknak tunjuk kelemahan. Kadang-kadang bila snap gambar tu, cahaya macam terlebih. So nak cover, hitam putih jalan terbaik. "

" Nice..,Moment..,Feel.. Black and White ni tak perlu penceritaan yang banyak. Tapi senang nak dapat feel. Superb! "




Apapun pendapat yang orang bagi, setiap gambar tu ada nilai dia masing-masing. Kadang-kadang ada gambar yang kita rasa macam biasa je, tapi bagi sesetengah orang gambar tu menarik. Tapi aku masih merasakan dan sangat-sangat bersetuju untuk mengatakan gambar hitam putih itu cool.




.. PANASNYA MALAYSIA ..



Setuju tak dengan statement di atas? Terpulanglah kan. Kalau yang duduk dekat tempat yang sejuk macam kat Cameron Highlands tu mungkin tak terasa sangat. Untuk pengetahuan semua, suhu tertinggi yang dicatatkan di Malaysia ialah 36.4˚C. Memang panas la kan. So nak dijadikan cerita yang ringkas di sini, peningkatan suhu ini telah menyebabkan banyak benda la yang terjadi. Ini pun mengikut pendapat and firasat aku la. And aku rasa pendapat aku tak berapa bercanggah dengan pendapat korang. 1st, makin ramai orang yang akan rajin nak basuh baju. Sebab apa? Kompem la sebab bila jemur baju tu nanti cepatlah kering. 2nd, peningkatan jualan ais. Sebab? bila dah panas ni, orang ramai kompem akan order minuman berais bila diorang minum. Kadang-kadang sampai 3 4 gelas. Dan yang ketiga, akan ramai penunggang motosikal yang akan melanggar lampu isyarat. Sebab? Panas wei nak tunggu lampu hijau. Lagi-lagi dekat trafic light yang ada 4 simpang. Setakat ini aku masih mampu la nk tunggu lampu isyarat walaupun panas. Biar berpeluh di trafic light, jangan berpeluh di balai polis. Boleh pecaya ke?

.. LEPASKANLAH DIA ..


Sesudah sekian lamanya menghilang entah ke mana, hari ini berkesempatan la jugak nak post something dalam blog ni. Bertemu berpisah adat manusia la kan. Apatah lagi bila berkasih yang belum tentu berkekalan tanpa ada ikatan. Bila dah putus tu memang ambil masa nak neutral kan diri balik. Mungkin seminggu, sebulan or setahun. Atau mungkin bertahun-tahun lamanya. Tapi apa pun jadi hidup kena teruskan jugak. Mana boleh nak pause sesuka hati. Kadang-kadang rasa nak forward pun ada. Benda yang paling penting sekali bila putus, lepaskanlah kita punya ex tu dengan sepenuhnya. Jangan lepaskan sikit-sikit. Nanti diri sendiri yang sakit. Yang penting positif. Agak kebuntuan idea untuk menulis panjang.