..Time ni larat la nak angkat. Sekarang? Oh, jangan tanya..
Rasa tak lengkapnya sempena Hari Ibu ni aku tak post apa-apa pasal Ibu Mak Umi Mama Bonda ni kan. Sebenarnya aku sendiri tak pasti Hari Ibu ni bila. Tapi bila tengok member-member kat Facebook sibuk wish Hari Ibu and ada yang tukar profile picture diorang dengan ibu masing-masing, secara tak langsung benda ni pun mempengaruhi aku. Tapi korang rasa mak korang tau tak pasal kewujudan Hari Ibu ni. Diorang mungkin tahu tapi tarikh tu yang mungkin diorang tak ingat. Aku rasa aku pun termasuk jugak dalam golongan yang tak ingat tarikh ni. Rasanya jugak baru dua or 3 kali aku wish kat mak aku. Kalau nak cerita pasal pengorbanan ibu ni aku rasa kita masing-masing tau kan.
.. Dah pandai senyum ..
So aku cuma nak share sedikit tentang apa yang aku rasa sebagai anak sepanjang 23 tahun hidup bersama mak aku. Aku jadi anak tunggal untuk tempoh yang agak lama la. Enam tahun beb. Kenapa? tanya mak abah aku la. So perangai ngada-ngada tu memang ada la. Sampai sekarang kot. Tapi ngada-ngada sekarang ni versi matang sikit la. Kalau masa kecik-kecik dulu, asal pegi supermarket je mesti nak beli 'colour'. Sampai abah aku geleng kepala je. Mak aku selambe je belikan. Pakai tak penah sampai habis, mesti nak mintak yang baru. Kalau tak beli? Kompem la merajuk wei. Tarik muka sambil jelingkan mata nak tunjuk perasaan merajuk tu. Mak aku konon-konon nak pujuk bawak la aku pegi makan kat kedai febret. Konon nak pancing. Tapi memang aku tak tergoda langsung time tu. So terpaksa la patah balik ke supermarket.
.. Anak Mak ..
Kalau ikutkan banyak lagi la nak cerita. Tapi sikit-sikit sudah la kan. Mana boleh kongsi banyak-banyak. Apepun aku harap aku dapat terus berbakti and jadi anak yang macam mak aku nak. Semoga mak akan terus diberikan kesihatan and kekuatan untuk mendidik aku sampai bila-bila. Memang itu yang aku nak. Selamat Hari Ibu untuk Mak tersayang, Mustadzilliah Hassan.