You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers


Sunyi...
Dari kamus dewan edisi keempat, sunyi bermaksud tidak bising sedikit pun, tidak kedengaran apa2

Dari kamus hidupku, sunyi bermaksud
Di tika mana mata celik dari tido, tiada lg insan disisi...
Di tika mana tangan mengangkat takbir, tiada lg insan yg menuruti...
Di tika mana mulut membaca doa, tiada lg insan mengaminkannya...
Di tika mana bgn pagi, tiada lg insan utk masak breakfast bersama, apatah lg utk menikmatinya bersama...
Di tika mana sebelum mandi, tiada lg insan bertanyakan pakaian mana yg ingin disarungi...
Di tika mana sebelum ke kerja, tiada lg soalan tentang mkn tgh hari...
Di tika mana pulang dari kerja, loceng rumah tak perlu ditekan lg...
Di tika mana pulang dari kerja, tiada salam yg perlu diberi...
Di tika mana pulang dari kerja, tiada lg senyuman menyambut diri...
Di tika mana sesudah mkn, tiada lg bertanyakan “abg kenyang dakgi?”...
Di tika mana duduk bersahaja, tiada lg bertanyakan “abg nk ayaq panas lg?”...
Di tika mana waktu free, tiada lg plan utk didiskusi...
Di tika mana berjalan2, tiada lg insan utk berpimpinan...
Di tika mana sebelum tido, tiada insan utk disembangi...
Dan byk lagi aktivti yg secara tiba2 terhenti...

Aku semakin menyelami erti sunyi dan sepi ini...
Ya, aku amat terasa ketiadaannya setelah 2 minggu hidup bersama...
Terima kasih syg atas segalanya...
Aku amat merindui insan ini di kala ini...




Namun sunyi ini banyak hikmahnya...
Jika tidak, mana mungkin Rasulullah s.a.w berkhalwat di Gua Hira’...
Dan sunyi ini juga mendekatkan aku denganNYA...

Aku akui, aku terlalu sibuk mengatur plan utk berjalan sepanjang kehadirannya di sini...
Sehingga Al-Quran tidakku sentuh seperti sblmnya...apatah lagi membaca tafsirnya...
Sehingga solat ada kalanya di hujung waktu tidak seperti sebelumnya...
Sehingga solat wajib yg 5 sahaja aku lakukan tidak seperti memula aku jejaki di sini...
Sehingga masjid hnya aku jejaki ketika solat Jumaat tidak seperti sebelumnya...mgkin kerana aku ingin berjemaah di rumah ketika kehadirannya...

Dan kini...
Aku kembali ke rutinku seperti sebelum ini...=)
Ampunkan aku ya Allah atas kealpaan aku, atas kelekaanku...
Sesungguhnya, aku amat bersyukur atas nikmat yg KAU berikan sehingga ke hari ini...
Atas sunyi yg KAU kurniakan ini, atas kesepian yg aku alami ini...
KAU tunjukkanlah aku kebenaran sekira ianya benar...
Dan KAU tunjukkanlah kebatilan sekira ianya batil...

Indahkah sunyi? Aku hampir lemas ketika menyelaminya...
Yg pasti, aku amat gembira dengan kehadirannya selama 2 minggu, tetapi aku ALPA =(

Man can live about forty days without food,
About three days without water,
About eight minutes without air,

But only one second without hope!


Salam aidilfitri tuk semua...tersangatlah lambat buat post ni tapi masih dalam mood raya kan.....tuk semua, kami (Hafiz & 'Asyikin) mohon ampun dan maaf kalau ada salah dan silap yer.......terimalah ucapan khas darik kami.....(hehehe..ni karangan sepenuhnya oleh hasben aku...berbakat rupanya hasben aku ni)