Assalamualaikum wbt :)
Hai semua..
Okay kali ni Asya nak share sikit pengalaman pergi ke Pulau Ular..jarang orang pergi ke pulau ni sebab pulau ni bukanlah tempat peranginan komersial seperti Pulau Tioman, Pulau Pangkor ataupun pulau pulau lain di Malaysia ni..hehe
Untuk orang luar dari Kuantan, pulau ni menghala ke Cherating..bukan duduk tengah bandar tu..bukan dekat dekat dengan Teluk Cempedak ye..hehe..kalau perjalanan korang menghala ke Kemaman atau Cherating, akan ada satu tempat tu namanya Sungai Ular..tengok hala ke pantai..akan nampak sebuah pulau..situ lah Pulau Ular tu..hehe..
Kalau sesiapa yang teringin nak menginap di Sungai Ular pun boleh..boleh tidur di Sanctuary Resort...berdepan je dengan Pulau Ular tu..hihi
Asya pernah tidur kat Sanctuary ni..ok la..sebab dia jenis Apartment..ada 2 bilik tak silap..ada dapur..
ada ruang tamu..macam dalam gambar bawah ni..
so kalau pergi ramai ramai satu family pun okayy..hehehe
sekarang bukan nak cerita pasal resort tu..nak cerita pasal pergi Pulau Ular tu ye..mcm tersasar pulak kihkihkih...
okay,camni ceritanya..sedang scroll scroll newsfeed kat Fb tu..tiba tiba keluarlah ada seorang hamba Allah ni post pasal die g picnic kat Pulau Ular tu..gambar die post tu waaaa..cantik jugak yek..ingatkan pulau tu tak boleh pegi..hihi
so Asya cepat2 bagitau suami..memandangkan suami cuti dan takde plan nak g mana mana,terus PM orang tu dan tanya camane nak pergi pulau tu..kebetulannya orang yg bawak bot tu abang dia..so kami pun contact la abg dia..malangnya, dia cakap bot penuh..dah ada org booking..huhu..okay hampa tak boleh pergi.
suami tanyakan owner boat yg lain..then org tu bagi no.fon kawan dia..suami call dan set utk booked satu boat..okay sangat eksaited la sebab boleh pergi..tapi boat tu boleh sewa 3 jam sahaja per trip..makanya, kami punya trip dalam pukul 12 tengahari..panas lit lit oiii..haha..call adik ipar ajak join,bersiap,sempat la jugak buatkan sandwich telur utk bekalan...hihi..
Kos naik bot tu :
Pakej Snorkeling RM 45
Pakej Biasa RM 35
so kami pergi berlima, Asya amik pakej biasa sebab taknak snorkeling..haha..yg lain full pakej..total RM 170 satu bot selama 3 jam.
Owner boat tu tunggu dekat jeti sebelah dengan Santuary Resort tu..situ tempat bot bot parking..Asya ni first time nak naik bot orang tangkap ikan tu..agak risau sebab masa sampai tu dah start bau bau ikan..haha..so dalam hati berdoa lah selawat la macam2 lah..malu la oii kalau muntah...dah la sorang je pompuan..haha..suami cakap jangan takut..relax..hemm..dia takpelah..dia dah biasa..kuatkanlah semangatmu Asya haha
Pemandangan Sanctuary Resort dari dalam bot..
bila bot mula bergerak..hehe..okay la..not bad..tak la seperti yang difikirkan..sebab masa sebelum naik fikir mesti melambung lambung..sebab bot kecik..mesti pening pening sebab first time..tapi Alhamdulillah tak rasa pape pun..duduk rilek je kena angin santai santai..eh best pulak yek..haha
tu orang baru balik tangkap ikan hehehe
pemandangan jela ye..Asya selebet sebab muka macam cuak sikit haha
ni dah start keluar dari jeti..menuju ke pulau..tak jauh pun nak sampai..ada la 5-8 minit je naik bot tu.hehe..tak sempat nak muntah dah sampai..haha
korang tengok lah gambar yang tak seberapa ni ye..hehe
ni antara pemandangan di Pulau Ular tu..masa kami pergi tu..kami berenam jela yang ada kat situ..rasa mcm pulau sendiri pulak..haha..mandi la ko..terguling dalam air pun takde sape kisah..hihi..
masa mula mula sampai pulau, owner bot tu akan bagi life jacket..dia suruh main2 air dulu kat tepi ni..mandi manda dulu kat sini..bagi makan ikan dulu..dia dah sediakan sebungkus roti untuk kita,kita bagi la ikan tu makan sampai kenyang..hihi
tu ikan ikan yg duduk tepi tepi gigi air je..yang ikan kat tengah2 sikit bahagian dalam tu besar gemok gedempol..sekali datang satu kumpulan..memang la tak cukup roti tu..kihkihkih..bila mandi je..ikan ikan tu lalu la..konon konon kite nak bagi roti lagi..habis dah nak oii..haha
dah siap mandi..orang tu panggil naik bot semula..untuk ke tengah laut aktiviti snorkeling pulak..
sebelum naik bot,posing dulu..posing kangkang namanya..haha
okay kite ke tengah laut sikit..bagi la depa main snorkeling..hehe..Asya jadi penunggu bot jela..kahkahkah..sambil sambil layan kene angin laut..amik gambar suami dan adik2 ipar mandi..
abang bot tangkapkan ikan nemo nak bagi adik tengok..pastu lepaskan balik..hehehe
okay lepas siap aktiviti snorkeling, abang bot tu bawak lagi ke tengah laut untuk memancing pulak..kasi suami try memancing kat laut..dapatla 5/6 ekor ikan..jadilah tu..lepas gian dia..haha..
penat dah masing masing, jomlah pulang..on the way balik ke jeti, mata mengantuk..dengan badan basahnya..dengan laparnya..dengan kena angin kuatnye..rasa nak terlentok je atas bot..kuikuikui..
sampai je kat jeti,terus terkam kat gerai gerai yang ada kat situ..makan abc,makan keropok lekor dan ada jugak jual nasik lemak,mihun sup...hehe..makan kenyang kenyang lepastu g surau,tunaikan apa yang patut dan balik rumah..
penat memang penat.tapi rasa puas sebab mission accomplished! haha
next planning!