Friday, November 30, 2012

pavlova....

 Sana sini orang sibuk dengan pavlova selama ni, kita diam je...tapi akhirnya cuba juga buat ......ehhehe...nak juga...memang pavlova ni sedap..Cara membuatnya juga tak susah.

 
Resepi :

Bahan-bahan :

4 biji putih telur

1 cawan gula kastor ( boleh dikurangkan lagi - 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)

1/2 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka masakan

1/2 sudu besar tepung jagung

 
Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream

1 1/2 sudu besar gula halus

1/2 sudu teh esen vanilla



Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.


Masa membakar :


1- Panaskan oven pada suhu 150' C.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam.

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.



Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.


2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.

3. letakkan whipping cream ni dan hiaslah dengan buah-buahan.
Sedia untuk dimakan

Saturday, November 24, 2012

holiday to bangkok

 
Salam....sudah begitu lama mendiamkan diri....ehehh,..cuti kali ni, awal2 lagi kami sudah ke Bangkok. Perjalanan 5 hari 4 malam ini bermula dari stesen keretapi di butterworth pada 16 nov . Keretapi kami bertolak tepat pada jam 2.20 petang... niat di hati saja mahu merasai bermalam di dalam keretapi. 
Jadi pada malam pertama perjalanan kami , kami tidur di dalam keretapi.

Agak selesa juga dengan setiap gerabak ada bilik air dan tandasnya, biarpun di awal malamnya di gerabak kami kehabisan air. Rasanya saya boleh agak kenapa air di gerabak kami cepat habis....ehehhe

 Bangun pagi2 je, pandang ke luar tingkap ...nun indah sawah padi terbentang luas..


babe besar saya pun sudah bangun. Memang tak boleh nak duduk diam. Asyik berlari je ke sana ke mari.

 
 Pada masa ini, kami sudah hampir sampai ke bangkok .
 


Melintasi pekan2 kecil berhampiran bandar bangkok.

 
Akhirnya kami sampai di Bangkok pada waktu tempatan lebih kurang pukul 12.30 petang...kalau kat Malaysia lebih kurang pukul 1.30 petang la, setelah 23 jam di dalam keretapi. Dalam hati, tobat dah lepas ni tak nak datang dengan keretapi walaupun mengalamannya tak akan dapat dilupakan.....lama sangat wehhhhh...
 walaupun dengan perut kosong...

bersama rakan taulan yang akan meneruskan perjuangan di sini...


kami check in dulu kat hotel ni  ( walaupun sebelum sampai ke hotel tersilap ke hotel lain.

 Kemudian , baru kami ke restoran untuk makan. Agak susah juga untuk mencari kedai makaan muslim di sini bila tak berapa biasa tapi saya percaya mungkin banyak juga kedai makan muslim, cuma kita je tak tau.
 
Restoran yang kami kunjungi ni adalah Mak Yah Muslim food. Dah habis dah ikan masak sos dan tomyam.Mesti la semasa makanan sampai tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah kebulur sangat.
Hari ke 3 di bangkok , pagi2 lagi saya berssma rakan2 ke pasar minggu Chacuchak ....mesti lah untk shopping.Anak2 tinggal di hotel sebab mereka semua sibuk nak berenang. Di pasar ni, mula2 kami cari makanan muslim lah sebab semua nak makan dulu. Akhirnya kami jumpa satu kedai yang berdekatan surau di dalam pasar. Cluenya, kedainya berdekatan toilet 1 dan bank tmb...setelah berpusing2 kami cari.

 
Setelah makan, baru la bertenaga untuk bershopping....ehehe
 


Hari ke 4, kami ke floating market..naik bot...memang bestttttt...
 


  Di market nya memang banyak peniaga yang menjual dari bot mereka. Ada pelbagai buahan...

 
Memang best sangat2 sebab mana nak merasa shopping sambil duduk atas bot kat tempat lain......ehehheheh..enjoy betul..
  Ada pelbagai jenis topi lagi...

 dan macam2 lagi....
 Dari float market kami singgah ke crocodile show farm.. tempat ni berdekatan dengan pinggr bandar je.

Memang aksi yang hebat ditunjukkan oleh mereka ni..

 Di dalam farm yang sama juga ada , elephant show juga. memang best....anak2 pun enjoy.

Dapat bagi makan pada gajah lagi...


Naik anak gajah....
 mak gajah pun boleh naik..bayaran 50 bath seorang..tapi rasa barbaloi ...mana nak dapat naik gajah senang2 kan. ini je peluang yang ada. Memang best sangat2....

 
Rugi siapa2  yang tak naik..

 Yang ni kami tak naik...dekatt sangat jarak perjalanannya...eheheh


Sekali tengok buaya2 ni , ingatkan replika je...rupa2nya hidup2, memang betul. Siap nganga mulut ...stand by nak ngap je. Ini memang seram sebab pagar tu pun dah nak reput je...kami tak lama kat sini ... takutttt..

 Bergamba dengan anak harimau....200 bath saje...iskandar satu..

 

 Balqis pun satu...
 
Last day, sebelum balik kami lepak2 dulu ka kolam hotel...
 

  Sambil menikmati keindahan kota bangkok...

  Lepas ke airport ...back to malaysia...

Satu pengalaman yang best.....enjoy @ Bangkok...:)

Saturday, March 24, 2012

italian rainbow cake lagi

saya buat kek ni sempena majlis jamuan, bacaan yassin dan perpisahan masyura...kali ni saya puas hati buat kek ni walaupun dari segi kekemasannya masih tahap sederhana...cuma color purple masih susah nak jumpa lagi..maka saya ganti dengan pink...ahakksss...
dan sepatutnya permukaan kek ni betul2 licin tapi saya malas nak bazir masa . lagipun kek ni untuk makan je, bukan untuk dijual lagi..
Rasanya....tetap best, kejap je dah licin.

Friday, March 23, 2012

BBQ dan mandi2 di Teluk senangin

Kak Satirah sekeluarga, mak kecik sekeluarga dan kami juga sekeluarga berkelah di teluk senangin pada cuti sekolah lepas... sambil bbq, makan2, mandi2. paling seronok anak2 la yang tak sabar2 nak mandi.
dapat pula ttempat yang sesuai dan cantik. masing2 sibuk . Bbq, goreng keropok, siang ikan....
bos ni pun sibuk juga kipas2 gitu tapi kejap je..
Lepas tu Pok nik yang take over.Asalnya nak beli udang atau ketam tapi yang hanya tinggal ikan saje. Cik puan satirah tengah sibuk siang ikan untuk dibakar.
Anak2 sibuk cari siput dan ketam.
Sedap ni...
ini yang berjaya mereka kumpul.
Anak2 sibuk betul mandi dan mandi dan mandi....tapi di kawasan ni ada banyak obor2.
Salah seorang anak puan satirah digigit obor2.
Elok je lepas habis bakar ayam dan ikan....belum sempat nak makan sama2, salah seorang anak 2 yang mandi tadi digigit obor2. Maka tergegas la ayahnya hantar ke hospital yang agak jauh juga. jadi kami tak sempat la makan sama....masing2 ambil sendiri sebab lepas tu kami semua sibuk kemas2 dan tunggu diorang balik dari hospital. Lagipun hari dah nak hujan.
hari yang best pada mulanya sebelum salah seorang digigit obor2.....walau macamanapun kami semua tetap happy juga dan bersyukur semua ok lepas itu.