Tuesday, 6 September 2016

ASSAM 89 : Aiman Tino - Ku Rela Dibenci (Official Music Video with Lyric)

LIRIK KU RELA DIBENCI BY AIMAN TINO

Ku Tertawa Kau menangis
Engkau tertawa Aku menangis
Karena dirimu Oh sayangku

Kesudahan Tiada henti
Hanya yang tinggal Didalam mimpimu
Ternanti-nanti

Sering kali Aku diuji
Air mataku Terus mengalir
Membasahi Didadaku

Hanya Ratapan Didalam hati
Semoga tercipta Kesudahan
Yang dinanti

Ku Inginku dibenci Olehmu
Agar kenangan manis
Terus terpadam Selamanya

Menghitung Menunggu mati
Agar kau Jumpa yang dinanti
Semoga Pemberianku ini
Terbaik untukmu

Tak sanggup Ku dibohongi
Ku rela Di jemput Ilahi
Kerna dia Ku sanggup pergi
Hanya disana Kekal dan abadi

*Music

Ku Inginku dibenci Olehmu
Agar kenangan manis
Terus terpadam Selamanya

Menghitung Menunggu mati
Agar kau Jumpa yang dinanti
Semoga Pemberianku ini
Terbaik untukmu

Tak sanggup Ku dibohongi
Ku rela Di jemput Ilahi
Kerna dia Ku sanggup pergi
Hanya disana Kekal dan abadi

Hanya disana Kekal dan abadi


Saturday, 9 April 2016

ASSAM 88 : ASSAM Little Adventure at Singapura : Sambutan Tahun Baru Cina 2016


Sambutan Tahun Baru Cina 2016 @ Singapura....

Kali pertama dalam sejarah hidup ASSAM pergi melancong ke luar negara...
Inilah negara pertama yang ASSAM jejakkan kaki....
Walaupun sekejap..keseronokannya hanya Allah sahaja yang tahu...
Sebab tahun ini...ASSAM & MyLovelyHusband dapat cuti bersama-sama dengan anak kesayangan kami...
Yang paling beruntung anak kami lah...baru 1 tahun 9 bulan dah dapat pergi luar negara dan dah ada Passport...
Mama dah masuk 30an baru dapat buat Passport dan melancong ke luar negara...
Tak apa lah...inilah di namakan rezeki anak kan....
Hehehehehe...
Alhamdulilah...







Aikk...mana gambar anak & MyLovelyHusband????
Masa ini kedua-duanya duduk dalam kereta....letih sangat berjalan...
Mama je la yang berposing syok sendiri....
Sebab mama yang paling teruja....
Hahahahaha...


Friday, 8 April 2016

Mini Segmen by Syaidah Seha


Hadiah :
Topup RM10 (2 pemenang)
Bloglist (5 blog)
Blog Review (5 blog)

Segmen bermula pada hari ini 6 April 2016 hingga 6 Mei 2016.

ASSAM 87 : Kembali Aktif Selepas 4 Bulan Menyepikan Diri




Assalammualaikum semua...
Rindu sungguh ASSAM nak kembali aktif di dunia blogger
Dah bersawang dah blog ASSAM ni...
Pejam celik dah 4 bulan tak 'update' apa-apa pun...
Rindu sungguh nak terjah blog rakan-rakan blogger..
Nak join Segmen & GA kalian...
Harap-harap semua masih ingat lagi kat ASSAM dan masih boleh memberi sokongan pada ASSAM sepertimana sebelum ini...
Huhuhuhuhu....

4 bulan adalah satu jangka masa yang amat padat bagi ASSAM...
Pelbagai kenangan suka dan duka yang ASSAM tempuhi dalam tempoh tersebut....

ASSAM terlalu sibuk dengan tempat kerja baru dan kerjaya yang membina pengetahuan ASSAM...
Banyak benda baru yang ASSAM kena belajar...dah macam sekolah plak...
Nak kena perah otak...nak kena baca buku balik....
 Semua itu merupakan cabaran baru bagi ASSAM pada penghujung tahun lepas seterusnya membawa ke tahun ini dan akan datang...

Dalam tempoh 4 bulan tersebut telah banyak memberi kesan positif dalam mendidik diri ASSAM antaranya belajar untuk berusaha...sabar dan yang paling penting jangan cepat putus asa...
Selain daripada memberi kesan dalaman....kesan luaran juga banyak perubahan...
Antaranya berat badan ASSAM telah turun sebanyak 10kg dalam masa 4 bulan....
dan kulit ASSAM sudah semakin cerah berbanding dulu....
Hehehehe....

Alhamdulilah....Terima kasih Ya ALLAH...


Nota Buku Lali :
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
( Surah Al Insyirah ayat 5-6)