Orang kata makan belut best, so aku & Mat beli la 2 ekor. Mat selalu gak makan belut ni, dia kata sedap! Yeke? Hehehe tempat aku tak pernah jumpa belut, kalu nak ada pun ikan tili je tu pun aku geli nak pegang hahaha Belut goreng ni..... Tapi spoilt sikit bila aku goreng guna minyak goreng ayam... Pahit sikit la. Mak & kak aku taknak sentuh belut ni, geli! Hehehe tak rasa maka tak cinta. Pas makan, ok je aku rasa ermmm... Pasni bleh beli lagi la hahaha
Whatever things happened, life must go on and be happy all the time no matter who u are, what politics & religions u believe in, what race & people u are...We are human beings anyway.
Jumaat, 31 Oktober 2008
Kelik kapong!
Orang kata makan belut best, so aku & Mat beli la 2 ekor. Mat selalu gak makan belut ni, dia kata sedap! Yeke? Hehehe tempat aku tak pernah jumpa belut, kalu nak ada pun ikan tili je tu pun aku geli nak pegang hahaha Belut goreng ni..... Tapi spoilt sikit bila aku goreng guna minyak goreng ayam... Pahit sikit la. Mak & kak aku taknak sentuh belut ni, geli! Hehehe tak rasa maka tak cinta. Pas makan, ok je aku rasa ermmm... Pasni bleh beli lagi la hahaha
Rabu, 29 Oktober 2008
I can't forget!
Selasa, 28 Oktober 2008
Sikap negatif orang Malaysia
Aku cukup tensen kalu tempat2 yang menarik ni dicemari dengan sampah sarap... Nak kata kat sekolah cikgu tak ingatkan rasa menipu la plak. Yela seingat aku, setiap minggu perhimpunan pagi Isnin memang cikgu-cikgu dok sibuk cakap pasal kebersihan ni... Kat sekolah aku la, kadang2 rasa tak kreatif la plak kekeke ulang benda sama! Tapi biasala budak2 kena selalu ingatkan, kalau tak, emmmm... Mudah lupa. (buat2 lupa?)
Paling aku rasa nak membunuh kalau ada orang baling sampah keluar dari kereta! Ishhh... Sungguh tak bertamadun! Kira tak relevan kalau pakai kereta (bertamadun la kan...) tapi bad attitude bila buang sampah ikut suka makpak dia ja...
Tengok la suka2 ati je buang botol ni kat jalan naik ke Rumah Api Tanjung Tuan. Pandai minum je, pastu tak reti nak buang tempat yang sepatutnya! Marah ni... Tula tangan tak bedung dulu atau kena brain tumor!
Cuti ku terisi
Isnin, 27 Oktober 2008
I'm confused!!!
Aku tak pasti samada ni kaffarah ke petunjuk Allah supaya aku lebih berhati-hati menjaga tutur kata dan tingkah laku... Apa la yang aku nak tulis ni tak kesampaian kekeke tetap menjadi rahsia bodoh aku dalam idup! Hahaha
Apa yang pasti kalau aku mengatakan sesuatu atau berfikir benda tak baik pada orang, Allah tak lama tunjukkan kebesaranNya supaya aku sedar dan bertaubat :) Kadang-kala aku rasa mulut aku ni masin gak tapi mana ada indikatornya kan...Ada sape bleh tolong? ;)
Thank you Allah.
Hehehehe coretan semasa cuti Deepavali yang membosankan... Aku tak pegi mana pun huhu rancangan awal nak gi mandi kat PD tapi kawan-kawanku belum muncul lagi...
Ahad, 26 Oktober 2008
Berkembang sikit budak-budak Tebong
Tapi tanpa disangka-sangka aku boleh terlepas pandang lokasinya! Sungguh memalukan sebagai yang pernah membesar dan bersekolah di Kuala Kangsar boleh lupa dan tak nampak pokok ni huhuhu so bad... Tujuan aku nak bawa melawat Kuala Kangsar ni nak bagi tengok tempat-tempat menarik dan bersejarah kat sini, bila diorang melawat Masjid Ubudiah ni, pusing Istana Iskandariah so aku tunjuk la sekolah lama aku...Kira tempat menarik kot kakaka tapi memang tempat yang mendewasakan aku. Aku ni kalau ikut kelulusan Idrisiah supposed to be an ustaz tapi ntahla aku tak ke arah itu, banyak defect aku ni nak jadi ustaz hehehe Apapun, kagum sungguh anak-anak murid aku. Well ingat Melaka best sangat :p ...
Aku melawat Pulau Pinang lagi...
Isnin, 13 Oktober 2008
Duit raya 2008m/1429h
Hehehe seingat aku la, dah lama aku tak dapat duit raya, masa dok study dulu pun aku dapat tapi daripada abang2 aku yang lebih dikira sebagai tanggungjawab sosial kat aku la... Since then, never huhuhu tapi ntah apa ke bertuahnya raya aku tahun ni, aku telah mendapat duit raya! Ish macam orang Cina lak, orang lum kawen dapat angpow :)
Duit raya pertama dapat daripada Cikgu Man masa dia bagi duit raya kat murid2 sekolah, aku dengan selamba dan main2 je mintak gak duit raya... Tanpa disangka2 aku dapat duit raya dari dia walaupun RM1. Alhamdulillah. Dan masa ikut marhaban hari Sabtu pas, 11 Oktober 2008 aku dapat RM2 daripada kelurga Azizah Hj Sardar. Alhamdulillah. Tak sangka sungguh... Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Tahun depan leh dapat lebih tak dari RM3 ni? Hahahaha God knows...
Sambutan raya SK Tebong penuh bermakna
Lihatlah betapa gemalainya anak-anak murid aku menari... Yang penting buat,step betul ke tak, lain kira kan... Ulek Mayang ni orang kata berhantu tapi aku ni kan skeptikal sikit, caya sikit2 je walaupun ye ke wujud? Tapi kebetulan la kot, esoknya ramai budak-budak ni tak datang sekolah sebab sakit mata dan demam. Musim kot... Tak relevan langsung kalau nak kata keberhantuan lagu ni :>
Tak dilupakan, Rais juga memimpin budak-budak tahun 5 & 6 dalam Dikir Barat.Ok lah walaupun aku rasa kontemporari sangat lagu-lagu dia. Hehehe kata orang, yang aku punya pun kontemporari tak ingat....
Dengan gagahnya aku angkat kuah mee. Nak kutuk sikitla sifat tangkai jering akak kantin aku ni, ada ke patut dia sediakan mee dan segala ramuan tak berpadanan dengan jumlah murid! Kalu ada gambar aku tunjuk, tapi tak tangkap la plak. Aku nak kategori dia ni kedekut ke tak pandai bajet ntahla tapi aku lebih berat kata dia kedekut je...
Yang penting aku dan Helmi paling bergaya dengan baju melayu hahaha tak dilupakan Rais :p
Rabu, 8 Oktober 2008
Gambar Raya tahun ni 2008/1429h
Apapun peserta mesti posing lebih :p
Barisan tenaga muda yang ampuh lagi kuat mengipas ayam-ayam dan ikan siakap... Ntah apa ke ceritanya, daging takde la plak masa gi beli kat pasar! Orang Batu Kurau makan daging beku banyak ke raya ni?
Famili foto untuk tahun ni... Kalau tahun pas, kami yang lelaki ni pakai baju T-shirt je so tahun ni aku biasala organiser mintakla yang lelaki pakai Baju Melayu, baru nampak macam raya dan yang paling penting segak! kakakaka Cuma tahun ni takde pertambahan ahli keluarga samada anak,menantu, cucu menantu dan cucu!
Inilah gambar mak aku bersama menantu-menantunya. Abang2 aku dok usik, "Mana lagi menantu mak sorang?" Ceh! Takpe ... Rilek maintain macho dan buat donno je... Ala macam tak biasa lak kan hehehe Nak buat camana jodoh tak sampai lagi... Nak sampai camana kalu takde usaha hehehe whatever :p
Selasa, 7 Oktober 2008
Raya datang lagi...
Sebagai memenuhi tuntutan aku dah besar huhuhu bekerja lak tu, aku kenala keluarkan belanja lebih untuk famili dan anak2 buah aku. Bukanlah merungut, kira masa nak bayar balik apa yang telah dilakukan oleh mak pak dan abang kakak aku dulu kan... Walaupun mungkin tak sama dan sepadan dengan pengorbanan diorang dulu, at least aku tunaikan tanggungjawab gitu...
Seperti tahun-tahun sudah, aku ikut rombongan beraya dari rumah ke rumah selepas solat raya dari surau. Emmm... Tahun ni macam kurang meriah sikit la, yela ramai yang dah kawen dan bekerja, so tak bleh nak ikut :p I stay the same ler huhuhu
Pepehal pas beraya rumah Ajieb, kami dah tak larat nak beraya... Mana tak nye, pekena nasi tomato sepinggan! Terus collapse hahaha baru 3 rumah dan jam baru pukul 11 pagi! Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Kalau rumah orang lain raya2 ni jamu laksa, bihun sup dan nasi impit je... Kira tahun ni Ajieb buat kelainan skit, almaklum la tokey balak :) Dalam kepayahan kami beraya sampai habis kat rumah Mie Hj Baki sambil tengok kesan runtuhan banjir lepas. Banyak betul berubah berbanding masa aku kecik2 dulu.
Gambar ni masa beraya rumah Mak Ndak aku... Raya nie rezeki Nasa dapat cuti. Dah lama dia kerja (5 tahun katanya) baru kali ni dapat beraya kat kampung! Hehehe selepas mengoyak duty roster katanya! Ganas gak mamat ni tau... Dah lama aku tak bersembang dengan dia, rasanya kami berhubungan rapat masa aku form3 paling last. Pastu dah on n off je jumpa. Huhuhu walaupun sekampung dan adik beradik!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Eid Mubarak. Kullu 'aamin wa antum bikhair :)