Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 3 Mac 2012

3 MAC: SEJARAH HITAM BAGI UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA


salam kepada semua..
Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 88 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1301 tahun sejak zaman Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924.

Kamal Atarturk telah m...emerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.


Di antara hobi pemimpin korup yang dikatakan sebagai 'Bapa Kemodenan Turki'

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia ?

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

KUASA THE REDS SATUKAN PEMINAT:YOU`LL NEVER WALK ALONE


SALAM KEPADA SEMUA...

NYANYIAN lagu klasik You'll Never Walk Alone tidak pernah putus-putus mengiringi Liverpool setiap kali mereka beraksi. Bagi mereka, lirik lagu itu amat puitis dan ia telah menyatukan peminat The Reds di seluruh dunia.

Biarpun sudah 22 tahun tidak menjulang Liga Perdana Inggeris, namun kerana berpegang kepada janji setia, anda tidak akan berjalan sendirian sekalipun ketika ribut melanda, maka penyokong mereka tidak pernah menyusut, sebaliknya makin bertambah dari hari ke hari.

Liverpool hanya menumpang kemasyhuran silam, itu sindiran yang sering dilontar penyokong lawan, terutama musuh ketat mereka, Manchester United. Malah, sudah enam tahun Reds tidak merasai nikmat bergelar juara hinggalah mereka menumpaskan Cardiff City dalam pertarungan dramatik untuk menjulang Piala Liga, Ahad lalu.

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

The Malaysian Communications and Multimedia Commission is the regulator for the converging communications and multimedia industry based on the powers provided for in the Malaysian Communications and Multimedia Commission Act (1998) and the Communications and Multimedia Act (1998). Pursuant to these Acts the role of the Malaysian Communications and Multimedia Commission is to implement and promote the Government’s national policy objectives for the communications and multimedia sector. The Malaysian Communications and Multimedia Commission is also charged with overseeing the new regulatory framework for the converging industries of telecommunications, broadcasting and on-line activities.

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) :

- Assistant Executive – Contract (Content Application and Industry Development)

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 18 Mac 2012

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA (UIM):UNIVERSITI NAUGAN RAJA-RAJA


KUALA LUMPUR: Universiti Islam Malaysia (UIM), sebuah universiti penyelidikan berteraskan Islam akan ditubuhkan di bawah naungan Majlis Raja-Raja, di Cyberjaya, khusus bagi pelajar pasca siswazah yang terbuka kepada pelajar dalam dan luar negara.

Penubuhan UIM yang diputuskan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-222 pada 2010 adalah kesinambungan Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan pada 1955, namun ditangguhkan pada 1970 kerana keperluan mendesak waktu itu untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu ke peringkat universiti.

Pengerusi Majlis UIM, Tan Sri Dr Yusof Noor, berkata universiti berkenaan akan dibangunkan di atas tanah seluas 27 hektar dengan struktur seni bina Islam dan istana Melayu termasuk pembinaan sebuah masjid serta menara jam sebagai lambang diraja.

Beliau berkata, UIM bukan duplikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana ia adalah pusat penyelidikan khusus bagi pengajian Sarjana dan PhD serta sebagai penyambungan semula KIM yang ditubuhkan sebelum ini atas persetujuan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, sesi pengambilan pertama pelajar diadakan Jun ini dan mereka yang terpilih akan mengikuti pengajian di kampus sementara di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Katanya, Majlis Universiti itu yang dilantik dan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk tujuan itu.

Katanya, pengumuman rasmi penubuhan universiti berkenaan akan dibuat kerajaan dalam masa terdekat dan Majlis UIM juga menyerahkan kepada kerajaan untuk memutuskan sama ada universiti itu berstatus institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

“Universiti ini mengutamakan mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai disiplin termasuk sains, kejuruteraan dan sains sosial, berteraskan Islam.

“Uniknya, jumlah pelajar dihadkan kepada 1,000 orang dan mereka boleh memilih bahasa antarabangsa yang ingin digunakan dalam penulisan tesis untuk memudahkan perkongsian dokumen antara negara, namun sinopsis tesis mesti dalam Bahasa Melayu sebagai menghormati bahasa kebangsaan,” katanya di sini, semalam.

Yusof berkata, UIM juga menyediakan kursus pendek seperti dilaksanakan di Universiti Harvard, Cambridge, Oxford dan Al-Azhar berikutan permintaan kursus berkenaan dari dalam dan luar negara.

Khamis, 1 Mac 2012

SEMBOYAN PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA 2012 TELAH BERGEMA!

 





 
 
 Salam kepada Seluruh Mahasiswa Universiti Malaya

Nampaknya kehangatan dan debaran Pilihan Raya Kampus semakin di rasai
Penulis mendapat Khabar bahawa Taklimat mengenai Pilihan Raya Kampus 2012 telah dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal pelajar baru-baru ini....
Memang terdapat beberapa kejutan mengenai Sistem Pilihan Raya Kampus UM 2012 yang akan datang ini....Pointer untuk Calon telah turun...CGPA 2.5 sudah layak untuk menjadi Calon...Bagi Penulis perkara ini memberikan sedikit Kelebihan kepada Kedua-dua pihak iaitu PENGGERAK MAHASISWA DAN PRO MAHASISWA...
sistem Zon juga diperkenalkan kepada Mahasiswa yang bertanding...Namun sistem E-VOTING,E-CALON DAN E-BANTAH akan diteruskan yang menjadi pertikaian hebat oleh pihak Pro Mahasiswa UM yang katanya tidak telus...Tapi dengan sistem ini jugalah mereka Menang Besar dalam Pilihan Raya Kampus tahun Lepas...
Apa pun Penulis Smart Generation menyeru seluruh Mahasiswa Universiti Malaya terutama adik-adik tahun pertama untuk memeriahkan suasana Pilihan Raya Kampus ini dan rasailah pengalaman dan belajarlah sesuatu dalam sistem Demokrasi di Kampus ini...
Tidak kira anda berada di Pihak yang mana PENGGERAK MAHASISWA atau PRO MAHASISWA...teruskan membawa obor dan api perjuangan Mahasiswa secara keseluruhan...
Janganlah menjadikan Pilihan Raya Kampus ini sebagai medan permusuhan dan perbalahan namun jadikanlah Pilihan Raya Kampus ini sebagai Medan perjuangan menegakkan kebenaran dan memperkasakan keintelektualan...
BEBASKAN PILIHAN RAYA KAMPUS UM DARIPADA ANASIR POLITIK LUAR..TERUS BERJUANG DAN BERDIRI DI ATAS NAMA MAHASISWA...
NAMUN...PILIHAN RAYA KAMPUS PADA KALI INI JUGA BAKAL MENENTUKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Pilihan raya kampus :

Semalam, Isnin (27 Feb 2012) diberitakan telah diadakan satu taklimat daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya berkenaan Pilihan Raya Kampus UM. Berikut maklumat yang dinyatakan dalam taklimat berkenaan :

1) Pointer CPGA kelayakan seseorang calon yang bertanding dalam PRK UM dalam pemilihan MPMUM sesi 2011/2012 mestilah atas daripada 2.5 berbanding 3.0 dalam PRK sebelum ini. Menurut HEP, penurunan syarat pointer berkenaan adalah untuk membolehkan mahasiswa UM bebas berpolitik.
...

2) Penetapan sistem zon dalam pengundian. Menurut HEP, seluruh fakulti di UM akan dipecahkan kepada 4 zon dan digabungkan. Namun, untuk mengundi, mahasiswa UM hanya dibenarkan memilih dua calon umum sahaja mengikut zon masing-masing dan dua calon fakulti berbanding 9 calon umum dan dua fakulti sebelum ini.

3) Tarikh pilihan raya kampus UM belum diumumkan. Menurut HEP UM, dijangka akan berlangsung minggu ketiga Mac atau selewatnya awal April 2012.

4) Kursus calon tidak akan diteruskan pada sesi pemilihan MPMUM kali ini.

5) HEP memutuskan akan meneruskan penggunaan sistem E-Calon, E-Voting dan E-Bantah.
 
 "Berikut adalah tarikh terkini Proses Pilihan Raya Kampus (PRK) Pemilihan Barisan Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar IPTA/S di Malaysia

Universiti Malaya (UM) : 25 September 2012

Universiti Putra Malaysia (UPM) : 25 September 2012

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) : 25 September 2012

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) : 25 September 2012

Universiti Teknologi Mara (UiTM) : 20 September 2012

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) : 20 September 2012

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) : 20 September 2012

Universiti Malaysia Pahang (UMP) : 25 September 2012

Universiti Malaysia Sabah (UMS) : 25 September 2012

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) : 25 September 2012

Universiti Utara Malaysia (UUM) : 25 September 201

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) : 25 September 2012

Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) : 20 September 2012

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) : 25 September 2012

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) : 25 September 2012

Universiti Selangor (UniSEL) : 25 September 2012

Universiti Tenaga Nasional (Uniten) : 25 September 2012

Universiti Sains Malaysia (USM) : 25 September 2012

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) : 25 September 2012

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) : 20 September 2012

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) : 25 September 2012

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) : 27 September 2012

Universiti Teknologi Petronas (UTP) : 25 September 2012

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) :25 September 2012

Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) : 25 September 2012

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse