.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Jumaat, 29 Mei 2009

Mogok Lapar!!!

Ulasanku seketika:

Minggu ini kt dihangatkan dengan isu mogok lapar.. Lalu keluar fatwa dari mufti sekian-sekian... Lalu keluar barisan-barisan yang menyokong dan membantah dgn fikrah masing-masing.. Sungguhpun begitu, apabila membabitkan dengan isu fiqah dan sebagainya, letakkanlah dirimu di dalam suatu kotak yang 'tunjang pokok dan udara di sekelilingnya' hanyalah mushaf, al-Qur'an dan Sunnah..

Ini yang telah ku temui semasa aku masih mampu berfikiran waras, kt tidak tahu bagaimana esok, dan masa akan datang....

Ya ALLAH mg2 apa yang ku sampaikan di dalam blog ku ini benar-benar belaka... Ku pohon kemaafan atas salah dan silap..

Para pembaca, ana sajikan dengan artikel dari blog seorg kenalan alam maya.. Sesungguhnya ENGKAU ya ALLAH lebih Maha Mengetahui...


Abtadiu Bismillahirrahmanirrahim...

Artikel:

Mukaddimah
Berhubung isu mogok lapar yang akan dilaksanakan oleh rakyat Perak sebagai tanda protes untuk dibubarkan dun negeri Perak, dan supaya Piliharaya dapat diadakan. Terdapat beberapa pendapat dari agamawan Malaysia yang bertindak mengharamkan mogok lapar tersebut. Maka post kali ini akan mengupas pandangan ulama-ulama muktabar seluruh dunia berkenaan hukum mogok lapar. Pandangan mereka ini berdasarkan mogok lapar dari pelbagai peristiwa yang berlaku antaranya, kes tahanan penjara Guantanamo yang melakukan mogok lapar.
Peristiwa mogok lapar di zaman Nabi saw

أن سعد بن أبي وقاص- رضي الله عنه- قال: "كنت رجلاً برًّا بأمي، فلما أسلمت قالت لي: يا سعد، لتتركن دينك هذا أو لا آكل ولا أشرب حتى أموت، فتعيِّرك العرب فتقول: يا قاتل أمه، فقلت لها: يا أمي، لا تفعلي؛ فإني لا أدع ديني هذا لشيء أبدًا، فمكثَت يومًا وليلةً لا تأكل، فأصبحت قد جهدت، فمكثَت يومًا آخر وليلةً وقد اشتدَّ جهدها، فلما رأيت ذلك قلت: والله يا أمي.. لو كان لك مائة نفس فخرجت نفسًا نفسًا ما تركت ديني هذا لشيء، فإن شئت فكلي وإن شئت فلا تأكلي، فلما رأت إصراري على ذلك أكلت.. فأنزل الله تعالى: ﴿وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا﴾ (لقمان: 15).


“sesungguhnya Sa’ad bin Abi Waqas ra berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang yang amat berbuat baik kepada ibuku. Bila aku masuk Islam, Ibuku berkata “Hai Saad, samada engkau tinggalkan agamamu ini atau aku tidak makan dan minum sehingga aku mati(mogok lapar), hingga menyebabkan orang arab akan mencela mu dengan berkata “Wahai pembunuh ibunya.” Aku pun berkata kepada ibuku “Wahai ibu, janganlah kamu buat begitu, sesungguhnya aku tidak akan tinggalkan agamaku ini selama-lamanya.” Lalu ibuku tidak makan sehari semalam sehingga dia lemah. Bila berlalu dua hari tanpa makan dia bertambah lemah. Bila melihat demikian aku berkata kepadanya “Demi Allah wahai ibuku … kalaulah engkau ada seratus nyawa dan satu persatu nyawamu hilang, aku tidak akan sama sekali meninggalkan agama ku ini. Kalau engkau mahu makan, maka silalah makan, dan jika engkau hendak mogok maka silalah mogok.” Bila ibuku melihat kesungguhanku mempertahankan Islam, dia pun makan. Maka turunlah ayat:

“Dan sekiranya kedua ibu bapamu berusaha bersungguh-sungguh untuk mu melakukan syirik kepadaku maka janganlah kamu mentaati mereka dan dampingilah mereka di dunia dengan cara yang baik.” (15 : Luqman)
Hadis riwayat Abu Ya'la dan Thabrani

Hukum mogok lapar
Ada dua keadaan bagi mogok lapar ini:

Keadaan Pertama: Mogok sehingga mati atau memperolehi kemudaratan yang besar.

Para ulama sepakat mengatakan ini adalah haram.
Dalil-dalinya:-

1. Firman Allah:- ﴿وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ﴾ (البقرة: من الآية 195)

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan.”


2. ﴿وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ﴾ (النساء: من الآية 29)

“Dan janganlah kamu saling membunuh sesama kamu.”

3. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

لا ضَرَرَ ولا ضِرَارَ

“Tidak boleh melakukan perkara mudarat kepada diri sendiri dan kemudaratan kepada orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan Dar al-Qutni – imam Nawawi mengatakan ini hadis hasan)

Keadaan Kedua:Adapun sekiranya mogok lapar yang tidak membawa kepada kebinasaan, maka para ulama masa kini terbahagi kepada dua pendapat:

Pendapat Pertama: Mereka berpendapat, mogok lapar adalah perkara yang dilarang oleh Islam walau apa pun tujuan. Ia adalah satu perbuatan yang menyeksa diri sendiri. Sekiranya mati , ia dikira sebagai bunuh diri.

Ini Adalah pendapat Syeikh Atiah Saqar mantan pengerusi Lajnah Fatwa Mesir dan Prof Dr Hasan Abdul Ghani Abu Guddah.

Pendapat Kedua: Mereka berpendapat sekiranya mogok lapar bagi orang yang dizalimi untuk mendapat perhatian umum bagi melepaskan diri dari kezaliman atau mendapatkan hak mereka, ia diBENARKAN. Ini sekiranya, mogok lapar cara yang terakhir dan boleh memberi kesan. Ia adalah satu perbuatan terpuji jika menyebabkan musuh-musuh Islam yang menzalimi rasa marah dengan tindakan mogok ini. Mereka marah kerana mogok ini mengundang simpati masyarakat setempat dan dunia terhadap mereka yang mogok yang dizalimi. Menyebabkan musuh-musuh Islam marah adalah suatu amalan yang soleh. Firman Allah swt:

‘ولا يطئون موطئا يغيظ الكفار، ولا ينالون من عدو نيلا إلا كتب لهم به عمل صالح’. التوبة : 120

“Dan apabila mereka memijak tempat orang-orang kafir sehingga menyebabkan orang-orang kafir marah dan apabila mereka itu mencederakan atau membunuh orang kafir maka akan ditulis sebagai amalan soleh bagi mereka.” (surah taubah: 120)

Ini sekiranya mogok tersebut tidak sampai kepada binasa diri. Sekiranya begitu, maka hendaklah mereka berhenti dari mogok tersebut serta merta.

Ini adalah pendapat Syeikh Yusuf Qardawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam seDunia, Syeikh Faisal maului Timbalan Pengerusi Akademi Fatwa dan kajian bagi eropah, Syed Muhammad Husain Fadlullah Ulama syiah lubnan, Dr Muhammad Mahrus Ketua Lajnah Fatwa bagi Kesatuan ulama Iraq dan Syeikh Soleh al-Fauzan ulama Saudi.

Kesimpulannya:
Sekiranya ini adalah senjata yang terakhir(mogok lapar) dan memberi kesan untuk mendapatkan matlamat yang dibenarkan oleh syara’ atau menghindari dari kezaliman maka ia dibenarkan dan malahan ia dituntut.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Jawahir Lu’luiah oleh Dumyati,
Laman web:
1. Ikhwanonline
2. alraedh-maktoobblog.com
3. ahlalhdeeth.com

copied from: http://akhisalman.blogspot.com/

DiTravelog





Assalamua'laikum.

Entri kali ini ku namakan "Di-Travelog" =)... ingin di saintifik-kanlah kononnya ni. Mcm monokotileden, dikotileden..=)
Dua kali pena ku berdenting tak tahu ingin ungkapkan apa..
Telah berkali-kali bibirku mencadangkan para sahabat membeli buku ini. Apatah lagi menceritakan pada ibu dan kakakku yang gemar membaca buku...

2 Travelog yang telah ku tamatkan dalam tempoh sebulan ini, ini menjadikan 3 buku telah ku khatam utk tempoh cuti ini, menuju 4 dah nih =)

Travelog yang pertamanya..

Abtadiu Bismillahirrahmanirrahim.

Tajuk : TRAVELOG Seorang Da'i
Pnulis: Abdul Rahman Mohamed
Harga: Sem RM 20.00 Sbh/Swk RM 22.00
Terbtn:Telaga Biru Sdn. Bhd.
Pages : 277 pages
Status: Selesai baca

"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-payah dahulu, insyaALLAH senang kemudian"

Pernah tengok cerita SANG MURABBI? Ana sahaja belum habiskan CD tu. Baru sempat tengok CD 1, semangat juang membara membuatkan ana nak tgk CD ke-2 cuma belum berkesempatan. CD ni sahabat ana yang belajar di Indonesia yang hadiahkan. Incase nak pinjam bagitahu shj..

Kalau CD Sang Murabbi adalah kisah benar. Begitu juga buku Travelog Seorang Da'i ini. Dipamerkan kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah yg menjuangkan kebenaran walaupun pahit.

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu tentang apa yang dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang"
Begitulah tafsiran firman ALLAH dalam surah al-An'am: 165

Memoir kecil ini berkisar tentang Ustaz Abdul Rahman Mohamed yang mengandungi 9 Bab.

Bab 1: Zaman Kanak-kanak
Bab 2: Zaman Remaja
Bab 3: Berkhidmat kepada Negara
Bab 4: Cahaya Islam
Bab 5: Menyambung Pelajaran
Bab 6: Sekembali dari Indonesia
Bab 7: Cabaran Demi Cabaran
Bab 8: Nostalgia Lalu..
Bab 9: Dakwah Harus diteruskan

Dia pernah berlapar ketika masih di bangku sekolah rendah dahulu. Sehinggakan pernah dihalau oleh makcik Kantin di sekolahnya. Dia juga pernah hampir diliwat oleh 2 orang asing. "Keluar mulut buaya, masuk mulut naga", ini peribahasa yang sesuai utk peristiwa itu.

"Falsafah pentadbiranku , work smart, not work hard." Dia ada petua kejayaan tersendiri ketika bergelar pelajar:

a) Aku usaha belajar bersungguh-sungguh
b) Aku kumpulkan nota-nota setiap mata pelajaran untuk dibaca berulang-ulang sebelum tiba hari peperiksaan.
c) Setiap kali aku berhasil memahami sesuatu, aku akan bersyukur kepda ALLAH dengan mengatakan "Ya ALLAH, aku berterima kasih kepada-Mu kerana memberi kefahaman kepadaku. Tambahkanlah lagi kefahamanku dan jadikanlah ilmu yang aku pelajari ini bermanfaat"
d) Setiap kali aku solat atau berada di tempat dan masa yang mustajab untuk berdoa, aku akan berdoa meminta kejayaan yang cemerlang.


Dia benar-benar hanya menghiraukan pandangan ALLAH, Hasbirabbi jallallah
Setiap kali tamat pengajiannya, dia akan sujud syukur sebaik shj keluar daripada dewan peperiksaan sbg tanda kasih pada kekasih hatinya, ALLAH.
Biarpun Lembaga Pengurusan Masjid (LPM) dan pihak MUIS menjatuhkan statusnya, dia tetap bangkit untuk sebarkan dakwah kerana dia cinta jalan dakwah
Seorang ustaz, tapi pernah melakukan kerja-kerja membaiki tandas kerana urusan dakwah

Baginya. Dalam perjuangan ini dia membawa tiga PANJI-PANJI:

a) Panji-panji sebagai Mukmin. Sekiranya aku berjaya, kejayaanku mewakili para mukminin yang lain.
b) Panji-panji asatizah yang akan menaikkan nama baik asatizah.
c) Panji-panji bangsaku. Aku harapkan kejayaanku akan menaikkan nama bangsaku, bangsa Melayu.

Rahsia kebolehannya:

a) Suka memerhati
b) Suka bertanya
c) Berani mencuba. Genggam bara api biar sampai jadi arang

Dia akhirnya telah bangkit dengan barangan yang dieksperimenkannya sendiri. Sabun sertu. Alat tayammum. Byk lagi. Inilah antara usaha dakwahnya..

Beliau adalah seorang tokoh agama kelahiran Singapura. Didikan awal di Kallang Integrated Primary School dan di MacPherson Secondary School. Memulakan pendidikan agamanya di Beduk bersama Ustaz Osman, kemudian melanjutkan pendidikan di Jawa Tengah, Indonesia dan peringkat sarjana dalam bidang syariah di Universiti Madinah al-Munawwarah. Beliau juga meraih diploma lanjutan dalam bidang Mass Communication daripada institusi Cambrigde dan sijil dalam bidang Ekonomi dan Akaun dari UTM. Beliau pernah menjawat jawatan tinggi di singapura selama sepuluh tahun. Sekarang, beliau ialah pengarah urusan Fiqh Consultancy & Services. Banyak buku, dan CD telah diterbit dan ditulisnya.


Ustaz Zahazan Mohamed merangkap mas'ul kita di PJ, selalu promotekan buku ini dalam kuliah Tafsirnya 6.30am kt IKIM.Fm~

SELAMAT MEMBACA =)

Yang keduanya.....

Tajuk : TRAVELOG Haji: Mengubah Sempadan Iman
Pnulis: Muhd Kamil Ibrahim
Harga: Sem RM 18.00 Sbh/Swk RM 20.00
Terbtn:PTS Islamika Publications&Distributions Sdn Bhd.
Pages : 170 pages
Status: Selesai baca

"Ya ALLAH, aku ingin menjadi tetamuMu yang istimewa, tetamuMu yang paling istimewa, tetamuMu yang paling-paling istimewa"

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? - ArRahman: 36


Dipamerkan di dalam buku ini kisah benar seorang insan bernama Muhd Kamil Ibrahim..
Dihimpunkan 49 bab di dalamnya dengan setiap bab sekitar 2~3 muka surat. Ini antaranya..

Bab 1: Aroma Haji

Bab 2: Aku Manusia Jahil
Bab 16: Universiti Baitullah
Bab 18: Tolong Jaga Ibu saya
Bab 23: Hajar Aswad

dan banyak lagi....

Setiap gambaran yang diberikan adalah sangat tepat...
Air mataku mengalir yang selebat-lebatnya pabila membaca buku ini kerana setiap nafas yang dialami oleh haji kamil di makkah dan madinah, membuatkan aku terkenang persis nafasku ketika menunaikan umrah pada usia 11 tahun dahulu... Apatah lagi saat itu bulan Ramadhan..
Aku jadi rindu.. aku jadi rindu.... aku jadi rindu dengan rumahMu ya ALLAH.......

Setiap bait2 dalam buku ini sgt indah... tapi, bait yang paling indah buatku pada setiap kali Hj kamil berdoa... dia gemar berdoa berulang-ulang kali... membuatkan tiap kali aku baca doa-doanya seolah-olah aku sendiri yang sedang berdoa dan air mataku kembali jatuh ke riba.. Ya ALLAH kerdilnya sungguh diriku ini...

Ya ALLAH ya Tuhanku... Ampunilah dosa-dosaku dan salah silapku... Berikanlah aku hidayah dan taufiq ya ALLAH... Ya ALLAH, sayangilah hambaMu ini... sayangilah hambaMU ini ya ALLAH...sayangkanlah aku ya ALLAH.........


Travelog yang ke-2... benar-benar istimewa... benar-benar istimewa,,,..

Mohon Kemaafan..

Assalamua'laikum~
Ku kuntum seinfiniti kemaafan atas kelekaan yang membuatkan lama tidak dpt menulis di blog. Hanya yang mengerti shj tahu kenapa =)...Dan itu hanyalah ALLAH..
insyaALLAH akan ku kirimkan semula kiriman-kiriman bunga dalam blog ini..

Kelihatannya aku semakin 'capek' meniti isu semasa yang ada atas muka bumi.. Hampir tiap hari, tiap waktu, tiap saat, tiap detik, pasti hatiku merintih memohon kegemilangan ISLAM dalam diriku, dlm keluargaku dn negaraku...

Ya ALLAH... berikanlah kami hidayah dan taufiq,,, berikanlah kami hidayah dan taufiq... berikanlah kami hidayah dan taufiq...........................

Rabu, 20 Mei 2009

Di-award dan Meng-Award



alhamdulillah Pictures, Images and Photos

Buat K.Jie atas hadiah yang cukup bermakna ini, Jazakillahukhairan jaza'.. Lebih-lebih lagi persinggahan di blog itu terpalit entri 'Inspirasi Buat Diri' ... Aku masih merasakan detik-detik bersama arwah masih harum mewangi.....

Seperti yang telah diamanahkan kepadaku.. 10 orang yang terlintas difikiranku untuk menerima award ini adalah:

1) Kak Suhaila.. Kakak iparku yg berjuang di perantauan =)
2) 'Atikah Sahabat terbaekku =).. Ukhuwah kami bermula dari KMNS dan insyaALLAH
ukhuwah ini akan kekal sehingga ke syurga yg kekal abadi..

3) K.Elany.... Hadiah dari K.su buat kakakku cyg~
4) Saidah.. "3 Serangkai" ,,, panggilan ana-enti-asyura
5) Aida... Syg Aida..syg sgt~
6) Shahirah... Ana bagi kat nti ya habibati ^_^
7) Jamilah... Ratu penulisan =)
8) Ainul Salasiah
Ashabul Musolla =)
9) K.Nurul Syuhada Mmg layak dpt dah =),syukran ya ukhti krn memekarkn jiwa muda kami
10) K. Ain comey~ Kak, adik selalu terkesan dgn nasihat akak, dn kalau akak senyum, "senyum dari hati" =)...


Untuk muslimin:

1) Nik hanis
2) Hafizuddin
3) Amirudin
4) Syaufiq
5) H.F
6) Hidayat
7) Faris Zamri
8) Taufiq
9) Faiz
10)
Rizwan


Tapi satu je, concept award ana ni. Hang singgah, nama hang ada, hang dpt la noh =)...
InsyaALLAH ramai lagi yg patutnye dpt, tapi nak cukupkan 10 mslimin 10 muslimat..Asif jiddan~

Jumaat, 15 Mei 2009

Mereka LUAR BIASA!



LUAR BIASA!


http://marufclub.blogspot.com/
(berwajah baru)

Khamis, 14 Mei 2009

Program Hujung Minggu






Assalamua'laikum.
Jemput Hadir.

Flashback!

Peristiwa 13 Mei 1969

pernah tahu apa yang berlaku?
pernah kesah?
Dunia,,,
Akhirat...
Akhir Zaman,,,
Kita, Kamu, Aku, Engkau, Dia, Semua umat akhir zaman!
ya Rasulullah... Allahurabbana~

.:: Kita memperjuangkan ISLAM, tiada lain selain itu. Innaddina 'indallah, ISLAM! ::.

Selasa, 12 Mei 2009

Abah adik...

AssalamuAlaikum Pictures, Images and Photos





~Abah yang suka berkopiah Bukit Mertajam~


.:: Kiri: Abah kat Cameron Highlands , Kanan: Abah kat Lake Garden ::.


.:: Gambar abah waktu Birthday abe We ::.

.::Abah waktu kat kedai makanan peberet nye dkt Penang ^_^ ::.


.:: Abah waktu bawak cucu kat Titiwangsa::.

.:: Abah waktu kat Lake Garden ::.





.:: Abah dgn Amir Hamzah Fitri, anak Abe Pih ::.


.:: Abah dengan Wan Abdurrahman, the second of Abe Eng ::.


.:: Abah and His First Wife, hehe, sowang je ade::.

.:: Gambar2 Abah cute dgn Mama Tercomey ^_^ ::.




Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Bismillahirrahmanirrahim walhamdulillah..
Setiap Hari Yang Mendatang, Menguji Setiap Umur Yang Bakal Tiba.
Segala Puji Bagi TUHAN yang telah menghadirkan Rasulullah s.a.w membawa kebenaran..

Aku merasakan tiap detik bersama abah sebenarnya sering ditarbiyah tiap ketika.
Cuba bayangkan. Bangkitnya sekitar jam 5 pagi. Tahajjud. Pergi ke masjid utk solat Jamaah bersama Jamaah masjid, kadang kala mama ikut serta. Abah yang mulakan dahulu, slt sunat sebelum Subuh 4 rakaat. Selesai pulang solat subuh, abah akan mentadabbur al-Qur'an. Sekarang dah masuk Juz-7. Mama akan setia bersama abah di kerusi sebelah.

Kalau tidak ke mesyuarat, abah akan keluar jogging. Tiba hari Jumaat, setiap pagi abah akan ke kubur aruah kak syairah. Tapi pasti abah akan slt sunat syuruk dahulu. Pabila pulang, sekitar jam 10 pagi, abah akan solat sunat dhuha pula. Kemudian, biasanya abah akan mengisi masa dengan melayari internet. Sekitar tengahari abah akan qailullah pula. Ada masa dan ketika abah akan join aktiviti dapur. Sebagai cth baru-baru ni abah ajarkan aku masakan bermenukan ketam, resepi, RAHSIA~!!.hhee.. Kemudian, makan tghr. Adakalanya makan selepas slt sunat
Zuhur. Zuhur biasanya abah akan mengimami kami. Tapi ada kalanya abah lebih suka ke masjid Kemudian abah akan duduk2 bersama sambil berbual2 santai. Tapi setiap kali jam 3. Abah mesti akan kata. "Ohh, tak larat dah dik. Tak larat . dah". Itu tanda nak jogging mata. Hehe..

Sebelum Azan asar berkumandang, pasti akan kedengaran abah sedang bersiap2 di biliknya. Asar selalunya abah akan berjamaah di masjid. Petang pula adalah aktiviti bebas abah. Kadangkala membelek2 fail2 kerjanya, kadang2 pula menelefon cucu2nya, kadangkala memilih untuk melayari internet. Tapi tak pernah lupa nak bagi kucing makan, pagi dan petang kalau tak mama, kalau tak aku, abah yang akan bagi. Senja, kami akan makan malam. Sebelum maghrib, abah telah ajar kami untuk bersiap2. Igt lagi zaman kanak2 dlu, takut betul kena marah kalu tak smpt solat maghrib berjemaah. Rupa2nya manisnya tarbiyyah abah..ehehe..

Selepas slt sunat maghrib, abah akan baca surah2 lazim dan kemudian beri tazkirah pada kami anak beranak. Sekarang nih nak habiskan kitab Mazhab Syafie. Hampir terlupa aku dgn tajuk sebenarnya. Kalau dulu, masa kecil2 kami akan membaca zikir-zikir khas setiap hari Khamis dan Ahad. Tapi sekarang lebih kepada nafsi2 memandangkan abah akan ke masjid walaupun waktu isyak masih ada puluhan minit. Kalau setiap hari Rabu abah akan ada kelas al-Qur'an. Rajin abah. Selepas isyak, kadang2 abah langsung pulang, kadang2 jumpa dgn kawan2. Tapi setiap kali selepas isyak, abah pasti akan slt sunat witir slps slt snt ba'diyah. Sama mcm pesan mama, jgn lupa slt sunat witir, risau kalau2 tak sempat bangun tahajud.

Itu hari biasa. Tiba hari minggu, rutinnya, kuliah subuh, kuliah maghrib, aktiviti bersama keluarga dan macam-macam lagi.. Ya ALLAH, terima kasih atas hadiah yang tak terhingga ini.
Ada sesuatu yang abah tak pernah tinggal setiap hari, Zikir.. Abah pasti akan berzikir.. Pasti akan kedengaran bisikan-bisikan dan ku tahu itu adalah zikir..

Di rumah ini, semuanya dah tersedia sebenarnya, sama ada nak ikut @ tak je ^_^..
Siapa yang didik kami ya?..
~Dialah Abah..~
~Dan mama jugee ^_^.~

PERAK oh PERAK !



TAKBIRRRR!!!

PAS curiga keputusan Mahkamah Rayuan
Irwan Muhammad Zain
Tue | May 12, 09 | 3:04:17 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Iklan

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.

Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat. - mns_

Isnin, 11 Mei 2009

Kemenangan Nizar, signal rakyat tolak rancangan jahat Najib

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin
Mon | May 11, 09 | 7:17:24 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah keputusan yang menyebelahi rakyat.

Iklan

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kepada Harakah semasa mengulas kemenangan Nizar.Beliau turut bersama di mahkamah ketika keputusan kes itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi pada 11 Mei.

Nizar kembali ke jawatannya secara sah dan diputuskan mahkamah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang MB hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Image"Ini adalah satu kemenangan rakyat, dan ini juga adalah signal kepada Najib yang kita ketahui menjadi dalang dibelakang rampasana kuasa di perak bahawa rakyat mahukan perlembagaan tertegak," ujar Mahfuz menambah kenyataanya.

Menurut Mahfuz, kemenangan ini memberi gambaran bahawa apa sahaja yang dilakukan Najib dan Menteri Besar BN yang haram, Zambry Abdul Kadir ialah bertentangan kepada perlembagaan dan Undang Tubuh kerajaan Perak.

Dengan keputusan ini juga, menjawab segala fitnah yang dilontarkan BN kepada Pakatan Rakyat, katanya.

Malah dengan kemenangan ini nyata apa yang dilakukan Najib dan Zambry sebelum ini hanyalah mempermainkan undang tubuh kerajaan negeri selain mempersenda Sultan Perak.

Justeru Mahfuz menyeru Najib dan Zambry memohon maaf kepada rakyat Perak dan Pakatan Rakyat atas fitnah besar yang dilakukan ini hingga menyebabkan Perak 'kucar-kacir' selama tiga bulan.

"Ini satu kesalahan dan aib yang besar, malah apa yang berlaku dalam sidang dun pada 7 Mei lalu juga berpunca daripada rampasan kuasa Februari lalu," katanya.

Ahli dan rakyat diseru bersabar

ImageSementara itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar pula mengucapkan syukur ke atas kemenangan Nizar itu.

Kemenangan itu katanya adalah kemenangan perjuangan rakyat yang mahukan perlembagaan dihormati selain signal jelas kepada BN bahawa apa yang mereka lakukan sebelum ini bertentangan dengan undang-undang.

Beliau juga menyeru ahli Pakatan Rakyat di Perak khasnya bertenang sementara ini dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang bertentangan dengan undang-undang.

Ahli juga diminta agar bersabar dan hanya bertindak dengan arahan dan perancangan teliti pimpinan buat sementara waktu ini.

ImageDalam penghakiman, permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, Nizar berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, Adun Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

ImageDalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu. _

Rabu, 6 Mei 2009

Analisis Kehidupan: Kemanakah akanku waqafkan kakiku??

bismillah Pictures, Images and Photos
.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Tarbiyyah::.

Bermula cuti sem, seminggu aku tiada dirumah.
Alhamdulillah sampai dirumah, ALLAH izinkan aku demam dan batuk2, mohon pd ALLAH ini adalah kafarah terhadap dosa2 yg tlh aku lakukan..
Walaupun demam, seperti yang telah aku katakan sampai2 sahaja dirumah 2 hari telah aku manfaatkan kakiku ini ke PWTC untuk menikmati juadah buku-buku yang merupakan juadah paling aku gemari.
Manakala 3 hari aku perlu merehatkan diriku dirumah tapi tak bermakna Rehat adalah Futur (Lemah), Betulkan?

Alhamdulillah demam hampir kebah, 3 hari berehat dirumah sudah cukup. Lalu kemana pula kaki ini ingin diwaqafkan?
"Kaki, mahukah kamu aku bawakan ke suatu tempat yang lebih tenang?"

Sungai Udang, sama seperti kakakku dahulu, pasti abah akan hantar sendiri untuk pergi ke tempat ini. Baitul Qura'. Akhirnya kali ini aku pula menjadi penghuni yang bermalam di sini. Tidak seperti sebelum ini sekadar menjadi tetamu seharian shj. Syukurillah.
3 hari yang penuh istimewa di Melaka.

Pengajian di Baitul Qura' membuatkan aku rasa dalam bulan ini kali kedua aku dilahirkan. Kali pertama bila ya?

Hari isnin aku berada di Bumi Nilai pula. Tapi sungguh cita-citaku adalah untuk berjumpa setiap seorang adik2 yang telah diamanahkan kepadaku. Tapi sungguh syg, tak tercapai keseluruhan misi ini, panggilan ke bumi gombak menuntut untuk aku memenuhi cita-cita sahabat2ku yang lain. Tapi tak apa, dua-dua jalan da'wah kan? Dan aku cintakan jalan da'wah


Di bumi gombak, shbt2 bersama2 bersidang, tidak kurang ada yang datang dari Kedah. Aku manfaatkan ukhuwah sebaik mungkin. 2 hari disini. Sedikitpun tiada penat. Ya ALLAH, aku bersyukur atas kekuatan yang Kau pinjamkan ini. Senyuman yang Kau pinjamkan ini. Hati yang telah Kau ukirkan ini. Segala puji-pujiaan hanya buatMu ya ALLAh.

Hari ini aku berada dirumah. Tapi insyaALLAH pada 10 hbln akan aku kembali bertugas di bumi UIA, menurut perancanganku begitu. Mama abah, adik mohon restu dari mama dan abah yang adik sygi. Moga-moga redha mama dan abah ada bersama jalan juang adik supaya jalan juang adik ini diredhai oleh ALLAH kerana REDHA ALLAH ITU TERLETAK PADA KEREDHAAN IBU BAPA.


.:: Ini adalah gambar mama dn abah yang baru ditangkap. Lokasi : Lake Garden, Kuala Lumpur. Hari: Sungguh hampir terlupa hari yang tepat, tapi antara hari-hari menunggu detik keputusan EXAMINATION RESULT IIUM.::.

.:: Wahai kaki, kemana lagi kamu sudi untuk aku waqafkan? Kamu cintakan jalan juang ini kan?::.
.:: Guess what?! Inilah sandal-ku yang telah berbakti semenjak awal-awal duduk matriks UIA, erm, takda sandal lain dah, the one n only. heh. Guess what else?! Abah yang kepit tuh. Hehe. Ini dialog dengan abah. "Abah, bakpo abah kepit kasut adik nge ngepit kain? " abah ana pun kata " Ho lah, duk die2, toksey wi dio gi mano2" .. Abah berkata dalam nada yang bergurau, tapi ana tahu apa sebenarnya yang tersirat.



bismillah Pictures, Images and Photos

.:: PECINTA JALAN RASULULLAH s.a.w ::.