Subscribe:Posts Comments

Friday, February 25, 2011

Keputusan Penuh Pilihanraya Kampus ( Seluruh IPTA) : Pro- Aspirasi 17, Pro Mahasiswa 3

Keputusan Penuh Pilihanraya Kampus 
(Seluruh IPTA) : Pro- Aspirasi 17, Pro Mahasiswa 3


Pilihan raya kampus di UNIMAP telah berakhir pada 24 Februari 2011 dengan menyaksikan kumpulan Pro Aspirasi menyapu bersih kesemua 19 kerusi yang dipertandingkan. Elemen Pro M ditolak secara total di UNIMAP. Dengan berakhirnya pilihan raya di UNIMAP maka berakhirlah musim PRK (pilihan raya kampus) bagi sesi 2011 dengan keputusan 17 bagi pro pelajar dan 3 bagi Pro M yang hanya berjaya menguasai (UM, UKM dan UIA).

Secara keseluruhan, daripada sejumlah 602 kerusi yang dipertandingkan, kumpulan pro Aspirasi masih lagi menguasai 70% daripada jumlah kerusi Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh negara. Pro M hanya kuasai 26.07% sahaja dan selebihnya adalah daripada calon bebas. Banyak versi keputusan pilihan raya kampus telah dimanipulasikan oleh media-media pembangkang untuk menunjukkan sesuatu kampus telah dikuasai mereka.

Realitinya, hanya di tiga IPT sahaja pembangkang kuasai, majoriti yang lain masih lagi cintakan demokrasi cara Aspirasi. Majoriti menolak cara politik kotor, politik kasar, politik melampau dan ganas di IPT yang cuba dibawakan oleh kumpulan Pro M. Selamat bertugas pada semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar seluruh negara. Ingat tempoh ini hanya setahun sahaja sebelum pilihan raya kampus diadakan sekali lagi. Bila majoriti menang, itulah manifestasi demokrasi yang sebenar.

Sumber : Angin Perubahan

Thursday, February 24, 2011

UTUSAN MELAYU - PRO-ASPIRASI MENANG DI UTHM

UTUSAN MELAYU - PRO-ASPIRASI MENANG DI UTHM


Calon Evolusi, Proaspirasi menang besar di UTM dan UTHM

JOHOR BAHRU 23 Feb. - Calon-calon kumpulan mahasiswa dikenali sebagai Evolusi memenangi 40 daripada 57 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2010/2011 yang berakhir semalam.

Calon Evolusi memenangi 12 kerusi umum dan 30 kerusi fakulti, manakala calon bebas meraih dua kerusi fakulti.

Daripada jumlah itu, Evolusi menang tanpa bertanding di lima kerusi umum dan tiga kerusi fakulti di Fakulti Kejuruteraan Awam kampus UTM Kuala Lumpur, manakala calon promahasiswa memenangi 13 kerusi iaitu tiga kerusi umum dan 10 kerusi fakulti di UTM Skudai.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP, Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Ninggal (gambar) di Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai, malam semalam.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) berkata, seramai 11,899 atau 85.43 peratus mahasiswa keluar membuang undi kali ini.

"Pemilihan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan perkembangan itu menunjukkan kematangan mahasiswa dalam menjalani pemilihan MPP," katanya.

Sementara itu, calon proaspirasi mendominasi pemilihan MPP Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan memenangi 19 kerusi umum dan fakulti berbanding promahasiswa yang memperoleh 11 kerusi.
Proaspirasi turut menang besar dalam perebutan kerusi fakulti apabila menguasai 13 kerusi berbanding promahasiswa hanya tujuh, namun, persaingan sengit dalam perebutan kerusi umum apabila masing-masing meraih enam dan empat kerusi.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTHM, Prof. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad berkata, peratusan penuntut yang keluar mengundi adalah 75.85 peratus atau 7,122 daripada 9,390 mahasiswa.
"Seramai 59 calon bertanding merebut 20 kerusi fakulti dan 10 kerusi umum. Sejarah turut tercatat apabila buat julung kali, penuntut antarabangsa, Nashwan Hamid Yahya Al-Emad dari Yemen turut dipilih menjadi calon yang memenangi pilihan raya kampus kali ini," katanya.

Abdul Aziz yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP berkata, kemenangan Nashwan Hamid, 23, penuntut tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar membuktikan warga UTHM bersifat terbuka dan memberi ruang kepada penuntut antarabangsa untuk menyuarakan hak dan kebajikan mereka.

Sementara itu, Nashwan Hamid berkata, hubungan erat dengan penuntut tempatan banyak membantu kemenangannya yang memperoleh lebih 1,000 undi.

Dengan manifesto 'Berikan undi anda kepada orang yang berhak mendapatkannya', dia berazam untuk mewakili penuntut antarabangsa bagi memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.

"Selain itu, saya juga akan berusaha untuk memohon pihak universiti menyediakan kemudahan penapis air di seluruh kampus terutamanya di perpustakaan," katanya.

Kepimpinan Pro-Aspirasi seiring visi universiti

Kepimpinan Pro-Aspirasi seiring visi universiti


SENAI – Gaya kepimpinan kumpulan Pro-Aspirasi yang sentiasa memperjuangkan isu-isu untuk mengembangkan potensi mahasiswa seiring dengan visi dan misi universiti menjadi pilihan warga kampus.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa (Hema) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr Mohamad Tajudin Ninggal berkata, rata-rata kepimpinan Pro-Aspirasi digalakkan bukan sahaja mampu membicarakan mengenai hal kebajikan sebaliknya mampu mengetengahkan isu-isu yang lebih besar yang mana bersifat global.

Menurutnya, ini bermakna kebanyakan kumpulan tersebut tidak terkongkong kepada isu politik di universiti semata-mata, tetapi dapat memainkan peranan besar dalam menjalankan tanggungjawab membantu pembangunan pihak universiti.

“Bukan itu sahaja, kepimpinan Pro-Aspirasi juga sentiasa menyumbang idea-idea bernas untuk kebaikan warga kampus sekali gus turut membantu kepimpinan negara dan seluruhnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohamad Tajudin berkata, pihak universiti tidak mahu menghasilkan kepimpinan yang semata-mata berfikir tentang ketidakpuasan hati dan tidak tahu bersyukur dengan setiap kemudahan yang diberikan sebaliknya harus memperjuangkan dan menyokong pembangunan universiti untuk kebaikan seluruhnya.

Beliau berkata, ideologi ini berbeza dengan pemikiran kumpulan Pro-Mahasiswa yang mana dilihat tiada mempunyai matlamat khusus tentang agenda perjuangan di peringkat universiti.

Menurutnya, rata-rata kelompok tersebut sekadar menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran dan pembangunan pihak universiti dan berfikir di tahap negatif semata-mata.

“Oleh itu, saya mencadangkan dan berharap agar Pro-Aspirasi mahupun Pro-Mahasiswa hendaklah bersatu padu dan berganding bahu serta bergerak aktif bagi membantu pihak universiti.

“Tidak salahnya bergabung tenaga untuk kebaikan bersama dan melihat perkara ini ke hadapan serta berfikiran matang dan tidak terperangkap dengan anasir-anasir negatif hingga menyempitkan minda masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Pro-Aspirasi terus mengungguli pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2011/2012 apabila berjaya mengukuhkan kedudukan di tujuh universiti awam di negara ini.

Antara universiti yang dikuasai oleh kumpulan yang melabelkan diri mereka selari dengan aspirasi kerajaan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Wednesday, February 23, 2011

Sdra. Hafiz Ariffin, Yang Di-Pertua MPP UTHM Sesi 2010/2011.

Sdra. Hafiz Ariffin, Yang Di-Pertua MPP UTHM Sesi 2010/2011. Tahniah daripada Pro - Aspirasi UTHM.

Tahniah diucapkan kepada saudara Hafiz Ariffin kerana telah dilantik sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011. Selamat menakhoda mahasiswa dan kampus UTHM. Pro - Aspirasi akan sentiasa memberi sokongan kepada anda dan MPP Sesi 2011 =)
 
Kata-Kata Aluan Hafiz Ariffin
(Petikan daripada FB beliau)

Terima kasih atas dasar kepercayaan & keyakinan yg diberikan saya telah dipilih sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UTHM bagi sesi 2010/2011. Insyaallah saya akan menggalas tugasan yang diberikan dengan baik. Semoga kita dapat bekerjasama dalam memperjuangkan hak mahasiswa & sekaligus memartabatkan UTHM.UTHM Boleh!
 
About Hafiz Ariffin :


FB :  Hafiz Ariffin



ScoutsJB-Director of Marketing

Asia Pacific Regional Scout Young Adult Members Group 2009-2012

Asia Pacific Regional Scout
Management Sub-Committee 2009-2012

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, February 22, 2011

PRO - ASPIRASI UTHM Kekalkan Kemenangan 7 Tahun berturut-turut.

PRO - ASPIRASI UTHM Kekalkan Kemenangan 7 Tahun Berturut-Turut.

UTHM, 22hb Feb - Pro - Aspirasi UTHM kekalkan kemenangan di UTHM. Pengumuman di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM pada jam 5.30 p.m di sampaikan oleh TNC Akademik UTHM. 

Statistik PRK UTHM (KEPUTUSAN YANG MENANG KERUSI SAHAJA)

Pro - Aspirasi menang 18 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan.

Jumlah Mahasiswa/i layak mengundi = 9290 orang
Jumlah Mahasiswa/i keluar mengundi = 7122 orang
Jumlah Mahasiswa/i tidak keluar mengundi = 2268 orang

Peratus keluar mengundi = 75.85 %
Peratus tidak keluar mengundi = 24.15 %

Peratusan keluar mengundi mengikut fakulti ;
FKASS = 77.49%
FKEE = 69.44%
FKMP = 75.16%
FPtek = 58.30%
FPTPK = 85.90%
FSKTM = 79.08%
PPD = 81.06%

UMUM

(1)HAFIZ = 4324 UNDI
(2)NURIZWANI = 4053 UNDI
(3)FARHANA = 3885 UNDI
(4)HIDAYATULLAH = 3805 UNDI
(5)YUHANIS = 3655 UNDI
(6)AIN ILI = 3650 UNDI
(7)ADAM = 3527 UNDI
(8)NASHWAN = 3330 UNDI
(9)LATIFI = 3325 UNDI
(10)FADHILAH = 3259 UNDI

FKASS

(1)ANIS SOFEA
(2)NUR LIYANA
(3)QAIM
(4)SHAHIRMA

FKEE

(1)ZULFADHLI
(2)FADHLI
(3)HISHAM
(4)IZHAM

FKMP

(1)RIDZWAN
(2)ZAMAN
(3)SHAHIRMA
(4)AIZAT

FPT

(1)JAZMI
(2)SOFIA NADZIRAH

FPTEK

(1) KHAIRUNNISA
(2) HUDA

FSKTM

(1)HANAS
(2)AARON YAP

PPD

(1) SYED
(2) FAHMI