Politik begitu mencabar di negara
ini. Politik sudah tidak lagi berbudaya baik dan kini sudah tidak lagi dapat di
kesan yang mana betul dan yang mana yang tidak betul. Politik dimainkan untuk
kepentingan peribadi dan ia sudah di jadikan modal perniagaan untuk
pemimpin-pemimpin yang memainkannya secara giat. Politik menjadi tindakan hidup
mati untuk ramai pemimpin, sehinggakan pemimpin, tidak kira dari parti kerajaan
atau pembangkang menjadikan politik ini untuk warisan keluarga yang sedang
berkuasa.
Yang inginkan kuasa pula akan
meletakkan ahli keluarga yang terdekat untuk menggantikan dirinya untuk merebut
kuasa dan yang sedang bertahan juga menjadikan ahli keluarga mereka untuk
mewarisi kuasa kerana bagi mereka kuasa itu adalah modal perniagaan keluarga mereka.
Dulu, ada pemimpin besar UMNO
mahukan Melayu tidak lagi patut bersandar dan mempunyai tongkat untuk memajukan
bangsanya. Pemimpin itu meminta supaya tongkat itu dibuang dan bersaing secara
sihat tanpa tongkat-tongkat itu. Pemimpin itu meminta mahukan orang Melayu
tidak bersandar kepada kerajaan dan UMNO untuk maju.
Tetapi pemimpin yang sama telah
membuktikan yang anak-anak beliau sendiri bersandar kepada kuasa UMNO itu
sehinggakan anak-anaknya menjadi orang besar negeri dan orang yang terkaya di
negara ini dengan menggunakan tongkat yang sama.. Bagi yang mempunyai tongkat
dan tidak mahu menggunakannya, tongkat itu jangan di buang tetapi di simpan di
dalam setor. Ada
waktunya tongkat itu akan berguna terutamanya semasa sudah tua nanti dan tidak
berdaya berjalan dengan betul lagi.
Semuanya ini adalah kerana sikap
‘hypocrite’ pemimpin ini dan tidak berdaya untuk menahan nafsunya yang
menjejaskan sifat kepemimpinannya. Kuasa dan kepimpinan itu hanya hak keluarga
mereka yang sedang memimpin sahaja dan yang lain hanya di gunakan untuk menjadi
alat pembedil untuk membedil sesiapa yang cuba untuk mengkritik tindakan
seperti itu. Kroni-kroni ini hanya diperlakukan sebagai parang bengkok untuk
menebas belukar yang menghalang mereka untuk majukan keluarga mereka sahaja.
Di pihak pembangkang juga jika
mendapat mandat pun tidak kurang hebatnya. Ada pimpinan pembangkang yang lebih teruk
dari pimpinan kerajaan yang mempraktikan nepotism itu. Jika pemimpin dalam UMNO
mewarisi kepimpinannya selepas mereka bersara pimpinan dalam pihak pembangkang
pula sudah menyediakan asas untuk mewariskan kepada ahli keluarga terdekat
belum pun mendapat kuasa. Ada
yang terus tidak merasakan apa-apa untuk menonjolkan isterinya sendiri dan
bersedia untuk menyambung warisan itu sudah ada anak dan keluarga yang lain.
Najib menjadi Perdana Menteri
setelah 29 tahun selepas bapanya meninggal dunia. Jika Mukhriz menjadi PM nanti
beliau menjadi PM setelah Dr
Mahathir bersara agak lama juga. Mukhriz hanya memerlukan yang beliau lebih
berkelayakan untuk mengatasi Khairy Jamaludin dalam kepimpinan UMNO itu.
Hishamudin jika menjadi PM
seperti yang dikehendaki oleh Najib sepupunya, beliau akan menjadi pemimpin
utama selepas puluhan tahun Hussein Onn meninggal dunia.
Tetapi jika PKR mendapat kuasa di
Putrajaya yang akan mewarisi kepimpinan utama negara ialah Wan Azizah. Beliau
akan mewarisinya dari suaminya Anwar Ibrahim. Lim Guan Eng telah mendapat
warisan dari bapanya Lim Kit Siang secara 'direct'. Oleh itu jika pembangkang
menggunakan isu ‘nepotism’ terhadap UMNO ia merupakan perbahasan yang tidak
mempunyai moral.
Sesungguhnya kedua-duanya sama
dan kedua-duanya membawa kepada perpecahan negara yang dipunyai oleh rakyat
yang ramai dan bukannya kepada segelintiran keluarga sahaja. Sifat ‘nepotism’
ini telah sampai kekemuncaknya dengan apa yang berlaku di Selangor dalam mana
jawatan Menteri Besar itu menjadi rebutan dan hendak direntap secara ‘hostile’
dari penyandangnya Khalid Ibrahim oleh keluarga Anwar Ibrahim.
Jika berlaku pun perpecahan
diantara PAS dengan PKR yang di sokong oleh DAP itu, ia bukanlah kejadian yang
membawa banyak perbezaan jika mereka masih bersatu. Hasilnya sama dan
‘consequence of events’ akan tidak berbeza dengan kepimpinan dalam UMNO dan BN
itu.
Kita sudah sangat hendak mengakui
yang sifat ‘nepotism’ ini tetap akan menjahanamkan negara dalam masa yang tidak
lama. Saya telah sebut Harold Mac Milan dan Callaghan tidak mewariskan
kepimpinan Britain
kepada anak dan keluarga mereka. Begitu juga pimpinan yang baru dalam sejarah negara itu seperti
John Major, Edward Heath, Iron Lady Margeret Thatcher, Tony Blair dan Gordon
Brown. Mereka tidak di warisi oleh anak-anak atau menantu mereka.
Jika ada usaha dikalangan mereka
yang mahukan kepimpinan negara diwarisi oleh ahli keluarga mereka, rakyat Britain akan
memandangnya sebagai pemimpin yang tidak bermoral dengan kepimpinan mereka, tetapi di sini perkara waris mewarisi kepimpinan negara kepada keluarga itu
tidak menjadi hal. Ia menjadi isu biasa yang tidak penting bagi kita di sini
kerana kepercayaan yang kepimpinan itu hanya boleh timbul dari keluarga yang
memimpin amat menebal.
Jika tidak datang dari keluarga
Perdana Menteri mereka tidak boleh menjadi pemimpin. Jika tidak datang dari
keluarga mereka yang membangkang, tidak ada kelayakan bagi yang lain untuk
mewarisi kepimpinan pihak pembangkang pula.
Elok pemimpin negara kita diambil alih orang yang tidak mempunyai anak pinak buat sementara kita membina budaya yang lebih baik dalam mewarisi kepimpinan negara ini. Itu sebabnya kita mulakan politik dan negara baru. Blog ini telah menyebutnya selalu dan tidak jemu-jemu mengulanginya.
Elok pemimpin negara kita diambil alih orang yang tidak mempunyai anak pinak buat sementara kita membina budaya yang lebih baik dalam mewarisi kepimpinan negara ini. Itu sebabnya kita mulakan politik dan negara baru. Blog ini telah menyebutnya selalu dan tidak jemu-jemu mengulanginya.