Assalammualaikum WBT…
Dear MALAYSIA, I love you so much!
merdekakan diri dari aspek rohani & jasmani dari penjajah barat.
thanks reader
Assalammualaikum WBT…
Dear MALAYSIA, I love you so much!
merdekakan diri dari aspek rohani & jasmani dari penjajah barat.
thanks reader
Assalammualaikum WBT…
Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"
(Riwayat Abu Daud no.1260)
Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut selepas salam:
“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”
“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
Amin ya rabbal a'lamin...
Credit to Photoline Creative Studio & fanpage ustaz Don Daniyal Biyajid
thank you readers.
Assalamualaikum WBT…
gua selaku pemegang mohor-mohor diraja, ingin menjemput semua hadirin dan hadirat sekalian makan jemput-jemput pisang…. eh.. eh… eh… sesedap mulut aje kan nak jamu anak orang makan jemput pisang. *sekadar iklan.
mai nak dekat-dekat nak royat mende se ey… gua ingin menjemput anda semua menyertai majlis iftar blogger terengganu. tak semestinya anda bukan blogger terengganu dok leh join. semua boleh join. memandai aje gua menjemput anda sekalian kan? harap admin tak marah la ye…. ngehngehngeh
mari kita memeriahkan…….!!!!!
tarikh kejadian: 16 ogos 2012 bersamaan 27 ramadhan 1433 H.
hari kejadian: khamis, esok la hoiii…..
waktu kejadian: 5.00 petang until berbuka puasa la.
lokasi kejadian: dataran shahbandar, terengganu..*boleh google map, GPS..
pape pom, korang leh rujuk di sini: https://www.facebook.com/events/394597463929164/
kepada sesiapa nak kenal gua yang pemalu nih, mari la ye… leh kita berkenalan.. hikhokhikhok…..
pakat g serbu ramai-ramai…
Assalamualaikum WBT….
kemain panjang lagik tajuk gua kan? sejak dua menjak ni, gua memang suka buat puding-puding bagai ni. ecehh.. macam gua la paling terror kan? kahkah…
memang gua jahat giler update entri makanan tengahari macam ni. alah…. bukan apa, mana tahu kot-kot korang nak try lepas baca entri gua ni. boleh makan terus lepas buka puasa…. hiks!
okeh! ni resepi nya:
bahan-bahan:
1 kek swiss roll or kek gulung
1 tin susu cair
1 tin air
7 sudu besar gula
4 sudu besar kastard
1 sudu the esen vanilla
1 tin buah koktail or nata de coco
1 pek serbuk jeli segera berperisa manggo or strawberry*depend korang la ye.
cara-caranya:
perisa rasberry
perisa manggo
time tengah buat ni, memang kena guna tenaga kerja lain ye. tak sempat sebab sorang kena kacau, sorang lagik kena sedia itu ini…huhu.. naseb gua ada adek perempuan sorang! gagagaga…. gud luck ye!
p/s: kad raya sedang diedarkan…. hikhikhik…
Assalamualaikum WBT….
haiii ogos….. hikhikhik..
Alhamdulilah gua bersyukur sangat kehadrat ILAHI…. hari ini genap 23tahun gua hidup dalam dunia ni. terima kasih kat mak ayah sebab sabar melayan karenah anak perempuannya selama 23 tahun… terima kasih kat abang gua seramai 5 orang tu dapat menerima hakikat bahawa gua anak perempuan yang korang suka buli tu. kahkahkah… korang memang kejam plus mengada-mengada buli gua kan.. takpe, sekarang gua rindu kenang tu sebab korang selalu aje tak balik rumah!! grrrrrrr…… *tau r korang dah ada anak bini…gua pesen tak puas bermanja! acehh!
baby sitter bizi okeh! nak kol client….
oleh kerana besday gua jatuh bulan penuh berkat ni, gua tunggu besday ayahanda gua yang jatuh bulan ogos jugak! boleh celebrate sesama. kan dah jimat kat situ…! ternyata gua anak ayah…!
oh ye, jutaan terima kasih sesiapa yang wish besday gua tak kira dalam facebook, telefon, blog, or depan-depan gua. semoga kita semua memdapat keberkatan dariNYA di bulan mulia ni. dan sesiapa yang sudi memberi hadiah, sila dapatkan alamat rumah gua di facebook ye..*bukan mintak hadiah pelempang ye..hahahaha
p/s: sesiapa yang bagi alamat tu, gua takkan display korang punyer alamat. and lebih selamat korang PM gua kat facebook gua.
p/s: umor dah meningkat, cuba fikir sejenak apa yang telah kita sumbangkan kat dunia ni…..
thanks readers…. heart u!