TiKet Tambang Murah Air Asia
Salam Sumer Blogger...
Sebenarnya sehari dua nih aqu boring dok opis... bukan xder kerja, tapi sunyi sejak pertukaran bos aqu. Dulu, masa beliau ada, selalu la dia panggil aqu pepagi suruh buat itu suruh buat ini... tapi semua tu dah jadi Past Tense dah untuk aqu....
Berbalik kepada tajuk cerita ari ni, baru-baru ni Air Asia.com telah mempromosikan tiket tambang murah dengan harga serendah RM 1 kemana-mana destinasi yang telah ditetapkan... Aqu pom aper lagi, cepat-cepat la tempah jugak tiket tu. Mana taknya, period booking date dia 10-15 Ogos jerk.
Mula-mula pikir nak pegi Bandung, kira departure kat KB-KL-Bandung-KL-KB dalam bulan April 2011. Tapi masa cari tikel KL-Bandung, Bandung-KL tiket murah semua dah habis, kira laku macam goreng pisang lar... Yang ada sumer harga RM Seratus lebih sehala.
Bulan Julai 2010 baru nih, aqu pegi Kuching Sarawak. Tiket masa aqu beli RM 50.00 sorang KL-Kuching-KL. Aqu pegi ramai. Kira macam Lawatan Family plak. Akak aqu satu family, Abang aqu satu family, Aqu satu family, Adik aqu satu family gak, then last skali parent aqu. Kira Total sumer seramai 17 Orang (10 dewasa, 7 kanak-kanak).
(Sambung semula yang tadi)
Then, pikir punya pikir lagi, aqu ambik jerk tiket KB-KL-KB . Aqu pegi dengan family dan bawak mak sorang. Ayah xleh pegi coz kene jaga haiwan kat umah (itik, ayam, arnab, kucing, burung dam macam-macam lagi lar). Bukan selalu sangat dapat naik kapal terbang tambang murah nih. Kalo aqu pegi KB-KL naik bus pom , tambang dah RM 42.00 sehala.Aqu naik kapal terbang ni pon saja jer nak bagi anak-anak aku merasa cam ner rasanya naik kapal terbang... Bukan nyer aper , bila dia ternampak jer kapal terbang kat langit , mesti tengok sampai kapal terbang tuh hilang dari pandangan dier... Kalu sebelah malan lagi lar, kadang-kadang tuh kapal terbang terbang pon boleh tertukar dengan bintang (kan dia berkelip-kelip jugak). Tu yang membuat aqu kesian nak bawak dier naik lagi tuh...
Masa first time anak aqu naik lagi la best, Masa hendak terbang kan dia tekan minyak bagi torch (tujahan). Time tu, aqu pegang dada anak aqu, laju jer jantung dia berdebar..... Aqu pom aper lagi gelak lar...(yer ler masa aqu seumur denganya mana pernah lagi naik. seingat aqu pom, first time aqu naik masa umur 10 tahun dah). Sama jugak time nak landing (mendarat), cuak jugak aqu tengok telatah dier... tapi, bila dah selalu naik kapal terbang, dah start dah perangai kat umah dier. Yang masa pegi n balik kuching ari tuh dari nak berlepas hingga la sampai sana (KL-Kuching-KL) xhenti-henti bercakap... Kami semua layan jer la dia , budak-budak katakan....
Rasanya dah panjang sangat aqu membebel nih... rasa kebas plak jari aqu jenuh menaip nih.. Ok lah layan Zasss.... Read more...