Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2024

Perunding Imej Bertauliah @ CPIC

 Alhamdulillah. Pentauliahan untuk lebih maju ke hadapan, untuk membina kredibiliti. Sebuah sijil yang penuh cerita suka dan duka.  Kenangan yang tak mungkin dilupa bila arwah suami mengizinkan aku mengambil sijil ini dengan mendahulukan wangnya dan kejayaan ini aku kecap tanpa dia di sisi.  Sijil yang biasa bagi orang yang tak mengerti, tapi besar ertinya untuk orang yang tahu menghargai.  Certified Professional Image Consultant @ CPIC di bawah bimbingan Puan Mary Anne.  Semoga terbang lebih tinggi dan sentiasa melihat ke bawah.                                              

Tahun Baru ~ Status Baru ~ Semangat Baru

 Hari ini 28 Rejab 1445H, 39 hari tahun 2024 telah berlalu dan hampir 33 hari menjelang Ramadan.  Pejam celik, pejam celik sekejap saja masa berlalu. Yang kecil meningkat remaja, yang muda menjadi berusia, yang tua menanti senja. Yang solo menjadi pasangan, yang berpasangan kembali solo, yang solo terus solo dan yang berpasangan masih mempunyai pasangan.  Yang berkeluarga kehilangan yang tersayang - lumrah yang tidak dijangkakan.  Aku? Aku si pemegang status balu.  Bila memikul status baru ini, aku kini jadi lebih malu sendiri. Agak janggal untuk memperkenalkan kepada ramai siapa aku dan apa latarbelakang aku bila melibatkan keluarga, aku lebih gemar untuk tidak bercerita kepada stranger.  Aku juga mudah cepat tersinggung dan adakalanya rasa marah bila pengacara ingin memperkenalkan siapa aku melalui latarbelakang keluarga. Kita bila nak perkenalkan seseorang penceramah atau speaker dalam sesuatu acara cukup perkenalkan kredibiliti dirinya tentang kerjaya d...

SELAMAT TINGGAL SAYANG

 Tanggal 7 Mac 2023 jam 3.30 pagi, suami yang tercinta telah pergi menemui Pencipta Abadi di  Zon Merah Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang Johor. Perginya tanpa ku jangka dalam keadaan mengejut, walau aku tahu derita sakitnya yang sekian lama memungkinkan perginya tanpa dijangka.  Aku bawa dia ke Hospital berpunca dari dia demam, dan dia masih keadaan ok saja, aku cuma bayangkan yang aku hanya membawanya untuk mendapatkan rawatan dan bukannya membawa balik jasadnya tanpa nyawa. Tapi sudah ketentuan Ilahi, ajalnya telah tiba. Airmata aku tidak sederas air hujan bilamana dirinya aku redha akan perginya. Sungguh aku tidak menangis beriya, sekadar mengalir tanda sedih sahaja.  Jasadnya aku kebumikan di Kampung Melayu Kluang, di kampung halamanku. Kini hampir 11 bulan tanpanya di sisi, aku masih tidak betah. Masakan tidak hampir 20 tahun bersama, dia sentiasa disisi menemani saat suka dan duka bersama, ketawa dan air mata, susah dan senang. Janggal yang aku rasa c...