Monday, July 28, 2008

Cinta Nan Indah

"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"
"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

*****

Sunday, July 27, 2008

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?


Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik??# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih. # Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis. # Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman. # Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan. # Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. # Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian". # Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Saturday, July 26, 2008

Carilah Cinta

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri "Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab –

"Takkan sekali2 aku mengorbankan
maluku dan kemuliaanku, serta kebahagiaanku di
sisi Allah hanya untuk mencapai kenikmatan dunia
dan menuruti syahwat serta menyahut seruan
kebebasan. Apalah nilainya kegembiraan,
keseronokan dan hidup bebas, jika penghujungnya
nanti kehinaan serta diazab di antara lapisan2
neraka...."

Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Riwayat Muslim)

teguhkanlah iman dalam diri moga dikau akan merasai betapa indah nikmat Ilahi dan yakin kau akan dirahmati harus kau percaya dengan pasti dunia tidak kekal abadi hanya menguji cekalnya hati sebagai khalifah yang sejati.."

bisikan_malam

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

Friday, July 25, 2008

CINTA

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri "Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab –

"Takkan sekali2 aku mengorbankan
maluku dan kemuliaanku, serta kebahagiaanku di
sisi Allah hanya untuk mencapai kenikmatan dunia
dan menuruti syahwat serta menyahut seruan
kebebasan. Apalah nilainya kegembiraan,
keseronokan dan hidup bebas, jika penghujungnya
nanti kehinaan serta diazab di antara lapisan2
neraka...."

Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Riwayat Muslim)

teguhkanlah iman dalam diri moga dikau akan merasai betapa indah nikmat Ilahi dan yakin kau akan dirahmati harus kau percaya dengan pasti dunia tidak kekal abadi hanya menguji cekalnya hati sebagai khalifah yang sejati.."

Bolehkah tanganmu kupegang?

Bolehkah tanganmu kupegang?
"Maafkan I... I mahu pegang tangan you! Err...
boleh?"
Entah mengapa kumulakan kata dengan maaf.
Sekadar berbahasa atau menunjukkan diriku ini
gentlemen. Aini hanya diam. Diam bermakna
membenarkan. Tetapi Aini bukan gadis zaman 50-
an, atau 60-an, atau dulu-dulu. Aini gadis alaf baru
yang ada ijazah kepujian. Aini bukan gadis
sebarangan.

Masihkah Aini berpegang pada sifat malu dan cara
berkomunikasi yang sinonim dikaitkan dengan
wanita Melayu? Diam tandanya mahu. Malu tetapi
mahu. Aku tidak pasti tetapi nafsuku begitu
membuak-buak ingin menyentuh tangan halusnya
yang runcing.

Mana kau tahu tangan Aini halus, tanya hati
gelapku? Itu anggapanku saja. Seringkali aku
menjeling-jeling tangan bogelnya. Rasanya tangan
itu mesti lembut. Ohh... sebab itu aku teringin
sekali menyentuhnya. Adakah dia rela tangannya
kuusap?

Aini masih diam. Tubuhnya bergerak ke belakang,
sedikit saja tetapi seperti dia mahu menjauhi aku.
"Kenapa you nak pegang tangan I?" Tanyanya
lembut. Suara halusnya cukup jelas kudengar.
Tetapi aku pura-pura tidak perasan membuatkan
Aini mengulang pertanyaannya tadi. Kali ini lebih
kuat dan jelas.
Perlukah aku memberitahu tentang mimpi dan
fikiranku yang berserabut. Tentang ingatanku
kepada Aini. Di kepalaku hanya ada Aini. Ini
memang cinta tetapi sebagai lelaki, nafsuku
membara sama. Mahu dekat selalu dengan Aini
dan mahu lebih intim lagi. Paling sedikit, aku
teringin memegang tangannya, sekejap pun jadilah.

"Mana mahu jadi sekejap," itu kata temannya
Osman. "Kau memang rasa hendak pegang kejap
saja tetapi kau gerenti tak mahu lepaskan. Kena
pula dia pun suka, sepanjang hari pun boleh tu..."
Berdekah-dekah gelak Osman. Katanya itu realiti.
Namun aku tidak pasti jika hanya teringin atau
mahu terus memiliki Aini.

Minggu lalu ketika menghantar Aini pulang ke
rumahnya, jari jemari kami tersentuh sewaktu aku
dan dia sama-sama ingin mencari siaran radio.
Berderau darahku. Aini cepat-cepat menarik
tangannya. Sejak hari itu Aini selalu mencari
alasan untuk menolak ajakanku daripada
menghantarnya pulang. Selalu sangat dia pulang
lebih awal atau menumpang temannya yang lain.

"Sudah empat tahun kita berkawan... Memang
lama. Apa salahnya I pegang tangan you..."
"You rasa sudah tiba masanya kita boleh
berpegang tangan?"
"Tak mengapalah kalau tak boleh. I hormat
pendirian you."
"Kenapa pendirian i pula? Pendirian you sendiri
bagaimana? Tak sama?" Aku terkedu dengan
pertanyaan Aini. Sudah lama kami berkawan,
sejak di universiti lagi. Kami sering berterus-terang
dalam apa perkara sekali pun. Cara Aini menjaga
diri dan pendiriannya antara penyebab aku meletak
minat yang tinggi padanya. Aini umpama mawar
berduri yang ramai lelaki ingin miliki. Tetapi dia
memilih aku menjadi buah hatinya.
"Lagipun kita akan berkahwin juga nanti 'kan."

Cara kami berpacaran mungkin tidak sama dengan
remaja lain. Semuanya kerana pendirian Aini
itulah. Walau ada rindu-rinduan tetapi kami tidak
pernah bersentuhan. Sehinggalah baru-baru ini aku
mula merasakan ingin menyentuh Aini, sekadar
menyentuh tangannya pun jadilah.

"Ini bukan pendirian saja tetapi pegangan. Di mana
pegangan you? Macam mana you boleh terfikir
tiba-tiba hendak memegang tangan I?"
"Sebab I lelaki... jadi I rasa, perasaan teringin tu
memang biasa dan semula jadi."

"Teringin bukan bermakna mesti buat. I teringin
banyak perkara, I teringin nak pakai baju cantik-
cantik tetapi semuanya jarang, jadi I tahu I tak
boleh pakai pun. I teringin yang bersolek cantik,
bergincu merah menyala ke tempat kerja, tetapi I
tahu berdosa, jadi I tak buat..."
Peluh sejuk mengalir tiba-tiba. Aini tidak marah
pun. Suaranya pun tidak tinggi. Dia bukannya
melenting tetapi kenapa aku tiba-tiba kecut perut.

"Kita sudah biasa berterus-terang Amran, biarkan
kita berterus-terang hari ini. I pun teringin hendak
memegang tangan you. Teringin hendak berdakap
dengan you dan ada kala teringin merasa diri
dibelai... Sebab you lelaki yang I cintai..."
"Aini..."
"Tetapi teringin sajalah... You ingat hanya lelaki
yang ada nafsu?"

Hujung minggu aku pulang ke kampung. Mungkin
sudah tiba masanya aku dan Aini diijabkabulkan.
Semuanya kerana keteringinan kami berdua.
Emak bersetuju, ayah pun gembira. Eloklah
masuk meminang kata mereka.
"Meminang?" Tanya Aini. Dia tiba-tiba terkejut.
Wajahnya merah. Tidak pernah Aini terkejut
begitu. "Bila?"
"Bila-bila, asal saja you setuju." Aini
memandangku tepat. "I rasa sudah tiba masanya
kita hidup berumahtangga. I mahu pegang tangan
you selama-lamanya, biar halal caranya."

"Amran, I minta maaf. You pilih I kerana you rasa I
menepati sebagai wanita untuk you peristeri. I tahu
you bangga dengan pendirian I. Tetapi Amran, you
sendiri tidak menepati lelaki yang sepatutnya
menjadi suami I. I rasa pendirian kita kita tidak
sama. Maafkan I...

p/s: moga cerpen ini membawa pengajaran kpd
kita semua, Amin

wassalam

COUPLE

selalu bertanya pada diri, couple tu blh
ke tak dlm
Islam?....blh ke tak ni?....
one day, one of my friend dpt article dari IKIM
ttg couple dlm Islam....it answers my question
clearly....
apa kata Islam ttg couple?....
sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan :
HARAM !!!!"
dlm Islam tiada istilah bercouple....kalau benar
seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita
seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple....
bercouple adlh dtg dari nafsu....buat apa
menurutkan nafsu?....
dalam Islam yg ada hanyalah
perkahwinan....cara2nya,....bila seorg lelaki itu
tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke,
tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah
dahulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk
Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah Allah
tetapkan....
kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia
jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents
dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah
minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan
ni dan niat dia berkawan kenalah nak
memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar
main2 ek....
pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat
istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki
ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah
dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating,
keluar bersama2 dan sbgnya.... step seterusnya
kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin
la, and happy ever after....Insya Allah....

so,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh
step utk meminang ?....

kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple....
kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi,
marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple
ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak
pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg
timbul slps bercouple....hehe, mcm hypertension
lak ada complication2.... sanggupkah kita
gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?....
ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm
mana nak berdakwah kalau diri songsang?....

ermm...pada sape yg terasa...maaf
dipinta..sekadar renungan kita bersama...

i do believe in this words, deep down if u guys ask
urself, we already have the answer, ALLAH the
almighty have always slipped in the answer in our
heart, it's just that we rather listen to the 'other'
voice than the one that's already there...

p/s : Ana dapat ni drp e-mail.. setuju sangat~
remaja sekarang ramai yg terpengaruh dgn budaya
kuning coupling... kononnya x otailaa sesape yg x
pernah couple.. huk huk.. iyo la tu..
Keseronokan nafsu semata-mata....
harap ia menjadi pedoman buat semua...
Cinta hanya melalaikan manusia!.. kalau nk
bercinta, bercintalah dgn cara yg betul dlm Islam..
[Nasihat buat diri ku yg kerdil]....

WaLLahua'Lam

Wednesday, July 2, 2008

Team Bina Insan

ana telah join satu team yang diberi nama Team Bina Insan...Team Bina Insan atau Persatuan Perunding Motivasi Insan, KL ialah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah ditubuhkan pada tahun 2003. Idea asal kewujudan persatuan ini dikeluarkan oleh Ustaz Mohd Asri b Abdullah bersama rakan-rakan. Matlamat utama penubuhan persatuan ini adalah untuk memfokuskan gerak kerja dakwah dan pembangunan insan dengan lebih bersepadu. Masyarakat Islam hari ini berhadapan dengan pelbagai krisis nilai dan akhlak yang amat serius. Apa yang lebih membimbangkan ialah masyarakat Islam hari ini sedang berhadapan dengan kegawatan akidah yang semakin meruncing. Bayangkanlah sekiranya benteng terakhir umat Islam ini hancur maka pastinya ia adalah kehancuran yang tragis untuk umat Islam keseluruhannya. Menyedari dan menginsafi hakikat ini, Team Bina Insan (TBI) yang merupakan nadi penggerak Persatuan Perunding Motivasi Insan Kuala Lumpur mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama menanggung amanah kenabian bagi membina umat agar terus kukuh di atas paksi kecemerlangan dunia dan akhirat. sebarang pertanyaan atau minat boleh la layari laman web team kami iaitu teambinainsan.com

sampah dan sikap masyarakat Malaysia

semalam ana ke pasar malam di tempat ana, sekadar ingin melihat gelagat-gelagat dia sana.....namun apa yang sangat-sangat menyedihkan ana apabila ana melihat sampah-sampah bertaburan dan dibuang dengan sesuka hati dan apabila selesai pasar malam itu pada pukul 11.00 malam, kawasan itu umpama tempat pelupusan sampah.....dimanakah nilai masyarkat kita dan adakah kita akan teruskan sikap sebegini yang akan memalukan negara kita di mata dunia...ana menyeru agar sikap ini perlu ditekan dari rumah lagi oleh ibu bapa....sekian..