kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Rabu, 28 Januari 2009

5 perkara menyusahkan seorang mukmin..

Hadith Rasulullah SAW:

Orang-orang mukmin itu berada di antara 5 kesusahan, iaitu:-

1. Orang mukmin yang dengki kepadanya
2. Orang munafik yang membencinya
3. Orang kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang menentangnya..

mana satukah yang paling menyusahkan di antara 5 itu?!

bagi saya, seperkara yang saya pelajari dari pengalaman sendiri adalah:-
1. Orang mukmin yang dengki kepada saya hanya mendekatkan saya kepada ALLAH kerana kepadaNYA lah tempat saya mengadu kedukaan saya

2. Orang munafik yang membenci saya juga menyebabkan saya mengadu kepada ALLAH memohon pertolongan dariNYA agar terhindar dari fitnah yang dibawakan nya..

3. Orang kafir yang memerangi saya menyebabkan saya kembali kepada Kalam ALLAH, pesanan kekasihNYA dan para pewaris Nabi SAW yang mencintaiNYA ..

4. Syaitan yang menyesatkan membawa saya sentiasa ingat kepada ALLAH dengan bacaan2 mukjizat yang ditinggalkan Rasulullah SAW dan zikrullah sesuai firmanNYA:
Syaitan telah menguasai mereka, lantas ia membikin mereka itu lupa zikir ALLAH
[Al-Mujadalah:19]

5. Nafsu yang menentang saya... inilah cobaan yang paling sukar buat saya apabila adakala hawa nafsu menjauhkan saya dari mengadu kepada ALLAH,
malas memohon pertolonganNYA,
bertangguh dari mentaati suruhanNYA, dan
alpa dari mengingat peringatan NYA dan menyebut zikrullah..
tenggelam dalam khayalan tipudaya dunia..
dan maka, ia membawa segala macam kesesatan, kejahatan dan bisa menghilangkan segala kebaikan..

"Dan Aku tidak akan membiarkan nafsuku, bahawasanya nafsu itu sentiasa menyuruh berbuat jahat." [Surah Yusuf:53]

"Musuhmu yang paling perlu kau lawan ialah nafsu yang ada dalam tubuhmu." [Hadith]

Maka, nafsu itu sendiri mestilah dididik sehingga tenang umpama mendidik binatang yang buas. Ini disebut Nafsu Muthmainnah, seperti dalam firman ALLAH:
" Hai nafsu yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan."
[Al-Fajr:27-28]



wallahualam..

Selasa, 20 Januari 2009

makan...

dalam bulan Muharram yang penuh berkat ini, kebanyakan dari kita mengambil peluang untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar dengan berpuasa..
selain dapat melatih diri, berpuasa amat berguna sekali untuk kesihatan tubuh badan dan meringankan tubuh dan rohani untuk menjalankan ketaatan kepada ALLAH..
namun, untuk berpuasa adalah sangat berat kepada kita yang cinta kepada makanan..
berikut saya tuliskan bahan yang terdapat di dalam kitab Keajaiban Hati hasil tulisan Imam Al-Ghazali..

" Di antara pintu-pintu besar syaitan ialah makan kenyang. Meskipun makanan halal dan bersih! Sebab kenyangg itu menguatkan syahwat itu adalah senjata syaitan.

Diriwayatkan bahawa Iblis pernah menjelma kepada Nabi Yahya AS, Nabi Yahya AS melihat barang2 bergantungan pada si iblis. Bertanyalah Nabi Yahya AS kepada iblis.
"Benda2 apakah yang bergantungan itu?"
Kata Iblis, "Ini adalah syahwat2 yang kupergunakan untuk menguasai/menggoda manusia."
Bertanya Nabi Yahya AS, " Apakah yang terdapat pada syahwat itu?"
Jawab iblis, "Kadang2 dengan syahwat ini engkau kekenyangan, lantas kuberatkan engkau dari mengerjakan sholat dan zikir."
Bertanya lagi Nabi Yahya AS, "Adakah yang lain lagi?"
Jawab Iblis, "tidak!"
Kata Nabi Yahya AS, "Demi ALLAH!! saya selamanya tidak akan memenuhi perut aku dengan makan!"
Lantas Iblis berkata kepada Nabi Yahya AS," Demi ALLAH, selamanya aku tidak akan memberi nasihat kepada orang Islam!"

Dikatakan bahawa banyak makan itu menyebabkan enam perkara yang tercela:-

1. Menghilangkan rasa takut kepada ALLAH dari hati manusia
2. Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk dari hati orang yang kenyang itu, kerana mengira orang yang kenyang seperti dia.
3. Kenyang menyebabkan berat taat dalam ibadat
4. Apabila orang kenyang perutnya dan mendengar kata-kata hikmah, maka ia tidak bisa menangkap dan merasakan kehalusannya.
5. Kalau orang yang kenyang perutnya itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak bisa meresap ke dalam hati orang2 yang menerima nasihat
6. Kenyang itu membangkitkan berbagai penyakit."

Penjelasan saya (aryna),
ini kerana, apabila perut kita kenyang, kita mula rasa malas, mengantuk, mula berangan-angan inginkan rehat, mula rasakan selesa, dan berat badan..
maka, waktu inilah berbagai ingatan dan angan-angan yang didatangkan oleh syaitan dengan pujukan2 khayalan yang serba malas dan leka..
maka, dengan itu kita jadi berat untuk beribadat, hatta berzikir sekalipun. Ketika ini juga, fikiran2 dan angan tadi telah menguasai diri dan jiwa hingga hilang rasa takut kepada ALLAH, terlupa bahawa ALLAH sedang memerhatikan perlakuan dan hati kita.
Biasanya, bila kenyang kita mahu bersantai dan merehatkan badan dengan tidur atau bermalas-malasan dengan menonton tv, mendengar lagu atau berbual-bual kosong.
Disebabkan fikiran dikuasai rasa malas dan otak jadi berat untuk berfikir dengan lebih teratur dan berhati-hati, serta badan menjadi berat dan malas, maka kita kadangkala hilang pertimbangan bila "diganggu" oleh suara2 emak, isteri, bos atau rakan2 yang meminta atau menyuruh kita untuk melakukan sesuatu untuk mereka terutama bilamana hal itu memerlukan kita bergerak cergas.

Fikiran yang malas dan berangan-angan juga biasanya membuat kita bercakap tidak mengikut pertimbangan akal yang sihat dan wajar. Adakala kerana sangat mengantuk buah butir ucapan juga kurang jelas. Bahkan, apabila kekenyangan kita terbiasa untuk malas bercakap dan bergerak. Apabila ditanya, kita akan lebih suka diam atau tidak mengambil perhatian. Apabila bercakap juga, ucapan biasa kurang menyenangkan.

Cuba kita fikirkan sebentar, apakah yang kita lakukan selepas kita selesai makan, terutama berakibat dari terlalu lapar, kita akan banyak makan, setelah itu apa yang kita perbuat?!
Bukan badan saja berat, mata dan otak juga jadi berat... tidur adalah perkara paling indah buat orang yang kekenyangan... hehehe...

Oleh itu, kita digalakkan makan dengan sekadar berkecukupan agar tidak lapar. Bagi diri saya, saya tidak makan banyak pada satu2 waktu, tapi akan makan kerap meski sedikit-sedikit..

Berpuasa pula adalah berlawanan sifat dengan makan kekenyangan. Sebaiknya pada bulan yang mulia ini kita dapat mendidik tubuh dan jiwa dengan berpuasa dan sekaligus bahawa berpuasa merupakan salah satu jalan untuk mentarbiyah diri dan jiwa mendekati ALLAH dengan zikir, solat sunat dan amalan2 ketaatan yang lain2nya dan antara sebabnya adalah apabila kita tidak memikirkan tentang permasalahan untuk mencari masa dan tempat dan apa yang hendak dimakan pada siang hari. Selain itu, dapat berjimat maaa.... hehe..
dan... dapat kuruskan badan... tak lar berlemak sana sini dan timbul macam2 jenis penyakit termasuk penyakit hati... (saya tak maksudkan orang2 yang bertubuh besar atau gemuk itu begini.. ramai juga yang jadi gemuk tidak bersebabkan makan terlalu banyak..)

Bila kita berpuasa, dan tidak kekenyangan di malam hari, kita akan mudah bangun malam untuk menghambakan diri kepada ALLAH SWT dan mudah untuk merasakan nikmat beribadat..

maaf.. saya kesuntukan masa. harap dapat sambung lain masa..

wallahualam...

Jumaat, 16 Januari 2009

palestine - solat hajat II

Gabungan ikhtiar secara kerohanian ini akan berkesinambungan buat kali ke 2 pada:

Hari Isnin 19/1/2009 Jam 10.00 mlm hingga 5.00 pagi.

Sila hebahkan kepada sahabat sahabat/saudara mara/rakan taulan yg lain melalui pelbagai media yg tuan puan boleh gunakan.

link: http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=19078

Khamis, 15 Januari 2009

solat hajat...

Cadangan Tn Cenderawasih & Tn Lie (bsc),
kita buat malam ni 15/1/2009
selepas solat Insya'.
Waktu nya: Antara Jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi waktu Malaysia.

marilah sahabat2, saudara2 yang kasihan dan kasih kepada saudara2 kita di palestine..
kita lakukan beramai-ramai pada malam ini samada berjemaah atau bersedirian..

SEMOGA ALLAH MAKBULKAN PERMINTAAN KITA BUAT SAUDARA2 KITA DI PALESTINE SANA... AMIIIN...

biarpun antara kita tak bersependapat, tidak bersefahaman tapi marilah kita bersatu dalam membantu mereka setakat yang termampu oleh kita....

Selasa, 13 Januari 2009

palestine oh palestine..

atas permintaan sahabat2 , saya nukilkan pendapat dan pandangan saya tentang isu ini..

palestine.. palestine... satu dunia telah bangun bersuara...
yang kecil, muda, tua semua pun pandai marah sekarang ini..
bukan saja yang Muslim, bahkan yang memperjuang hak manusia sekalipun sangat marah..
Alhamdulillah... kita bersyukur dengan sikap begini meski belum dapat menghentikan tindakan zalim zionis yang sememangnya telah disebutkan di dalam Al-Quran..

antaranya disebut dalam surah An-Nisaa'
[52](Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.
[53]Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.
[54]Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.
[55]Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).

pelbagai perkara dan cadangan telah diusul oleh setiap individu dan persatuan/pertubuhan..
namun, apakah yang dapat kita sumbangkan sebagai antara orang2 awam ini, selain dari kata-kata dan laungan2 amarah dan semangat?!

telah banyak laungan2 yang menyeru dengan mengumpulkan dana dan doa berserta solat hajat dan tahajud buat saudara kita di sana...
selain itu, apalagi?!
sanggupkah saudara2 berlari ke sana mengorbankan diri dalam membela nasib mereka yang sewenang-wenang disembelih tanpa pembelaan ini?
sedangkan kebanyakan kita tiada ilmu perang, tiada pengetahuan dan keupayaan hatta melihat ayam disembelih pun kita sudah ngeri... JADI?! BAGAIMANA NAK BERJIHAD ? MENYEBUTNYA SAJA SUDAH BERFIKIR DUA TIGA KALI...
lalu, apa yang dapat kita lakukan?

pada saya lah, sebagai orang yang sememangnya sangat lemah, buat masa ni, ada 3 perkara yang dapat kita lakukan..

1. boikot barangan2 yahudi/penyokong yahudi spt di bahu blog saya..
2. solat tahajud dan doa buat saudara2 kita di palestine dan yang berjuang utk mereka
3. bantuan kewangan

bila ditanya apakah saya sanggup utk ke palestine berjuang utk mereka, seikhlas saya katakan, belum bersedia.. kerana saya sedar akan kemampuan diri saya dan apabila kelemahan ini belum dapat diatasi, saya seperti membunuh diri saja kalau ikut perasaan..

tapi, sesungguhnya apabila kita terdesak oleh keadaan di mana kita tiada punya pilihan untuk memilih, InsyaALLAH orang yang paling lemah akan menjadi paling kuat..

atau kita sekurang-kurang dapat melakukan dengan kata2 laungan pembakar semangat seperti yang pernah dilakukan oleh ibu-ibu para syuhadah yang berjuang bersama Rasulullah SAW dahulu..
teringat saya pada kisah seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya mati syahid pada perang bersama Rasulullah SAW..
beliau membakar semangat juang anak2nya yang pada mulanya dikatakan masih ada perasaan bimbang dan takut untuk berjihad ke jalan ALLAH..
maka si ibu inilah membakar semangat juang mereka dengan bait-bait syair yang membuat anak2nya, bahkan kebanyakan para syuhadah yang lain untuk berjuang hingga mereka gugur syahid dan memberi kemenangan kepada tentera Islam di bawah pimpinan kecintaan kita, Nabi Muhammad SAW..

marilah, kita tingkatkan semangat dalam diri mencintai agama kita terlebih dahulu dengan melakukan ketaatan yang wajib dan ditambah sunat2 yang dituntut dengan mengikhlaskan diri melakukannya hanya kerana untuk mendapatkan keampunan, keredhaan dan cinta ALLAH..

maka, janganlah sesekali kita beranggapan usaha paling kecil dari kita tidak memberkas dalam usaha ini. bila kita bersatupadu, bersatu hati meski hanya solat hajat dan doa, ianya tetap senjata ampuh dalam membantu menolong saudara2 kita di sana...
dan.. apabila satu dunia dapat bangun dengan amarah dan semangat, moga pihak2 berkuasa dunia akan tiada pilihan lagi melainkan mengikut tuntutan kita membela nasib saudara2 kita di sana... yakin dan percaya, redha dengan apa yang kita usahakan... ini yg terpenting..

sesuai dengan satu artikel baik utk renungan:
http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/01/umat-islam-memusnahkan-orang-yahudi.html


wallahualam..

Khamis, 8 Januari 2009

aku...

Aku suatu semalam yang telah lampau...
melihat wajah maksum itu sangat memukau...
sangat syahdu dan penuh syukur
aku hairan dan resah...
mengapa aku.......
aku adalah umatnya yang alpa

aku suatu semalam kelmarin...
memandang cahaya itu dan mereka itu sangat menyilau
sewaktu bertamu di rumah-rumahMU
sangat pesona sangat menggerunkan
aku hairan dan resah...
kenapakah aku....
aku hanya insan yg paling fakir

aku suatu semalam...
melihat diriku itu sangat asing..
telah sampai di gerbangMU lagi..
aku hairan dan resah...
bagaimanakah aku...
bisa sampai terdahulu dari mereka yang masih menuju kepadaMU

aku pada pagi tadi..
mengucup ciptaanMU yang penuh keberkatan
memerangkap diri..
melepasi segala pertanyaan yang berdekad membelenggu
memenuhi segenap doa-doa yang kudus dan tulus
kalimah-kalimah harapan terhadapku dari insan-insan beriman ...
penuh ikhlas dan kasih buat ku...

aku pada malam ini...
memanjatkan segala kesyukuran dan taubatku..
bahawa dengan KehendakMU jua lah segala
kenapa harus bertanya lagi
kiranya barisan-barisan solatku..
yakin dan mengucapkan lantas kalimah-kalimah syahadah dan Al-Fatihah..
yakin dan menyebut ayat-ayat suci MU tiap malam dan pagi...
mengapa harus dipersoalkan lagi..
kenapa aku dan tidak mereka...
inilah ujian yang KAU tentukan buatku
cobaan yang menentukan syukur atau kufur..

aku pada malam-malam yang berlalu
aku pada tiap detik yang berlalu
tidak diam penuh resah gelisah dan sangat menderita..
sangat menderita yang teramat sangat..
mengingat kembali dosa-dosa meski yang sangat remeh bagimu
airmata biar mau kering tidak dapat menenang jiwaku
pujukan dan pujian tidak sedikit dapat buatku tersenyum
pada siapa dapatku adukan keresahanku yang tenang dan damai ini
mereka tidak faham... mereka tidakkan mengerti
sehingga aku dikata sakit, gila, dungu, apa saja..
tak apa lah..

iya.. aku bukan abid.. tidak juga mualim..
langsung bukan ilmuan akhirat
kerana itu lantaran pemberianMU
aku sangat tersiksa menyesak dadaku
bagaikan ditusuk belati dihiris sembilu
maka... aku kini kembali kepada MU
hanya KAU, ALLAH saja sebaik-baik tempat pengaduan bagiku
sehingga aku dapat tenang dan aman di dalam kasihMU

aku pada malam ini...
adalah aku pada pagi itu yang telah mati
adalah aku pada petang yang hidup semula
adalah aku pada malam yang terjadi atas KehendakMU ..

aku pada hari esok...
berserah sepenuhnya atas segala yang KAU tentukan buatku
akan tiada lagi bertanya mengapa, kenapa dan bagaimana..
akan tiada lagi persoalan yang bergolak di jiwa..
yang ada hanya satu..
bagaimana dapatku membayar segala yang KAU kurniakan
yang telah lama kudustakan..


agar aku tiada lagi menanggung segala dosa dan aib ini
atas kemuliaan dan anugerah yang KAU berikan
atas aku yang KAU pilih atas kehendak dan sebab yang hanya KAU saja yang tahu..

atas aku yang memberi hampir tiada dari sesuatu yang terlalu AGUNG dariMU...
atas madu yang KAU berikan tapi racun yang kuminum...
atas kasih MU yang pernah kubalas dengan khianat
YA ALLAH.... TERIMA KASIH....

pada hari ini, airmata ku tidak lagi hanya kerana mengingat dosa-dosa ku kepadaMU
tidak juga airmataku HANYA takutkan siksa nerakaMU
tidak juga airmataku HANYA bimbangkan azab kuburku
airmata ku kini tidak kan dapat kutahan bila-bila masapun kerana rindu dan cinta yang terlalu mendalam kepadaMU
sehingga aku tidak tau malu dan tidak peduli siapa yg mau mencela atau berburuk sangka terhadapku kerananya..
sehingga aku tidak lagi mendengar suara memanggilku
sehingga aku tidak lagi senang berbicara dengan dunia
aku tidak peduli apa pahala atas amalanku
aku tidak peduli adakah syurga tempat untukku
bukan tidak mahu, bukan tidak mengharap
tapi aku tidak peduli lagi.. itu urusan MU, bukan urusanku..
kuserahkan jiwa dan usiaku yang tinggal sisa ini hanya kerana rindu dan cintaku padaMU
sehingga kasihku pada dia dan mereka yang dapat membawa aku kepadaMU
sehingga aku mencintai amalan dia dan mereka yang dapat mendekatkan aku padaMU

sehingga aku dapat sampai kepadaMU
sehingga aku dapat mencintaiMU
sehingga aku dapat cinta dariMU

YA ALLAH... pada saat ini tidak ku izinkan airmata ku mengalir selain kerana MU ..

YA ALLAH.. biarlah mereka katakan aku apa saja...

aku tidak peduli!
aku tidak peduli kerana sakit rinduku dan cintaku padamu tiada siapa dapat mengubatku..

Firman ALLAH,
Asy-Syuura:

46 Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong yang lain dari Allah yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayat petunjuk).

47 Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya) dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).

48 Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu) dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, dia bergembira dengannya dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.

49 Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

50 Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: Mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

51 Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

52 Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

53 Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.

Wallahualam..


ikhlas,
aryna














Rabu, 7 Januari 2009

ikhlas..

katanya,
"Hati yang bersih
Melukis kekuatan lewat masalah
Tersenyum saat tertekan
Tertawa saat hati sedang menangis
Mendoakan di saat terhina
Mempesona kerana memaafkan
Jiwa yang bersih
Mengasihi tanpa pamrih (mengharap balasan/keuntungan/manfaat)
dan bertambah kuat dalam doa & pengharapan...
obat apapun masalah yang datang hanya ikhlas
dari hati yang bersih"


hmm.... sebenarnya memang beginilah bila kita menghadapi apa jua keadaan, suka duka, nikmat maupun musibah.. ikhlas akan memudahkan segala urusan yang sukar maupun yang keterlaluan..

Dan tidaklah diperintahkan kepada mereka melainkan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus [QS: Al-Bayyinah:5]

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). [QS: Al-Kauthar:3]

ada beberapa orang bertanya saya, bagaimanakah dapat ikhlas kepada ALLAH dalam menjalankan ketaaatan...
jawab saya, sama seperti kata-kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya seperti saya nukil di bawah kepala blog itu yang luas-diertikan seperti berikut..
"bila kamu berteman, jadikan dirimu seorang yang tidak mengharap sesuatu apapun balasan untuk dirimu dan biarkan saja dia yang mengharap sesuatu darimu.."
"bila kamu lakukan sesuatu untuk apapun tujuan, kerja, sahabat, keluarga, hatta masyarakat meskipun orang2 yang membenci kamu, maka lakukan ia kerana mengharap redha, ampunan dan rahmat ALLAH semata-mata.."
"bila kamu lakukan kebaikan, sedekah, memberi sesuatu, hadiah atau apa saja pemberian berbentuk material maupun kata2 dan ilmu, maka, hendaklah tidak pernah sekalipun menyebut-nyebut maupun mengharap mendapat balasan kecuali redha, ampunan dan rahmat ALLAH SEMATA-MATA.. "

kenapa?! bagaimana dapat lakukan ini?!
hanya bisa dilakukan apabila hati kita merasa kita penuh dengan dosa, sangat hina dengan kekurangan dan cela diri, lihat ke tubuh kita, perlakuan, kata-kata, hati dan perasaan serta keinginan kita, tidak mungkin sedikit kekotoran dan hina di dalamnya,
maka rasa serba kekurangan dan cela ini hanya dapat dibersihkan dan diharap dapat diperbaiki dengan perkara-perkara kebaikan terhadap makhluk Tuhan dan ketaatan kepada ALLAH dengan hati yang tidak berbelah bagi selain mengharap redha, ampunan dan rahmat ALLAH sahaja kerana apakah lagi yang terlebih baik daripada redha, ampunan dan rahmatNYA?!!

dan.. selain itu, kita sentiasa sedar, bahawa dapat bernafas sebagai seorang ISLAM, umat Nabi Muhammad SAW yang sangat dicemburui dan diingini oleh para Nabi sahaja adalah merupakan suatu kurnia yang paling besar diberikan kepada kita.. apakah pula yang terlebih baik dan mulia pemberian Tuhan buat kita selain ini
tidakkah telah cukup buat kita bersyukur atas kurnia terbesar ini, perlu apa lagi untuk selain dari ini?! inilah pokok utama menghadirkan ikhlas di dalam hati dan jiwa..
selain itu, sentiasa bersyukur atas apa jua yang ALLAH tentukan buat kita, adalah perkara pertama menjurus hati yang bersih dan ikhlas..
amiiin...

wallahualam..

p/s: harap tuan di cahayamukmin akan mengupas lebih dalam isu ini. syukran
link:

Isnin, 5 Januari 2009

ingat...

Ketika kau ingat sesuatu atau seseorang ingatlah ALLAH juga..
ketika kau ingat kepada ALLAH, janganlah kau ingat kepada sesuatu pun jua..
ketika kau lupa akan sesuatu, janganlah kau lupa kepada ALLAH..
ketika kau terlupa pada ALLAH itu adalah kerana kau ingat kepada sesuatu..

Jumaat, 2 Januari 2009

harilahir...

malam tahun baru... tatkala orang menunggu detik 12 malam menyambut hadirnya tahun baru masihi.... saya juga menunggu detik ulangtahun kelahiran saya yang telah ditentukan Ilahi pada detik yang sama....
Ia sentiasa mengingatkan saya bahawa
tahun masihi yang baru,
usia saya telah meningkat,
tanggungjawab saya semakin berat,
masa untuk berjumpa Tuhan semakin dekat..
sangat dekat..

waktu-waktu beginilah telefon saya sangat sibuk dengan pelbagai panggilan dan ucapan,
setia berkhidmat..
esoknya...
tapi, saya masih menanti satu ucapan yang belum diterima yang sangat-sangat saya perlukan sebagai kekuatan semangat untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang tertinggal...
maka, tengahari tanggal 1 Jan 2009, saatnya tiba... bukan kerana terlupa atau tidak mahu tetapi ALLAH tidak mengizinkan beliau sampaikan pada malam tadi disebabkan talian di seluruh dunia yang sangat sibuk di saat menyambut tahun baru..

berbeza dari kesemua ucapan-ucapan yang saya peroleh sebelumnya, bahkan dari seluruh yang pernah saya terima seumur hidup saya, yang rata-rata mendoakan segala kebaikan buat saya seperti halnya biasa diterima oleh lain2 orang, yang ini sangat luarbiasa ucapan yang keluar dari hati yang paling dalam dan paling ikhlas....

katanya:
" Peringatan bagi orang yang lalai.
Ingatlah pada Ilaahi siang malam, sore dan pagi..
Wahai orang yang selalu bergemilang dengan dosa dan kemaksiatan..
Wahai orang yang sombong dan sewenang-wenang,
ketahuilah bahawa orang-orang yang bertaqwa mendapatkan keuntungan
sedangkan anda mendapatkan kerugian..
wahai orang yang berjalan di atas kehinaan dan dosa,
kecaman yang pedih tidak akan mempengaruhi dirimu
sedangkan cahaya keimanan telah terhapus dari hatimu,
maka nasihat lisan tidak bermanfaat bagimu.."

Astaghfirullahil'aziim... sungguh benar katanya... benar sangat dia kenal saya ini..
hingga tiada siapa yang pernah ungkapkan kata-kata begini sebagai sebuah hadiah harilahir buat saya...
tanpa kata-kata itu, maka saya tidak sedar saya berjalan sombong di muka bumi ini..
telah ramai saya palingkan wajah saya bila mereka mengingati dan doakan saya..
telah ramai saya doakan tanpa ucapan selamat buat mereka yang selalu ingat pada saya..
telah ramai saya ucapkan maaf dikala mereka meminta dari saya..
telah saya hanya menjaga hati orang yang menjaga hati saya..
telah saya sewenang-wenang terhadap orang2 yang cinta kepada saya..
telah saya hampir lupa mengingat kepada yang Mencipta saya di saat mengingat saat kegemilangan saya...
telah saya sombong apabila di mana saya hadapkan wajah, saya diperhatikan, dipuji..
telah saya sangat abaikan orang-orang yang memerlukan saya..
telah sewenang-wenang saya mencela orang2 yang cintakan saya dengan wasangka..
sedangkan segala sifat-sifat itu bukan milik saya hatta mana-mana hamba Tuhan..
moga di tahun baru ini, di sambutan hari lahir yang semakin menongkat, saya akan menjadi seorang yang lebih menghargai dan mencintai orang2 yang cintakan saya dan lebih mencintai Tuhan yang menjadikan saya sehingga mendapat cinta dari mereka dan DIA jua...
moga malam-malamku habiskan dengan bertaubat dan mohon ampunanNYA seperti selalu setelah beberapa minggu leka dengan permasalahan mereka sehingga hilang daya untukku dan DIA...
Ya ALLAH... TERIMALAH TAUBAT KAMI INI...

amiiinn.....