Satu mingu yang dingin, kerja berlambak seperti biasa, tertiba aku mendapat satu memo...arghhh apa yang aku buat lagi... aku baca dengan teliti.. satu arahan dari Majikan aku... ok.. aku teruskan membaca... Perhargaan kepada Majlis jawatankuasa Kelab Rekrasi EMKAY ... oooo anda dijemput ke "houseboat" bak kata melayu Rumah Perahu hehehe ...satu produk baru dari syarikat yg aku berkerja .. diaorang suh test rupanya... ok
So kami seramai 15 orang ahli jawatankuasa kelab tersebut berpusu-pusu ke Banding...
Suatu pengalaman yang menyeronokan tapi tidak dapat diulas dengan kata-kata jadi disini saya lampirkan gambar-gambar untuk tatapan kawan-kawan semua
Ini dia Houseboat.. di mana kemudahan ini dapat kita gunakan untuk menikmati Keindahan semulajadi Tasik temenggor dan dapat menikmati suasana Hutan Belum selama 2 Hari dan 1 Malam...
Level 1 Dining area cum Lounge Area.. tempat untuk bergossip dan melayan perasaan
Level 2 .. Chill area and bilik-bilik dalam deck ini... ok bagi aku dan 2 lagi rakan lain tidak diberikan bilik... kerana aku disenaraikan untuk Experience nature by outdoor view...hahah kan senang kata aku tido luar... ok kat houseboat ni ada 3 bilik.. dan aku impress ah dengan susunan n interior design yang simple n bergaya. Di level ini... klau hujan or panas aku akan abiskan masa kat sini... layan bantal2 empuk yang berwarna warni tu..
Ok ini roof top houseboat... dimana kita dapat menikmati permandangan Tasik temenggor dan Hutan Belum.. Kat sini juga diadakan BBQ untuk Makan Malam.. dan juga tempat tido saya.... dah dengar kena tidoq kat luar cepat2 saya book Hamock untuk tempat saya beradu.... hahahha syok ooo tido kat luar ... bunyi rimau ngaum, bunyi burung kuang and the best dapat ngok hornbill berterbangan awal-awal pagi...
Aktiviti-aktiviti di houseboat... cam-cam ada... kat sini ada boat kecik dimana kita di bawa oleh boat ini untuk ke persisiran... untuk melakukan aktiviti berhiking menuju ke air terjun Gadong... hari pertama ..sampai je dah kena hiking ... untuk sampai ke air terjun tersebut kena mendaki bukit, merempuh anak sungai dan berhiking selama 40 minit... sejurus kemudian apa lagi dah jumpa air terjun... terjun je laaaa hahahha.. air terjun ini baru je diterokai 2 minggu sebelum kami tiba disana... so kami ditugaskan untuk membuat kolam dengan mengangkat batu2 sungai dan menyusun untuk dijadikan kolam.....
Memang kerahan tenaga abis tapi syokkkk... dah berhiking mandi air terjun pastu kena wat kolam ... bayangkanlaaa... dan selepas itu kami ke houseboat semula.. aktiviti tidak berakhir dengan begitu sahaja
naik je deck saya terpikir bilik air mesti penuh sbb ada 2 je bilik air ... saya berbisik dengan rakan2 saya yang menunggu giliran untuk membersihkan diri... diaorang mengangguk ok dengan ini saya rasmikan kita terjun ke dalam tasik hahahha... dan acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan .....
ok aktiviti malam adalah BBQ... satay, ikan pari dan talapia bakar tu... terbaikkk!!!! selepas tu biasala typical malaynya aktiviti ...karaoke laaa... tapi pihak pengurusan telah mengubah cara karaoke ini dengan sesi jangan lupa lirik hahahha pecah gilaaa suma tabur guna lirik masing-masing...
dah abis ... aku lepak kat roftop, cubaan untuk memancing sambil menikmati suasana malam hutan belum ... dan akhirnya saya tertido di hamock saya tu...
Esok pagi kami ada aktiviti lagi... samada memancing atau water confidence... Saya memilih water confidence kerana saya memang suka berada dalam air.... saya xtau pemilihan saya tu tepat atau tidak.... pihak pengurusan berkata aktiviti water confidence meliputi aktiviti berenang dan berakit ...Woooo aku tesenyum girang.... tapi hah berenang 700 meter untuk ke rakit buluh yang telah disiapkan... ini bukan rakit yang ada pelampung tayar k... original buluh tau hehhehehe... penat woo cam masuk competition POWER MAN lak.. isk isk isk
Disamping membuat aktiviti tersebut...kami terjumpa Kepah... apalagi tangkap ahhhh... kasi bakar laaaa ditambah lagi kawan saya yang pergi memancing...dapat lak ikan toman (snake head fish) berat hampir 5kg... terbaikkkk
So penglaman ini saya katakan adalah salah satu latihan komando yang menyeronokkan ...