Rabu, 28 September 2011

Deko..Deko..Deko..

kali ni ACW nak share susun atur di bangsal baru ni...
Pandangan dari depan,
Bahagian atas yg terdedah ditutup dgn kanvas terpakai bagi mengelak tempias hujan. Bahagian lantai dicover dgn pasir supaya air kencing terserap terus ke dalam tanah...

Pandangan dari sisi
di sebelah depan tadi ada pokok cempedak dan di sebelah sisi ada pokok limau kasturi dan buluh madu utk bagi teduh dari terik matahari... Sorry, buluh madu xde dlm gambar.. hehehe..

Susunan sangkar
Untuk menjimatkan masa dan tenaga, ACW guna sangkar besi yg dilapik dgn kaki diperbuat dari besi.. tapi sbb kos yang tinggi terpaksa guna kayu jugak la lepas ni..

Susunan sangkar II
act sangkar2 besi ni digunakan utk isi arnab2 betina yang remaja atau yg telah di'mate'kan.

wad bersalin dan nursey
ok, sangkar kayu ni pulak utk arnab yg beranak dan juga sedang menyusu. lupa plak nak amik gambar kotak beranak dia..

King Suite
Ini sangkar utk arnab jantan... ACW ada 2 ekor je arnab jantan. Di kiri kanan sangkar dh diletakkan jaring utk ruang ehem..ehem.. ahaks..

Sliding door
ok, sangkar arnab jantan ni dilengkapi pintu di bahagian tepi dan 'tangga' utk arnab tu turun ke tanah utk mengejar sang betina. Si betina akan dilepaskan di kawasan yang di letak jaring tadi dan pintu sliding pun dibuka... lepas tu korang pikir sendiri la apa jadi.. eheh..!!

'Mate' arnab
Ha, tgk tu.. aksi kejar mengejar sedang berlaku..

Sangkar besar
Sebenarnya ini sangkar kucing yg 4 tingkat punya.. tapi kucing dh xda, so, ACW modified sikit, bhgn atas digunakan utk simpan brg2 cam palet, botol2 air, alfafa, bekas2 makanan/minum dan sebagainya.. bahagian bawah pulak digunakan utk simpan arnab yang telah bercerai susu dan sedia utk dijual... ok, itu sahaja. terima kasih kerana membaca.. Hehehe..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Bangsal Baru

Lama betul x update blog... kali ni nak cerita pasal bangsal aka pondok arnab.. Yeaahh.. bangsal baru telah siap dibina dan kini proses pemindahan sangkar2 arnab sudah bermula... sebenarnya banyak perancangan ACW nak memajukan penternakan arnab ni tapi dek kerana kekangan kewangan, semuanya tertangguh... terima kasih tak terhingga kepada kedua orang tua kerana sudi menjadi 'penaja' projek bangsal baru ni.. hehehe..
Pekerja sedang menyiapkan bangsal baru
Bangsal baru ni diperbuat daripada besi dan kos keseluruhan berjumlah RM1600 tak termasuk kerja-kerja tanah.. cewwaahh, dh macam projek rumah kos rendah la pulak, kan.. hahaha... ok, bahagian lantainya cadang nak letak pasir je, senang utk air kencing dia meresap dalam tanah terus dan memudahkan kerja-kerja mengumpulkan sisa buangan arnab utk dijadikan baja.. huhuhu.
Bangsal hampir siap.
 Kerja-kerja pemindahan arnab sudah pun bermula tapi belum siap 100%. Tunggu update berikutnya, kita tgk susun atur dalam bangsal baru nih....!!

Selasa, 8 Mac 2011

Hampir setahun tak update

kesian blog ni.. dah dekat setahun menyepi... aktiviti perarnaban masih berjalan mcm biasa, cuma x sempat dipaparkan di blog jer.. kat bawah ni ada sikit gambar2 arnab yang telah berjaya dijual dalam mudah.my... 

Trio 3 bradik. Cantik jer kaler depa. putih, kelabu, hitam
Yang ni special sikit, nampak ketara jambul dan jambang. 
Arnab yang sama diatas, pandangan dari depan.
Yang ni dia suka meninjau. sikit2 nak berdiri. nasib baik x masuk kolam.
 4 beradik, semua satu patern.. hehehe..
Semua arnab diatas ni dah pun terjual, saja amik gambar simpan buat kenangan... sepanjang setahun blog ni menyepi, boleh dikatakan banyak jugalah transformasi yang berlaku di dunia arnab kami nih. Antaranya, tambahan sangkar besi, tukar lantai rumah arnab kepada lantai kayu, sebab dawai yg cepat sgt mereput. kerja-kerja pembinaan dinding pagar pun tgh berjalan. ha, tak lama lagi arnab2 ni akan berpindah ke tapak baru.. tengoklah kalau ada masa, kami akan update dalam blog nih. kepada semua pembaca, terima kasih kerana sudi menjengok blog ni walaupun dh lama kami x update... TQ.

Sabtu, 13 Mac 2010

Lelong..lelong..!!!

 Coklat + Kelabu, pakai stokin putih.. hihihi... maybe betina

 
Putih mata celak + telinga hitam. maybe jantan..


Putih mata celak + telinga coklat. maybe betina

haaa.. 3 ekor kat atas ni nak jual.. sekor RM30.00 je.. Cepat.. cepat.. sapa cepat dia dapat..  
SOLD OUT...!!!

Jumaat, 8 Januari 2010

Setelah 3 minggu...


Akhirnya selepas 3 minggu aku biarkan Nini jaga anak dia sendiri, ada 3 ekor yang hidup dengan sihat. 2 ekor warna putih, mcm bapak dia. Sekor kaler coklat. Eh, coklat ke? ntah, campur2 la.. coklat ada, kelabu ada, putih ada. X kisahlah, yang penting semuanya sihat dan membesar dengan baik. Hari tu masa dia beranak aku perasan ada 4 ekor. Mungkin sekor dah mati dan ibunya dah makan anak tu sebab aku x jumpa pun bangkainya. Hmm.. eksperimen ni boleh la dikatakan berjaya walaupun x 100% yang hidup.

suka duduk rapat2..

Agaknya pagi ni sejuk kot...

yang ni paling comel, mata bercelak coklat..

Khamis, 31 Disember 2009

Apa la yg jadi...


Sehingga entri ni ditulis, aku x tau apa dah jadi ngan anak2 arnab ni... nak jengok takut ibu dia merajuk lagi.. yela, hari tu dia beranak sampai tujuh ekor tapi semua mati. la ni aku dah serik... biaq la dia jaga sendiri.. ibu ni pantang aku pi dekat ja, mesti dia nak tunggu kat depan pintu 'bilik' anak dia tuh.. mcm la org nak ambik anak dia.. huhuhuh.. tunggu la mungkin lepas sebulan, baru aku akan buang kotak tu... rasanya time tu anak2 ni dah kuat, dah boleh lari2 kot....itupun kalau depa suma idup n sihat la... emm.. harap2 mcm tu la...

Isnin, 21 Disember 2009

Nini beranak pulak...



Hari tu Si Nini ni dah beranak tujuh ekor tapi semua anaknya mati sekor sekor.... kali ni dia beranak empat ekor plak... mulanya aku plan nak asingkan anak ngan ibu mcm jebit buat tu.. tapi memandangkan skrang ni aku n wife teramatlah sibuk, takut tak sempat lak nak jaga anak2 ni, maka keputusannya, aku nak try buat eksperimen: beranak dan tinggal.... kalau dulu bila Nini ni beranak, aku selalu jenguk tgk perut anak2 dia bulat atau tak, kalau x, aku akan amik anak dia n bagi susu secara manual, natijahnya, anak dia mati sekor demi sekor.. mungkin dia x suka cara aku paksa dia bagi susu.... "Lu apahal beb? anak gua, gua tau la jaga." mungkin itu yg dibentaknya dlm hati, sapa tau, kan.. hehehe... kali ni aku nak guna kaedah tradisional yg dipanggil, 'ye mapuh gi ke mu...' biar dia jaga sendiri...


kali ni aku letak water dispenser rosak yg aku curi dari Miaw. Miaw ni pun beranak dah 2 minggu dlm water dispenser tu. skang anak2 dia dah bukak mata, boleh la aku pindah dlm kotak terbuka... act water dispenser tu dah rosak, so, aku punggah isi dlm dia utk bagi Miaw beranak....


skang ni bleh la guna utk arnab plak... hehehe... nak lepas bagi dia beranak dlm lubang tanah mcm si anip ni tak berani plak aku... takut ujan ka, ular ka, kucing ka, bewak ka.. tak ke naya.. huhuhu.... lepas ni tgk la mcm mana....