Thursday, November 12, 2009
Setelah sekian lama..
Ketika ini baru lah ada masa dan teringat akan TAG question di mana aku telah di tag oleh K.Nur & Lutfi. Sebelum menjawab soalan2 ni.. kena ingat pesan Lutfi - dia nak aku bagi jawapan cheesy (aku akan cuba sebaik mungkin tapi kalau x sampai ke tahap itu, sorry ya hehehe). So, here goes...
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Benda ek? hmmm.. sebenarnya byk benda yg penting bagi aku sekarang ni.. Boleh x aku mengada-ngada nk bubuh byk2 benda dalam jawapan? Let me just list out some of them first: my car, my lappy, my hps, oh well, it will be difficult to reach the end of the list.. so, let me just choose one as a priority.. I guess it would be my handbag which is filled with: my wallet, car key, my hps & macam2 ada.. haha.. =)
2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
Tengah mengingat kembali aku gi kedai mana yg paling last? Eh, well it was today during school: Beli sausages & air grape kat kantin sekolah for break time.
3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Kalau boleh ingin bernikah di dalam Masjid dan melangsungkan majlis perkahwinan/persandingan in one of the hotels in Brunei, tapi nampaknya seperti tidak di persetujui oleh emak (wahh kantoi sudah membuat plan persiapan perkahwinan - seolah-seolah mahu kahwin dalam masa terdekat - doakan saja ya.. XD)
4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
Jika sudah ketemu jodoh yg sesuai, berdoa agar hubungan itu akan kekal hingga ke akhir hayat, Amin..
5. Adakah anda sedang dilamun cinta?
Dilamun cinta? hmm let's see, so far - makan masih kenyang, mandi pun sentiasa basah dan tidur pun selalu terover masa - so I guess jawapannya adalah nope.. hehehe =P
6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
That would be at Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah building, Restaurant Dimsum Halal. Went there untuk berbuka puasa qadha few weeks ago.
7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Lately belum ada peluang untuk membeli buku tapi buku terakhir would be the one I bought in UK kalau tak silap. Tajuk buku pun tak ingat lagi.. lagipun barang2 aku dari sana pun x sampai2 lagi, uwaaaa.. =(
8. Nama penuh anda?
Nama dalam IC sekarang adalah Arni @ Nur Syahidah Nazeefah (Teman2 sekalian, Nursyeffa/Nursyeffarni itu hanyalah nama singkatan yang dihasilkan sendiri oleh yang empunya diri ya.. hehe). Nama alias itu pun baru ditambah pada tahun 2002. So, nama asal dalam surat beranak hanyalah Arni. (Hmmm, mengapa boleh terover explanation je aku nih!)
9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
Both TAPI lebih senang dengan emak. But still I love them both equally :o)
10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa di dalam hidup kamu?
I've met so many lovely people so far in my life, dalam & luar negeri. Tapi seorang yang ingin aku jumpa adalah: him - yg boleh menjadi teman terbaikku di kala senang & susah, gembira & sedih, yg akan menjadi suami mithali serta menjadi ayah yg penyayang kepada anak2 kami, yg akan memimpin aku & keluarga kami ke jalan yg terbaik di dunia & akhirat berlandaskan ajaran agama Islam. Moga2 aku akan dapat bertemu insan yang sedemikian, insyaAllah, Amin.
11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu.
I have more than 8 close friends. You know who you are =) Sayang kamu semua!!
12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
Yup, been doing that eversince Secondary school. Masa dulu2 masih dimanja dan dicucikan oleh mak.. Sayang mak!! Mwahhss.
13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
Nak sangat kembali ke Mekah & Madinah. Tujuan kali ini adalah untuk menunaikan haji pula =) [Ni kalau definition seronok = best]
[Kalau definition seronok = fun] The answer would be anywhere as long as I have the most happening, fun, sporting, bestest friends around me. Jom teman2 kita reunion.. rindu nak main Uno & Starboard game!!
14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Kak Nur:
1. One of the most supportive friends while I was in Durham (TQ for being there for me k.nur)
2. Suka shopping kat TJ Huges Newcastle (sampai aku pun ikut terjangkit - went there few times before I went back to Brunei)
3. Can't resist buying beautiful coats (especially time nak winter sekarang ni =)) and like buying lovely skirts too!!
4. Salah seorang penulis blog yg sgt aku kagumi - I love the share of Al-Quran verses, Hadith, Islamic views, etc and especially I love the flow of her sentences - suka sgt2!!
5. K.nur jenis yg tak tahan sejuk & she once occupied the room in house #60 that I once stayed in.
Lutfi:
1. Mula2 kenal macam budak baik je.. tapi rupa2nya.. He is actually a bubbly kind of guy dan mudah cranky especially kalau lapar atau ada negative aura all around him. (Tapi tetap baik la - ni kes takut kena marah, mesti simpan puji-pujian haha). Suka juga menyuruh tuan rumah #60 untuk membancuh teh (walaupun most of the time terlebih manis sehingga akhirnya disuruh menambah gula sendiri di dalam bancuhan tea kosong) dan teh tarik (mostly during starboard games/tournaments).
2. Suka menyanyi, membuat video klip & menari (ehem, ya sudah mula mengumpul fangirls - nasib aku dah ada autograph dia kot2 one day famous boleh gak aku berbangga diri LOL)
3. Inventor of "Uno versi kambing & berkumpulan/partners" & Starboard game (uhhh, aku rindu nk main Lutfi's board tu.. uwaaa).
4. He is the one who makes "Amazing Race Durham" happened serta telah menyebarkan sayap ke Amazing Race Cardiff selepas itu. (We had fun berlari-lari macam org "gila" di Durham city on a busy weekend.. kekeke)
5. Suka memasak (ye ke..?) bila ada mood, suka "Mengeji" tak kira masa tempat tapi yg paling selesa di dalam blog dia la kan.. hehe & menjadi mangsa perli teman2 rapat macam encik Rosmin, Mahadi join juga ke? dan tidak lain tidak bukan, myself yg memang suka "mengungkit-ungkit" perkara yg "boleh menjadi ingatan seumur hidup" LOL.
15. 8 perkara yang saya gilai?
1. Tidur - favourite thing to do bila ada free time haha..
2. Babysitting & entertaining my nephew - Irfan (miss him sebab balik kg belah his mom)
3. Bershopping dengan my lil sis (menjurus kepada kain, kasut dan lately pin sets/klips)
4. Ber facebook (at least sehari mesti check once)
5. Travelling (dh mula rindu untuk melawat tempat2 yg belum pernah pergi)
6. Benda2 yang mempunyai gambar/warna rainbow
7. Menambah koleksi baju kurung/baju kurung malaysia untuk kegunaan mengajar.
8. Bermain dengan my cats.
16. Pelukan atau ciuman?
Prefer hugs but love to give kisses to my baby nephew. Ohh tidak boleh memikirkan yg bukan2 dgn soalan ini ish3..
17. 8 buah buku yang paling baru dibaca?
Haven't read many books lately. Yg paling baru hanyalah buku mengenai pengajaran Lukisan for my reference next year.
18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
Depends on the mood.. Kalau ketika keboringan, kesunyian/kesepian, bersedih, akan ada jenis2 lagu yg tidak kisah untuk di dengar berulang kali.
19. Mari main TAG 8 orang lagi.
Aduhh, kalau aku bermalas-malas nak tag boleh x? Anyone yg nak jawab soalan tag ni dipersilakan.. =)
Fuhh sampai juga ke penghujungnya.. Sebelum mengakhiri post ini, kalau ada yang terasa hati, tersinggung perasaan secara tidak sengaja tu, I apologize la, jangan simpan dalam hati, kalau x puas hati sila bagitau & luahkan.. hehehe
- Nukilan Arni @ 12.37am waktu Brunei-
Monday, November 2, 2009
Bicara Dari Hati...
Entah mengapa akhir-akhir ini rasanya semakin sukar untuk menyusun ayat2 agar menjadi satu cerita yg menarik di dalam blog ni.. Bila baca blog orang lain semua best je, tetiba baca blog sendiri hmmm =S
Entry kali ni pun dah lebih seminggu mula ditulis tapi baru kali ini ada rasa nak post it up. Apapun, cukup sekadar dpt kongsi apa2 yg terjadi dlm kehidupan titian pelangi ku pun okay je kan.. =) Mix & Match of what happened lately..
# Different stories on the same day..
A week ago (30.10.09) terjadinya 2 kejadian yg berlainan. Ptg tu keluarga kami mengadakan majlis tahlil sempena 100 hari pemergian kedua2 nenekanda belah mak. Semoga roh keduanya sentiasa di bawah lindungaNya & di tempatkan bersama org2 yang beriman, Amin. Di sebelah malamnya pula, keluarga kami telah secara rasminya bertambah bilangan apabila my eldest sis selamat melahirkan seorang puteri. Welcome to the world baby girl yg seberat 2.63kg. Tahniah to big sis & hubby for the birth of their 1st baby. Penantian selama 5 tahun untuk menimang cahayamata akhirnya tercapai juga. Kami panjatkan syukur kehadrat Illahi di atas kurniaanNya.
# Pertolongan ikhlas takut disalah erti..
Sesuatu yang terjadi pada beberapa minggu yg lalu menjadikan aku takut berulang sekali lagi peristiwa pahit yang pernah menimpa diriku beberapa tahun yang lalu. Persahabatan ikhlas yang ku hulur kepada sang sahabat telah di salah guna. Aku dijadikan perantara dia dengan kekasihnya hanya kerana rumahnya berada di dalam lingkungan kampungku. Ku sangka hanya sekali pertolongan itu diperlukan tapi tidak, rupanya aku diheret di dalam satu situasi yg sgt sukar, sampai ke tahap bersubahat. Jgn salah sangka, bukan hal dadah, ini adalah mengenai jalinan percintaan yg terlarang oleh keluarganya dan aku pula dijadikan sebagai medium agar mereka dapat berjumpa sedangkan aku pula dijadikan supir yg mengambil & menghantarnya dari rumah. Namun akhirnya aku nekad untuk memberhentikan semua sketsa itu and sampai satu tahap, I quit helping her. It's not worth it, yg akan dituding dan disalahkan pasti aku akhirnya. Hingga kini aku masih sukar untuk berbaik dgn teman tersebut. Biar dia dengan halnya, aku xkan mengulangi membuat perkara bodoh sebegitu lagi! Aku masih ingat bagaimana aku berasa sgt bersalah (walaupun pada hakikatnya it's not entirely my fault) dan berkongsi cerita ini dengan linangan airmata kepada teman2 rapatku. It hurts to be used as such! Untuk membantu sekali mungkin ya, tapi untuk kali seterusnya aku akan berfikir berulang-ulang dan membuat keputusan yg terbaik bagiku.
# One of my waitings finally come to an end..
..Or should I say a new beginning? Alhamdulillah pada 3 November 09 aku dipanggil untuk menghadiri taklimat penerimaan surat tawaran daripada Jabatan sekolah-sekolah kementerian pendidikan. Syukur ke hadratNya jua, akhirnya impian ku untuk kembali menjadi pendidik, berkhidmat dan berbakti di sekolah demi kebaikan bangsa & negara tercapai jua. Kini aku bersyukur kerana tidak perlu menyusahkan ibubapa & tidak perlu dependent kepada mereka 100% lagi. Tiba pula masa utuk aku berbakti dan membalas budi & jasa baik mereka berdua, insyaAllah. Secara official, aku merupakan guru di salah sebuah sekolah rendah di Brunei Darussalam bermula 4 November 09. Aku di posting to my former skul in Kg Ayer and what else could I ask for? I am happy to be back to a familiar surrounding & people :))))
# Wahai my boxes yg dishipping, di manakah dikau berada?
Hmmm boxes aku yg dihantar untuk dishipping 20 August lepas x sampai2 lagi. I am quite worried. Macam2 dlm box tu ku perlukan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang perlu ku submit next year. Ya ALLAH, moga2 kotak2 ku akan sampai soon. Mungkin pihak shipping sengaja mahu mengumpul kotak2 pelajar lain jua kot agar dalam sama2 diorang hantar dalam satu kapal. Mudah kerja diorang tapi x mudah la aku nak menyelesaikan keje aku secepatnya =(( Kena doa, doa setiap masa & ketika dan banyak bersabar =)))
Okaylah kot maybe next tym lagi kongsi ceta coz my December xde cuti, aku akan kesekolah untuk bekerja dan dah ada aktiviti that I will be involved in.. (which i am looking forward sebab diorang Zeah & Nurul will be involved as well, yipeee).. Till next time..