Tuesday, April 27, 2010
generasi kedua
Posted by suriati jaafar at 7:20 PM 0 comments
Tuesday, April 6, 2010
FOR SALE....
Nama: Aa (SOLD OUT)
Nama : Bibi
Nama : Cici (SOLD OUT)
Nama : Didi (SOLD OUT)
Nama : Ee
Mereka berlima di adik-beradik, anak kepada June & Amei, D.O.B : 10 Feb 2010.
Posted by suriati jaafar at 11:22 PM 0 comments
Labels: for sale
Pendatang Baru....
Kami bincang-bincang tentang halatuju penternakan arnab kami. Setelah difikir-fikir, dan ditimbang-timbang maka buat keputusan untuk menjual semua anak-anak June dan Amei (walau hati dah sayang....) .Kemudian kami akan carikan bini baru lagi untuk Amei, hmmmm....berpoligami la Amei nanti.
Posted by suriati jaafar at 9:13 PM 0 comments
Monday, April 5, 2010
New Born
Posted by suriati jaafar at 11:31 PM 0 comments
datang dan pergi silih berganti
Setelah pemergian Even, June jadi gelisah, tak duduk diam dalam cage. Asyik gigit dan goncang pintu minta keluar. kesian lak dia. So, kami pun pergi ke petshop dan dapatkan seekor arnab jantan warna kelabu. Kami beri nama Abu. Umur lebih muda sikit je daripada June.
Sejak ada Abu, June jadi baik sangat. tak de lagi tunjuk sikap memberontak. Dia banyak mengalah pada Abu. Yangsi Abu lak tunjuk kuasa sepenuhnya.... Dia pantang tengok June minum air, walau dia tengah tidur sekalipun, dengar June minum cepat2 dia rampas daripada June. June pun mengalah je.
Tapi umur Abu pun tak panjang, lepas seminggu kami jaga dia, dia mati secara mengejut, tanpa sakit2 macam Even. June kembali mengganas semula.....
Selepas tu, kami pun beli lagi seekor arnab jantan baka lionhead berwarna kelabu. Kami namakan dia Amei....Amei pun membesar bersama June sehingga sekarang, dah jadi laki bini dan beranak pinak pun ! heheheh....
Posted by suriati jaafar at 11:19 PM 0 comments
Sejarahnya bermula di sini
Aku ni memang suka sangat kat binatang, terutama kucing, pendek kata tempat aku paling suka pergi ialah zoo...kihkihkih.
Posted by suriati jaafar at 7:48 PM 0 comments
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara....
Alhamdulillah atas segala limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah ke atas kami suami isteri.... Blog ini kami sediakan sebenarnya hanya untuk berkongsi cerita sahaja, kalau nak kongsi ilmu pasal arnab tu tak leh lagi sebab kami pun baru sahaja belajar. Blog ini juga adalah sebagai catatan penting kami khususnya dalam penternakan arnab ini. Kami ni bukanlah penting kami khususnya dalam penternakan arnab ni. Kami ni bukanlah penternak arnab secara besar-besaran. baru-baru belajar nak bela arnab je. ilmu pasal arnab pun tak banyak mana, timba pengalaman sikit-sikit.
Sepanjang penglibatan kami dengan arnab ni, dah banyak blog arnab yang kami rujuk. Melalui blog-blog itu lah kami belajar cara-cara nak bela arnab. Terima kasih kepada arnab Kiut, NS Rabbit, Arnab Ar-Rasya dan Arnab Manja. Diorang semua banyak bagi panduan pada kami. Insyaallah, jika diizinkanAllah, ada gak la teringin nakbuat secara besar-besaran. Doakan kami.....
Posted by suriati jaafar at 7:26 PM 0 comments