tayangan gambar

Isnin, 19 November 2012

anak kucing parsi



Ni anak kucing baru...kira sapa cepat dapat...RM550 dan RM600 je...
Arnab Changlun PETS MART dah buka......Kami menyediakan perkhidmatan BOARDING(Hotel Haiwan),  GROOMING ( Saloon Haiwan)

Juga menjual aksesori ......untuk haiwan je..la

Makanan haiwan......kesayangan dan haiwan ternakan

Haiwan peliharaan.....terutamanya arnab....kucing....hamster.....wonder pet(marmut)  sugar glider...ikan(coming soon bulan12 ni)


Ni Taman arnab yang kami buat kat Hari Penternak dan Peladang di Stadium Darulaman dari 4 hingga 8/11/2012. Kat sini agak mencabar sikit....Hujan......hari pertama ..habis arnab comot...tapi kita dapat selesaikan masalah tersebut dengan cepat...Terimakasih kepada jabatan Veterinar Alor Setar  sebagai pihak yang terlibat dalam pameran haiwan ternakan. 



Debab tunjukkan aksi manja...dah tak penakut dah..dah biasa la tu...kalau kat muzium padi dulu x boleh main dengan orang lain...takutttttt..


dok tengok  apa tuuu..?  ooo...anak arnab baru lahir...dah 3 hari dah ni...dah penuh bulunya...


macam-macam aksi adik-adik kita ni...teruja bebenor...nampaknya..


tengok je dik..geram ke?....bulu dia tu kami  tak jual... nak kena le beli arnabnya sekali.


syokkk...nooo sampai terduduk....


pegang elok-elok dik..jangan sampai jatuh...siannn arnab kalau jatuh.


tangkap   jangan tak tangkap...boleh tunjuk kat kawan....rugi oooo..tak masuk tengok..budak sekolah RM 1 je...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
lama dah tak up date blog ni....agak sibuk sikit.
Arnab Changlun Rabbit sekarang telah di daftarkan atas nama Arnab Changlun Resources. Dalam sunyi sepi tak up date blog ni...aktiviti kami berjalan cam biasa. ACR baru je buka Pets Mart kat Taman Keruing Changloon. So yang dekat dengan kami tu leh le mai ziarah kedai kut ada keperluan kucing arnab atau haiwan lain yang anda pelihara. Kami ada jual aksesori haiwan, makanan haiwan termasuk ayam, burung, ikan ....kiranya untuk haiwan yang halal untuk muslim je.Bawah ni ada gambar aktiviti yang kami join. Kalau ada mana2 agensi nak panggil kami untuk taman arnab call aje saya.





Pameran dan taman arnab di Muzium padi selama 10 hari.  Lebih kurang 4 ribu pengunjung terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa masuk main ngan arnab...kucing dan hamster yang kami sediakan. Lebih kurang 50 hingga 60 ekor arnab dilepaskan pada satu-satu masa.




time orang ramai masuk...habis arnab lari sembunyi...serik kut sebab kena kejar ngan budak2.


pemandangandari luar...tutup habis



time bagi karot....semua nak tunjukkan muka...


pegang hamster ke.?..geli ke...takut dik?


Main ngan kucing...tak ramai orang bela kucing kat rumah..  tak dak ruang...tak tahan dengan bau najis dia...kucing x dak disiplin  kawasan persekitaran tak sesuai...macam2 lagi la alasan   so kat sini la ada peluang nak pegang kucing, nak peluk dan dukung kucing ......betul tak adik2?.