Followers

Pages

Saturday, January 12, 2013

Kupu-kupu bertunang



Assalamualaikum.

Entri ni betul-betul dah basi. Tahun lepas punya cerita tapi baru hegeh-hegeh nak update sini. Iols busy amat uols. Bukak je sekolah ada je kerja nak buat. Pergi sekolah pagi, balik sekolah petang pastu pergi training budak volleyball balik lewat petang, malam pulak buat persiapan diri iron baju, kemas bilik, buat keje sekolah sikit-sikit segala pastu tidur. Tak sempat langsung nak jenguk blog ni. 
Tapi tak menghapdate pun aku tengok ada je visitor masuk sini. Terima kasih sangat. :')


16 Disember lepas, Apis sepupu aku tu bertunang. Bertunang dengan orang Rembau, so tempat berkumpul pastilah di rumah aku sebab itu je yang dekat kan. hee









On the way ke Rembau. Adik pegang hantaran buah-buahan. Dalam perjalanan tu boleh pulak buah-buah tu terbarai-barai. Memula buah mangga je jatuh. Pastu bila kereta tengah laju pastu ambik corner sikit, mula lah semua buah pun nak terbang. Sabo aje lah. Buruk terus susunan buah-buahan tu. kekeke... Ampunnn maksu.











I membawa sireh junjung. So, mesti menjadi ketua rombongan. Wah gitu kan.
Berdebor jugak takot kang aku yang kena menjawab pantun segala tu. Rembau kan kuat jugak adat-adat ni kan. Nasib baik diorang tak bagi pantun tau.












Ruhil membawa hantaran coklat dan muffin.












Tauke hantaran. :)
Maksu membawa hantaran kain pasang.













Rombongan cik kiah. hehe..
Banyak jugak tanya nya pihak perempuan tu. Bincang itu ini dah settle.













Nenek mewakilkan makteh untuk menyarungkan cincin.












Tahniah Apiz dan Syikin. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. 
Aminnn....













Budak sesat yang makin sombong. :p
Okbye.





P/s : Doakan kebahagiaan saya.









Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk tahun baru dah harini. Dan entri pertama di tahun baru ialah entri membebel dariku. Boleh? kekeke...


Esok bermula sesi persekolahan untuk tahun ni. Tahun ni seperti biasa aku pegang kelas hujung lagi. Tingkatan 4 Cantik pulak. Nanti tahun depan bawak lagi tingkatan 5 Cantik dan begitu lah seterusnya. Entah merasa ke tidak aku pegang kelas depan. Merasa dalam mimpi je lah kot.
Paling berdebar tahun ni aku mengajar Kemahiran hidup tingkatan 3. Selama dua tahun aku jadi cikgu, mengajar kh form 1 form 2 aje. Kali ni memang mendapat lah mengadap form 3 pulak. Aku sendiri yang kena study lebih nampaknya. PMR dah la berapa bulan je dari sekarang kan. Takuit!


Untuk pengetahuan uols, haritu aku accident sikit. Zaza menggatal pergi cium bontot myvi. Masa tu hujan amat lebat dan jalan amat jam. Tak tahu macam mana boleh accident. Bila orang tanya dan aku jawab brek tak makan jalan pulak licin, mulalah orang kata eh salahkan brek pulak. Baiklah baiklah. Memang salah saya tak jaga jarak yang selamat. Sangat menyesali diri sebab duit bonus lesap macam tu je nak repair si Zaza tu. Malas nak claim insurans sebab macam rugi je lagi pulak prosesnya sangat siput kan. Nak nak dah nak mula sekolah ni, susahlah kalau Zaza takde. Now, Zaza dah kembali vogue. Doakan Zaza tak accident lagi ye uols.


Azam tahun baru?
Aku rasa tak pernah kot nak berazam-azam segala ni. Setiap hari pun boleh cipta azam baru. Cuma di tahun 2013 ini semoga Allah memberikan aku kebahagiaan, kegembiraan, kesenangan, kejayaan, dan kesihatan yang baik. Semoga tiada kedukaan dan kekecewaan untuk tahun ini. Aminnn...









Selamat Tahun Baru 2013 uols! Semoga segala impian menjadi kenyataan. :)
Jangan lupa doakan kebahagiaan saya!





Sunday, December 30, 2012

Ijabkabul abang : 20122012



Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Pami telah selamat menjadi suami orang pada 20 Disember haritu. Rasa macam tak percaya je abang aku tu dah kahwin. hee
20 Disember ialah hari khamis. Biasanya orang nikah hari jumaat kan. Dah nak jugak tarikh 20hb tu, maka teruskan aje. Pagi tu semua saudara mara yang nak follow berkumpul di rumah kitorang.









Anis, sepupu sebelah abah. Gegar pulak gambar ni. Masa ni aku baru lepas jemput Hani (adik Kss), sampai rumah terus snap gambar ni. Tu yang gegar tu. hee












Hantaran vogue yang disiapkan oleh Maksu. Hebak lah Maksu. Habes semua tender keluarga yang nak kahwin ke tunang ke semua serah kat Maksu je. Cantik pulak tu hasilnya :)













Motif? hehe..
Boleh pulak tengah semua sebok-sebok nak bergerak tu, abang poslaju sampai nak hantar barang i. Nasib baik sempat tau. Barang apa i beli tu? Jeng jeng jeng...
Tentunya barangan supplement dari Shaklee. Maklumat lanjut boleh tanya di email ya : butterfly_gurlyzzzz@yahoo.com
Haa sempat. :p 













Adik dengan hantaran telekung, tafsir Al-Quran dan sejadah.












Hani dengan hantaran perfume. 













Ruhil dengan hantaran handbag ohmycoach. hehe..













Semua pembawa dulang hantaran masa Pami nikah haritu.
Terima kasih ye semua :)












Pakteh dan abah. Pakteh tu orang kuat majlis tu. Masa kenduri lagi lah dia semangat lebih. :p













Pami dan kawan-kawannya. Dia kata ada kawan-kawan dia ni baru lah tak rasa neves sangat. Ape-ape lah Pami oi. *tddmka













Proses ape tah ni?
Aku pandang je tak sempat nak tanya ape abah buat tu. Masa kenduri sebelah perempuan pun buat macam ni jugak. Petua orang dulu-dulu kot?












Mengkaver neves lah tuuuu. kekeke... :p












Itu ini segala. Dengan sekali nafas, sahlah sudah pernikahan Pami dan Syafiqah. Alhamdulillah...











Hai kakak ipar. 











Sesi pembatalan air sembahyang.













Alhamdulillah.











Masa ni agak tersebak sikit.











Tersebak banyak.











Finally, ahli keluarga kami telah bertambah. Syukur :)











Tahniah abangku kerana sudah berkahwin. Semoga kau tak berperangai seperti keanak-anakan lagi. eh...
hehe..










Terima kasih Hani sebab sudi join sekali. Cuti sekolah ni rasanya macam makin rapat dengan Hani. Terima kasih ye Hani sudi keluar dengan akak, dengar luahan perasaan akak (syhhh rahsia), dan jadi adik yang baik untuk akak. Juga sudi temankan akak sampai teraccident-accident si Zaza. hehe.. Jangan serik temankan akak lagi ye. Sayang Hani. :)












Buat abang dan kakak iparku, semoga bahagia sampai ke syurga ye. Semoga tabah menghadapi perkahwinan jarak jauh. Insyaallah selepas kesulitan pasti ada kemudahan. Aminnn...
Tumpang bahagia untuk uols berdua! :)






Saturday, December 29, 2012

durian crepe



Asslamualaikum.

Trend makan durian crepe belum habes lagi kan. Masa semua duk sebok cakap pasal durian crepe ni aku pun teruja gak  amende lah durian crepe ni kan. Sedap sangat ke? Sampai sanggup order online tau. Order online pastu kena pick up sendiri kat Taman Bandar Senawang tu. Tapi bila tiba hari nak kena pick up tu aku tak pergi ambik pun. Boleh? haha.. Sebab rasa macam tak berbaloi pulak dia jual 5 ketul RM13. Mahalnya kak. Akak guna durian tembaga ke apa.  :p
Pastu dah takde nak mengidam sangat pun sebab dah makan durian yang betul-betul dah. Puas hati terus.


Pastu haritu masa jenjalan ternampak pulak kedai kek kat Dataran Senawang tu jual durian crepe. Kedai tu jual 6 biji RM10. Mahal ke idok? Tiadalah ku tahu. Dah berkurun nak merasa sangat kan, haruslah laju-laju beli. Ada jugak dijual cempedak crepe, strawberry crepe, apa crepe tah lagi.
Dan ternyata durian crepe ni paling sedap!









Bila tengok resipi buat durian crepe ni, alahai senangnya. Tinggal rajin tak rajin je kan nak membuatnya. hee..
Nanti mood rajin datang, bolehlah buat. :p


Bahan-bahan ( 30 bantal )

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna kuning telur
Untuk Filling :
 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara membuat :

-Campur semua bahan kemudian blend dan tapis.
-Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
-Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk)
-Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream di tengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.










Muka teruja dapat makan durian crepe. hehe..
Sekarang tetiba dah teringin lagi. Gulp!
Macam-macam hal lah bayi dalam perut nih. eh..




Wednesday, December 26, 2012

Vitamin E Shaklee :: PALING BEST!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 4 bulan saya consume vitamin e shaklee. Dan sepanjang 4 bulan itu saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Baru minggu ni saya telah repeat botol yang kedua!  :)
Semangat sangat dengan vitamin e yang baru ni sebab ada tambahan grape seed extract. Color dia pun berubah dari kuning jernih kepada ungu gelap.



10 Kebaikan kesihatan grape seed extract  (sumber : google)


¬ Menyingkirkan radikal bebas
¬ Mengurangkan radang (inflammatory)
¬ Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
¬ Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
¬ Mencegah masalah kelenjar prostat
¬ Melambatkan proses penuaan
¬ Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
¬ Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
¬ Membantu fungsi sistem saraf otak
¬ Meningkatkan daya pertahanan







Taraa....
Inilah vitamin e shaklee kegemaran saya. Insyaallah saya akan tetap dengan vitamin ini kerana saya telah merasai kesannya pada kulit saya! :)
Antara kelebihan vitamin e :



¬ Vitamin penting untuk kecantikan kulit
¬ Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
¬ Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
¬ Mempercepatkan proses pemulihan kulit,bagus untuk mereka yang mempunyai kulit kering
¬ Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
¬ Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit serta menghilangkan parut-parut
¬ Awet muda


Bagus kan uols? Banyak lagi kebaikan vitamin e ini selain dari yang saya nyatakan di atas. Perlu diingat ya bukan semua vitamin e yang berada di pasaran boleh diserap dengan baik oleh tubuh badan kita. Jadi, sebelum uols melaburkan sejumlah wang yang belum pasti dapat memberikan pulangan yang baik, beralihlah kepada vitamin e dari sumber semulajadi dan tentunya dari keluaran Shaklee. :)
Kecantikan bermula dari dalaman. InsyaAllah.









Genap 4 bulan saya consume vitamin e shaklee. Alhamdulillah :)

A good side effect bila menggunakan vitamin e shaklee secara konsisten ialah kita akan dapat 'a younger looking skin'. Best sangat! hee..










Berminat untuk consume vitamin seperti saya? Boleh berhubung di message facebook saya di :


yana lyana



atau


Email saya di  shaklee_lyana@yahoo.com



Jangan mengalah sebelum berusaha, teruskan berusaha sehingga anda berjaya, insyallah..



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com