Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, July 19, 2013

Ujian di bulan ramadhan.

Alhamdulillah, biar lah Allah je yang membalasnya.Kejadian ni berlaku pada 1 ramadhan baru ni, Orang lain sedang gigih menambah pahala.., ada pulak yg tak de kerje sgt..menambah d... pulak.
Akak parking kat tepi salah sebuah shopping mall kat Kuantan ni, tapi tempat tu mmg agak sunyi juga., tapi selama ni pernah parking kat tempat lg terpencil, malah tinggalkan berhari pun, tak de apa plk..agaknya mmg dah nasib nak kena kali ni..
Aduhai manusia..apalah yang kamu dapat dgn berbuat macam ni..biar lah .dah teringin sgt nak lukis mural..kita jumpa jg di akhirat nanti..

Sunday, July 14, 2013

Renew passport di bulan puasa.

Terlebih dulu salam Ramadhan buat semua, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sudah, dan kita diberi kesihatan yg baik agar dapat melakukan ibadah2 wajib dan sunat sepanjang bulan yg mulia ini.
Semalam kami sekeluarga ke UTC untuk renew passport kami, kebetulan Yaya ada balik dari Uia, Tiha pulak takde kelas dan bdk  Eisya pulak, kami suruh 'cuti khas' hari ni...ponteng lah tu kata lainnya., hehe.
Waktu buat passport kali pertama dulu kat pejabat imigration , 2 tahun lepas, punya lah ramai orang, terpaksa tunggu agak lama juga, tapi kali ni, buat di pejabat imigration kat UTC, alhamdulillah, sangat cepat dan orang pun x ramai, mungkin juga sebab hari ni ramadhan pertama...
Kami renew passport sebab ada perancangan nak berjalan pada hari raya ketujuh nanti, insya Allah.Kali ni pasti meriah sebab pergi beramai-ramai, 2 family, family akak dan family adik akak Hazamin dan Yanti..tak sabar rasanya..Auzzie..Auzzie..wait for us..
Jom layan gambar..kat UTC semalam.memang bagus lah servis dia..cepat.
Bayaran untuk renew passport untuk 2 tahun rm100 , utk 5 thn pula rm500.

Sunday, July 7, 2013

Menebar jala sebelum ramadhan dan timun love.

Petang ni, encik suami akan ke Kuala Lumpur lagi, malam ni dia ada disscussion dulu ngan client sebelum meeting esok hari..Dia dah pesan suruh kejut kan awal pagi esok takut tak sedar kat hotel tu..almaklumlah, selalunya bila dia dah berkumpul dgn client dan kawan2nya tu, entah pukul berapa lah baru habis dan balik hotel tidur..Akak pun dah paham sgt perangai dia kalau dah tidur..huhu..bkn baru kenal sehari dua, dah 26 tahun dah..baru je sambut pada 4hb Julai baru ni..ada kat entri akak sebelum ni..kat sini.

Ehh..melalut ke lain pulak, sebenarnya akak just nak kongsi sekeping gambar je..ehh dua keping sebenarnya..satu gambar roti jala yang akak buat berdua ngan Tiha petang tadi, satu lagi gambar "timun love". Hah..memang pagi tadi akak buat nasi lemak untuk sarapan dan terus lah ke lunch tau..dan akak buat juga timun love tu sebagai penambah selera untuk insan2 yg tersayang..

Kiranya hari ini hari rajin akak lah..sebab sampai dua menu masakan akak hari ini..hihi
Tak tau lah kenapa yg rajin sangat..mungkin kerana dah nak menyambut Ramadhan ni kot, atau kerana nak isi perut encik suami elok2 sebelum dia ke Kuala Lumpur hari ini..atau..kerana suka hati..sebab satu perkara..hihi
Sebab satu perkara? ohh kak belum cerita lagi rasanya kat sini..
Tapi, macam banyak cerita pulak kalau terus bagitau hari ni, tunggu lah..next entri..baru best cerita..
Sementara tu..tunggu.....sabar..( macam lah ada orang yang jadi pembaca setia blog Ariana ni..emmm..)
Ok lah, jom kita nengok gambo yg akak janjikan untuk episod kali ini...

Sumber dari instgram akak..sambil tebar roti jala, sambil masak kuah gulai daging hancur.

Ni pula Timun love, tp gambar ni pinjam je, yg akak punya x sempat ambil pagi tadi..Kreatif kan..

Friday, July 5, 2013

26 tahun sudah..

Dalam tak sedar, 26 tahun sudah usia rumahtangga kami..Syukur pada Allah diatas nikmat dan anugerah terindah ini..4hb Julai merupakan tarikh yang amat bermakna, kerana bukan hanya tarikh ulangtahun perkahwinan kami, bahkan tarikh itu sebenarnya dikongsi bersama anniversary arwah Ayahndaku tersayang bersama Bondaku. Walaupun kini Bak dah tiada, tapi dengan ini, menguatkan lagi ingatanku terhadapnya..dan aku sentiasa doakan Arwah damai disana dan Al fatihah buat awah.

Dikesempatan ini, aku hanya ingin tujukan ucapan terimakasih buat suamiku tersayang..semoga rumahtangga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..moga allah tambahi iman kita..seiring usia yg semakin meningkat ini..

Terimakasih kerana menjadi suami, kekasih, teman, sahabat dan Ayah yg terhebat buat anak2 kita..

Walaupun jarang abang ucapkan,tapi ada satu ungkapan yg tak mungkin dilupakan sampai bila2..yg sempat di abadikan..

Ini pun kenangan tahun 2011 yg lalu.. ( copy paste dari fb lama..)Skrg fb cik abg ni dah tak aktif lagi..


Kadang-kadang ku rasa, akulah isteri yang terlalu banyak menerima, sedangkan kau tak pernah meminta apa-apa..kadang-kadang ku rasa akulah isteri yang baru terjaga, sedangkan kau tak pernah terlena..Happy 23rd aniverssary to my love one..Zahari Ahmad. Moga hari mendatang kita akan dilimpahi rahmat kebahagiaan yang melimpah ruah dari Allah. Ameen.
Zahari Ahmad Kekadang terjaga itu elok buat mengingati apa yg telah kita kecapi. Dan melakarkan satu lagi kisah hidup bersama.
Tak terbayang bagaimana kisah hidup ini seandaimya tanpa mu di sisi.
Kisah hidup yg tak pernah kurang dengan kasih dan sayang seorang KeKasih juga Isteri juga Ibu Anak-Anak tersayang juga Teman perjalanan hidup.

Kau lah segalanya Sayang. Dulu Kini dan Selamanya.
Luv U to. ALways. Happy Anniversary 24th not 23rd buat Isteri Yg Tercinta.
 
Terharu dan terkedu juga bila membaca teks ucapannya ni..bkn senang nak dengar..Ianya menjadi satu kenangan manis yg tersemat dalam sanubari sampai bila2.. 

p/s. suami korang macamana? segan silu ke tak nk ucap2 romantika d amor ni? hihi.Jgn marah.

Sekian entri merapu akak..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink