Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, February 27, 2013

Hepi befday my princess


19 tahun yang lalu,kelahiran mu kedunia menyinari hidup kami sehinggalah kehari ini..
Umi dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu, dunia akhirat tiha..
Happy sweet 19th birthday Tiha!

Ni gambar tahun lepas, belum buka bracess.huhu buruknya..

Tiha ngan Umi..Ada gaya tak muka kami?
Gambar terbaru Tiha..:))

Sebaik-baik hadiah adalah doa..tapi, ada juga lah tanda mata dari umi untuk Tiha, cuma..entah macamana boleh terlambat sampai..Sebenarnya hadiah tu, Umi dah order lama ,tapi sampai kehari ni, dah lewat sehari, masih tak sampai2 juga..alahai..nak beritahu ke tak kat Tiha yang hadiah tu otw..hilanglah nak buat surprise,huhu..Apa masalahnya pos laju ni ye..hari ni pun masih menanti-nanti..

Tunggu Akaknya balik dari U, baru nak makan2 kat luar celebrate beday tiha..baiknya..so, gambar yang ada hanya lah kek ni saja, yang Umi tempah istimewa untuk Tiha ...carrot cake..yummy..!

Amik lah kek ni dulu, ye Tiha,..sabar lah tunggu hadiah sampai..hehe

Saturday, February 23, 2013

Rendang kerang vs rendang ayam

Rendang ayam


Alhamdulillah,hari ni dapat memenuhi selera insan2 tersayang kat umah ni.walaupun penat sikit sebab kena masak dua versi rendang iaitu rendang ayam dan rendang kerang pulak...bukan nak tunjuk rajin,tapi kat rumah ni Abahnya dengan Eisya tak makan kerang,sedangkan Uminya ngan Tiha dan Kak Yaya tersangatlah gemarnya makan kerang...Asalnya Akak ternampak gambar rendang kerang tu kat fb member Akak pagi tadi..amboii sedapnya,itu yang terus ajak Tiha kekedai berhampiran cari kerang...Tiha pun suka sgt,sbb peberet dia..Pastu teringat Abah ngan Eisya yg tak makan kerang..jadinya Akak pun buat kptsn untuk buat dua2 jenis rendang sekali..baru lah dapat memenuhi selera semua kan..tapi,Yaya dah balik ke U,sian dia tak dpt makan,nanti kita masak lagi ye..Jom tgk gambar..

Rendang kerang


Jemput makan semua..hehe

Friday, February 15, 2013

Biarkan Allah yang menilaimu.

Sangat terkesan dihati apabila membaca bait kata-kata ni di Facebook "kata-kata Hikmah",membuat aku terpanggil untuk dikongsikan bersama rakan2 yang singgah di Teratak Ariana.
Jom hayati..mungkin ada diantaranya memang terkena batang hidung kita sendiri..

Gambar sekadar hiasan..dr google
Apabila engkau berbuat baik, orang lain
mungkin akan berprasangka bahwa ada
maksud-maksud buruk di balik perbuatan
baik yang kau lakukan. Tetapi, tetaplah
berbuat baik.

Terkadang orang berpikir secara tidak masuk
akal dan bersikap egois. Tetapi,
bagaimanapun juga, terimalah mereka apa
adanya.

Apabila engkau sukses, engkau mungkin
akan mempunyai musuh dan juga teman
yang iri hati atau cemburu. Tetapi teruskanlah
kesuksesanmu itu.

Apabila engkau jujur dan terbuka, orang lain
mungkin akan menipumu. Tetapi, tetaplah
bersikap jujur dan terbuka.

Apa yang telah engkau bangun bertahun-tahun lamanya, dapat dihancurkan orang
dalam satu malam saja. Tetapi, janganlah
berhenti dan tetaplah membangun.

Apabila engkau menemukan kedamaian dan
kebahagiaan di dalam hati, orang lain
mungkin akan iri hati kepadamu. Tetapi,
tetaplah berbahagia.
Kebaikan yang kau lakukan hari ini, mungkin
besok dilupakan orang. Tetapi, teruslah
berbuat baik.

Berikan yang terbaik dari apa yang kau miliki,
dan itu mungkin tidak akan pernah cukup.
Tetapi, tetap berikanlah yang terbaik.

Sadarilah bahwa semuanya itu ada di antara
engkau dan Allah. Tidak akan pernah ada
antara engkau dan orang lain.

Jangan pedulikan apa yang orang lain pikir atas
perbuatan baik yang kau lakukan.

Tetapi percayalah bahwa mata Allah tertuju pada
orang-orang jujur dan Dia sanggup melihat
ketulusan hatimu.

Terbaik dari Inteam Records

Salam Yaumul Jumaat ,Sayyidul Ayyam..buat semua..
 

Hari ni Akak cuma nak berkongsi produk2 menarik keluaran IN TEAM RECORD.
Pada yang berminat boleh dapatkan di kedai-kedai wakil jualan IN TEAM atau ke  
Ada banyak lagi tau..sila..sila singgah.

 

 

 

Wednesday, February 13, 2013

Kisah cuti CNY.

Seronoknya lah sebab akak dapat cuti seminggu sempena CNY kali ni.Tapi, nak pergi makan angin pun, baru je balik dari bercuti kat Singapore baru ni,lagi pun, anak sulung akak, Yaya, tak cuti lama, sampai selasa je, dan Abah dorang pun dah buka opis hari Rabu, dan sibungsu Eisya pulak start sekolah hari Khamis..( kemain jeles dia kat Umi yg cuti seminggu..hehe).

Cuti kali ni, akak pulang kekampung akak di Temerloh, Pahang dan sempat kemajlis kenduri anak sedare pupu akak di Jerantut (kampung arwah Ayah).
Rumah pusaka kesayangan Akak..disinilah akak lapan beradik dibesarkan dgn penuh kasih syg..
Photo
Juadah tengahari kami..nyum nyum..talapia goreng, gulai rebung dgn perut,,ikan haruan bakar yg sosnya dibuat sendiri oleh adik akak,JU.

Kali ni, akak balik berdua ngan Isya je, sebab abahnya banyak keje sangat,lagipun, Tiha dan Yaya pun banyak keje juga nak kena siap..Dalam hati, rasa sedih juga , tapi sikit je lah..yang penting akak dapat balik jumpa bonda tersayang dan adik2 serta anak sedare yang ramai kat kampung..Adik akak Hazamin inteam dan isterinya Yan pun ada balik..bertambah-tambah lah gembira rasa hati, sempat kami ke pekan sari Temerloh pada hari Ahad tu.. Jom tengok gambar..

Affan yg encem..kat pekan sari Temerloh..baik sgt dok dlm stroller.(minta kat Ibu dia gambar ni..tq Yan)
Affan ralit sgt tgk ikan2 dlm bekas tu..:)


Selamat pengantin baru buat Wani dan suami, (Ma akak yg tudung kuning tu, mak pengantin adalam mak saudara akak)
Ni kat restoren adik akak Ju, sblh mlmnya..sambil tggu makanan sampai.sedap masakan Ju..kalau balik mesti singgah mkn..
Pasangan yg sepadan..moga berkekalan hingga alam syurga. 

Friday, February 8, 2013

Cerita berjalan lagi..Lego Land.

Alahai..selagi tak abis cerita berjalan ni...
Ni waktu balik dari Singapore haritu, oleh kerana dalam perjalanan balik tu, kami memang lalu kat area Lego Land ni, maka Encik Abah ajak juga kami singgah..(punyalah sporting nya Abah) hehe, walaupun kaki dah sakit2 semua, tapi berjalan punya pasal..tahan lah juga..Bukan apa, sebenarnya, abahnya kan selalu sibuk, so bila dia free macamni, alang2 berjalan katanya, biarlah puas.Lagipun, dia tak mau nanti, si Eisya tu, menuntut Abahnya..bila nak ke Lego Land? so..itu yg singgah juga tu..hehe

Tapi, Uminya lah yang melepas nak ke JPO ( Johore premium outlet)..Tak pe lah, ada rezeki, lainkali lah kot..

Bayaran masuk, tak silap akak dewasa 140 ringgit..tapi, rezeki kami, belum sempat beli tiket kat kaunter lagi, ada seorang pompuan China ni, tanya nak beli tiket ke tak..dia jual murah..rm 80 hinggit je..akak tanya apasal murah sgt, katanya sebab tiket kwn2 dia tak jadi datang dari Singapore..kami pun beli je lah..:)
Banyak juga save kat situ..hehe.

Jom tengok gambar yek..

Pandai betul buat patung ni dari Lego..hoho




perasan tak patung tu pegang apa? mangkuk tandas..hehe

Kat tandas pun ada patung Lego juga..huhu

My three little  "Super" princess:) seronok sgt..hehe

Tgh tgk " show" ni



posing jgn x posing..umi dah malas, sebab penat sgt..

Serun naik benda ni..tinggi..

view dari atas

Kewajipan tetap ditunaikan, walau dimanapun berada.




Main ni dlm hujan..

Abah sempat lg angkat tgn peace tu..hehe
Demikianlah selesainya kisah percutian kami kali ini..Kuantan-Jb-Singapore-Jb-Kuantan.
Berjalan dimuka bumi Allah ini, sambil memerhati dan memuji kebesaran serta keagungan alam ciptaannya..
Sekian dulu, Wassalam.

Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday ( wet and fun)






Monday, February 4, 2013

Us.Azhar Idrus di Stadium Darul Makmur.

Ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus ni telah berlansung dgn meriahnya pada hari sabtu 2hb 2 baru ni, tapi oleh kerana akak yang sgt sibuk lagi pun, akak ke KL menghantar anaknda sebenarnya, itu yang tak sempat nak up date blog, sampailah kehari ini, tapi, walaupun dah agak terlambat, akak nak up date juga, sebab bukan selalu dpat tengok UAI ni datang ke tempat akak pula tu, di Kuantan, Pahang, walaupun akak sendiri tak berpeluang tengok UAI secara live, sebab tak de di Kuantan pada hari tersebut, tetapi melalui gambar2 yg akak lihat di fb kwn2 , akak tgk memang meriah sungguh, bahkan kalau ada bola pun tak seramai ini manusia yg membanjiri Stadium Darul Makmur..rasa terharu juga melihat sememang nya ramai yang dahagakan ilmu agama sebenarnya, selain dari  majlis-majlis lain..Syukur, alhamdulillah.

Jom kita tgk gambar ye..

UAI Telah membuat kejutan di Stadium Darul Makmur ..Kehadiran anggaran 100 ribu orang yang hadir ke Stadium Darul Makmur Kuantan ini malam tadi.
Yang lagi hebatnya... Walau pun hujan mereka tetap tidak berganjak, balik dsb. Subhanallah... Allahuakbar..
Hebat sungguh orang Kuantan. Takbir. —
Kelihatan Puluhan Ribu membanjiriri stadium Darul Makmur..malam Ni
Kelihatan anak muda yang dahagakan Ilmu ..bukan konsert mega
THIS IS DARUL MAKMUR!!!
Sedikit Bingkisan Di Stadium Darul Makmur,... Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin Baharin (Bollywood) malam tadi. Orang ramai dilihat memasuki stadium sejak jam 6.00 petang lagi sebelum mereka bersolat Maghrib buat julung kalinya di dalam stadium tersebut. Inilah sejarah dan kali pertama berlaku sejak 50 tahun lalu, umat Islam berjaya sujud kepada Allah di sdlam stadium berkenaan sebenarnya.
Moderator sedang bersiap sedia..sebelum UAI muncul bersama Ustaz Haslin


 Kredit buat blog ini.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink