Followers

Showing posts with label Attention. Show all posts
Showing posts with label Attention. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Beg Hilang di Airport, Apa Nak Buat?

Assalamualaikum

Aduh xsempat nak update blog dan ziarah blog kawan2....
Tengah sibuk berjimba2 dengan putera kayangan kat singapore ni.
Sedihnya esok kami akan terpisah lagi huhuhu...
Monyok aje wajah putera kesayangan hamba....semonyok hati  permaisuri sa'adong dan putera keciknya huhuhu
Beratnya hati nak berjauhan dgn dia.....huhuhu

Sori la yer ayat pembuka xde kena mengena dengan tajuk hihihi
Ingat lg tak kisah beg cikgu hilang lagi kat airport? Kali ni beg tu hilang kat airport Changi, singapore. Kebetulan kami mmg agak lambat pi amik beg gara2 cikgu sakit perut....ceri beri ler pulekkkk....
Elok sampai kat tempat amik beg, cikgu nampak la ada sorang kak jemah ni duk kumpul beg dia. Ada 3 biji semuanya. Salah satu nya nak sama mcm beg cikgu punya. Cikgu mcm teragak2 nak pi tanya betul ke itu beg dia sbbnya cikgu pun ingat2 lupa rupa beg  cikgu tu hahaha. Maklum ler beg baru beli dan pestaim pakai, so xberapa nak ingat rupa beg tu mcmana kui kui kui.

Tunggu punya tunggu, beg cikgu tak muncul2.  hati dah rasa tak sedap. Adoiiiii kacau daun betul la! Baru nak happy2, tetiba dah jadi mcm ni plak. Susah hati xyah cakap la. Nak pakai apa la kalau beg tu hilang terus.

So apa yg cikgu buat ialah segera buat report  kat bahagian Lost And Found. Mujur ler dekat jer. Lepas bla bla bla dgn adik Jemah kat situ, cikgu disuruh isi borang report kehilangan beg. Masa duk isi tu ler baru teringat cincin kawin ada dalam beg baju tu. Terlupa nak keluarkan dari beg. Alahaiiii lagi la sedih. Dah ler cincin kawin yg  yg sebelum ni kena curi.......jgn la cincin yg baru ni hilang jugak huk huk huk....

Waktu cikgu isi borang, adik Jemah tu  duk contact sana sini utk bantu cari beg cikgu.. malangnya xditemui. Cikgu bgtau adik Jemah tu  cikgu ada ternampak sorang kak Jemah ni amik beg yg sama mcm cikgu punya. Lepas tu adik Jemah tu ajak pi tengok sekali lagi kat tempat beg tu. Memang tak der, yg ada sebiji beg yg bentuk dan saiznya sama mcm beg cikgu. Beg tu mmg dari tadi tak bertuan. Hati cikgu  terasa mmg kak Jemah tu tersilap amik beg cikgu dah.

Adik jemah tu bgtau kat cikgu pihak airport aakan terus hantar beg pakaian cikgu tu ke hotel if dah jumpa. Hurmmmm makanya pasrahla cikgu dgn segala kemungkinan. Dahla baju yg cikgu pakai ke singapore tu cikgu dah pakai malam sbelumnya.......hohoho.....haippp jgn gelak! Psssssttt baju cikgu limited....so terpaksa la buat cenggitu....lagipun pakai kejap sgt......masih wangiiiii hihihi

Lepas balik ronda2 cuci mata sekitar orchard road, pihak hotel bagi tau beg cikgu dah selamat. Legaaaaaa tak leh cakap. Tengok jer beg tu memang betul la beg tu yg cikgu nampak. Mmg sah2 la sangkaan cikgu kak jemah tu yang terambik. Alhamdulillah semuanya ada termasuk cincin kawin. Makanya dapat ler cikgu berjimba2 dgn hati yg bermunge munge. En asben pun lega gamaknya wallet dia tak kopak membeli baju baru untuk permaisuri hati yg sorang ni hihihi....opsss termasuk ler baju putera kecik.
Alhamdulillahhhhh..

Moralnya lepas ni cikgu nak letak tag nama or apa2 tanda pengenalan kat beg baju. Yg kedua, tak payah malu2 nak pi tanya or siasat if ternampak ada org amik beg yg sama mcm beg kita. Biar muka tebal, asal beg dan harta benda kita selamat!

Tuesday, February 5, 2013

Perompak Sekarang Makin Berani !

assalamualaikum...

sbenarnya mood nak berblog masih zero....
tp kalau xbuat apa2 pun cikgu asyik duk pk yg bukan2...
cikgu memang mudah stress dan rasa down bila xsihat tambah2 bila doktor suspect mgkin cikgu ada tiroid.
takut rasanya nak tunggu keputusan  blood test sabtu ni.....
harap2 keputusan yg baik2 ajer....
bila down mcm ni,cikgu sgt perlukan ramai org di sekeliling cikgu...
kurang2 boleh lupakan sketika mslh ....alangkah bestnya kalau umi,ayah n adik2 cikgu ada di sini huhuhu

aihhh pjg plak intro duka lara cikgu ni.....
sbenarnya nak cerita ttg kes rompak kat tmn rumah cikgu di msia nun..rompakan ni berlaku seawal 7pg di hujung mggu.sape sangkakan perompak skrg dah berani buat keja jahat pagi2. kata mangsa, perompak tu 3 org,melayu dlm linkungan 20-an. bersenjatakan pedang samurai. perompak tu siap ikat kaki tgn mangsa. dua jam gak la perompak tu geledah rumah mangsa. tv,brg kemas,kereta semua depa hangkut....
nak jd cerita sblm ni mangsa buat birthday party. slps  mjlis tu,anak mgsa hilang anak kunci rumah. 2,3  hari lepas tu jumpa balik. kata mgsa tu lg, dia mcm prnah nampak slh seorg perompak tu hadir kat birthday party. Jadinya diaorang suspect perompak tu kemugkinan besar kenalan anak diaorang. Perompak tu katanya masuk dalam rumah tu bukan dengan cara pecahkan pintu ke mangga ke.... tu pasal mangsa suspect perompak tu ada anak kunci rumah tu. Mangsa pulak baru jer balik bercuti dari singapore.

Kalau betul la kenalan anak mangsa, boleh jadi perompak tu ingat, tuan rumah masih bercuti la kot. Ini andaian cikgu la. Moralnya,sape2 yang nak buat majlis, sila pastikan anak kunci rumah disimpan elok2. Satu lagi pesan la kat anak2 yg ada simpan kunci rumah supaya jgn letak merata kunci tu. Jangan sesekali bagi kawan2 pegang kunci rumah tu. Sekarang ni memang payah dah nak percaya kat sape2 kan. 

Wednesday, January 30, 2013

Tips Melancong : Hati-hati Bila Pergi Melancong Ke Sini

Assalamualaikum

Masa dalam flight hari tu kan, cikgu sempat la baca tips2 melancong ke beberapa buah negara dlm majalah 3sixty.
Opsss bukan tips nak ke tempat menarik. Tapi lebih kepada waspada di tempat2 tertentu.Walau pun tips ni lebih byk ttg luar negara, tapi rasanya boleh gak dipraktik waktu melancong kat dalam negara.
Kalau lah ada kawan2 or sanak sedara yg terasa nak ke tempat2 yg cikgu tulis ni, harap2 dapat la berwaspada cikit yer....

Vietnam: 
-Isu Rompak/Pencuri-
Sape2 yg pi sini sebaik2nya tak payah la sewa kete. Kete yang disewakan nombor plat nya lain sikit. So orang tempatan bleh tau la yg bawak kete tu pelancong ke tak. Selalunya pelancong yg sewa kete ni mudah kena rompak. Biasalah tempat diaorang kan,mesti la diaorang tahu pelancong suka pi mana. Nanti diaorang pancitkan tayar ke contohnya pastu pura2 dtg nak tolong. Kita plak bila dah kete bermasalah cepat jer keluar. Akhirnya kena la rompak.

Tips: dinasihatkan kalau nak sewa kete tu sila deal betul2 dengan penyewa. jgn lupa amik no telefon diaorang in case kereta tiba2 ada masalah. Jangan sesekali keluar dari kereta sewa tu. Kalau nak keluar jugak cepat2 kunci kereta tu. Kekadang org yg pura2 datang nak tolong tu sengaja buat kita leka, diam2 kawannya masuk dalam kete dan amik barang berharga.


Tokyo, Japan:
-Sami Palsu-
cikgu dah lupa nama2 tempat yang disebutkan. Maklumlah ai kan lidah melayu huhu. Kalau pi sana pastu ada monk/sami yang tiba2 datang mintak sedekah, korang tak yah la layan. Sebabnya kalau betul2 sami, depa takkan pi mintak sedekah atau mintak apa2 makanan dari orang ramai. Kalau ada jugak yg buat mcm tu, sah sah la sami palsu namanya.

Tips: ignore jer diaorang. 


Filipina, Indonesia dan Malaysia :
-Isu Teksi-
Yang ni plak masalah teksi tak pakai meter. suka la sangat amik kesempatan nak nak kat pelancong asing. 

Tips : sila cari teksi yg pakai meter dan kalau boleh tanya kat hotel jarak tempat yg nak pergi tu jauh ke tak. 

Bangkok :


-Tawaran Pemandu Tuk Tuk dan Jualan Murah-
Hak ni cikgu pun pernah terkena tau. Kat hotel2 selalunya ada jer tuk tuk duk cari pelanggan. rega tuk tuk memang murah. Bayar 20 bath kononnya nak bawak pusing banyak tempat. Bila dah naik dia cakap ada tempat batu permata berkualiti tinggi ler sangat tgh sale. Sale tu hanya utk hari ini jer....tak nak beli cuci mata pun tak per katanya. Kalau korang pi sana tak berniat utk membeli atau tak buat sebarang kaji selidik kedai batu permata yg betul2 bagus, tak payah la pergi walau sales nya 70% sekali pun. cukup ler takat pusing2 dengan tuk tuk tengok keindahan bandar bangkok.

Tips: sila tolak segala bentuk offer nak bawak ke tempat jual batu permata atau kedai2 lain kecuali korang dah mmg tahu tempat tu jual barang baek punya. Selalunya driver tuk tuk ni akan dapat komisyen bila bawak pelanggan ke kedai batu permata tu. Harga batu permata tu bukan murah2 yer. Konon2 kualiti bagus tapi hampeh sebenarnya. Psssttttt cikgu pun dah terkena. Rega cincin ratusan hengget, bila keluar dari kedai jer baru perasan awat cam cikai sangat batu permata yg dibeli tu. Tadi kemain lip lap lip lap.

Kebanyakkan Negara:
-Polis Palsu-
Ada jugak rupanya polis palsu. Bahaya betul. Kalau pi ke tempat asing tetiba ada polis atau sape2 la mintak nak check duit yg kita bawak konon2nya nak bantu kita supaya tak dapat duit palsu, berhati2 la ye. Boleh jadi polis tu hanya palsu semata. Time kita keluarkan dompet, dia akan terus sambar dompet kita tu dan bawak lari.

Tips: Elak dari terus keluarkan dompet. Kalau didesak jugak, ajak polis tu ke balai polis berhampiran dan bg tau korang nak tunjuk duit2 tu kat balai polis. Atau pun korang kelentong jer dah ada polis sahkan duit korang tu tak palsu hohoho

Paris:
-Penyeluk Saku dan Peminta Sedekah-
Yang ni cikgu tambah sendiri. Kalau pi paris, sila berhati2 dengan kumpulan gipsi dan peminta sedekah. Gipsi selalunya akan dtg dekat kita beramai2 cthnya waktu nak cross jln . time2 tu kita tak perasan ada antara gipsi ni akan seluk beg sandang/poket seluar. Diaorang memang sgt pro mencuri. Peminta sedekah pplak,kalau dah bagi sorang, nanti akan datang la yg lain2 plak kerumun nak mintak duit jugak

Tips: sila pakai beg sandang ke depan, bukan di belakang yg selalu kita  pakai tu. kalau letak duit dalam beg sandang, letak kat bawah sekali. Kalau boleh jgn simpan semua duit kat satu tempat.Asing2kan lebih selamat.Yg peminta sedekah tu, ignore jer....lantak la depa nak marah pun.......bukannya kita paham pun hihi

Syukur Blog CeqGu FREE MALWARE !!

Assalamualaikum

Alhamdulillah blog terchenta dah pulih seperti sedia kala. Cikgu tak tau la sape yg sempat bukak blog cikgu tadi. Cuma perhatian kepada :

Aisy Nasiha

Mama Zharfan 284

KY

kalau korang terbaca entry  atau ada kawan2 yang kenal tuan punya blog kat atas tu sila bagitau segera pesanan penaja ni, sangat PENTING dan sebagai langkah BERJAGA2 !! :

"sila DELETE blog CeqGu dalam bloglist korang dengan kadar SEGERA !

Pastu sila masukkan semula blog CeqGu dalam bloglist korang dengan kadar SEGERA jugak hahahaha .

Opsss sebelum add balik tu, kalau korang ada Google Chrome, sila google blog CeqGu. Kalau takder apa2 warning memang sah la blog CeqGu dah selamat."

Sesapa yg pakai Google Chrome memang akan dapat warning if blog yg nak dibuka tu ada MALWARE. Maka jom la pakat2 install google chrome muaahahahaha. 

Cikgu dah cuba usahakan sepantas kilat tadi. Mujur ler cikgu selalu check blog di awal pagi.  Dan sekali lagi cikgu nak mintak maaf sebabnya terpaksa dedahkan nama blog yg menjangkiti blog cikgu. Bukan marah atau tak puas hati, tapi utk keselamatan blog kawan2 yang lain.

Semalam cikgu buka blog suteraungu87.blogspot terus keluar warning dijangkiti Malware. Silapnya cikgu tak terus delete link blog tu dalam bloglist cikgu. Kesannya blog cikgu dijangkiti. kiranya cikgu bernasib baik sebab tahu link ni yang jadi puncanya. Jadi setelah bertanya pada en google, penyelesaiannya adalah dengan cara DELETE saja link yang dijangkiti tu dalam bloglist cikgu. Pastu cikgu scan blog CeqGu ni kat sini :


dan hasilnya blog cikgu dah pulih....................alhamdulillah....... ini buktinya yer 




http://arenis.blogspot.com ............. Overall Result : This site is Safe !!!

sebelum cikgu delete link yg ada Malware tu, ovrall result : This site is not Safe !

dan kalau blog cikgu masih tak selamat, cikgu pun tak dapat bukak blog ni di Google Chrome.


Sunday, January 20, 2013

Betul Ke Sultan Kelantan Berjiwa Rakyat??

Assalamualaikum...





Admin: Kisah Benar Tuanku Sultan membuat kejutan kepada ahli qariah Masjid Mukim
 Gunong dengan Tuanku Sultan memandu sendiri kemasjid pada waktu Solat Asar yang kebetulan Tuanku Sultan lalu di Kampung Gunong dari Bachok, Tuanku Sultan tidak memberitahu kepada mana-mana pegawai dan imam masjid tentang kehadirannya untuk solat di masjid tersebut. Imam hanya sedar bila Tuanku Sultan bergegas pergi mengambil wudu' dan pada waktu itu kelihatan pegawai-pegawai Tuanku Sultan dan jawatankuasa masjid keresahan kerana tidak ada persediaan langsung bahkan tidak dihamparkan karpet kuning dan sejadah berwarna kuning kepadanya kerana tidak bersedia. Sungguh, sangat bersederhana Tuanku Sultan dan memahami raut wajah imam yang keresahan, Tuanku Sultan bersalam seolah-olah mahu menenangkan..



semalam en suami tengah duk belek2 muka buku. Tetiba jer dia panggil suh tengok dan baca satu cerita ni. Sungguh tersentuh hati ni. Rasa bertuahnya negeri kelahiran cikgu punya seorang Sultan yang tak sombong macam ni. Wallahua'lam lah kalau cerita ni tak betul. Tapi berdasarkan cerita2 umi cikgu, insyaAllah cikgu rasa ini memang kisah benar.

Ini tak der kaitan dengan cerita politik yer. Tapi ini kisah keperibadian seorang raja yang sangat merendah diri. Tidak meletakkan protokol istana sebagai satu kewajipan. Lihat sajalah pada pakaian seorang yang bergelar Sultan ni. Tak der beza mana pun dengan rakyat jelatakan. 

Kenapa cikgu yakin dengan cerita ni? Umi cikgu bekerja di hospital, memang selalu jugaklah nampak Sultan datang. Kata umi kalau sultan datang, staf hospital tak perlu susah2 nak menyambut bagai. Kami rileks saja, tak perlu ribut2 kata umi. Tahu2 Tuanku dah sampai. No kapet2 kuning, no baju2 kot atau batik. Tuanku lebih suka berjubah dan berkopiah putih. 

Sultan yang satu ini juga minta rakyat jelatanya menggantikan laungan Daulat Tuanku di tukar kepada Allahuakbar. coppss ini juga bukan politik, tapi Tuanku lebih memandang kepada Kebesaran Allah melebihi pangkat dan darjat seorang manusia bergelar raja.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi Sultan Kelantan. Moga Tuanku kekal memerintah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. 

moral: kalau seorang raja boleh merendah diri sebegini, kita yg baru ada sebiji kete kenapa perlu menyombong tak bertempat...yer tak?? ^_^

Sunday, January 13, 2013

Apa Yang Berlaku di Syria?

Assalamualaikum.....

Kejamnya pimpinan Basyar Al-Asaad! Betul-betul kejam!!
Maaf yer cikgu agak emo sikit malam ni.
Baru lepas baca satu INFO PENTING yang harus diketahui SATU DUNIA !
Harap sesiapa yang belum baca,
luangkanlah masa kalian membaca info ini di blog Ummu Muhammad.

Cikgu rasa kita wajar ambil tahu tentang Syria.
Kenapa?
Kerana MEREKA adalah SAUDARA KITA!!
Saudara kita sedang dizalimi! Tua muda, kecil besar, lelaki atau perempuan semuanya sedang dizalimi dengan kejam sekali......
Sanggupkah kita buat2 buta dan buat2 tuli?
Kalau TAK SANGGUP, jemput baca dan sebarkan supaya kita semua tahu kebenarannya.


Tak Nak Kawan dengan Musang Berapi !

Assalamualaikum....

Alhamdulillah akhirnya masalah laptop cikgu dah settle.
Cikgu sangkakan laptop tua ni dah sampai masa nak bersara, 
tapi rupa2nya masih gagah perkasa....
Ewahhhh, harus dipuji, takut merajuk lagi.......hihihi
Aikkk dah macam pantun ler pulakkk....

Tak tau berapa kali cikgu try check virus.Sempatla tangkap 4 ekor dan dah selamat disumbat dalamjail!

Photo

Tapi tetap jugak web browser FireFox cikgu jadi lembab dan kerap not responding.
Kejap tadi cikgu try install google chrome, alhamdulillahhhhhh masalah selesai! yahuuuuuuuuu ya bedal buduuuu............hehehe
Maknanya Fire Fox tu la yg ada problem. Dah banyak kali tau jadi macam tu. Tak pasal2 buang duit upah orang format. Tak mau kawan dah la dengan Musang Berapi tuh. 
Errr Musang Berapi ker Musang Terbakar? kekekeke
Tak kisah la yang penting nama omputihnya Fire Fox. Gigih tau nak bukak satu2 blog dengan kelembaban tahap siput khinzir. Tu yg rasa lega sangat ni. Tenkiu En. Google Chrome.
Harap jangan ler jadi macam En. Musang tu.

Korang kalau jadi masalah macam cikgu, kasi boikot sama itu En. Musang dan bertukarlah kepada web browser yang lain hohoho.......

Monday, January 7, 2013

Gempar! Larangan Membeli dan Makan Seafood Dari Pantai Barat Sabah


Assalamualaikum....

Lepas tulis entry Tentang Brunei tadi, cikgu terbaca berita ni kat satu facebook........... kalau macam tu nak boikot dulu lah ikan2 dari sabah yg jual kat brunei ni..............huhuhu. Baru jer tulis cerita tentang ikan dari Sabah kat entry Tentang Brunei tu ish ish ish.  ............ Bang kita shopping ikan kat jerudong ajerlah minggu depan....huhuhu

Kerang-Pantai-Barat-Sabah

PAPAR — Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sekiranya ingin memakan kerang, pastikan ia tidak diperoleh dari pantai barat Sabah.
“Orang ramai diminta untuk tidak memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan-ikan pesisir pantai terutama yang diperoleh dari pantai barat Sabah.
“Jika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan,” katanya dalam kenyataan kepada di sini, hari ini.

Rabu lepas, dua kematian dilapor di Sepanggar, dipercayai akibat keracunan selepas memakan kerang yang dicemari toksik berpunca daripada fenomena air merah di perairan pantai barat Sabah.
Rosnah berkata daerah yang dikesan berlaku pencemaran air laut merah ialah Tasik Sitompok di Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Sepanggar Bay, (termasuk Kuala Menggatal), Likas Bay, Papar, dan Tuaran.
Rosnah turut memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan negeri juga telah menghantar sampel kerang dan air laut di kawasan Sepanggar ke Jabatan Perikanan Sabah untuk dianalisa pada 4 Jan dan mendapati terdapat kehadiran toksin PSP yang sangat tinggi di dalam sampel kerang.

“Kawalan dan komunikasi risiko berkaitan bahaya kejadian air laut merah telah dilakukan kepada mereka yang terlibat dan pemimpin tempatan taman perumahan yang berkaitan. Di samping itu, sebanyak 30 poster mengenai bahaya kejadian air laut merah juga telah ditampal di kawasan tumpuan ramai di taman berkenaan,” katanya.
Tambah beliau, Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Perikanan Sabah akan memaklumkan kepada orang awam mengenai perkembangan kejadian air laut merah dari masa ke semasa. — BERNAMA

Sumber : Kosmo

Wednesday, January 2, 2013

PENTING!! Hati-hati Dengan Sebarang Link di Facebook- MUST READ!!

Assalamualaikum...

Hari ni cikgu ada nak share satu kisah benar yg berlaku pada kawan cikgu beberapa hari lepas. Harap dapat la korang luangkan masa baca  benda ni  sebab ianya SANGAT PENTING!! Ia nya berkaitan dengan FACEBOOK dan juga KAD KREDIT.

Semalam kawan cikgu duk buat announcement dia dah buka akaun baru dan suh unfriend fb dia yang lama. Bila cikgu tanya kenapa, maka terkejut bosar lah cikgu dengan kejahatan manusia pada zaman teknologi serba canggih ni.

Katanya dia terima mesej dari sepupu kat fb. Dalam mesej tu sepupu dia tanya nak tengok tak gambar eksiden kawan dia dan tolong komen katanya. Kalau nak, sila klik kat link pada mesej tu. Kawan cikgu pun klik la link tu sebab teringin nak tengok. Bila dah klik dan varify tup tup tak leh bukak pulak gambarnya. Tak lama selepas tu bank pun hantar sms mengatakan kad kreditnya telah dicaj sebanyak beberapa ratus pound sterling. Terkejut 'blue hippo' la member. Dia terus call bank untuk cancel kan kad. Sepupu dia plak tak tahu menahu tentang mesej tu. Maknanya hackers punya kerja la tu!

Kata member cikgu lagi hackers tu siap amik alih facebook dia . Dia sampai tak bleh access langsung fb tu. Hacker tu pulak akan pilih kawan2 dalam friend list fb tu untuk kenakan orang lain pulak. So kawan2 tolong hati-hati bila nak klik apa2 link dan jgn cepat2 nak verify. Kalau yg hantar link tu orang yg dikenali sekali pun, tolong sms balik kat kawan tu utk make sure link tu bukan dihantar oleh mana2 hackers. Kompem kan betul2. Kalau link tu dihantar oleh orang yg tak dikenali, baik tok sah la jari tu duk tekan link tu. Biarlah di offer sejuta pound sterling sekali pun, tok sah la tekan. 

Selain tu, lebih baik korang elakkan declare orang ni sepupu ke/kakak ke/abang ke/ suami ke atau sape2 lah kat dalam fb. Kan kita boleh buat list family apa semua tu kan kat dalam fb. Haa sila elakkan. Hackers mungkin akan guna maklumat tu utk kenakan sedara mara/adik beradik kita. Well sedara mara/adik beradik tentu lah kita yakin dengan mesej diaorang kan. Tau2 kita dah terkena...............ohhh tipah tertipu rupanya!

Cikgu tanya lagi kat member, camno plak hackers tu bleh tau maklumat kad kredit dia. Yg tu dia pun tak tau nak cakap, tapi dia kata asben dia pernah beli software secara online. Mungkin dari situ hackers tu dapat maklumat kad kredit dia. So sekali lagi hati2 beli barangan online nak2 yg luar negara.

So waspadalah yer kawan2 dan sedara mara. Tak kiralah ada kad kredit ke tak der ker..............orang kalau dah berniat jahat, ada ajer taktik tak senonoh yg diaorang nak pakai....Wallahua'lam

Tuesday, January 1, 2013

Budak Lelaki Umur 13 Tahun Merogol Wanita?


MasyaAllah terkejut cikgu baca status kawan kat fb kejap tadi. Tak sangka tanah airku dah makin tak aman.
Katanya budak lelaki umur 13 tahun dah berani nak rogol wanita berbangsa cina kat dalam toilet stesen minyak shell (Jalan Munshi Abdullah). Dan yang paling sedihnya budak tu beragama islam. Apa nak jadi dengan moral manusia sekarang ni haaa. Memalukan agama jer! Berhati2 la kaum hawa ye, tak kira usia tetap kena waspada.

Kata mangsa peristiwa tu berlaku masa dia nak keluar dari tandas. Tiba2 jer budak lelaki tu tolak dia masuk semula ke dalam tandas. Mujur la tak sempat dirogol. Kata mangsa tu lagi, boleh pihak polis tanya dia sama ada nak lepaskan saja budak tu atau nak buat report polis. Bayangkan kalau benda ni berlaku pada kita atau anak2 perempuan kita? Nak lepaskan ke agak2? Budak macam ni boleh dikategorikan ada masalah. Perlu jalani rawatan!

Cikgu rasa ini mungkin ada kaitan dengan pengaruh CD lucah. Dulu pernah ada murid yg ada masalah dengan seks. Semuanya gara2 dia tengok cd lucah abang dia. Yang sedihnya, budak tu baru 8 tahun! Kerana cd lucah tu, budak tu cuba2 nak buat eksperimen kat tandas sekolah dengan jantina sejenis.

Ibu2 n bapa2 sekalian, tolonglah berwaspada dengan apa yg anak2 duk tengok. nak nak yg suka online sampai tengah malam tu. Tolonglah check selalu sebelum terlewat!    CD-CD lucah tu, tok sah la 'terbeli'............jangan kerana kita yg dewasa ni, otak anak kita pula rosak. Satu lagi, kalau boleh jgn selalu izinkan anak perempuan kita tu keluar meronggeng dengan kawan2. Dunia sekarang dah tak selamat!

Pihak berwajib, tolonglah buat sesuatu tentang CD lucah ni. Kat pasar malam berlambak orang duk jual. Yang jual tu pulak budak sekolah rendah! Dengan muka tak malu duk offer kat orang suruh beli. Aduhaiii rakyat Malaysia ku, tanah airku.....

Sunday, December 30, 2012

Berhati-hati Dengan Botol Air Mineral Di Airport dan stesen Bas!

Assalamualaikum....

Baru kejap tadi singgah fb jiran terchenta cikgu kat malaysia nun. Ada taktik terbaru penyeludupan dadah. kalau sebelum ni kita dengar tentang ada orang malaysia yang kena tangkap sebab dituduh membawa beg berisi dadah pada hal dia tak tahu menahu ttg isi beg tu, kali ini ada taktik licik yg lain pulak.

Taktik baru ni, diaorang seludupkan dadah dalam botol air mineral plak. So hati2lah bila kat airport atau stesen bas. kalau ada yang mintak tolong pegang atau tengokkan botol air mineral tu, baik tok sah lah. bagi jer apa2 alasan n terus beredar. karang tak pasal2 jadi macam kes orang mintak tlg jagakan beg, tiba2 datang polis geledah beg tu rupa2nya ada dadah. Beware yer kawan2.

Thumbnail
Botol mineral mengandungi air. tapi di sebalik label air mineral tu sebenarnya ada dadah.

Kalau rajin cuba tengok video ni kat youtube, klik SINI 
Walau pun dalam video tu bukan menunjukkan kat airport malaysia. Tapi tak mustahil boleh berlaku kat negara kita kan. Bukan kat negara kita ajer lah, kat mana2 pun boleh berlaku.

Dunia sekarang ni, kita nak berbuat baik pun payah. Ada saja taktik jahat manusia ni.. Yang herannya benda salah bijak pulak kepala otak depa ni berfikir. Kan bagus kalau gunakan kebijaksanaan tu untuk perkara2 baik.........huh macam2. Semoga allah pelihara kita semua dari perkara2 tak baik. aaminn

Wednesday, August 15, 2012

tiada tajuk (ramadhan 2012)

hurmmmm.......awal posa (21 julai )dah angkat bendera jopun..........hari ni (15 ogos) angkat lagi.......nampaknya tak dapek la nak solat tasbih n solat raya tahun ni....sedihhhhhhhhhh......baru jer pasang niat nak bawak firas solat tasbih......solat raya mmg tak leh la nak bawak firas sbb selalunya masjid kat kampung cikgu penuh sampai melimpah ke atas jalan tar......tak der rezeki tahun ni.......huhuhu

Tuesday, April 17, 2012

Alahaiiii Pavlovaku...Faktor-Faktor Kegagalan!

Assalamualaikum...

pavlova oh pavlova...hurmm...dek kerana namanya cam pelik sikit...jadinya cikgu teruja bebenor nak masak pavlova ni...search..punya search kat youtube ...jumpa la satu yg berkenan di hati... ishh mudah jer rupanya...bahan pun tak der la banyak mana pun...aiii bleh try test nih.....

itu ler keja cikgu masa dalam cuti bersalin...masa tu dah habis pantang...so try ler buat ..tak sangka menjadi...maklum ler cikgu ni jenis tangan jarang nak menjadi kalau buat apa2 hehe...so hepi ler kan bila dah jadi...tapi agak2 jer la menjadi sebab tak pernah makan pun..just tengok comments orang yg pernah makan..rasa2 menjadi lah...tapikan ...ya ampunnnn manisss bangat...

sebenarnya arini cikgu bukan nak story mori tentang resepi pavlova...rasanya orang pun dah muak nak baca resepi pavlova..rata2 dah ramai yg tahu...so cikgu nak sembang apa ?? ni haaa nak mencurah perasaan hati..jiwa dan raga waktu buat pavlova....sebenarnya kannnn..dah byk kali cikgu buat pavlova....tapi sekalii jer yg menjadi huhuhu..puas cikgu google....tak jugak jumpa apa faktor2 kegagalan pavlova cikgu ni...hampir2 putus asa la jugak...

kali kedua cikgu masak pavlova ni kat brunei...memandangkan kali pertama pavlova cikgu menjadi...dengan penuh semangat yg jitu (cewahhh) siap import oven tua mak cikgu kat kelantan tu ke brunei...kikiki...ni ler rupe oven tua yg berjasa tuh....

ihsan en.google..


haii merasa jugak ko naik kapal terbang yek oven...siap gi obersi tuh....hehe....nape la cikgu sanggup bawak dan tak beli jer kaat brunei...jawapannya ialah SAJERRRRRRRRRR...hehehe...malas la nak beli...kat sini mahal cikit..lagi pun kat rumah cikgu dah ada sebijik...cuma saiznya besar...so susah skit ler nak mengangkut ke sini...dulu masa angkut barang dengan kargo..tak terpikir pun nak bawak oven bagai....bila tengok oven mak cikgu yg cute miut tu...zappppp terus buat ayat manja nak pinjam setahun kikik...sib baik mak cikgu kata ...'amik la'....lagi pun mak memang dah tak guna pun...bila oven dah ada kat brunei ni....cikgu tak sabo2 ler nak try buat pavlova kali kedua dengan penuh gaya konfiden ....sekali tak jadi daaaaaaaa.....kulit pavlova yg sepatutnya garing tu...tak garing2 sampai dah nak jadi hitam rupanya...maka pasrah la cikgu...nak makan tak lalu...pavlova lembek...terasa cam hanyir2 telur tu kat lidah..eee tak tahan teman...

cikgu pun pikior ler ngape la plak pavlova aku ni tak menjadi...kaji punya kaji...rase2nyeee sebab cikgu kurangkan gula dan suhu tak betul kot...maklum ler oven tua cikgu tu tak pakai nombor yg macam kat oven sekarang ni...oven lama tu pakai nombor roman daaa..I,II,III,IV,V....hurmm..camne nak tau suhu 120 darjah celcius...dulu pun main agak2 jer...dah tak ingat plak cikgu letak suhu tu kat nombor berapa...kali kedua ni main hantam letak juga...tak menjadi la plak...sedihh

tak per...tak per...selagi tak jadi...cikgu nak buat jugak....usaha tangga kejayaan...jeng jeng jenggggg....maka buat la kali ketiga...rasa2 kali ni menjadi kot...sebabnya cikgu dah dapat info tentang suhu oven tu dari sorang kenalan yg tak dikenali ( aihhh ayat apa niii!)...ni dia suhu yg tepat :

Very slow 120c /250 F-I
 Slow 150 c /300F -II
 Moderately slow 160c / ,325 F- III
Moderate 180c /350F -IV
 Moderately hot 190c / 375F -V

 kali ni memang konfiden jadilah sbb dah bleh letak suhu dengan tepat...pastu terus la gatai tangan nak try bubuh buah anggur plak dalam meringue...kononnya nak atasi masalah manis...nak buat eksperimen la kununnnnnnnnn....kali ni tak berani nak kurangkan gula dah...cer teka cer teka menjadi ke tak? hehehe....yahuuuuuuuuuuuuu TAK JADI JUGAKK!!!! grrrrr....still tak crunchy dan lembek...sampai dah rasa nak gaduh jer dengan pavlova ni....kaji lagi faktor2 kegagalan kali kedua...maybe sebab gatai pi buh buah anggur kot...anggur jadi berair ..tp masa buat meringue tu cikgu rasa cam tak cukup kental...tangan plak lenguh sebab guna mixer yg tak der stand...mungkin juga sbb benda alah ni pavlova tak menjadi...wahhh macam2 dipersalahkan yer....

semalam gigih buat lagi...kali ni kalau tak jadi jugak...memang cikgu isytihar perang dengan pavlova...tak kuasa dah teman nak membazirkan telur...sebelum buat tu...cikgu tengok beberapa youtube how to bake pavlova...hurmm...kali ni pasrah lerr....jadi ke tak ke..lantak la...tengok mood firas pun ok jer petang semalam...terus cikgu ngajar hero malaya tu buat pavlova...aduii la tak amannnnn dibuatnya....ada saja yg nak disentuh...udah la mama kamu ni tensen dengan pavlova...kejap pegang itu...kejap nak lalu bawah wayar mixer..aduiiiiiiiiiiiiii....mesti ada yg cakap knape tak buat atas meja...kalau buat atas meja..sikecik tu tak nampak...mau la dia meraung2 suh dukung...ohhhh tidakkkkkkkkkkk...tak menjadi lagi karang pavlova ku....kali ni cikgu nekad nak pukul dan 'rotan' telur putih tuh selama yg mungkin...dah berkilat2 baru ler cikgu berenti...tengok texture meringue kali ni cam lain skit...lebih padu n glossy2 gitu ...dalam hati terdetik (ewahhh)....macam nak jadi jer..opssss jgn perasan dulu karang tak jadi plak....hehe...

bila dah tuang meringue tu atas kertas...tangan ni gatai plak nak buat bentuk segiempat...macam dah boring ler plak asyik2 bulat ajer....tapi risau jugak karang tak menjadi sbb derhaka bentuk kikiki...lantak la labuuu...makanya jadi ler bentuk segiempat tepat....cikgu guna suhu 120 darjah celcius...selama 1jam....hurmm....tak masak masak la pulakkkkk....tambah lagi masa 45 minit.....tingggggggg (bunyi oven) jeng jeng jenggg......check check....alahaiiiii lembek lagiiiiiiiiiiii...hurmmmm....tak per....tambahkan lagi masa 30 minit...suhu naikkan ke 140 darjah celcius.....tinggggggggggggggg......check pakai pisau ..berlobang tepi pavlova ku....hurmmm isi dalam macam dah masak...tapiiii kulit kat luar tak rangup punnn...dah start putus asa...cikgu letak suhu 160 darjah c...masak lagi 30 min....elok2 asar dah masuk..pi semayang dulu...lupa plak nak doa supaya pavlova menjadi huhuhu....lepas siap semayang...terus pi tengok pavlova....sentuh lagi kulit tepi pavlova...lembut jer...hurmmm gagal jugak nampaknya...kali ni serpihan pavlova tu masuk dalam mulut...aihhhhh awat terasa cam rangup2 jer...ehhh ehhhh...terus cikgu sentuh bahagian atas pavlova...alamakkkkkkk.......cer teka apa jadi??

*
*
*
*
*
*
*
*
*


Alhamdulillah...menjadi jugak pavlova cikgu setelah 4 kali mencuba...ni ler rupa pavlova segiempat cikgu...pavlova ni kalau nak tau memang rupa asalnya buruk....sebab tu ler kena make up kan dengan 'bedak dan liptik MAC'...hehe (whipping cream dan buah2 fresh)...retak2 tu memang biasa...retak tu tanda pavlova anda menjadi ler...en asben dari semalam tak sabo nak makan....tp puan bini kata...saboooo...ni dessert utk esok...hehehe...

KESIMPULAN:
dari kaji selidik cikgu ler...antara sebab pavlova tak menjadi...(lembek dan tak rangup)...
1. meringue tak menjadi....kena pukul telur putih tu biar lama...cikgu buat sampai telur putih tu terasa macam berat...dan berkilat...selagi tak berkilat dan padat...putar lagi....sebaik2nya guna mixer ada stand supaya tak cepat putus asa nak tunggu meringue berkilat hehe

2. suhu kena pandai ejas...lain oven lain suhunya..lagi2 oven tua macam cikgu punya..suhu dah tak berapa nak betul..orang lain masak pavlova sejam or sejam lebih jer....cikgu plak hentam sampai dua jam lebih huhuhu...kalau tak pasti suhu yg sesuai utk pavlova ni...better guna suhu yg rendah dullu..nanti baru naikkan sikit2

3. jangan duk gatai buh buah2 kat dalam meringue!

4. make sure gula betul2 dah sebati dengan telur...kalau dalam meringue tu rasa berbintil...maknanya gula belum larut...putar lagiiii...

5. make sure bakar pavlova di tengah oven...kali ke3 cikgu buat pavlova tu...cikgu terletak kat bahagian bawah....cepat ler hangit yanggg oiiii...pastu dan dan tu jugak alihkan pavlova....hamekkk ....sepatutnya tak leh buka oven tu masa tgh masak....banyak betul kesilapannya...padanla tak menjadi huhu

Sunday, September 25, 2011

sudah tiba!

hurmm akhirnya dia datang juga..
ingatkan lambat lagi..
5 bulan berlalu..
hari ni dia datang tanpa diundang..
berapa lama gamaknya...
tidaklah kutahu..
terasa pelik pun ada
kerana lama tidak bertemu..
apa pun jua
kuterima saja kehadiranmu itu..

wachaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...