assalamuaLaikum...
Tak sabar nak tgk rumah umi cikgu di make over....mula la cikgu pun berangan nak make over umah sendiri hihi......
tangan pun mula la gugel sana...gugel sini.....susah jugak yer nak decide warna yg sesuai utk rumah idaman hati.....tengok rumah org cat putih, hati rasa berkenan, tgk umah lain cat kaler kelabu, pun hati rasa berrkenan. tengok org buh cat kaler peach pun , hati rasa suka....aduhhh peningggg. Tu belum masuk bab nak pilih wall paper....ada sape2 yg ada masalah mcm cikgu tak...?kalau ada cer try tengok tips ni kot2 la membantu...
Antara panduannya ialah:
~Tanya semua ahli keluarga mengenai warna pilihan mereka sebelum membuat keputusan membeli cat atau kertas hiasan dalaman.
~Dapatkan rasional mengenai pilihan warna yang dibuat, sama ada ia bersesuaian dengan warna perabot, fungsi bilik atau ruang serta kehadiran tingkap untuk cahaya.
~Teliti katalog warna jenama cat yang dipilih dan sesuaikan dengan pilihan keluarga.
Biasanya, warna putih, kuning cair dan biru pucat digunakan untuk mewarnaikeseluruhan ruang luar dan dalam kediaman.
~Warna biru boleh menampakkan ruang atau bilik yang sempit menjadi lebih luas, selesa dan nyaman.
credit to adiemran.blogspot.com
~Elak menggunakan warna putih untuk bilik anak-anak yang masih kecil kerana ia mudah kotor akibat contengan kreatif mereka. Sebaiknya gunakan warna garangseperti oren, kuning dan merah di dinding bilik anak-anak supaya bersesuaian dengan sifat semula jadi fizikal dan mental mereka.
~Warna putih dalam kebanyakan hal memberi kelebihan kerana ia akan menjadikanbilik semakin cerah pada waktu malam dan membuat ruang kecil tampak lebih luas. Selain menampakkan kebersihan, mudah disesuaikan dengan apa jenis perabot dan perhiasan rumah.
~Warna garang seperti kuning, oren dan merah dikatakan dapat merangsang selera makan dan sesuai melatari dinding ruang makan. Biru laut serta warna pastel sesuai untuk bilik tidur kerana ia mendatangkan kesan kesegaran dan ketenangan.
~Jika pejabat anda dicat dengan warna garang, elakkan menggunakan warna garang untuk rumah anda kerana otak anda akan terus `dipaksa’ bekerja secara tidak langsung dan membuatkan anda rasa letih atau tertekat
~Warna Untuk Anak Hiperaktif
Oleh kerana anak hiperaktif bermasalah untuk memberi tumpuan pada sesuatu perkara maka terapi warna adalah salah satu cara mengatasinya.
Bilik untuk mereka sesuai dicat dengan warna-warna sejuk atau dingin seperti biru muda, hijau, ungu.
~Warna Untuk Anak Autisme
Jika anak anda menghadapi masalah autisme, psikologi warna yang boleh menstimulasi mereka adalah warna-warna hangat atau panas seperti oren, kuning dan merah.
Oleh kerana anak hiperaktif bermasalah untuk memberi tumpuan pada sesuatu perkara maka terapi warna adalah salah satu cara mengatasinya.
Bilik untuk mereka sesuai dicat dengan warna-warna sejuk atau dingin seperti biru muda, hijau, ungu.
~Warna Untuk Anak Autisme
Jika anak anda menghadapi masalah autisme, psikologi warna yang boleh menstimulasi mereka adalah warna-warna hangat atau panas seperti oren, kuning dan merah.
17 comments:
saya suka purple n pink tapi suami kata tak sesuai, so pilinh olive green.
Tq share info ni..hehee
putih memaaaaang cepat kotor. kepingin nak buh wallpaper macam gambar yang last tu. maybe 3,4 tahun lagi kot... langsir kena tukar kaler hijau yang bright sikit baru naik. hehehe.. haish..nafsu nafsi ni..
samalah kite ...suka tengok cantik...hihi
Nealopah: suami nealopah mesti teror bab deko2 ni
Js: hihi kannnnn.....
Cik mas: putih mmg cpt kotor tp snang nak match mcm2
suke sgt rumah tamu mcm no 1 tuh
kak ceqgu..sy segan nak publish gambar dapur..tp kaler putih memang senang nak match..
Suka dgn warna yg last tu. Kalau ada duit mmg nk ubah bg cantik. Nak cantik budget pun kena cantik ;)
Ceqgu,
nak bagi luas & senang apply cream colour jea instead of white.
pilih jea yang boleh hilangkan pakai kain n sabun
incase si kecik buat karya kat dinding
no hal punyer
Mimi: kita punya taste yg sama hihi
Zahirian: alaaaa tempek laaa....anggap jer atas permintaan kwn2
Yong: rumah cikgu skrg pun ala2 cream, tu yg rasa nak tukar kaler lain plak hihi
Ummiiman: betul betul betul.....tu yg duk berangan jer dulu hihi
betul..kaler putih skrg ni tak sesuai guna dlm rumah sy..
byk cap jari anak2 melekat didinding hehe
semua gambar tu menarik... ish... tergoda... bila la nak dok umah sendiri... adeh..
semuanya nampak kemas n tenang=)suka dengan hiasan dalaman=)tapi kalau ada anak2 lasak sepah jugak,huhu
tq share tips yg bagus ni ye
kalau dah ada rmh sendiri,..mmg part cat rumah paling best
bagus tips nih.. tgh cari cat nih
Pening xtaw nak pilih wana pa ..tgok hok nu berkenan.hok ni berkenan ..adoi pening-2 .
Post a Comment