Followers

Monday, December 31, 2012

Teringin Nak Jadi Super Model ;p

Assalamualaikum....


Terus terang cikgu nak cakap, cikgu memang dah lama pasang niat nak jadi super model. Mesti ada yang pk cikgu ni dah buang tebiat ke apa kan hehehehe. Itulah azam tahun baru cikgu. Bermula tahun 2013, cikgu nak jadi super model yang cun melecun. Kalau boleh nak kalahkan semua super model yg ada hik hik hik

Errr cop coppp, jangan la berenti baca. Cikgu belum habis citer lagi ni ha. Kasi can la cikgu nak berangan kejap hehehe. Sebenarnya kannn, cikgu nak jadi super model untuk en suami di rumah jer hehehehe. Patutnya dah lama kan cikgu jadi super model untuk suami. Tapi tu lah tahun ni baru rasa nak buat sungguh2. 

Actually, cikgu dah pun start sikit2. Sebelum husband sampai rumah, cikgu dah pastikan mesti mandi, lepas mandi, tuang la bedak wangi sebotol hohoho. Minyak wangi memang tak der. Tang muka sapu cikit2 bedak nak kasi putih.Bibir tu kasi calit skit liptik merah yg tak menyala. Rambut pulak kasi ikat rapi. Siap beli pin rambut bagai tauuu. Baju pulak, pakai cantik2 skit......tp kekadang bantai jer baju tido lusuh yg ada hehehe. 

Tapi kannn, en suami tak puji ponnnnn! Hurmmm agaknya nak kena kasi merah lagi kot lipstik tu. Pastu buh eye shadow ala2 smokey eyes (eh ada ke istilah ni....bantai je lah), pipi nak kena beli blusher kot, kasi menyerlah tulang pipi yg kian terserlah sebab kurus keding. Tak pun satu lagi, cikgu kena praktis jalan ala2 cat walk kot hahahaha. Ish geli hati plak aihhhh. Rasanya mesti tak puji jugak tu.........maklum la dah balik keja penat xdan nak perati btul2.  

Bz tak bz suami cikgu ni sampai kain langsir kat rumah sewa ni pun boleh en suami tak perasan. Hampir setahun menyewa kat sini, x pernah tuan rumah tukar langsir. Tetiba semalam suami cikgu tanya, eh bila tuan rumah datang tukar langsir??
Erkkk......bini dia terus ternganga sambil buat muka blurr. Haduiii, kalu cenggini cikgu jadi super model pun tentu suami tak perasan kann............hurmmm

Sunday, December 30, 2012

JUBAH ABAYA DUBAI GIVEAWAY





Kali ni cikgu nak join Giveaway ni.............best tau hadiahnya. JUBAH ABAYA DUBAI, rega RM100++ kalau tak silap.


Cikgu memang dah lama nak beli jubah abaya ni tapi tak terbeli......tak tau kat mana nak cari kat sini. So nak try la join giveaway  ni. Mana lah tau rezki awal tahun, cikgu menang jubah abaya ni hik hik hik. Kebetulan tuan punya segmen ni memang jual jubah abaya. Cantik-cantik plak tu, ...............eeee geram...geram. Kalau tak larat nak join, sila jamu mata kat Facebook Do Buy Dazzle , macam2 pesen ada ^_^.

 Jom jom kita pakat join. Kalau cikgu tak menang, kawan2 menang pun ok sesangat dah. Pastu pos kat cikgu sebagai hadiah salam perkenalan hahahaha......aci tak??? ;p


Cepat ! Cepat! Giveaway ni akan berakhir pada 15 Jan 2013



 SYARAT PENYERTAAN :
    1. Blogger
      
         2. Facebook
  • Like page Do Buy Dazzle
  • Like post ini (seperti gambar di sebelah).
  • Share ke wall Facebook anda mengenai giveaway ini & tag Do Buy Dazzle





Last sekali  tulis di ruangan komen blog ni :
    1. blog post url link dan
    2. Facebook Name

Walau pun banyak skit kena buat, tapi kejap jer bleh siap. Berbaloi la dengan hadiah yg ditawarkan ^_^. Mai mai pakat join hehehe. Ter over excited la plak hik hik hik....... apakah itu tanda2 nak menang? hahahaha. Kalau nak tahu dengan lebih terperinci ttg GA ni, sila klik kat SINI

Cara Mudah Asingkan Kuning Telur dan Putih Telur

Assalamualaikum.......


Petang ni ingat nak buat pavlova lagi. Dah lama en suami duk request. Tapi pn isterinya sangat la malas nak buat dessert yg satu tu. Weekend hari tu nak beli buah strawberi sbg pembakar semangat utk buat pavlova. Sekali tak dak la pulak. Alih2 terpandang buah ceri yg masak ranum. Comey jugak buh kat pavlova. Pastu nampak blueberry dan buah kiwi. Apa lagi rembat sekali la. En suami terkejut tgk hasil tangkapan cikgu yg kunun2 nak pi beli whipping cream ja alih2 satu beg barang cikgu bimbit. Hahaha..........well, pompuan bila shopping cenggitu la kekdah nya hehehehe...

 Tengah duk blogwalking ternampak la satu entry tentang cara nak asingkan kuning telur dengan putih telur. Sangat berguna la ini tips nak nak cikgu nak buat pavlova petang ni. Boleh try ni. Memang nampak super duper senang dan cepat lah. Just pakai botol air mineral/air minuman tu jer. Erkkk awat entry cikgu ni  asyik ada kaitan dengan botol minuman jerk ni.......hehehe. itulah namanya kebetulan. Ok jom tengok video kat bawah ni.........picittttt..........sedut.................lepasssssssssssss...hihihi



Kenapa Cikgu Mohon Unpaid Leave (cuti tanpa gaji) ??

Assalamualaikum.

 ehsan google

Hurm kejap jer dah nak habis tahun 2012. Rasa macam belum puas lagi nak berlama-lamaan di Brunei ni....huhuhu. Bermula 1 jan 2013, bom jangka cikgu akan mula berdetik. Mengira saki baki cuti yg masih bersisa................perghhhh ayatku hahaha.  

Eh, eh ayat macam tak nak balik jer. Pada hal kata sunyi duk sini, teringat tanah air terchenta la,gitu la gini la. Pd hal tak jauh mana pn brunei dari malaysia. 2 jam jer pun kalau naik flight. Kalau dengan kete tak sure la pulak berapa jam sebab belum ada lagi manusia yg cuba merentas Laut China Selatan  ke kepulauan Borneo ni dengan kete rasanya hehehe. tak tau la kot2 ada yg modified kete jadi kapal selam hohoho.

Dah dekat nak balik baru rasa nak crita kenapa cikgu boleh melekat kat Brunei ni kan hehehe. Kalau difikir2kan sekali macam sayang jer amik unpaid leave semata2 ikut suami ke tempat yg tak jauh. Jauh lagi negeri Sabah hoho. Tapi kata suami cikgu, bukankah tempat isteri adalah di sisi suami......opsssss maka sebab itu lah cikgu merelakan diri untuk bercuti dari mendapat sebarang gaji mahu pun bonus. Telan air liur saja lah tengok kawan2 dapat bonus huhuhu. Ada yg berani nak engkar kata suami? eeee cikgu tak sanggup. Nanti dapat denda cash dari maha Pencipta.


Sebenarnya ada sebab kenapa en suami mintak cikgu ikut dia ke sini. Kami ni sebenarnya ditakdirkan bertemu agak lambat. Nak dapat anak pun lambat jugak. walau serba serbi lambat, tp Allah tetap bermurah hati nak bagi macam2 dengan syarat SABAR! SABAR! SABAR! Kalau lah cikgu tak ikut suami ke sini, mungkin suami cikgu tak der peluang nak tengok anak kecik dia ni membesar depan mata. kami tak tahu masih ada lagi tak rezki kami nak punya anak . Maklum lah cik puan yg sedang menulis ni pun tunggu masa nak expired jer. Tak sesubur ladang2 kurma yang lain.belum tentu usaha sekali terus berbuah pohon kurmanya. Maka sebab tu lah cikgu sanggup korbankan kerjaya cikgu untuk sementara waktu ni.

Mungkin benda ni nampak remeh. Hanya yg punya masalah macam cikgu akan mengerti. Dan mungkin jugak dari sudut lain keputusan cikgu amik cuti selama hampir dua tahun ni turut membebankan rakan2 setugas. Bukan cikgu tak pk semua tu. Tapi kata suami lagi, antara rakan dan suami siapa yg perlu didahulukan? Haaaaa jawab,jawab cikgu anis.......... Maka selepas tamat tempoh cuti bersalin 90 hari, cikgu terus sambung dengan cuti unpaid leave. 

Tak silap cikgu bulan 7, 2011 cikgu secara sahnya meninggalkan bumi Malaysia. cewahhh macam la pergi tak balik2. Padahal kerap bebenor balik temankan suami pi meeting. well, i kan 'seketri' en suami hehehe. Kat sini cikgu tak keja pun. Alang2 dah cuti, baik cuti terus. Boleh belajar masak2 dan gaduh2 dgn Firas heeeeeeeeeeee.........

Kenapa cikgu tak berhenti kerja jer? uiiiii kalau diberi pilihan nak la sangat sangatttt. Seronok dapat jaga anak sendiri. Tapi tak semudah itu nak buat keputusan berenti keja. Bertahun tahun cikgu jadi penganggur terhormat kat kg dan berapa kali cikgu duk apply KPLI, bila dah dapat takkan senang2 nak lepaskan. Tambah2 cikgu dah jatuh hati dengan kerjaya sebagai guru Pendidikan Khas ni. Rindu sgt pada anak2 istimewa cikgu tu. Entah2 diaorang pun dah lupa dengan cikgu garang dia ni hohoho. Yang paling sedih cikgu tak sempat nak jumpa sebahagian anak didik cikgu sbb sekembalinya cikgu bertugas, diaorang dah masuk sekolah menengah. Dan paling cikgu risaukan, takut2 cikgu dipindahkan ke sekolah lain......nauzubillah mintak jauh la. Doakan cikgu masih ditempatkan di sekolah lama jika itu yg terbaik buat cikgu  ya kawan2 & sedara2 semua.

oklah, nak pi layan anak bujang pulak. sibuk dok ajak main bola pagi2 buta. byee


Berhati-hati Dengan Botol Air Mineral Di Airport dan stesen Bas!

Assalamualaikum....

Baru kejap tadi singgah fb jiran terchenta cikgu kat malaysia nun. Ada taktik terbaru penyeludupan dadah. kalau sebelum ni kita dengar tentang ada orang malaysia yang kena tangkap sebab dituduh membawa beg berisi dadah pada hal dia tak tahu menahu ttg isi beg tu, kali ini ada taktik licik yg lain pulak.

Taktik baru ni, diaorang seludupkan dadah dalam botol air mineral plak. So hati2lah bila kat airport atau stesen bas. kalau ada yang mintak tolong pegang atau tengokkan botol air mineral tu, baik tok sah lah. bagi jer apa2 alasan n terus beredar. karang tak pasal2 jadi macam kes orang mintak tlg jagakan beg, tiba2 datang polis geledah beg tu rupa2nya ada dadah. Beware yer kawan2.

Thumbnail
Botol mineral mengandungi air. tapi di sebalik label air mineral tu sebenarnya ada dadah.

Kalau rajin cuba tengok video ni kat youtube, klik SINI 
Walau pun dalam video tu bukan menunjukkan kat airport malaysia. Tapi tak mustahil boleh berlaku kat negara kita kan. Bukan kat negara kita ajer lah, kat mana2 pun boleh berlaku.

Dunia sekarang ni, kita nak berbuat baik pun payah. Ada saja taktik jahat manusia ni.. Yang herannya benda salah bijak pulak kepala otak depa ni berfikir. Kan bagus kalau gunakan kebijaksanaan tu untuk perkara2 baik.........huh macam2. Semoga allah pelihara kita semua dari perkara2 tak baik. aaminn

Saturday, December 29, 2012

Rumah Cikgu di Masuki Toyol

Assalamualaikum

Sebenarnya ini cerita lama. Dah hampir setahun berlalu. Tapi takkan lupa sampai bila-bila huhuhu.
Sebelum cikgu menyewa kat rumah sekarang ni, cikgu dok di satu rumah yg serba lengkap dan cantik. Siap ada hang kebun, hang cuci dan hang dobi. Mujur  hang masak jer takder, kalau tak gemuk macam belon la diriku ini. Kiranya semua tu adalah satu pakej sewa rumah. Best kan.....kami pun memang rapat dengan semua pekerja tuan rumah ni.

lebih kurang kotak cenggi ni la. kecik jer pun. 

kat luar pagar rumah plak ada satu rumah kecik. Kat situ tuan rumah jadikan tempat tinggal sorang pekerjanya. Nak jadi cerita, lepas cikgu balik bercuti dari Sabah, cikgu perasan satu kotak kecik barang kemas cikgu hilang. Jenuh cari tapi tak jumpa. so cikgu assume mungkin tertinggal kat hotel di sabah kot. mujur cincin kawin ada kat jari. Tak lama lepas tu kami nak balik m'sia, so cikgu pun nak bawak balik duit firas utk di bank-in. Masa tu cikgu ingat2 lupa kat mana letak duit firas tu. Rasa2nya kat dalam laci jer. Malangnya tak der. Tak pasal2 kena bebel dengan ayah firas huhuhu

 
gambar hiasan
 
Satu hari en asben plak hilang henpon. dah la opis punya. hati mula syak macam ada yg tak kena jer kat rumah ni. Stp mggu kami mesti keluar jalan2. Before keluar cikgu tarik skit laci supaya tak tertutup rapat. Bila balik laci2 tu semua tertutup rapat! Bincang2 dengan asben, kami bersangka baik, mungkin tukang cuci datang kemas kot. 

Apa pun setiap kali keluar cikgu tetap pasang umpan. Kali ni cikgu letak duit 10 dollar. atas meja make up. bila balik duit tu hilang! Sah.....memang sah la dalam rumah tu ada toyol! toyol botak atau toyol berambut wallahua'lam.

gambar hiasan
 
Akhir sekali cincin kawin cikgu hilang. memang rasa nak marah gila2. cikgu pun mula jadi spy (pengaruh suka baca buku Enid Blyton masa kecik2 dulu la ni hehehe). kali ni cikgu sapu baby oil atas tiles area meja make up. Bila balik, hah! memang betul ada tapak kaki. Agak panjang juga. Memula kami syak tukang kebun sebab hanya dia yg ada kunci rumah tu. Bila tengok saiz tapak kaki yg panjang ni, kami agak kaki orang lain yg kami kenal dan agak rapat. orang ni pernah datang nak pinjam duit dengan cikgu.

Last2 kami decide pasang CCTV. kunun2nya nak tunjuk bukti kat tuan rumah. Sekali dengan cctv tu sekali lesap! dah la pinjam orang punya. haduiii. last2 cikgu surrender jadi spy hehehe. Malam tu jugak en asben suh kemas baju dan kami tinggal kat hotel. Dan malam tu jugak kami jumpa dengan tuan rumah,report apa yg dah berlaku selama duk situ. yg peliknya reaksi tuan rumah tak nampak terlalu terkejut. Ada kemungkinan benda ni pernah berlaku pd penyewa sebelum ni. Akhirnya kami amik keputusan pindah. seminggu kami berkampung di hotel. Tentu ada yg tertanya-tanya kenapa tak report poliskan. Hurmm payah nak cerita. Biarlah jadi rahsia huhuhuhu

Makanan Yang Nabi Kita Suka Makan (Makanan Sunnah)


Jom amalkan makanan sunnah ni   ^_^






Tambahan, Nabi s.a.w. suka makan labu.. Dan ade gak sunnah sbelum makan, Nabi s.a.w akan mencalit garam dihujung jarinya dan makan sebelum menjamah hidangan.



Senarai Sosej Tak Halal DiMakan

Prevoius Post >> Kisah Seram di Rumah Cikgu Semalam

Assalamualaikum....

Ada sape2 tak suka makan sosej? Hati2 yer nak pilih sosej. Info ni cikgu dapat dari FB. Sumber tak dinyatakan pulak. 6 jenama sosej ni dikatakan tidak halal kerana disalut dengan usus babi! eeeeee yarkkkk! Jom2 kita tengok nama brand yg tak halal ni........


Photo: SENARAI SOSEJ TAK HALAL DIMAKAN...

Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti disalut dalam usus babi adalah 

• Gourmessa 
• Muller's Haus 
• Dew Fresh 
• Puteri 
• Miami Butcher House 
• Maspac 

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah; 

• Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa) 
• German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh) 
• Puteri Pan Pacific (Puteri) 
• MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House) 
• Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh) 
• Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac) 

 Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti disalut dalam usus babi adalah

• Gourmessa
• Muller's Haus
• Dew Fresh
• Puteri
• Miami Butcher House
• Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;

• Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
• German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
• Puteri Pan Pacific (Puteri)
• MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
• Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
• Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

Friday, December 28, 2012

Kisah Seram di Rumah Cikgu Semalam

Assalamualaikum


Semalam kami tak jadi nak makan kat luar sebab en. asben tetiba banyak keja plak kat ofis.
Pukul 10 lebih baru sampai umah. Lepas makan kami layan kejap Maharaja Lawak 2012. Firas memang dah lena dari awal lagi. Sempat la terkekeh kekeh duk gelak tengok Maharaja Lawak tu. Ntah pukul berapa cikgu terlelap depan tv.

Tiba2 cikgu terdengar macam loceng rumah duk ting tong ting tong.... Dalam separuh sedar tu cikgu cuba tengok jam kat tepi tv. Oh dah pukul 12 tgh malam rupanya. Errr betul ke bunyi loceng rumah tadi tu. Cikgu assume mungkin bunyi tu datang dari TV kot. Tapi separuh dari hati ni  mcm yakin jer itu bunyi loceng rumah. Takkan ler ada tetamu datang tengah2 malam pulakkan. So cikgu pujuk hati bahawa bunyi tu datang dari tv. En. suami dan firas tido lena tak bergerak2. So cikgu pun amik keputusan tido ajer lah depan tv terbuka. Seram jugak nak tido dalam suasana sunyi sepi bila dah jadi macam tu.

Baru nak lelap mata tiba2 loceng berbunyi ting tong ting tong. serta merta darah cikgu menyirap...............eh ehhhh bukan bunyi dari tv ni. dah lupa rancangan apa kat tv time tu. tapi memang tak sesuai la bunyi tu dengan rancangan yg tengah duk tayang. Sah sah la bunyi loceng rumah. Cikgu tak buat apa2. Just diam2 jer. Saja nak tunggu tengok berbunyi lagi tak. .Terfikir jugak ke tuan rumah datang nak bagitau apa2 yg penting. Tuan rumah ni duk sekitar kawasan rumah sewa cikgu jugak. Hampir2 nak bukak pintu, tapi tak beranilah. Nak intai bawah pintu tak nampak la pulak. Dah la pintu tu tak ber gril.  Kunci pun bukan kuat mana. Sekali tendang pun boleh terbuka. Nak intai kot tingkap lain, dah tuan rumah pasang gril kot luar pulak dah, langsung tingkap tak leh bukak. Ntah2 apa la pi pasang tingkap kot luar, camno la nak bukak. haduiiiii! Teringat plak gate yang memang dibiarkan ternganga luas kat luar nun. Memang kat sini diaorang jarang tutup dan kunci pintu pagar. Al kononnya kat sini negara selamat. Kami pun terikut ler sama dek kerana malas nak bukak tutup gate. Padahal duk kat K.L boleh jer hohohoho


Dannnn..................... tak lama selepas tu berbunyi lagi! Aduiiii siapakah gerangan kat luar rumah ku ini. Tetamu manakah yang tak diundang datang tengah2 malam ni. Jejaka dua beranak tu langsung tak sedar. Aishhh badan dah start ketar2, rasa panas sejuk panas sejuk jer. Malas nak kejutkan suami sbb nampak dia keletihan sangat.Slow2 cikgu bangun pi intai kat tingkap bilik dari jauh. Tingkap tu sebelah ajer dengan punat loceng rumah. Tak nampak bayang apa2.Lagi la rasa seram. cepat2 cikgu padamkan semua lampu putih dan bukak lampu kuning. Tutup semua langsir dan pintu dapur rapat2. Lepas tu cikgu duk diam, tunggu lagi kot2 masih berbunyi.


Yerr dia berbunyi lagiiiiii. Rasanya time tu memang dah pucat kesi muka cikgu. Cikgu amik keputusan nak tanggalkan ajer bateri loceng tu. Kalau bunyi jugak, memang cikgu nak kejutkan suami. Tak tahan dah nak berjaga sorang2. Mujur ler lepas tanggalkan bateri tu, loceng dah tak berbunyi. Fuhhh legaaaa! Rasa nak terkucil tapi takut nak pi toilet. Maka kutahan la sampai ke pagi. Tido pun kongsi bantal dan tilam firas. Takut nak pi ke bilik amik toto dan bantal. 

Pagi ni cikgu bangun terus pi bukak tingkap tepi loceng tu. Hurmmm tak nampak tanda2 mcm orang datang. Pintu utama masih tak berani nak buka. Teringat bateri yg cikgu tanggalkan semalam. Try buh balik............eh eh berbunyi sendiri la. Hohohoho legaaaaa. Rasa2nya mungkin loceng ni rosak atau dah nak habis bateri kot. Dua tiga kali la dia bunyi. Bila dah puas hati cikgu letak penutup bateri dan letak balik kat tempat asal. Tak kisah la kalau loceng tu nak berbunyi banyak mana pun. Dah plan nak ganti bateri baru. Cikgu rasa memang loceng ni ada masalah kot.

ini ler rupa loceng rumah sewa cikgu yg duk berbunyi tu. Jenis ni memang pakai bateri. Bila orang picit suis loceng,loceng ni akan berbunyi dan keluar lampu merah.


Tapikan lepas tu jeng jeng jengggggg........................ada sesuatu yg pelik berlaku............... Cer teka apa yang berlaku? Hehehe.....................Mana tahu kot2 cikgu bermurah hati nak bagi hadiah special kat sape2 orang pertama yg bagi jawapan yg tepat hehehe, insyaallah kalau ada rezki.................sila tinggalkan jawapan korang kat kotak komen. Cikgu akan hide jawapan korang sehingga ada yg bg jawapan tepat atau sipi2 tepat hihihi..............bye nak pi breakfast dah.


Buku Resepi Cikgu


Hurmm malam ni cikgu tak jadi keluar makan kat luar. Walau pun tak jadi, malam ni tetap makan masakan tukang masak khas ( tukang masak kat kedai lerrr). Sekarang dah jam 10 malam, tapi kete pinjam en asben belum gak sampai ke rumah. Bz ler tu. Perut dah kruk krak kruk krak tanda mogok lapar.

Nak makan, takut nanti kenyang pulak. Tak syiok nanti nak makan Nasi Ayam Penyet. Peberet cikgu tuh. So untuk hilangkan rasa lapar ni, baik cikgu karang cerpen kat blog tak laku ni.
Cer teka buku apakah di bawah ini ...............jeng jeng jenggggggggggg........



Ini ler buku resepi cikgu. Kebanyakkannya resepi yg cikgu dah cuba. Setahun cikgu salin resepi kat dalam buku ni. Dan akhirnya buku ni hampir penuh isinya. Nak kena ganti buku baru lah nampak gayanya.

Malu pulak nak tempek isi dalam buku ni. Tulisan tangan cikgu penuh kesenian. Takut nanti ada yg sakit mata menengoknya. So biarlah dirahsiakan saja bentuk tulisan yg maha seni itu hehehe.

Cikgu memang suka cari resepi. Dulu-dulu cikgu cari resepi pastu cikgu peram kan ajer kat dalam laptop. Jumpa resepi terus 'save' pastu tak try2 pun. Bila perlu barulah teropong. Lecehnya bila nak cari resepi dalam laptop tu , terpaksa la on kan laptop tua ni. Nama pun laptop tua kan, lambat betul nak buka satu2 application. Biarpun tua, namun dirimu sangat berjasa (ayat jaga hati laptop tua hohoho). Pastu nak kena usung plak laptop ke dapur. Akhirnya cikgu amik keputusan salin saja resepi kat dalam buku ni. Buku free gift dari syarikat telekomunikasi kat Brunei.

Kekadang balik umah MIL, siap bawak sekali buku ni. Takut nanti MIL suh masak special2,haiiii mati kutu la menantu yg tak reti masak ni.............kih kih kih

Hurm, baru kejap en asben call, katanya takut kedai nasi ayam penyet tu dah tutup. Alahaiii syedihhnya, mulut dah terasa kesedapan ayam penyet. Kalau tak dapat nasi ayam penyet, nasi katok pun jadi lah huhuhuhu














Jawapan Lucu Lagi Menggelikan Hati ^_^



Adehhhh sakit perut cikgu baca jawapan ust azhar ni..................... Paling tak tahan jawapan ust untuk soalan 'Betul ke ustaz kata  pakai tudung tu tak wajib?'..............hadoiiii lawak betul, tapi jawapannya sangat la tepat hehehe...............

Photo: LAWAK USTAZ IDRUS.

doa-doa pilihan : http://ow.ly/f5LiV 
info menarik http://ow.ly/f7o7z
























Terima Seadanya...

















Puding Roti Koktel Kukus Yang Sedap Dan Senang

Assalamualaikum.



Cikgu tak sangka cikgu akan rajin try macam2 resepi. Dulu tangan cikgu ni keras kejung bab masak memasak ni. Alhamdulillah berkat cuti tak bergaji ni, datang plak angin rajin nak main masak2 hehe. Tapi sebenarnya kerana hero kecik kesayangan hamba tu lah memaksa mamanya rajin ke dapur. Rajin tak semesti hebat dan pandai memasak yer puan-puan.

Itu budak kicik, sangat susah makan la. Rasa dah sedap di mulut mama, tapi belum tentu sedap di mulut Firas. Sudahnya terpaksa la mama try resepi demi resepi utk tambah selera makan Firas yg kurus keding ni.
Rasa2 cam berat badan dia dah makin susut plak. Dua hari makan ciput ajer. Mujur ler menu hari ni Makaroni Sup Ayam jadi pujaan hati si kecik. Legaaa. Sedap wooo

Petang ni cikgu nak makan dessert puding roti koktel kukus plak. Resepi ni cikgu amik kat blog IntanBerlian lip lap lip lap. Resepi asal sebenarnya guna buah laici. Tapi laicinya cikgu tak sempat nak pi petik kat pasaraya. Jadinya cikgu gunalah koktel yg ada dalam gobok tu. Maka namanya juga harus ditukar la kan ngeh ngeh ngeh.

Dengan ini, Cikgu Anis mempersembahkan Puding Roti Koktel Kukus yang sedap dan cun.........jeng jeng jengggg........ Oppsss gambar dah ada kat atas hehehe...............jemput layan gambo yg lain plak......

Sodappppp......makan sejuk2 time tengah berpeluh memang syiok.


Close-up cikit kasi itu mata-mata semua terliur..........................muahahahaha


Ini ler rupa puding laici kukus yang asal. Terima kasih Intan Berlian 


Ini plak yang telah diubah menjadi puding roti koktel kukus hehehe

Dan boleh juga dihidang or masak cenggini....... cute kan ^_^
credit to UmmiZaihadi


Dan resepinya yang sangat mudah dan murah ^_^............ jeng jeng jengggg....

PUDING ROTI KOKTEL KUKUS

Bahan-bahan:
4 keping roti
4 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 sudu besar gula
isi koktel atau laici- tak amik sirapnya
1 kotak jelly strawberi brand Nona or apa2 lah - semalam cikgu guna jelly mangga. Itu je yg ada dalam gobok

Cara Untuk Bersilat ^_^ :

-panaskan air dalam periuk pengukus
-koyakkan roti kecik2 dan rendam dalam susu cair. Tak kisah ler brapa lama. Agak2 sampai roti dah lembut
-masukkan dalam blender bersama 4 biji telur dan gula. Blend sampai hancusssss.
-Tuang dalam loyang/bekas kaserol kalau nak cantik. Kalau guna bekas kaserol, baru ler nampak lapisan puding ni. 
-kukus selama 30 minit atau hingga masak.
- setelah masak, sejukkan seketika. Nanti puding tu akan tertanggal cikit dari tepi loyang atau bekas. so dont worry. biarkan saja ia begitu. Nanti cik jelly akan tutup rupa yg hodoh itu hohoho
- sebelum masak jelly, susun elok2 koktel/laici atau sebarang buah yg korang suka kat atas puding tu.

- kemudian amik jelly dan masak seperti arahan pada kotak. Cikgu punya style masak air panas dalam kettle pastu tuang ler sekotak jelly tu. kacau sampai jelly hancusss
-bila dah puas hati, tuang jelly pelan-pelan. Dinasihatkan tuang dari tepi bekas supaya buah tak beralih.
-Dah habis tuang, sejukkan dalam peti.
-Siap!!

Komen cikgu : Puding ni tersangat la cantik rupanya. Rasa pun sedap bila dimakan dengan jelly dan buah tu. Puding yg dikukus tu bila dah sejuk rupa dia seakan-akan kek. Rasa puding kukus ni tawar cikit. Untuk rasa sedap, kena makan dengan jelly dan buah tu. Kalau makan puding ajer, cam tawar lerrr. Firas reject puding ni sebab tawar huhuhu. Bila bagi makan dengan jelly, dia geli la pulak..................haduiii keciwa mama. Apa pun cikgu sangat suka dengan puding ni. Mungkin bleh di modified dengan tambahkan sos kastard macam puding roti tu. Selamat mencuba kepada yang nak cuba heeeeeeee.....^_^

Psssssttttt.............. klik SINI kalau nak tengok resepi Makaroni Sup Ayam yg sedap di mulut cikgu ^_^. Firas pun dah iktiraf memang sup tu sedap hehehe

Update: Haritu cikgu makan puding ni dengan kuah/.sos kastard. Tak sangka sedap jugak weh. Kalau nak tengok resepi kuah/sos kastard tu klik SINI

















Thursday, December 27, 2012

Makaroni Sup Ayam Yang Lazat dan Sedap di Mulut Cikgu

Assalamualaikum.

Malam nanti cikgu tak masak. Ada tukang masak khas yang akan masakkan untuk cikgu hehehe.
Maka sebab itu lunch hari ni cikgu just masak makaroni sup hayam yg simple. Tapi kan subhanallahhhhhh sedapnya sup hayam cikgu tu (kah kah kah, masuk bakul angkat sendiri). Cikgu pun terkejut bila rasa sup hayam tu sedap bangat. Sebelum ni tak pernah sesedap ni. Sampai firas yg cerewet makan tu pun makan tak berenti. Memula kemain jual mahal, dah rasa sesuap, aiiiii nganga mulut lagi dan lagiii. Sedap ler tuuuu kikiki.

Sebenarnya resepi sup hayam tu biasa2 jer. Sempoi bebenor. Tapi mungkin kerana kali ni cikgu blend sebijik bawang holland (yg kecik agak2 sesuai utk 2 orang makan) dengan bawang putih dan halia. Maka rasanya sedikit terangkat dari biasa hohoho. Atau mungkin jugak kerana cikgu guna bunjut sup tulang mak siti yg tertulis 'segar dari ladang' makanya sup hayam cikgu tu tetiba rasa sangat sedap........(err ker lidah cikgu yg trouble)

Apa pun, izinkan cikgu nak jamu mata korang semua dengan gambar makaroni sup ayam segar dari ladang ni keh keh keh....


Makaroni Sup Ayam  (2 orang makan)

Bahan-bahan:
makaroni yg telah direbus
ayam potong kecik2 secukupnya
sebiji bawang besar holland (hak kulit kaler oren tu)-separuh blend,separuh potong dadu
5-6 hiris halia
3 ulas bawang putih
serbuk lada hitam
1 kiub ayam knorr
sup bunjut - cikgu guna bunjut sup tulang Mak Siti
air
secukupnya
lobak merah/kubis (kalau nak buh sayur la)

Cara-cara:
-blend separuh bawang besar, bawang putih dan halia sampai lumat. cikgu blend kering
-tumis bahan blend bersama bawang yg dipotong dadu sampai agak nak perang. tapi jangan perang sangat. 
-masukkan ayam, kacau sekejap then masukkan air, bunjut dan kiub ayam dan lobak merah
-masukkan serbuk lada hitam. Jangan buh banyak kalau tak nak pedas. Ala2 nak amik rasa lada hitam tu ja.
-buh garam secukup rasa.
- siap!!

Nanti buh ler makaroni dalam mangkuk n tuang kuah sup tu. Jangan pi letak makaroni dalam periuk sup plak. Karang kembang setaman makaroni tu hehehe.


Cikgu Nanges Sampai Bengkak Mata !

Assalamualaikum.

Pssssssssttttttt! Psssssstttttt!!

Semalam kannnn, cikgu tido jam 2.30 pagi. Buat apa la gamaknya kan..........hurmmm
Cikgu baca blog Mawar Nafastari. Nyesal sungguh rasanya singgah kat blog tu.
Lepas satu entry ke satu entry cikgu baca. 
Payah benar nak stop sebab nak tahu punca kesedihan Mawar.

Aduhaiii, berat hati membaca, berat lagi hati yang menanggung!
Sedih sangat baca kerinduan yg tak pernah padam di hati mawar.
Cikgu nanges sampai bengkak2 mata! Cikgu meletakkan diri cikgu di tempat Mawar.
Oh sungguh tak sanggup! Mohon Allah jauhkan ujian pahit itu dari cikgu sekeluarga.
Cikgu dengan Mawar sama saja. Kami ni jenis manjeeee dan tak independent langsung!
Sampai kena tegur dengan en suami. Tapi cikgu masih buat dekkkk. Manjeee la katakan huhuhu
Bila baca kisah Mawar, cikgu rasa sikit2 kena belajar jadi kuat!
Kena jugak belajar berdikari, nak nak tahun depan  cikgu bersama firas akan tinggal terus di tanah air terchenta tanpa suami di sisi huk huk huk cedihhh!

Baki cuti tanpa gaji cikgu berbaki 5 bulan saja lagi tapi sekarang sudah mulai rasa perit2 dan pahit2 untuk berjauhan dengan big boss tersayang ( erkkk ada yg termuntah kah dengan ayatku ini? huhuhu)

Doa cikgu semoga adik mawar akan terus tabah dan sabar melalui ujian ini bersama kekwa dan embun. Andai air mata mampu menitipkan rasa rindu padanya, menangislah semahunya. Tuhan kita tidak kejam dik. Tentu sekali Dia akan sampaikan rindumu padanya. 
Moga impian mawar,kekwa dan embun tercapai untuk bersama kembali di dunia yang lebih abadi. 
Sob sob sob....aduhhhh rasa nak nanges lagi!!!!
waduhhh cengengnya diriku ini.

Kalau ada yg ingin beri kata2 semangat buat mawar, sila ziarah blog Mawar Nafastari . Thanks to Hainom OKje yang share kisah mawar diblognya.





Kelemahan dan Kekurangan Stroller Ringan Graco Citilite-R

assalamualaikum...

selamat pagi semua......
semalam cikgu dah share ttg kelebihan graco citilite-r. Sape teringin nak tahu klik SINI. so pagi ni nak share ttg kekurangannya plak. harap2 dapatla membantu sape2 yg tengah fenin nak beli stroller^_^



KELEMAHAN:

- bila ubah handle yg membolehkan baby mengadap kita, agak kurang best nak tolak terutamanya time nak corner2 sebabnya kalau korang perasan, roda depan jer yg boleh pusing2. Roda hak belakang tu satu arah jer sama ada ke depan atau ke belakang. So bila tukar kedudukan, roda yg belakang tu akan jadi yg depan. Sebab tu susah nak corner2. Errr paham ke tak ni. Harap2 bleh bayang la yer.

-saiznya agak kecik. bila firas baring untuk tido, kakinya tak boleh diluruskan mcm tido atas katil tu. Tergantung2 la kat bawah if tak guna penutup kaki pada stroller tu. Tapi better dari McLaren Volo rasanya, sebab yg tu tak ada penutup kaki. (errr yer ker. tak pernah guna pun Mc Laren Volo.rasanya kebanyakkan stroller ringan memang kaki anak akan tergantung2 kot). Cumanya bila firas makin panjang, penutup kaki tu tak leh nak guna pun. Kalau Mc Laren Techno tu memang selesa la anak tido sebab kaki anak yg umur setahun lebih takkan tergantung2. Tapi stroller tu agak berat, 7kg kalau tak silap.

-Memandangkan handle stroller ni jenis satu pemegang (sila rujuk gambar), so susah skit la nak gantung barang. Kena beli penyangkut barang la if nak sangkut apa2. Tapikan handle yg mcm Graco ni rasanya lebih rilex dari yg dua pemegang tu. Ni pendapat cikgula.
satu handle dan dua handle

- bar boleh dibuka tapi tak leh tanggal terus. kiranya tergantung2 kat tepi stroller. Mungkin nak elak dari hilang kot. Nampak kurang kemas skit la tapi tak mengganggu pun.

- pd bar stroller lama ada penyedal celah kangkang which is sangat berguna untuk halang anak dari gelongsor keluar dari stroller. Nak nak time anak mengamuk, sangat la berguna benda tu hohoho. Graco punya ada jugak, tapi dipasang asing. Kena ikat dulu kat pinggang anak, agak leceh skit la. Cikgu rasa benda tu lagi selamat kalau dipasang terus kat bar. Hari tu, firas mengamuk dan akhirnya menggelongsor kot celah bar tu sebab kami tak ikat dia. Nasib baik la bukan atas escalator huhu. Dah la si kecik tu tak suka kena ikat. Sbb tu la kami pulun cari yg ada bar.

-stroller ni bukan jenis lipat payung mcm McLaren, so agak memakan space bonet kete!Tp kata en asben masih bisa di atur dong. Pokoknya harus ditebang..........oppsssss!!!.Hari tu kami balik mesia dengan satu beg beroda saiz sederhana dan satu beg kecik + stroller cap ayam, masih lagi muat nak buh Graco ni. Yg penting kena pandai susun.

-Last sekali, manual dia dalam bahasa korea daaaaa (er yer ker korea,memandai jer cikgu ni). Langung tak der dalam bahasa inggeris. Bhs Melayu jauh sekali la. So terpaksa la buat2 paham bahasa korea....huhu .Tak pun suruh jer wife eli iskandar translatekan. Dia  kan duk belajar kat Korea hehehe

ok tu jer kekurangan yg ditemui setakat ini. bye

Port Baru Untuk Tidur Lena

Assalamualaikum

Anak mama n ayah yang soleh dan bijaksana ^_^ , semoga di bawah rahmat dan barakah allah sentiasa hendaknya....

Semalam tengah cikgu syiok2 duk dengar ayah firas meluah perasaan tentang hal kerja, tiba-tiba Firas yang tido tu nanges. 
Dia nampak ajer cikgu kat meja makan, terus dia bangun merengek2.
Adegan biasa la tu. Kalau tido tak sah kalau tak terjaga 2,3,4 kali nak menyusu. Iyerrr walau umur dah nak masuk dua tahun, Firas memang kerap jaga.
Mungkin sebab dia lapar agaknya. Jenuh mamanya menerai resepi, kadang dia makan, kadang sikit ajer sentuhnya, dan kadang2 tu pandang pun tidak. Huhuhu kecik hati mama tau!
Susu badan plak kan senang hadam, cepat la lapar. Ditambah plak tak syiok kalau tak dapat nyot nyot gamaknya.
Dengan sebelah tangan cikgu angkat la firas ke riba. Dalam mamai mamai tu dia mintak nak 'syusyu'. Pun adegan biasa berlaku jugak time cikgu tengah kusyuk makan. Mesti nak syusyu. Saboooo jer lah. Bila dah kenyang, tau pulak dia turun sendiri. Pastu pi peluk kaki ayah dia.
Tengah ralit2 mendengar rintihan en asben, tiba2 cikgu ternampak......

 Firas dah terlena kat bawah meja makan!


 Close-up cikit.............tu diaaaaa lena kat bawah meja beralaskan tikar. Kesiann anak mama. Firas ni memang tak bleh tido tanpa mama di sisi huhuhu. Kalau dia jaga, mesti mencari mama juga. Biar ler ayah ada kat sebelah pun, mama jugak yang dicari.


Ni gambar pagi tadi. Celik mata jer mintak biskut. Tengok2 dah berterabur atas comforter huhuhu

Wednesday, December 26, 2012

Nasi Maqlubah Berubah Kejadian

Assalamualaikum

Alhamdulillah kenyang perut senang hati hehehe.....
Lunch apa tadi?
Tekak cikgu hari ni tetiba mengidam nasi arab......
Teringat pulak kesedapan nasi maqlubah di restoran Tarbush.
Sepinggan cikgu boleh habiskan walau pun nasi tu banyak dan tak der kuah.
Memang sodap. Memula tu risau jugak takut tak habis. Bila pekena sesuap gerenti licin lah.
Maka tadi duk godek la resepi2 maqlubah yang berasal dari Jordan ni.
Macam2 style ada. 

 credit to iresepi.net

Maqlubah tu sendiri bimakna (eceh ngomong arab la pulak, ntah betul ke tidak kikiki)
telangkup. Nasi ni di masak sekali dengan ayam. Bila dah masak, nasi tu akan di telangkup atas dulang.
Gitulah al kisahnya nama diberi.

Dah tu apa cerita nasi maqlubah cikgu pulak?
Setelah puas menggodek resepi sana sini, siap buat banding beza. Maka jadi lah nasi maqlubah cikgu seperti gambar kat  bawah ni......

*

*

*

*
credit to http://watiermanlife.blogspot

Tadaaaaaa kuah sardin yang sangat lazat hehehe. Begitulah berakhirnya kisah nasi maqlubah berubah kejadian keh keh keh.

Pssstttttt , kalau sape2 nak kuah sardin sedap, sila tambahkan cili api dan perah asam limau selepas tutup api. Sedappp!

Sori la yer, lately asyik pinjam gambar ehsan orang jer. Kamera tengah buat hal. Aduhh lapar pulak tengok gambar ikan sardin ni, padahal baru jer lepas makan.........hohohoh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...