Followers

Thursday, September 29, 2011

Ohh Tidakkk,Susu Bercampur Darah ???!!!!

semalam sangat la menjengkelkan hati...tetiba ada darah dalam susu badan...
kecut weh..apa pasal tetiba ada darah ni..kaler darah tu ala2 nak coklat gitu..
ala2 susu berkarat..tapi tak sakit...
risau..risau..risauuuumujur ler tak der bijik ketulan
tapi susah hati tuhan saja yg tau..

nanges gak la..sampai tak leh nak lelap mata.
yang sebelah kanan plak bengkak...hak ni memang sakit..perit...
tak tau la yg keberapa kali dah bengkak..
asalnya luka sebab bujang teruna tu gigit..bila baca artikel baru la tau sebab musabab bengkak tu....rupanya jangkitan kuman yang datangnya dari mulut anak kita sendiri...maybe bila dah luka tu...senang le kuman tu masuk...ni teori cikgu la..

selalunya kalau pi jumpa doktor..gerenti kena makan antibiotik...opsss dah salah simpang jalan lak dah...sebenarnya nak share tentang susu bercampur darah...errr korang tak nebes ke kalau tetiba susu tu ada darah? dah la kes cancer payu dara  meningkat...mau tak ganggu emosi cikgu kan kan kannn...so tadi terus google tentang masalah ni...jemput baca ye..cikgu copy dari blog ummi ummair...panjang skit...tapi penting utk ibu2 menyusu..karang ada plak yg 40 hari 40 malam duk nanges menyesal tak baca artikel ni...hihi


'' Saya terlupa dari mana artikel ini saya dapat. Dah lama sebenarnya..kalau tak silap tahun lepas. Masa ni tengah gali-gali cari ilmu berkaitan breastfeeding ni. Boleh dikatakan banyak blog dan web jugaklah saya masuk dan kalau ada artikel yang berkenaan, saya akan print dan simpan. Sebagai rujukan saya di masa depan sahaja..sebab masa tu blog ini belum wujud. Apa yang saya print akan saya tunjukkan pada suami dan suami akan baca sekali. Biar dia juga tahu apa yang saya tahu. Kalau tak print pun, saya akan ceritakan pada suami. Alhamdulillah..suami sentiasa menunjukkan minatnya. Sebagai perkongsian dengan semua..tentang susu ibu ang bercampur darah dan berapa lama tempoh penyimpanannya.

 
Fenomena susu berdarah adalah normal terutama di kalangan ibu yang pertama kali menyusukan anak. Jadi para ibu tak perlu risau atau panik. Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan dan menyusukan bayi, akan berkemungkinan berlaku puting melecet atau luka dan ini menyebabkan rasa sakit serta tidak selesa semasa menyusukan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti posisi penyusuan yang salah, lekapan mulut bayi tidak sempurna dan hisapan bayi yang agak kuat.


Dalam kes ini, selalunya bu-ibu tidak merasa sakit yang teruk atau mungkin langsung tidak merasa sakit. Kecuali puting susu/nipple luka atau melecet ataupun ibu mengalami bengkak payudara.


Pendarahan ini tidak membahayakan bayi dan ia selamat untuk meneruskan penyusuan. Darah dalam susu ibu bukanlah suatu yang ajaib atau luar biasa tetapi ia NORMAL. Terdapat kes di mana semasa penghujung kehamilan atau semasa minggu pertama selepas melahirkan, darah keluar due to broken capillaries and intraductal papillomas.


Nipple yang luka atau melecet juga kadang-kadang menjadi punca susu ibu yang keluar bercampur darah, di mana darah tersebut datang daripada luka. Susu dan darah itu selamat serta tidak bahayakan bayi jika diminum dan ia akan dibuang melalui najis bayi.


Sebab fenomena darah di dalam susu ibu :


Darah yang disebabkan oleh pendarahan dalaman yang kecil akibat dari peningkatan aliran darah dan pengembangan tisu-tisu payudara di akhir kehamilan dan normal bagi ibu yang pertama kali. Biasanya berlaku pada kedua-dua belah payudara atau salah satu. Ia tidak menyakitkan. Darah yang hadir bersama susu ibu ini dipanggil "rusty-pipe syndrome" sebab warna karat dalam susu tersebut.

2)Broken capillaries


Penggunaan pam yang kurang sesuai atau cara mengepam susu yang tidak betul boleh menyebabkan menyebabkan tisu-tisu payudara rosak dan ini boleh berlaku pendarahan kecil di mana darah tersebut keluar bersama susu semasa mengepam atau direct feeding.


3) Intraductal Papillomas
Tumor yang tidak merbahaya dalam saluran susu penyebab kepada pendarahan. Tumor ini biasanya terdapat pada salah satu payudara sahaja dan tiada ketulan/lump yang boleh dirasa. Kadang-kadang intraductal papillomas agak menyakitkan. Pendarahan biasanya berhenti dengan sendirinya tanpa apa-apa rawatan.


Rawatan diperlukan


Tiada rawatan khusus, kecuali masa yang menentukan ia kembali normal. Ibu-ibu tak perlu risau dan teruskan penyusuan seperti biasa kerana susu tersebut tidak memudaratkan bayi anda. Selagi tidak berlaku apa-apa infection pada luka, ia masih selamat dan tunggu hingga pendarahan berhenti sendiri. Jika pendarahan disertai rasa sakit atau berterusan hingga 2 minggu, silalah dapatkan rawatan pakar atau kaunselor laktasi.


Tempoh penyimpanan susu bercampur darah


1. Susu boleh disimpan sebagai stok tetapi bukan stok beku


2. mestilah tidak melebihi 5 hari dan beri susu bercampur darah tersebut terlebih dahulu kepada bayi, barulah susu yang biasa



1)"Vascular engorgement" or Rusty Pipe Syndrome

Wednesday, September 28, 2011

Aku Rindu Padamu!

Sesambil jari menaip..
mata dan telinga duk layan cite Temple Grandin..
Sungguh menyentuh hati tengok cite ni...
maklum ler ai kan cikgu pendidikan khas..
sangat la mudah tersentuh kalau tengok cite cite cenggini..
kalau ada kesempatan,korang tengok la cite ni..
memang best...

kisah benar tentang hidup seorang autistik
yang kini dah jadi profesor kalau tak silap..
hurmm..cengkih kan kan kan..
kita yang normal ni pun berapa kerat je yang sampai ke tahap tu..
tabik la kat cikgu sains yang ajar Temple ni...
dia sorang je yg nampak kelebihan Temple..
dia bukak minda Temple
dan sentiasa memberi cabaran utk Temple selesaikan..
kenapa cikgu tu buat macam tu???
sebab dia tau Temple suka mengkaji...
dalam kata lain cikgu tu kenal sape anak murid dia...:)
bukan mudah tau..
dan tak ramai pun cikgu yg macam tu..

hurm bila dok sebut2 tentang anak istimewa ni..
ingatan mesti teringat kat anak2 yang dah 5 bulan
cikgu tak jumpa...
ingat lagi ke depa kat cikgu ye...hurmmmmm
sebelum ke brunei aritu..
sempat cikgu pi jumpa diorang...
sesambil tu bawak firas sebab diaorang teringin sgt nak tengok
anak teruna cikgu ni..

pak din yg nakal tu tetiba jej jadi malu2 dengan cikgu..
asyik tersengih memandang lantai..
mengalahkan anak dara gitu..

pojan je yg sudi datang dekat sebab dia suka baby..
memula senyum2..
pastu cuit2...
pastu nak peluk firas pulak...
cayangg sungguh dia kat baby..

dlm duk melayan pertanyaan
yg mcm2 dari saffura n hasif...
tau2 kotak yg cikgu mintak dari kawan cikgu dah koyak rabak
dikerjakan wong...huhuuhu...
wong ni anak autistik...
dia memang suka gunting dan koyakkan kertas..
kalau nak bg dia duk diam...
cikgu bagi je tugas menggunting..
kalau tak...habis la
segala mak nenek kat di dinding tu
wong koyakkan..
haippppp!!

azmi bekas pakwe cikgu pun malu2
bila jumpa cikgu..
dengar2nya azmi menang pingat emas utk acara
lontar peluru...cayaaalahh azmi!
hurmmm rindunnya kat anak2 istimewa cikgu..
termasuklah arwah naien yang dahkembali  ke rahmatullah..
al fatihah buat arwah...

yg sedihnya..
bila cikgu mula mengajar semula thn 2013 nanti..
pak din,azmi,saffura,hasif,fauzan...semua dah masuk
sekolah menengah..
huhuhu...
rindunyaa kat korang!
korang rindu tak kat cikgu????

Tuesday, September 27, 2011

Diganggu Gangguan !


sekadar hiasan semata...

Arghhhhh !!!


Banyak betul gangguan yg datang...
pagi..petang..
siang..malam...
mesti datang ajer gangguan gangguan itu
huhuhu

erkkkk jgn salah faham ye..
bukan gangguan yg ngeri2 tu...
hihihi

dah berminggu2 nak tempek cerita
yang mcm2...tapi asyik tak berkesempatan je
nak mengarang mesti ler kena ada mood..kan kan kannn
bila cik mood dah mai...
hero kecik pun dah lena..
gedegung gedegeng bukak blog
kengkonon nak story mori tentang singapore la
raya la,open house la, kenduri kawen kat brunei la..
bla bla bla ...
akhirnya blahhhh la wehhh...

nak tau pasai apa????
baru jer niat nak bercerita..
ehhh terguna plak khidmat en google..
google apa???
resepi lerrrr...
coppppp jgn puji dulu..
ai tak masak n try pun resepi2 tu...huhuhu

dah selesai layan resepi...
maka klik ler kat blog sendiri..
al konon nak mula menaip ni...
arghhhhh firas pulak celik mata..
bujang teruna ni kalau dah celik...mulut pun start bunyi
sah sah la memang tak leh update blog
mcm tau2 je mama dia nak layan blog...huwaaaa
dengki tau...saje nak suh mama layan dia

bila dah tido balik
erkkkk...teringat plak dah cerita korea yg tgh syiok dilayan
errr tangguh dulu la update blog...kikiki
nak tengok satu episod jer..
pastu nak sambung update blog semula

huhhhh!!!
bukan 1 episod aku layan..
sudahnya berepisod2 aku tengok..
huk aloh la..

dan.....
bila firas dah tido..
hati tak teringin nak cari resepi..
jiwa malas nak layan cite korea..
maka hati berbunga2 nak update blog...
MALANGNYA....
saat itu ler juga...
line internet tetiba slow..huwaaaa
takper...aku tunggu dgn penuh KESABARAN...
bila line dah ok..
jeng..jeng..jengggggg
laptop pulak buat hal....

BENGKEKKKK betul la..nyampah aiii...huhuhu

sekian, terima kasih

p/s: menaip sebelah tgn sambil diperhati si bujang teruna yg kejap2 tarik laptop sebab nak berblog jugak gayanya huhu

Sunday, September 25, 2011

sudah tiba!

hurmm akhirnya dia datang juga..
ingatkan lambat lagi..
5 bulan berlalu..
hari ni dia datang tanpa diundang..
berapa lama gamaknya...
tidaklah kutahu..
terasa pelik pun ada
kerana lama tidak bertemu..
apa pun jua
kuterima saja kehadiranmu itu..

wachaaaaaa

Thursday, September 22, 2011

15 Perkara Tentang Anak Bujangku

Kejap je anak bujang aku ni dah masuk 5 bulan...jap lagi pejam celik, pejam celik....opsss dah nak dapat menantu...hik hik hik....jauhnye la mama firas berangan...siap skip banyak benda..
tup,tup,tup dah pikir nak dapat menantu...apoo daaa..

apa-apa hal pun sila layan gambo raya tahun ni kat bawah ni ye...tema biru youuuuuuuu...
abis kedai aku pi tilik baju biru...biasa la kan..time yg kita nak tu...susah bebenor nak jumpa yg terlekat di hati...dua negeri aku cari tau..
last2 beli kat shah alam ...baju ala2 pelangi biru gitu...


 Tahun ni raya bertiga ye...tahun depan berempatkah?? hohoho..

aisey susah betul nak amik gambo raya yg superb...udah la si kecik ni kejanya toleh kanan toleh kiri tiap
kali nak bergambar...tengok2 ada pulak gambo pakciknya firas kat belakang tu...
huhuhu...anggap je lah itu sekadar photo background ye...


aiyokkk punya la panjang intro..sebenarnya ari ni aku nak buat catatan tentang perkembangan anak bujang yang dah semakin bulat ni..ngeee

 baju raya sekadar untuk berposing depan kamera..hihi


Sejak umur firas dah cecah 5 bulan ni....

1. mulut makin petah dengan bahasa aliennya...biasanya di subuh hari...nak kejut mama la tu..;p...bukan takat mulut ler...selagi tak bangun...ditendang2nya badan mama dgn kaki kecik dia...pastu jari2 montel tu siap korek2 mata mama...yg paling tragis...hidung n pipi mama kena jilat huhuhu

2. tidur tak tetap pendirian..keh keh keh...dasyat punya ayat...laki aku kata tidur lesak...orang kampung aku kata...tido buahhhh...kalau boleh satu katil tu firas sorang yg nak tido..hamboiiii manyakk cantik!!!

3. dah pandai main mainan..sangat teruja dengan menan yg gantung2 dan ada lampu...juga sgt hepi kalau dapat pegang kertas or buku yg bersaiz besar....

4. dah ada perasaan perasan hensem...asal tengok cermin je...tersengih sampai telinga..kalau tgh nanges pun bleh berenti kejap utk senyum...pastu sambung nganges balik huwaaaaaaaa

5. ada hobi baru iaitu tarik spek mata bonia mama...pantang nampak mesti nak tarik...nak suh mama pkai lens kaler biru le nak oii

6. makin pandai berpura-pura....depan mama buat buat isap menan...belakang mama...tu diaaaa... hisap jari noooooooo...haipppp!!!!

7. suka buat mama terjerit beruk setiap kali menyusu....tu lum ada gigi...dah ada gigi tak tau la cam ne sakitnya huhuhu...firas plak layan gelak...tak baik tauuuu...kesyian mama...

8. makin pandai bergurau....contohnya kalau dia main sesuatu, aku buat2 terkejut...pastu firas akan sengaja buat lagi supaya aku terkejut utk kedua dan ketiga kalinya...pastu dia gelak...agaknya muka aku ni cam badut kot bila buat2 terkejut...hurmmm huduhnya

9. dah boleh mengiringkan badan kiri kanan....setengah baby dah bleh meniarap kan...firas lum ada tanda2 nak meniarap...tapi menyusu dalam keadaan meniarap boleh pulak...huk alohh ganazzzz anak aku ni...menyusu ala2 style rambo mengendap musuh gitu...

10. suka menyusun langkah...hamboii ayat...ala2 nak bertatih gitu...tambah2 kalau nampak benda yg dia suka...mama dia la jugak yg jadi mangsa kena pegang ...sakit pinggang mama nak oii

11. dah pandai main air...sekarang kalau time mandi kakii tgn takleh duk diam...bila buka baju n seluar...hati berbunge2 sbb tau nak masuk jakuzi sinki..yeaaa blh main air

12. suka panjat perut mama smpai la ke bahu..kekadang muka mama pun kena penyek (antara sebab perutku tidak diratakan hihi...hanya alasan semata)...pastu tersengih puas hati mcm orang berjaya tawan gunung kinabalu kekdahnya

13. berebut nak guna laptop dengan mama...pantang aku tekan keyboard...dia pun nak tekan jugakk..adehh...

14. dah tahu tunjuk perasaan tak puas hati bila mama tak bg main benda yg dia suka ...

15. dah ada keinginan nak makan macam orang dewasa....nanges2 kalau tak dapat...saboo ye nak...bulan depan mama bagi firas makan bubur ye...kena ikut cakap doktor...


 baju raya yg lebih besar dari tuan baju...tahun depan pakai baju ni lagi la nampak gayanya


haaaaaa...tengah buat apa tuu!!!

Wednesday, September 14, 2011

Blogger Kecik Menaip

ic  ..l    oo/                 fffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff
ffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff         
?  .feeeeeeeeeeeeeee/....l,.....,lllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll., b
                                 0oooo0popop088opiippppppppppppp00""""""
'j                        jkc  
      ,                      

apo ko bondo tu..??sebenarnya tu hasil taipan anak bujang cikgu..dia pun sibuk nak menaip gak...ada sape2 paham ke cerita firas kat atas tu..jangan mengumpat hal mama dia sudah hihi

Sunday, September 11, 2011

bikin PANIK wal HARU BIRU..

Adehh baru jer nak start mengumpat tentang firas...dak kecik ni dah celik mata la plak...cam tau tau jer ekk.... pedulik haperrr...nak citer gak walau hanya sebelah tangan jek bleh menaip...hihi...

setelah seminggu melepak (cewahhh melepak la plak) kat singapore...semalam kami pun pulang semula ke pangkal jalan...opppssss balik Brunei daaa.. entry kali ni cikgu belum nak cerita tentang syedut2 angin di singapore...ni kiranya entry lompat...bukan apa...gambo2 belum transfer..pastu nak kena hengat balik info2 penting supaya dapat dijadikan panduan kat sape2 yg nak pi syedut2 angin kat singapore..amboi baiknya hatiku...



Airport Changi..ihsan en Google

semalam flight cikgu 9.20 pm ...dari hotel sampai la ke airport Changi ,Firas layan tido dalam cab ...syukur..berbaloi ada en stroller....maka lena la si bujang teruna tu kat dalam stroller waktu nak pi check in...cikgu dah berkira2 nak jadi photographer tak bergaji...teruja tengok airport changi yang besau gedabak ni...dah la lawa......tapi malangnya hasrat terbantut...anak raja kecik tu terjaga la pulak...sudah la celik mata...merengek pulak...tanda tak nak duk dalam stroller..adehh dukung la jawabnya..

selesai check-in..kami tiga beranak pi cari surau....cari punya cari...tidaklah jumpa...di mana ye....rupa2nya ado kek dalam balai berlepas...mak datinn balai berlepas ke... mall ni?...macam macam kodai ado...melilau gak cari surau..tengok peta...tak jumpa plak gambo kubah ....erkkk depa guna gambar tangan cam ala ala amik wudhuk gitu...tengok peta tu kat bahagian tengah airport..(airport ni memanjang gitu).....gate berlepas gate F60..last punya gate...surau plak kat bahagian hujung satu lagi...mak datukkk penat giler nak kena jalan pi mai pi mai dari hujung ke hujung....habehh la lemakku....firas cool jek..mama n ayah firas cam nak tercabut kaki dibuatnya...

elok sampai jek kat surau...Firas sambung merengek la pulak....hadoiii...serba tak kena..makin lama makin kuat pulak dikir barat dak kecik ni...bagi susu tak mo...dukung nehi nehi...semua gaya tak jalan...en asben dah habis solat pun firas still nanges...pastu cikgu perasan cam hidung firas berhingus...dah cuci hidung...Firas cam ok skit...so turn mamanya plak pi solat....elok je angkat takbir...tu diaaaa firas meraung sakan...adehh...anak raja kecik ni kalau dibiarkan nanges lelama lagi la susah nak pujuk...meleret leret nanti nangisnya..




selesai solat, cepat2 pi tengok firas...bedak ke ..lipstik ke langsung tak sempat nak tempek ( tak pe...natural beauty itu lagi ada umphh hehe)....muka en asben masa tu dah ala2 traffic light gitu (hehehe jgn mare ye bang)....cikgu amik n hug dia kemas2....nangesss jugakkk...adoyaiii tak tau nak pujuk macam mana lagi dah......mama n ayah dah panik...pak cik mak cik, abang kakak yang tengok firas nanges  bg petua macam2...tapi tak jalan daaa...ni kali kedua dia nanges beriya2...so cikgu assume..maybe dia sakit perut....cari minyak angin dalam handbag ..sekali tak jumpa plak dah....sabo je la...

pastu cikgu terpk ...adakah  hidungnya yang problem??....picit je hidung Firas...keluar ler hingus pekat...pastu reda la skit tangis yg mendayu2 tu...staff kat airport tu pun kelam kelibut tolong pi cari minyak angin...dah sapu kat tempat2 sepatutnya...Firas akhirnya tertidur kat bahu mama....tak berani nak letak kat stroller..risau karang dia meraung balik...malu wooo staff dari tingkat bawah pun bleh dengar suara Firas...kuatttt kalau sekali dia meraung...well anak lelaki..suara jantan bebbb!! hehe....
panik satu airport Firas oiiii....

so dari surau sampai la ke gate F60 cikgu dukung firas sambil peluk kemas2....jalan macam lipas kudung sebab dah lewat...adeh cam nak tercabut segala sendi dan urat kaki...tuhan saja yang tahu...


Royal Brunei Boeing 777..juga ihsan en google..

Alhamdulillah...masuk je dalam perut kapal terbang...Firas layan tido selena lenanya....fuhh lega betul...penat tak terkira..perut lapo pun dah tak heran..rasa nak lena gak macam Firas...tapi jakun punya pasal naik kapal terbang besau....mata plak tak mau lena...sempat layan lagu raya lagi kikiki...sape suh bagi headphone...kulayan la lagu raya...sesambil dengar lagu raya...cikgu pekena chicken pasta...nyum nyum sedap...bayangkan la makan sebelah tangan je...kemain susah nak makan...tapi licin gak bekas pasta tu hehe....

jam 11.30pm flight kami selamat mendarat di Airport Bandar Seri Begawan...firas tetap gak lena dalam pelukan mamanya...masalah Firas selesai...sekali stroller yang sepatutnya staff airport letak kat pintu flight tak de la pulak...tunggu berbelas minit gak...kiranya sampai pilot pun dah nak balik, kami still tercegat kat pintu kapal terbang ni....sekali lagi traffic light di wajah en asben kelihatan...kali ni siap ada kilauan lampu kereta polis lagi huhuhu...ye la...lama giler kami berdiri macam tiang lampu tapi sorang staff pun tak datang bagitau tak jumpa stroller Firas...akhirnya kami ler orang paling last masuk ke balai ketibaan...

bila dah masuk dalam perut kereta ...rasa tak sabarnya nak sampai ke rumah...sekali en asben baru teringat...alamakkkk...kunci pagar dengan kawan dia daaaaaaa....adesssssss..camno ni...???nak call pun masa tu dah kul 12 mlm...camno nak masuk dalam rumah ni....hurm mujur ler pagar rumah ni tak sempurna...bleh le kami mengecilkan diri masuk kat bahagian yang tak berpagar..kete parking je kat luar pagar....masuk rumah terus tidur...habes citer...
-TAMMAT- (ikut style citer itam putih kat tv)

Wednesday, September 7, 2011

Aku Jatuh Chenta!

Assalamualaikum...

hari ni pepagi lagi cikgu dah nak bercerita tentang hati dan perasaan gitu...harap jangan muntah lemang la ye..maklum la mode raya masih lagi terasa...karang baca kisah cinta cikgu ni ada plak yang terasa loya lemang hehe...

orang lain pakat duk sibuk bercerita tentang raya...cikgu plak tak nyempat2 nak story mori bab cintan cintun..hehe...what to do...sejak bertentang mata, hati ni tetiap ari rasa rindu jek pada....

*

*

*

*

*

*

ENCIK MACBOOK AIR...:) hehehe

sebenarnya ni baru pestaim cikgu guna produk Apple Hijau ...sebab tu la tahap keterujaan tu melampau2 skit...orang lain dah lama guna...dah tak heran pun dengan produk Apple ni...tapi cikgu duk jakun lagi hehehe....

selama ni rasa tak yakin je nak pakai sebab ia agak berbeza dengan Windows....mahal plak tu..pastu masa pi survey2 kat kedai...salesman tu siap cakap ada kelas percuma untuk pengguna yang tak mahir dengan Mac...wahh mula terasa cam susah jek nak guna Mac ni...hati pun tertangguh2 nak memperabih pitis membeli Mac...maka terkubur cenggitu je lah...

hujung bulan puasa yang lepas...en asben balik dari keje tersengih2...kat tangan en asben ada terkepit satu kotak ...benda apakah itu???? set barangan kemas serba satu untuk pn isteri berayakah....???????kui kui kui....rupa-rupanya kotak itu berisi laptop idaman....bila en asben keluarkan dari kotak...aduh makkk...nipis giler laptop ni..ringan lak tu tapi ipad lagi ringan lerr hihi.......hati mama firas sudah terjatuh tapi baru separuh....:)...

bila dah guna...aiyokkkk...cikgu dah benar2 jatuh chenta dengan en macbook air ni....tertepis sudah ipad2 buat sementara waktu...diulang BUAT SEMENTARA WAKTU jeee kui kui kui......kenapa gamaknya cikgu suka ye...

1. of koz sebab nipis n ringan berbanding laptop yang penah cikgu guna

2. semestinya sebab produk Apple yg memang marbeles dari segi grafik dan OS nye yg mantop serta susah nak jangkit dengan virus

3. tak perlu susah susah nak guna dua tangan...satu tangan pun dah bleh scroll,copy paste...dan macam2 lagi lah...segala kerja hanya dihujung jari gitu...cewahhhh...sangat sesuai la utk ibu2 yg nak buat keja sambil pegang anak sebelah tangan hihihi

4. bateri yang tahan lama....model yang cikgu guna ni saiz 13"...so baterinya tahan lebih dari 7 jam...kalau yang 11" tu tahan lebih 5 jam kalau tak silap...(kalau sesapa nak beli MacBook Air...cikgu suggest beli yg 13"...baru puas hati nak tengok gambar or movie)

5. last sekali sebab cikgu sangat seronok guna Macbook Air ni ialah.....kerana ia hanya laptop PINJAM....diulang sebut....PINJAMMMMM!!!!  kui kui kui...terima kasih kepada company en asben kerana bermurah hati meminjamkan MacBook Air ni kepada en asben..muahahahaha.....selamat duit simpanan kami....pasni jarang2 ler cikgu dapat guna MacBook Air ni....ye ler...company bagi utk en asben buat keja opis...apa kejadahnya pn isteri nak guna lebih2 kan...:)

Tuesday, September 6, 2011

Al kisah di hari raya dan selepas raya

Assalamualaikum kepada sesapa yang singgah ke blog berabuk ni...:)

dah lama bebenor tak mengupdate ...banyak cerita dah basi dan berkulat dek kerana tak sempat nak tempek kat sini...anak bujang cikgu tu jeles skit kalau mamanya berkepit dengan laptop...ada saja la yang tak kena kalau tak dilayan bermain dengan si kecik tu...bosan agaknya asyik main dengan menan...nak jugak ajak mama main sama...adehhh...sudahnya terbiar la blog yang memang dah tak ramai nak singgah ni hehe...

cikgu sekarang ni tengah melepak di singapore...arini kalau tak silap perkiraan kalkulator cikgu...dah tiga hari dua malam kat Raffles Hotel...macam biasalah keje cikgu hanya bertenggek kat bilik aje sesambil tunggu en asben habis kursus..malas lah nak kuar dengan firas je...cikgu lagi selesa keluar bersama en asben...bukan apa takut sesat jee..kah kah kah...bleh pakai ke alasan ni....entry kali ni cikgu tak dapat nak tempek gambar sebab ni pinjam lappy baru en asben..karang terhadiah virus kat lappy ni mau ada orang tarik muncung jeling sampai juling plak...walaupun Mac susah nak kena jangkit virus...tp berhati2 tu lebih baik kan kan kan...next time cikgu tempek gambar ye...lagi pun kami lum sempat ronda2 kat kota singa ni...plannya hujung minggu ni baru nak menjamu mata...hajat di hati nak menyinggah ke universal studio yg ala2 Disneyland tu...tgk rega...aiyokkkk mahal jugak tempat...kalau ada rejeki...maka sampai ler kami kat sana...

hurm camno raya korang seme...mesti syiok kan...cikgu biasa2 je...kali ni raya pertama kat ipoh...yg bestnya tahun ni buat pertama kali beraya dgn si bujang teruna cikgu...punya teruja sampai beriya2 mama firas ni pi cari baju melayu...alahai susah nau nak cari baju saiz dak kecik ni...last2 terpaksa gak kaki tangan tu dilipat...pakai masa amik gambar je...raya kedua kami ke teluk intan ziarah sedara mara belah suami cikgu. raya ketiga balik shah alam sebab malamnya nak ke langkawi plak kg cikgu...tahun ni balik beraya + kenduri sepupu pd 3 sept. 4 sept 9.55am plak balik ke s.alam...petangnya ke KLIA sekali lagi utk ke singapore flight kul 4.30 pm...terpaksa gak balik ke denai alam walau pun masa yg ada hanya dua jam...sebabnya beg baju firas lupa nak bawa...memang penat giler....dah la badan mula rasa tak sedap...firas pun dah mula selsema....merengek aje...buat pertama kali firas mengamuk dlm flight...mujur tak lama...elok flight dah masuk singapore...firas sambung nanges lagi...yg kapal terbang plak tak leh nak landing sebab airport changi jem...hamik kauuu...bukan jalan raya je sesak...airport pun boleh jem ...hadui...ada la dekat 30 min duk berlegar2 je kat atas...rasa cam dah nak lembik...sbb kurang sht dan perut hanya diisi dgn burger mcD gara2 tak sempat bekfes n lunch..

bilA sampai kat airport changi...mata terbeliak tgk kesesakan flight yg tunggu turn nak take off...airport changi ni besar la jugak...kemain lenguh nak menapak ke balai ketibaan..nak ke hotel, kami amik cab...bila dah nampak hotel...terus rasa tak sabar nak baring....penat wooooo....tapi tak dapat gak nak berguling2 kat katil....tetiba firas merengek,meraung tak henti2...adala 30 min...tak penah2 dia nanges cenggitu...panik tau...dah habis gaya pujuk dan berjenis ubat cikgu bagi...tp firas tetap duk nanges...last2 dlm penat tu kami decide nak pi klinik...sekali staf hotel call doc ke bilik ...lama gak doc nak sampai.akhirnya firas tertido kepenatan...mama dia pun cam nak nanges sekali tgk si bujang kecik merana sakit yg tak ketahuan ...huwaaaa....kata doc firas sakit kembung perut...maybe disebabkan 3 hari tak poo poo...makanya sakit tu bertambah2....cian anak mama...doc masukkan ubat kat tut bujang kecik...pastu cikgu mintak ubat batuk sbb batuk cikgu makin menjadi2.....nak tau berapa bayarannya? $450 jeeeeeeee....huwaaaaaa mahal nak mam***.....dlm dollar tau...darab ler dgn 2.5...kalau dlm rm pun cikgu dah terkejut beruk...inikan pulak dlm nilai dollar...terkejut king kong laki cikgu tau...

oklah next time cikgu citer tentang singapore...firas dah marah mama did asyik menaip...jeles betul...bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...