Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Hari ini hari yang cukup penat bagi aku...sebab perlu cover untuk hantarkan pesakit ke Jabatan Radiologi bagi temujanji MRI dan CT TAP..
pesakit tu sakitnya NPC (Nasopharyngeal Cancer) memang dah tak boleh lying flat..memang dekat wad pun dia sentiasa berada dalam prop up position.
Nak dilengkapkan cerita,MRI dan CT TAP adalah prosedur yang memerlukan pesakit baring flat dan akan masuk dalam terowong.Bagi prosedur MRI,mengambil masa selama 1jam..lebih kurang lah.kalau CT TAP tu sekejap je..dalam 10-15 minit.
sebelum masuk tu dah satu hal nak suruh pesakit baring flat..pesakit tu memang dah nampak lain masa tu..sebab memang tak boleh nak baring macam tu..agak-agak macam semput je..aku dengan selamba je cakap pada doktor tu..minta supplykan oksigen..sebab takut pesakit tiba-tiba SOB...memang naya aku..
Then...masuklah pesakit tu ke bilik MRI...segalanya berjalan lancar sehinggalah 31 minit kemudian..pegawai Radiologi tu panggil..SPO2 pesakit tiba-tiba drop...aku dah agak dah! 85% tu pun under oksigen 3liter nasal prong.
kitorang keluarkan pesakit tu dari situ dan kami diarahkan untuk ke Radiologi department...sebab MRI cancelled..diorang tak berani nak teruskan prosedur tu.
ok,aku pun tolak lah pesakit tu dengan PPK yang menemani aku ke Radiologi Department..sampai je dekat kaunter..terus minta staff sana supplykan oksigen untuk pesakit..
selepas doktor tengok,dia tanya aku samada nak teruskan prosedur atau macam mana..aku cakap,aku tak berani nak teruskan dengan SPO2 drop,BP drop..lepas bincang-bincang..aku cakap nak bawa pesakit ke A+E..(kecemasan) sebab doktor di situ macam tak tahu nak buat apa memandangkan pesakit tu bukan under hospital mereka.
Aku cakap aku tak kira...nak juga pesakit tu dihantar ke A+E sebab aku tak nak bawa balik pesakit dengan keadaan BP dan SPO2 drop...sekurang-kurangnya sudah distabilkan.Then,tolaklah kami ke Resus Zone...
Alhamdulillah sebab staff disitu layan kami dengan baik..mungkin sebab ketika itu tidak ramai pesakit..
Bila doktor disana check..diorang pun dah tak boleh nak buat apa-apa memandangkan pesakit itu sudah pun DIL NAR..dan kami diminta membawa pulang pesakit tu ke hospital kami..
sempat lagi doktor disana bergurau..
"kalau apa-apa jadi dalam ambulans..korang tengok je ya..."
Kami balik dengan hati yang gundah..takut betul..2 minit sekali check BP...haha..tapi pesakit tu nampak ok..GCS full...Ambulans pun dah bertukar jadi roket..aku dah mabuk-mabuk laut bila sampai dekat hospital kami..maklumlah..dentuman demi dentuman kami lalui..fuh!! mahu tercabut kepala rasanya..hehe
Dah serik nak hantar kes..aiyoo..selalu sahaja pesakit yang aku hantar..akan mengalami situasi yang sama..
masa tu rasa macam perut nak terburai..takut sangat!!
harap-harap lepas ni dah tak kena macam ni..tapi.....esok dan lusa oncall...waaaaa....tak nak! tak nak!
mimpi ngeri!
p/s: mood: nak berhenti kerja...haha