"Barangsiapa yg tidak mengambil peduli hal umat Islam, maka mereka tidak tergolong dalam kalangan mereka...

Wednesday, May 19, 2010

Lapan rakyat Malaysia sertai misi laut ke Gaza





KUALA LUMPUR - Seramai lapan orang rakyat Malaysia yang mewakili beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlepas ke Istanbul dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.30 pagi Rabu bagi menyertai misi kemanusiaan Lifeline for Gaza. Di Istanbul, mereka akan menyiapkan barang-barang yang akan diangkut melalui jalan laut ke Gaza.

Pada 24 Mei, kesemua kapal yang menyertai misi ini (dianggarkan 10 buah) akan berkumpul di Antalya, sebuah bandar pelabuhan di selatan Turki sebelum dijadualkan bertolak ke Gaza keesokan harinya melalui Laut Mediterranean. Perjalanan dijangka mengambil masa 15 jam kecuali berlaku kelewatan disebabkan halangan atau perkara-perkara lain yang tidak diduga.

Anggota rombongan dari Malaysia ini merupakan wakil-wakil gabungan NGO yang terdiri daripada Haluan Palestin, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Muslim Care, Yayasan Amal dan Aqsa Syarif. Selain itu, rundingan sedang dilakukan dengan Bernama TV bagi membolehkan seorang petugasnya menyertai misi ini sebagai wakil media.

aMenurut ketua misi yang juga Pengerusi Haluan Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin (gambar), wakil media amat diperlukan sebagai 'senjata' untuk memasuki Gaza.

"Kita juga telah mendapat persetujuan daripada Radio IKIM yang akan membuat laporan dan lintas langsung misi ini setiap hari, yang siarannya mungkin dapat diikuti pada jam 11 malam. Selain itu, akhbar Sinar Harian juga akan menyiarkan berita perkembangan misi ini setiap hari juga," katanya.

Noorazman mengucapkan terima kasih kepada kira-kira 120 orang ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-sahabat yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada anggota rombongan.

"Inilah kali pertama wakil-wakil NGO bergabung tenaga menyertai misi ke Palestin. Ingatlah, setiap penglibatan yang kita lakukan adalah jihad. Mudah-mudahan ia menjadi amal soleh sebagai saham kita berjumpa Allah nanti. Kami mengharapkan doa daripada anda semua. Saya teringat (mafhum) kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bahawa apabila Palestin berada di bawah kekuatan Islam, seluruh dunia akan berada di bawah kekuatan Islam," katanya lagi.

Menjangkakan kemungkinan berlaku senario sukar dalam usaha memasuki Gaza, sebuah pasukan pengurusan krisis telah ditubuhkan. Pasukan yang membuka bilik operasinya di Seksyen 17 Shah Alam ini juga terdiri daripada gabungan NGO dan bersiap sedia mengambil tindakan yang sewajarnya jika ditakdirkan berlaku perkara-perkara tidak diingini kepada anggota rombongan.

"Bukanlah kita mengharapkan perkara buruk berlaku, tetapi kita bersedia untuk bertindak kalau ia berlaku," kata penyelarasnya, Zulhilmi.

aBeliau yang juga Timbalan Presiden Muslim Care turut membandingkan misi Lifeline for Gaza melalui laut ini seperti tentera Muhammad al-Fatih yang menawan Konstantinople 500 tahun lalu. "Walaupun kita pergi bukan untuk berperang tetapi kita bersedia menghadapi tentera Israel yang mungkin menyerang. Jadi, bersama-samalah kita memperbanyak mengerjakan solat malam untuk mendapatkan kekuatan."

Kelmarin, kerajaan Israel telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menghalang misi ini daripada memasuki wilayah Palestin tersebut.

Rombongan ini turut disertai oleh Dr Selamat Aliman yang mewakili JIM, Palestine Centre of Excellence (PACE) dan juga Aqsa Syarif. Beliau amat berharap misi untuk memasuki 'penjara terbesar di dunia' ini berjaya supaya wakil-wakil NGO dari yang terlibat dapat melihat sendiri kesukaran hidup yang dilalui oleh rakyat Palestin, seterusnya mengenal pasti bentuk projek yang mesti dilaksanakan segera.

a"Alhamdulillah, untuk misi Lifeline for Gaza ini kita telah menyerahkan sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin berjumlah RM200,000. Selain itu, kita juga mengadakan kutipan kilat selama 24 jam lepas bagi mengumpulkan wang tunai untuk diserahkan kepada penduduk Gaza secara langsung," kata Dr Selamat.

Misi ini difokuskan untuk membawa peralatan dan bahan-bahan binaan ke Gaza. Ia merupakan cubaan kedua beliau untuk memasuki Gaza setelah cubaan pertama pada awal tahun lalu melaui Rafah di sempadan Mesir-Gaza tidak berjaya. "Cubaan pertama dulu tidak diizinkan Allah, diharap kali ini berjaya. Tentang risiko menghadapi tentera Israel saya rasa semua orang faham, tetapi insya-Allah kita akan menghadapinya."

aPengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa JIM ini menjelaskan, Israel memang diketahui bukan sahaja tidak membenarkan kemasukan bahan-bahan binaan, bahkan bahan-bahan keperluan asas turut disekat daripada memasuki Gaza. Oleh hal yang demikian, beliau berpesan kepada rakyat Malaysia supaya berusaha memahami kedudukan sebenar bumi Palestin dari sudut sejarah dan politik, kemudian menghulurkan sokongan dan doa yang berterusan untuk rakyat Palestin.

Turut berucap pada malam itu ialah Setiausaha Agung JIM, Nahar Md Nor, Pengerusi Persatuan Mawaddah Islam Malaysia, Ustazah Maznah Daud, wakil Viva Palestina, Noorazian Anidin, wakil Yayasan Amal, Jamuliddin Elias, wakil kaum ibu untuk isteri-isteri yang ditinggalkan, Puan Afiah dan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Abdullah Sani. Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Alami.

Tuesday, May 18, 2010

PALESTIN TETAP KEKAL SELAMA DUNIA MASIH ADA





Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin







Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah saw dan para pengikutnya

… Al-Quds merupakan taman yang harum semerbak, lokasi yang senantiasa melemparkan senyuman, malamnya dipenuhi dengan selawat dan munajat, dan siangnya dipenuhi perjuangan dan aktiviti-aktiviti dakwah.

Sejarah Al-Quds adalah sejarah risalah dan perjuangan para rasul, yang diterima dari satu nabi kepada nabi yang lain dan satu dari satu risalah ke risalah yang lain hingga yang terakhir risalah nabi Muhammad saw yang diterima daripada seluruh nabi pada puncak pertemuan di langit yang penuh keberkatan. Di hadapan pintu-pintunya gugur syahid para pejuang dan pahlawan dan di sekelilingnya melahirkan para pejuang yang beriman. Di hadapan pintunya sentiasa berlaku pertarungan sengit yang berpanjangan antara kebenaran dan kebatilan yang kadang-kadang kebatilan menang pada awal pertarungan namun pada akhirnya kebenaran akan memenangi dalam pertarungan ini.
Ketetapan (Tsawabit) yang tidak boleh diubah;

* Palestin dan Al-Quds merupakan sebahagian dari aqidah umat Islam, kerana itu mengambil mudah isu keduanya bererti mengambil mudah ke atas kitab Allah, peradaban ummah dan keimanannya.

* Masalah Palestin merupakan amanah yang tergantung di tengkuk setiap muslim, dan menolongnya adalah wajib dan mempertahankannnya adalah suatu kefarduan, sementara mengambil mudah terhadapnya adalah suatu jenayah dan kesalahan.

* Bekerjasama dengan Zionis dan orang-orang yang bersekutu dengan mereka serta berurusan dengan mereka, bererti memerangi Allah, agama dan umat Islam, berdasarkan firman Allah:فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ “ Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih”. (An-Nuur:63)

Jihad untuk mengembalikan bumi Palestin dan Al-Aqsa adalah wajib fardu ain ke atas setiap muslim, semua dituntut untuk mempertahankan, menjaga tempat-tempat suci dan melindunginya, kerana al-Aqsa merupakan qiblat pertama, Tanah Haram ketiga dalam Islam dan tempat persinggahan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj nabi saw.

Ucapan terima kasih yang ditolak dan pengabaian hak Palestin yang menjijikan

Sesungguhnya di antara rencana jahat dunia ke atas seseorang ialah seperti yang berlaku pada tarikh 3 Mac yang lalu. Iaitu seperti yang dilakukan Netanyahu, Perdana Menteri Zionis dengan menyatakan rasa terima kasih kepada para pemimpin Arab di atas sikap mereka yang baik?! Begitu juga Hillary Clinton yang menyatakan rasa terima kasihnya terhadap pendirian Arab yang ‘berani’. Beliau gembira setelah melihat sikap berdiam, membiarkan dan keengganan mereka daripada mengecam atau menentang keputusan penyatuan masjid Ibrahimi di Khalil dan masjid Bilal di Beitlehem kepada Israel yang jelas melakukan banyak perlanggaran terhadap hak-hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Inilah yang terjadi di Tebing Barat di bawah pengawasan dan pendengaran pihak berkuasa Palestin di Ramallah, yang diiringi usaha yang keras sebagai persiapan untuk membangun Haekal Sulaiman di atas tapak Masjid Al-Aqsa seperti yang dilakukan pada tarikh 15 Mac yang lalu sebagai isyarat permulaan “Agenda pembangunan Haekal”.

Al-Aqsa; Allah yang melindunginya dan tangan-tangan ini yang menjadi taruhannya

Zionis selalu bercita-cita mewujudkan identitinya setiap kali mendapat kesempatan untuk merealisasi idea pembinaan Haekal di atas keruntuhan Masjid Al-Aqsa.

Di sebalik penyembelihan yang berlaku di sekitar Masjid Al-Aqsa (8/10/1990 ) muncul arkeologi Zionis “Joseph Sierg” di TV Perancis dengan mengatakan: “Israel dalam waktu terdekat akan segera memulakan pembinaaan Haekal ketiga di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa yang mampu dilakukan dengan menggunakan teknologi moden”. Selang beberapa hari pada bulan November Yitzak Shamir Perdana Menteri Israel ketika itu, memberi reaksi ke atas tindakan penyembelihan itu beliau mengumumkan: “Inilah masanya untuk memanjangkan sempadan Israel dari laut Merah hingga ke sungai Furat “.

Pada September 1991 akhbar Hahdashout melaporkan bahawa gerakan pemimpin Gunung Haekal telah melakukan peletakkan batu asas – yang beratnya 6 tan yang dibungkus dengan bendera Israel – ke tempatnya yang terletak di atas tanah suci.

Tidak hairan … Siapakah yang paling menepati janji, ancaman dan ketentuannya dari Allah SWT kerana Allah SWT telah berfirman: إِنَّ اللهَ يُدَافِعُ عَنْ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ . أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ. الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلاَّ أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللهُ وَلَوْلا دَفْعُ اللهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللهُ مَنْ يَنصُرُهُ إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat. Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu, (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan Kami hanyalah Allah”. dan Sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa”. (Al-Hajj:38-40)

Ke manakah Shamir pergi? Pergi ke neraka Jahim, memperolehi berbagai laknat, sementara para pemimpin Haekal senyap sunyi dan tidak mampu mencapai misi mereka.

Kita telah menyaksikan dengan mata kepala kita pada akhir-akhir ini bagaimana lelaki dan wanita serta para pemuda dari anak-anak Palestin dengan gagah berani menghadang tentera bersenjata dengan dada yang terbuka sebagai benteng dan tangan-tangan mereka yang kosong dari senjata, kecuali senjata iman, aqidah dan gigih dalam berjihad dan mengimpikan syahid. Benarlah firman Allah yang menggambarkan tentang mereka: الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ . فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنْ اللهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللهِ وَاللهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ “(yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, Maka Perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung”. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. dan Allah mempunyai karunia yang besar”. (Ali Imran:173-174)


Dan benarlah sabda Rasulullah saw ketika menyampaikan perwatakan umatnya, sabda baginda: لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ يُقَاتِلُوْنَ عَلَى أَبْوَابِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ “Umatku akan tetap tegak dalam memegang kebenaran, berjuang di pintu-pintu baitul Maqdis, tidak takut dan gentar terhadap celaan orang-orang yang mencela mereka, sehingga datang keputusan Allah sementara jiwa mereka tetap demikian”. (Muslim)

Ketika Ariel Sharon terpilih sebagai Perdana Menteri beliau mengumumkan pendiriannya yang bertekad menghancurkan Intifadah dalam tempoh seratus hari. Namun Intifadhah masih tetap ada dan kekal bahkan bertambah kuat hari demi hari, malahan memberikan tentangan sengit kepada pasukan keselamatan Israel hingga mengembalikan keyakinan kepada keupayaan umat untuk mendapatkan haknya dan melawan musuh Yahudi perampas. Dan menegaskan kepada para pemimpin yang angkuh bahawa cita-cita besar mereka mustahil dapat dicapai. Ke manakah perginya Sharon? Sampai sekarang dirinya masih terlantar dalam keadaan koma antara hidup dan mati. Beliau tidak mengetahui keputusan Allah untuk merealisasikan janji dan ancaman Allah terhadapnya.

Arab menyediakan perlindungan untuk Zionis

Pada hakikatnya yang dituntut pada Arab adalah menghentikan berbagai perancangan menyahudikan Al-Quds, penghancuran Masjid Al-Aqsa, perampasan masjid Haram Al-Ibrahim dan masjid Bilal, perampasan dan penghancuran Baitul Maqdis dan melupakan keganasan ke atas Gaza dan berbagai kehancuran dan perobohan yang menimpa mereka sedangkan mereka masih tetap sabar dan teguh berada dalam keadaan dikepung dan kelaparan.

Ternyata berlaku peristiwa yang menghinakan di dalam Liga Arab kerana menyediakan perlindungan dan laluan dengan memberikan kuasa sebagai presiden kepada Mahmud Abbas untuk berunding dengan regim Zionis selama empat bulan! - Seseorang akan kehairanan dan bertanya-tanya; sejak bilakah Arab menimbang-nimbang keputusannya dalam jangka waktu berbulan-bulan?! - Sejak bilakah Mahmud Abbas memerlukan izin dari Arab sedangkan dialah yang memberikan izin kepada Israel secara sendirinya ketika Persidangan Oslo untuk memutuskan keluar daripada delegasi Madrid dari Arab Bersatu?!

- Kenapakah ada perlindungan Arab ini?!
- Mengapa saat menjelang sidang puncak Tripoli?!
- Mengapa di tengah kebencian Eropah akibat dari pemalsuan Israel ke atas pasport enam negara?!
- Mengapa setelah sidang puncak Assad – Ahmadinejad?!!
- Mengapa dan dalam masa yang sama meruntuhkan rumah-rumah penduduk Al-Quds?!!
- Mengapa dan dalam masa yang sama melakukan pengawasan ke atas pembinaan penempatan baru Israel di Tebing Barat?!

Demikianlah kami melihat bahawa ‘jubah’ Liga Arab longgar dan luas, melindungi Netanyahu dari darah Mabhouh, memberikan kehangatan dari udara dingin yang melanda negara-negara Eropah di mana warga Israel menggunakan pasport dengan gambar secara haram dalam misi melakukan pembunuhan ke atas anggota Pergerakan HAMAS di Dubai dan menyembunyikan inisiatif Arab terhadap kerja terkutuk itu. Orang yang menikam dada Mabhouh adalah warga Israel dan Amerika sehingga sukar memberkas pembunuhnya pada sidang Tripoli yang akan datang .… Namun ingatlah Israel sering mengalami berbagai isyarat penghalang dari satu warga Arab…
Dalam menghadapi tentangan

* Kita adalah umat yang agung, keasliannya terserlah semasa berada dalam penderitaan dan kesukaran. Justeru umat mestilah melakukan strategi jangka panjang yang bersumber dari pegangan umat dan identitinya. صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ“Shibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan hanya kepada-Nya-lah Kami menyembah”. (Al-Baqarah:138)

* Bahawa kesatuan umat, kesatuan amal Islami, kesatuan kepemimpinan dan kesatuan manhaj merupakan dharurah syar’iyyah (keperluan syarak) dan penting dalam menghadapi tentangan.

* Kita harus mengamalkan perintah Allah sebagaimana firman-Nya:وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambah untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)”. (Al-Anfal:60)

Sekalipun kecanggihan yang dimiliki Israel pada hakikatnya akan menemui kehancuran

Sekalipun Israel memiliki gudang senjata nuklear, meskipun Amerika mendukung sepenuhnya, meskipun Arab melakukan pakatan bersamanya, tidak akan sama sekali memberikan keamanan dan ketenangan ke atas wilayah kita yang terjajah kepada mereka, itu hanya untuk sementara waktu namun mereka akan hancur dalam waktu terdekat, bukti-buktinya sangat banyak: -

Allah telah menyampaikan berita kepada kita dalam surat Al-Isra’ bahawa zionis akan berada dalam kesombongan sebanyak dua kali .. dan pada saat ini kita sedang menghadapi kesombongan yang kedua kalinya dan untuk kali yang terakhir ini Allah akan menghancurkan mereka dan memberi mereka dengan azab yang buruk; sebagai ganjaran di atas kesombongan mereka di hadapan Allah, dan penghinaan mereka terhadap tanah haram dan tempat-tempat suci. Allah berfirman: فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الآخِرَةِ لِيَسُوؤُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا “Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai”. (Al-Isra:7)

Dan sesuai dengan sunnatullah dalam silih berganti zaman, akan terjadi kehancuran suatu bangsa disebabkan oleh kezaliman, kekejaman dan penindasan. Allah berfirman: فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُواْ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”. (Al-An’am:45) وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِدًا “Dan (penduduk) negeri telah Kami binasakan ketika mereka berbuat zalim, dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka”. (Al-Kahfi:59)

- Bahawa Israel sentiasa menanggung kekalahan dan pengunduran tentera setelah mengalaminya secara berturut-turut, dimulai dari kekalahan dari perang 1973, pada Intifadah pertama tahun 1987, pengunduran tentera dari Lebanon Selatan, Intifadah kedua tahun 2000, dan yang terakhir kalah dalam peperangan melawan Hizbullah di Lebanon serta pengunduran yang memalukan dari Semenanjung Gaza tanpa mencapai matlamat yang diinginkan.

- Terjadinya perubahan demografi yang berpihak pada penduduk Arab atau apa yang mereka sebut “bom biologi”, yang memberikan kelebihan kadar kelahiran warga Palestina dan Zionis dengan nisbah 7: 1.

Sementara itu regim Zionis menyeru untuk mengisytiharkan nama “negara Yahudi” sebagai pelaksanaan awal pengusiran warga Arab dan menutup pintu hak pengembalian wilayah seperti tahun 1948.

- Rasulullah saw telah menyampaikan berita gembira bahawa –yang senantiasa memberikan harapan kepada kita- akan terjadinya pertempuran yang menentukan antara Yahudi dan umat Islam yang mana kemenangan akan dikecapi oleh Islam dan umat Islam. Nabi saw bersabda:لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ “Tidak akan terjadi kiamat sampai umat Islam berperang dengan Yahudi, kemudian umat akan memerangi mereka, sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, lalu batu atau pohon tersebut berkata: “Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Ini ada orang Yahudi dibelakang saya, kemarilah dan bunuhlah, kecuali pohon gorqod; Karena ia merupakan pohon Yahudi”. (Muslim)

Dari sini kami sampaikan… bahawa Israel pasti akan hancur sedangkan Masjid Al-Aqsa pasti akan tetap berdiri dan tegak selama dunia masih ada. Allah berfirman: فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاء وَأَمَّا مَا يَنفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأَمْثَالَ “ Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; Adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan”. (Ar-Ra’d:17)

Artikel Asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=61633&SecID=213

Perutusan Pengerusi Edisi Mei

Tiada yang layak mendapat setinggi pujian melainkan Allah S.W.T. Kasih dan sayang kita kepada Allah menyebabkan kita memilih untuk mengikut syariat Nabi Mohammad S.A.W. Lantaran itu kita sentiasa mendoakan baginda, ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan pengikut baginda sehingga hari kiamat.

Kezaliman Yahudi masih berterusan. Mereka melepaskan gas beracun ke terowong-terowong penyelamat, satu tindakan yang langsung tidak boleh diterima akal yang waras. Apakah mereka menganggap saudara-saudara kita bagaikan tikus atau lipas yang layak untuk diperlakukan dengan sebegitu hina?

Namun bila merenung ayat yang saya percaya ramai yang telah menghafaznya, kita menerima hakikat semula jadi Yahudi. Allah telah menghukum mereka sedemikian rupa.

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitan itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh Dengan melampau” ( ayat 4 surah al-Isra’)

Percayalah kezaliman yang mereka lakukan tidak berhenti setakat itu sahaja. Mereka akan bertindak lebih biadap apabila mereka semakin terdesak.

Allah telah mengatur percaturan hidup dengan penuh hikmah dan sebegitu seni. Surah al-Mulk yang menjadi wirid kita setiap malam, mengingatkan kehidupan ini bagaikan pentas ujian, siapakah yang paling elok amalannya di dunia ini.

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang Yang bertaubat)” (ayat 2 surah al-Mulk)

Rupa-rupanya kita dan saudara kita masyarakat Palestin sama-sama sedang diuji. Mereka diuji dengan kepayahan berhadapan dengan Yahudi. Kita pula diuji, sama ada untuk membantu atau memerhatikan sahaja, Atau lebih buruk untuk tidak mengambil tahu atau mengambi peduli.

Bayangkan suasana di Gaza yang sedang terkepung itu. Pada bila-bila masa boleh berlaku serangan dan letupan bom atau peluru berpandu. Di samping itu mereka juga terdedah kepada senjata pemusnah besar-besaran dan senjata yang diharamkan termasuk fosforus putih yang amat mengazabkan bagi mangsa-mangsanya.

Bayangkan apa yang tergambar dalam fikiran seorang kanak-kanak Palestin tentang masa depan mereka. Bandingkan pula dengan seorang kanak-kanak Malaysia yang gagal atau kecundang bukan kerana kepayahan hidup, tetapi kerana letih akibat kekenyangan.

Kedua-duanya masyarakat Malaysia mahupun masyarakat Palestin sedang diuji. Ketika saya ke perkhemahan Palestin samada di Jordan atau di Lubnan, saya melihat bangunan yang sempit dan berselirat dengan saluran air dan eletrik yang amat membahayakan keselamatan penghuni-penghuninya.

Saya, isteri dan sahabat-sahabat dari Yaman yang berada di sana sesak nafas kerana kekurangan oksigen. Bayangkan hampir 60 tahun mereka hidup dan anak-anak mereka dibesarkan dalam suasana begitu.

Di perkhemahan Palestin, selepasa mereka hidup penuh sengsara semata-mata untuk ‘survive’ dan membesarkan anak-anak sehingga tamat pengajian di mana-mana university di dalam atau di luar Lubnan, ketahuilah mereka kemudiannya menghadapi pula larangan untuk menjawat 70 jenis pekerjaan di Lubnan.

Atas alasan kepentingan rakyat Lubnan, kerajaan Lubnan melarang warga Palestin untuk bekerja sebagai, doktor, jurutera, peguam dan 63 pekerjaan lainnya. Mereka tidak boleh memiliki tanah dan bangunan, tidak boleh memiliki syarikat perniagaan. Mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk setempat. Kalau curi-curi berkahwin juga, anak-anak mereka tidak berhak untuk mewarisi harta peninggalan.

Namun bangsa yang diuji Allah ini tahan lasak. Bila bertemu dan ditanyakan mereka dari mana? Mereka dengan penuh rasa kemuliaan mengatakan “saya warga paletin” yang tinggal samada di Lubnan atau Jordan atau Syria.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas kejahatan Yahudi, kerana itulah sifat dan perangai semulajadi mereka seperti yang ditegaskan oleh al-Quran. AQSA SYARIF lebih berminat untuk membentang agenda amal kepada warga Malaysia supaya mereka melepasi ujian membantu saudara mereka dari warga Palestin.

Harta dan rezeki atau gaji yang Allah berikan setiap bulan kepada kita, sebenarnya ada hak mereka didalamnya. AQSA SYARIF membuka peluang untuk membantu anak-anak yatim dan keluarga miskin dari kalangan warga Palestin. Hari ini AQSA SYARIF mencapai sasaran 100 penajaan anak-anak yatim dari Palestin. Tahniah kepada warga Malaysia yang pemurah. Ini memberikan dorongan kepada AQSA SYARIF untuk terus membuka ruang amal bagi menetapkan sasaran berikutnya iaitu 200 anak yatim lagi.

Teruskan kempen kepada sesiapa sahaja yang anda temui untuk membantu anak-anak yatim yang merupakan masa depan bumi Palestin, Mereka hilang tempat pergantungan , hilang ayah untuk menjalani kehidupan penuh pancaroba di bawah penindasan dan kezaliman Yahudi Zionis..

Perancangan seterusnya ialah AQSA SYARIF sedang membuka projek menampung keluarga miskin di Palestin. Keluarga miskin ini ditinggalkan oleh suami atau ayah yang direnggut dari keluarga mereka oleh regim Zionis Israel dan dipenjarakan sehingga bertahun-tahun lamanya. Bahkan ada yang dijatuhkan hukuman penjara sehingga ratusan tahun.

Akibatnya keluarga mereka terbiar tanpa pembelaan. Tanpa bantuan dan sokongan rakyat Malaysia, perjuangan mempertahankan Masjidil Aqsa dan bumi Palestin yang diterajui oleh rakyat Palestin yang kini menderita akan terjejas. Oleh kerana itu seruan untuk membantu anak yatim dan keluarga miskin ini adalah seruan jihad yang tidak boleh diabaikan oleh umat Islam yang sedar tanggungjawab mereka untuk membela Masjid al-Aqsa dan membebaskan bumi suci Baitul Maqdis.

Aqsa Syarif membuka peluang ini kepada semua dengan sumbangan serendah USD10 untuk sekurang-kurangnya sebulan, untuk satu unit sesaham sumbangan bagi memenuhi satu lot sumbangan buat keluarga miskin yang memerlukan dari USD500 sehingga USD800 bagi menjalani kehidupan yang serba sederhana. Jumlah sebanyak hanya USD10 sebulan adalah amat rendah. Dengan cara berpakat dan berkongsi menaja sebuah keluarga miskin kita boleh menebus ketidakhdiran kita di sana untuk membantu mereka.

AQSA SYARIF membuka peluang ini kepada anda. Hebahkanlah kepada semua demi Masjidil Aqsa dan demi saudara kita di Palestin. AQSA SYARIF berpegang teguh dengan prinsipnya “satu ringgit yang disumbangkankan satu ringgit akan sampai ke Palestin”

Wassalam

Ust. Hasanuddin Mohd Yunus

Pengerusi

Aqsa Syarif Berhad

Perutusan Pengerusi AqsaSyarif Malaysia


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Selepas memuji Allah S.W.T dam berselawat ke atas junjungan tercinta Mohammad S.A.W, doa kita untuk para sahabat dan syuhada’ di mana-mana sahaja sepanjang zaman, terutama para syuhada’ di bumi Palestin.

Masjid Aqsa adalah kiblat pertama kita. Transit Nabi S.A.W antara Mikraj ke langit, ketika Isra’ dari Masjidil Haram Mekah. Di situ baginda dijamu pilihan susu atau arak oleh Jibrail a.s. Baginda memilih susu tanda kembali kepada fitrah.

Di Masjidil Aqsa juga para Ambiya’ dihimpun di belakang baginda untuk bersolat sebagai makmum. Baginda berpeluang beramah mesra dan mendengar pengalaman mereka berdakwah dengan ummat masing-masing.

Kegemilangan sama ada dakwah, tarbiah dan pemerintahan para utusan Allah berlaku di sekitar Masjid ini. Kegemilangan Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa sebagai contoh khazanah yang dipetik dari sumber wahyu, Al-Quran.

Semuanya memberi kekuatan kepada Nabi S.A.W yang baru tiba dari Mekah dalam tiga kesedihan; kematian Abu Talib, wafatnya Khadijah dan kekejaman penduduk Taif dan Mekah terhadap baginda.

Barangkali di sini rahsia hadis yang menggalakkan kita bermusafir ke Masjidil Aqsa. Dengan bersusah payah bermusafir ke sana, nostalgia perjuangan Para Anbiya’ akan segar hidup dalam jiwa seorang mukmin.

Kini segala-galanya terhalang. Masjid itu sedang diruntuhkan. Penduduk di sekeliling Masjid itu sedang diganyang, dihalau dan dinafikan hak mereka. Anak-anak mereka kelaparan dan terbiar.

Aqsa SyarifAQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana.

Namun sahabat dan saudara kita di sana bangkit membentengi Masjid itu dengan tubuh mereka. Satu persatu gugur syahid pada jalan Allah dan satu persatu diheret ke penjara, yang tidak mengenal pintu keluar. Terus diseksa oleh Regim Yahudi itu.

AQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana. Ketika solat menghadap ke kiblat, Kaabah di Masjidil Haram, kita akan terbayang Masjidil Aqsa. Kembar ketiga Masjid itu.

Membayangkan Masjidil Haram Mekah mengingatkan kemanisan Iman dan kerinduan kepada Allah. Membayangkan Masjidil Haram Madinah mengingatkan kepada Sunnah Nabi dan kerinduan kepada baginda. Membayangkan Masjidil Aqsa mengingatkan Jihad yang menanti kita…

AQSA SYARIF bangkit dengan alternatif yang praktis. Kita kena menanggong kos kehidupan anak-anak yatim para syuhada’. Isteri dan keluarga yang menanti kepulangan suami mereka yang ditahan di penjara Israel itu.

Ayuh bersama AQSA SYARIF di awal penubuhannya ini. Anda menjadi “Assabiqunal Awwalun”. Golongan awal, perintis perjuangan Masjidil Aqsa dalam wajah barunya di Malaysia. Bersama dengan NGO-NGO perjuangan Palestin yang sedia ada.

Pahala orang-orang yang menyambung selepas ini, akan mengalir ke orang-orang terdahulu seperti anda. Walau bukan itu matlamatnya. Kembali ke fitrah kita. Keredhaan Ilahi mengatasi segalanya.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Waliilahi Al Hamd

USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
CHAIRMAN
AQSA SYARIF BERHAD
Tel: +60387372772
Tel HP: 013-7444428