Cakap banyak tak nak. KIta tengok je.
lebih gambar sini
Minggu ni aku busy dengan exam lagi. Baru je habis tadi, hepi jugak ler tapi tak leh nak happy lebih lebih. Mana tau ada yang tak lepas, kena repeat minggu depan. Fuhh. Mintak-mintak la takde.
365 edisi kali ni, ada hari yang aku takde idea gila-gila, main ambik je subject apa yang ada depan mata, tapi tiba-tiba jadi cantik. Nasib baik. Hahaha
Dah ramai orang tanya kat aku pasal lens. Contohnya "lens apa yang patut aku beli?", "lens apa yang best?" dll. Sebenarnya aku pun tak tau nak jawab apa. Setiap orang pilihan lens dia lain. Ikut minat tersendiri la. Tapi untuk selesaikan masalah ramai orang, kali aku nak cakap pasal lens apa yang ada dalam pasaran. Bukan nak cakap pasal specific lens tapi aku nak cakap pasal jenis-jenis lens yang ada di pasaran supaya korang boleh pilih antara banyak-banyak tu.
KIT LENS
Kit lens ni ialah lens yang datang bersama body camera dan selalunya jenis lens berkelas rendah (aku pakai lens ni sampai sekarang). Sebab lens ni datang sekali dengan camera, lens ni selalunya sesuai untuk kegunaan harian. Oleh itu anda boleh buat macam-macam dengan lens ni kalau anda banyak mencuba. Oleh sebab itu juga takde alasan untuk anda salahkan lens kalau gambar anda buruk. Anda je yang tak reti pakai!
PRIME LENS
Prime lens ni jenis lens yang ada satu je focal length. Contohnya paling murah ialah 50mm F1.8 dan lain-lain. Dan aku ada baca fotografer zaman sekarang dah jarang pakai prime lens ni dan lebih prefer zoom lens sebab diorang boleh ubah focal length tanpa gerakkan badan(ke depan atau belakang) hanya dengan jari je boleh zoom in dan zoom out. Tapi last-last prime lens ni still terkenal dengan image quality dan speed (sebab nilai F kecik contohnya F1.8 dan sebagainya).
Bagi aku walaupun pakai prime lens ni leceh sebab tak boleh zoom in dan zoom out dan kita sendiri yang kena gerak, sebab tu jugak la, aku akan fikirkan composition aku secara creative berbanding zoom lens.
TELEPHOTO ZOOM LENS
Macam yang aku cakap tadi, lens ni lebih famous sekarang. Sebab boleh zoom dan tak perlu bergerak. Jadi ini adalah lens yang sangat convinience. TAPI kena ingat lagi tinggi focal length lagi shake gambar kita. Tapi masalah ini dikurangkan dengan IS (Image Stabilisation) yang ada dekat camera tu. So jangan la risau sangat wahai penghidap penyakit Parkinson :)
MACRO LENS
Singkatkan masa. Lens ni membuatkan benda kecik nampak seperti saiz normal dalam gambar kita. Dan Camera ni boleh berada dekat gila dengan subject. Itulah ke-power-an lens ni.
WIDE ANGLE LENS
Lens ni mempunyai perspective yang luas dan sesuai untuk landscape. Wide angle lens ni juga boleh dijumpai dal prime lens dan penghujung telephoto zoom lens. Dan kena berhati-hati dengan wide angle lens ni, gambar anda kadang-kadang akan ditarik di penhujung bucu (paling senang nak tgk fish eye lens). Tapi fish eye tu efect dia lebih sangat. wide angle lens yang biasa takdelah sampai macam tu. Tapi efek tu still ada. Mungkin kadang-kadang nampak best tapi kadang-kadang akan mengundang masalah juga. So, pandai-pandailah pilih ye!
Sekian sahaja bebelan pasal lens. Kita jumpa lagi pada masa hadapan :) Salam
Jika suka sila share atau like :)
dan follow twitter
Ini lah dia post project 365 aku untuk kali kedua. Kali pertama klik sini. Edisi kali ni ada jugak la gambar yang barai-barai sikit. Tapi hari tu dah larut malam. Idea pulak takde, terpaksa rembat je la apa yang ada. Sila jangan mengutuk gambar aku buruk dan hodoh. Keadaan memaksa. Harap maklum.
hari 8
Kali ni aku nak cakap pasal framing. Framing ni adalah salah satu teknik yang boleh dikatakan agak berseni sikit dalam composition. Yang mana kita buat frame dalam gambar yang kita ambil. Framing ni agak banyak jugak faedahnya, iaitu :
Ok kawan-kawan. Lama kan aku tak update. Sori la aku busy sikit dengan projek 365 ni.
Kali aku nak cakap pasal definisi photography sikit. Mula-mula kita tengok video ni dulu. Layaaaaaan
Perghhhh. Team ni memang terbaik. Idea dah la bijak gila. Effort lagi la tak payah cakap. Respect gila. Tengok video ni aku terfikir. Aku kena ada masterpiece ni. Alang alang aku belum berKELUARGA lagi ni. Kena fikir cepat cepat ni.Hahaha
Tahun ni aku plan nak buat project 365 - Photo A Day. Aku akan ambik gambar at least satu keping gambar setiap hari dan upload weekly atau monthly kat flickr , facebook dan blog aku ni.
Sebab aku tgk org ramai buat, aku pun tak nak kalah nak buat jugak. Aku rasa mcm susah je nak cari idea berbeza setiap hari lagi lagi la hidup sebagai student. Ada exam, ada report, balik kelas lambat. Tapi macam mana pun, aku akan try dulu. Mintak-mintak la tak berhenti separuh jalan.
p/s : selamat tahun baru :)